Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

MERDEKA KAH KITA??

Nama sebenar beliau adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenekan pengenaan cukai kepala RM 100 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung Pada 29 April 1915, pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.

Beginilah sejarah perjuangan pejuang-pejuang terdahulu yang lbh dekat dengan kita…orang melayu..bukan bermakna beliau dan lain2 pengikutnya pemberontak,apa yang pasti mereka ialah pejuang yang berjuang atas jalan al-haq..

secara logiknya,yang boleh buat analogi.Contohnya,perompak masuk nak rompak rumah kita,kitapun berjuanglah untuk mempertahankan haq kita…adakah itu namanya penderhaka??bukankah mati oleh sebab mempertahankan maruah kita adalah salah satu mati syahid??
mengapa beliau dan pengikut beliau bangkit untuk mementang ??
mungkin...beliau mendapat arahan dari khalifah islam uthmaniyyah untuk bangkit,siapa tahu??hanya dia dan teman seperjuangan dia yang tahu…
yang penting,pemergian beliau membawa impak yang besar dalam sejarah perjuagan orang melayu,dan beliau ada sumbangan bagi melepaskan orang melayu dari belenggu penjajahan-lead to merdeka

Adakah kita menghargai jasa mereka?.apakah bukti yg menunjukkan bahawasanya kita menghargai jasa mereka?
sebagai anak merdeka…Apakah erti merdeka buat kita?
ssghnya selagi mana kita berpijak di bumi fana’ ni selagi itulah kita tidak akan merdeka…
merdeka yang sebenar adalah apabila kita berjaya menjejakkan kaki ke syurgaNYA yang abadi..yang ADA mulanya tapi TIADA penghujung..

HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN

0 comments: