Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwan nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah.
Ikhwan ku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Tika mana saya membaca hadis ini,teringat saya pada naqib saya a.k.a A.aje yang pernah menukilkan sebuah sajak berkenaan dengan IKHWAN yang digambarkan oleh rasulullah.Beliau pernah dan akan terus mengajak dan membimbing kami menjadi IKHWAN rasulullah....
Beliau lah naqib yang disegani ramai,disegani teman,sahabat dan menjadi modale kepada junior-juniornya..


Rebutlah gelaran IKHWAN.

Rebutlah Gelaran Ikhwan Diakhir Zaman,

Yang Disabdakan Dari Lidah Rasul Junjungan,

Agar Kita Menjadi Insan Yang Membuktikan,

Golongan Yang Baginda Rindukan.


Ketika Para Sahabat Itu Bertanya,

Siapa Yang Diberi Gelaran Itu Kepadanya,

Membara Cemburu Hati Mereka,

Hingga Menitiskan Air Mata


Lantas Baginda Menyambung Lagi,

Ikhwan Itu Mengamalkan Sunnahku Bnagai Menggemgam Bara Api,

Dan Mereka Amat Menyintaiku,

Walau Tidak Pernah Bertemu


Ukhwah Mereka Bagaikan Susunan Batu Bata,

Saling Menguatkan Antara Mereka,

Umpama Satu Ibu Dan Satu Ayah,

Fikiran,Keyakinan,Dan Keselarasan


Perjuangan Ibarat Singa Disiangnya,

Abid Pula Dimalamnya,

Itulah Gelaran Yang Baginda Berikan


Namun Ikhwan Bukan Sebarang Pilihan,

Mereka Pilihan Atas Pilihan,

Bilangannya Sedikit Tetapi Besar Disisi Tuhan,

Kerana Dosa Amat Dihindarkan


Luar Biasa Taqwa Ikhwan,

Kerana Taqwanya Diberikan Pertolongan,

Kerana Taqwanya Diberi Rezeki,

Dan Dunia Diselamatkan Tuhan..


Wahai Pencinta-Pencinta Kebenaran,

Yang Menagih Janji Tuhan,

Rebutlah Gelaran IKHWAN Diakhir Zaman

Kerana Ia Tawaran Yang Tiada Bandingan

*Kali pertama,penulis terpegun dengan ilmunya ketika beliau memberi tazkirah berkenaan dengan tajuk”akedemik antara kecemerlanagn dan fitnah”..ketika itu beliau banyak memberi semangat kapada saya serta sahabat-sahabat yang untuk menjadikan akedemik sebagai mukjizat tikamana diri bergelar pejuang,dan antara salah satunya,belaiu pernah mencabar kami,kata beliau,kalu nak dapat keberkatan dari cikgu, “JANGE TIDO DALAM KELAS

0 comments: