Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Dari rumah tangga ke gelanggang rakyat.
Empat orang EXCO wanita (YB Rodziah, YB Dr Halimah, YB Teresa, YB Elizabeth) di Selangor
Seorang Exco Muslimat di Kelantan(Yb Wan Ubaidah Omar-PAS)
Seorang Exco muslimat di Kedah(Yb Siti Aishah Ghazali-PAS)

Juga dua orang Dr Muslimat Pas di Parlimen,Dr lo’lo’ ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud(kali terakhir Pas mempunyai wakil muslimat di parlimen ialah pada tahun1956 iaitu Khatijah sidek).Setelah mengeluarkan dasar pada Tahun 1999,kali ini dua dari 5 calon muslimat kita telah berjaya.

Antara Gaint Killer PRU 12 ialah Nurul izzah..(PKR)
Antara yang mendapat Undi paling percaya PRU 12,Teresa Kok Sum Sih(47230undi,dengan majoriti 36492) juga wanita..(DAP)




Ketua pembangkang dari Wanita?
Dengan membawa 5 agenda yang akan diberi perhatian,iaitu ekonomi,perpaduan,kehakiman,media,dan hak asasi,kini Datin Seri Wan Azizah (PKR) membawa tanggungjawab yang bukan kecil untuk digalas.Kematangan beliau selama mana menperjuangkan PKR juga nasib mangsa ISA menyebabkan beliau telah diberi peluang untuk menjadi leader of the leader!syabas buat beliau.


Yang pastinya,kejayaan ini bermula dari rumah,dan mereka melangkah ke gelanggang masyarakat dengan penuh keyakinan..Dan sama2lah kita semua wanita mencari serta mencabar potensi diri untuk menyambung kegemilangan wanita pada hari ini,mereka telah membina tapak yang kukuh dan telah mencipta kepercayaan di mata muslimin,tinggal lagi kita yang meneruskannya...

0 comments: