Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


PAGI ITU PAGI JUMAAT...

Pagi jumaat di Kota Bharu..
atas urusan sekolah&jemaah17/08 yang lalu saya pulang ke negeri saya,negeri kelantan …sesampainya ke tempat program..

Saya Mengambil keputusan untuk pergi ke kota bharu untuk mengikuti siri tarbiah mingguan oleh pimpinan kelantan..saya sampai disana agak lewat atas beberapa sebab..(terima kasih kak ha)
Sesampainya saya,saya amat terkejut melihat kemeriahan majlis agama itu,kerana dikunjungi ramai manusia dari segenap peringkat,tak pernah dilihat oleh saya kemeriahan yang begini sepanjang pemerhatian saya yang menjadikan majlis pada pagi jumaat ini sebagai perkara wajib bila mana saya menjejak di bumi Kelantan.. SUBHANALLAH..ALLAH AKBAR.
apayang mencuit hati saya adalah kehadiran 4 orang mat salleh 2 brother dan 2 sister(moga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada mereka) hi tengah-tengah lautan manusia dalam majlis ilmu tersebut,dan ralit berbual tenteng sesuatu yang menarik tentang majlis tersebut

Antara faktor yang mempengaruhi kebanjiran manusia pada hari itu mungkin disebabkan cuti sekolah yang baru bermula.kalau beginilah sokongan rakyat kepada tok guru dan pimpinan kelantan yang lain,Umno perlu berusaha lebih keras ataupun sekali lagi tewas untuk mempengaruhi rakyat kelantan yang sebati dengan tarbiyyah dari pimpinan yang bersistemkan manhaj rabbani yang mana kebanyakan rakyat kelantan yakin bahawa pilihan mereka tidak akan silap jika ALLAH menjadi maksud kepimpinan tok guru…

Inilah yang menambahkan lagi keunikan rakyat kelantan yang sedia unik ini.Pimpinan kita mampu menjadi imam, sembahyang jenazah khususnya dikampung dan merupakan harta berharga yang tidak dimiliki oleh pemimpin Umno.Umno Kelantan gagal dan tak akan berjaya mencari pemimpin yang dapat memenuhi citarasa politik, falsafah dan cara hidup rakyat Kelantan…

0 comments: