Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Peringatan:Jangan silap pilih pemimpin!


Kempen tidak rasmi parti-parti politik telah berjalan dengan rancak sekarang tanpa kita sedari.Jentera BN tela h menggerakkan jentera pilihan rayanya,parti pembangkang pula sibuk dengan ceramah penerangan dan "pembersihan fikrah” di seluruh pelusuk tanah air..
Semua ini adalah petanda-petanda bahawa pilihanraya akan berlaku tidak lama lagi.Tetapi bila??semua orang tertanya-tanya..
Pembubaran parlimen dan penetapan tarikh pilihanraya di negara kita nampaknya menjadi hak milik mutlak Perdana Menteri...
Sehingga hari ini pun,integriri SPR makin dipertikai..dan nampaknya SPR tak lebih dari "Budak Suruhan Kerajaan” ...

Think about it!
Jangan silap pilih pemimpin..
Memetik kata-kata Dato’ Abu Hassan, Ingatlah,seseorang pemimpin yang sanggup memenuhi segala permintaan ramai,dia bukanlah pemimpin yang sebenar,akan tetapi ia mereka yang sanggup merubah keadaan yang buruk kepada baik,dialah pemimpin yang sebenar”.Islam telah menyediakan manual yang cukup lengkap dalam urusan memilih pemimpin,tetapi lain pula jadinya,hari ini ramai yang tersasar dek tersilau dengan dunia yang menipu..semuanya berusaha dengan segala apa usaha,by hook or by crook,ada yang terpaksa menjatuhkan kawan,apatah lagi lawan,masing-masing berjuang demi survival diri sendiri,seolah-olah segala perbuatan mereka tidak akan dihitung ALLAH dan seolah-olah,hidup ini akan berhenti diketika mana musnahnya dunia dan tiada lagi check and balance selepas itu..

Untuk mencapai kepuncak kepuasan nafsu,berlakunya pelbagai amalan yang menjijikkan malah mengerikan.Amalan rasuah yang kian bercambah dalam masyarakat,politok wang menjadi alat utama kempen,nepotisma,kronisma dan bermacam-macam 1001 kebejatan yang berlaku..persoalannya,adakah orang-orang yang gagal memelihara diri sendiri,layak untuk diberi tanggungjawab kepimpinan.??kalau begitu..
episod malang akan terus dan terus melanda kita.


Pemimpin tetap bertuah kerana sebahagian masyarakat kita hanya "marah-marah tahi ayam"sahaja,lebih kuramg lima tahun kemudian ,jika tidak dari muka yang sama sekalipun ,maka rakan-rakan sealiran pemimpin tadi akan di'raja'kan kembali,oleh kerana mentaliti mereka masih dibelenggu oleh perkara yang remeh temeh,seperti "takut susah cari makan" jika hala tuju pemerintahan ditukar..atau dengan bahasa lainnya...PENGECUT..

Akan tetapi mengapa orang melayu khususnya yang dilanda Virus No komen terus dan terus buta dari melihat kebenaran..Hari hari masyarakat di tipu,naik kereta kena tipu,isi petrol kena tipu,menggunakan jalanraya kena tipu,bayar yuran sekolah anak,kena tipu,beli minyak masak kena tipu,beli roti pun kena tipu...ah...hari-hari kena tipu..
rakyat hidup penuh sengsara,harga barang naik menggila,sedangkan gaji masih ditakuk lama.
Dalam tempoh pemilihan semula yang dijangka berlangsung tidak lama lagi,wajarlah kembali memuhasabah diri,apakah kuasa memilih yang ada pada kita akan terus dipersiakan ?segala-galanya ditangan kita,samada memilih untuk mendapat pahala yang berterusan ataupun dosa yang tak putus-putus dengan undi kita..

"ssgh nya ALLAH menyuruh mu menyampaikan amanat yang berhak menerimanya,dan apabila kamu menetapkan hukum diantara manusia hendaklah kamu menetapnya dengan adil,ssghnya ALLAH sabaik-baik memberi pengajaran kepada kamu,Sngguh ALLAH maha mendengar,maha melihat”

Jom pilih pemimpin:
"susah kongsi derita,senang bersama gembira"bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat

1 comments:

Syabas atas entry ini!!
Rakyat Malaysia telah lama menyaksikan kebobrokan dan penipuan yang telah lama berlaku dlm pilihan raya negara kita. Adakah demonstrasi BERSIH baru2 ini bakal mengubah persepsi dan pendirian mereka terhadap ketelusan PRU di negara kita? Orang2 kg yg mudah disogok dgn wang ringgit hanya mengiyakan apa yg BN buat, "tak pe la kalau harga barang naik,nak buat mcm mana"...begitulah antara kata2 mereka, sedangkan kenaikan harga barang sebenarnya menambahkan keperitan hidup mereka.. Bagaimana? Masih mahu memilih pemimpin yg begini?? Tanya iman anda. Syabas Hamasyie!!