Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Mendengarkan lagu-lagu raya…
Hmm..tak der perasaan rasanya..
Raya ni untuk budak-budak je kot…

Ramadhan semakin jauh meninggalkan kita..
Mungkin membawa rajuk..
Memandangkan kita masih lagi buat endah tak endah dengan kedatangannya.

Jauh dan kian jauh..semakin sayup mata memandang.
Sedarkah?
Sempatkah kita untuk mengejar?
Membuat pecutan terakhir untuk mengejarnya..
lalu menghargainya dengan sebenar-benar penghargaan..

Jangan cakap lagi perihal raya..
Sebelum sahnya esok hari raya selepas anak bulan betul-betul sudah kelihatan..

Mungkin agak sukar..

Sampai je di kampung..
Macam-macam ada…

Sketsa benar cerita seorang adik,bersama kakak dan ibunya…

Kakak:Esok gi KB cari bendo wat sekuk..Luso wat Almond London,Siput,semperit,tart..

tulat gi ambik baju raya rumoh Farihah

Kakak memberi tahu perancangannya…

Adik: eh,28 ado Iftor Alumni

Kakak: duk ghumoh gak etek

Adik:Tok leh-tok leh,aku janji doh ni..


Tiba-tiba pesan ibu mencelah dalam memori si adik....

Ibu: 2 hari sebelum rayo bukuh tape,esok nak rayo tulong koyok nyo nge mesin nyo ko ma

Si kakak menyambung lagi..

Kakak:Male ghayo kito bakar leme,masok rendang,wat nasik kapit bla..bla…

Adik:Aduss..banyok benar plan mung..Heh beramal…beramal,sibuk ko nok beghayo
teh

Kakak: amal ni tok nati duk atas tikar sejadoh,bile woh sebeh jah..
Bele-bele nulung,bele-bele buat tuh selawat ko,zikir ko,tak dok masaloh.
Kalu duk di U,ggalo sangat,
Sapa rumoh ggalo rumoh la plok..jadi anok hok jurus”

Kakak:Ko guano?

Adik: Jolo Doh


Moralnya…
Sebelum pulang ke Kampung...Khatamkan Quran takut-takut tak sempat..
Berhati-hati Pulang ke kampung halaman,kerana ramai yang sedang menunggu

Eratkan kembali persaudaraan..kukuhkan kembali Ukhwah..
Tangisilah pemergian Ramadhan dan terus Memasang Azam dan berdoa....
“Ya Allah,terimalah segala amalan ku di bulan Ramadhan MU,
ampun kan segala keterlanjuranku dalam menghadapi Ramadhan MU yang lalu,pinta ku,panjangkan lah umurku untuk berjumpa Ramadhan Mu yang
mendatang Dan,golongkan aku dalam golongan mereka yang bertaqwa”

EID MUBARAK BUAT SEMUA..

Mengulas entri sahabat karib sepanjang zaman saya…Komander Ayat..
Terrorist??sebab 2 kali kena wat pemeriksaan keselamatan masa nak pergi syria?..
Terroriat atau pejuang?
Kata Lecturer UNGS 2050 saya,Dr.Hikmatullah Babussalam..
“Islam is peace,but with dignity;peace with dignity”
…terpegun benar saya mendengar mutiara kata dari beliau..

Betul..Islam itu kedamaian..akan masuk dengan damai bersama Maruah yang Berada dipuncak…

Tapi hari ini...
“Islam Itu di ibaratkan seperti seorang manusia yang direbahkan lalu dipijak dengan kasut yang bertumit tinggi..”

Apakah respon anggota badan kepada tubuh tersebut??
Cuba kita Empty dengan situasi tersebut…
Itulah tamsilannya..

Meraka Cuma bangkit untuk mempertahankan haq,defensif..belum lagi ofensif..
Sudah di cop terrorist?
Pakai tudung labuh pun dipanggil terrorist?
Betul lah sabda baginda …
‘Ssghnya bermula islam dengan dagang,akan kembali dagang sebagaimana mula,dan beruntunglah bagi mereka yang dagang’

Jom sahabat!,jangan takut untuk ‘dagang’ jika Allah Dan Rasul sudah digenggam…

Sewaktu naik bas balik dari grand iftar..
Aik dah ada lagu raya??

…."Dari jauh ku pohonkan ampun maaf..
Sungguh sunyi Pagi ini tak dapat kita bersama meraikan aidilfitri yang mulia"

Serentak Kawan-kawan satu bas…argh pakcik!!!!
La…Semua orang mood dah kat kampung rupanya…

Betul la tu…
Ada yang dah 3 bulan yang tak balik…
Tabah betul ..


Kalau pergi KP(Kuantan Parade) yang depan kuliyyah kami pun,dari hari pertama puasa lagi dah pasang lagu raya..Terfikir gak…

Kita ni,pose sebab nak sambut raya ke?

Teringat time kecik-kecik dulu,waktu pengumuman dalam televisyen tarikh penglihatan anak bulan,"samada esok atau lusa” raya..
Dulu…
3 hari sblm raya masa tu sibuk nak ikut ayah cari daun getah dan daun palas untuk buat ketupat dan tapai..(Dah besar ni..tak sempat pulak nak ikut ayah)..
Mesti kakak saya yang 12 tahun lebih tua akan cakap lusa,dan saya yg waktu itu darjah 1 akan cakap… “esok la kak Ma ghayo”..

Itu 14 tahun yang lalu…
Sekarang…tanya lah kepada sesiapa pun yang umurnya 20 dan keatas..
Yang mana sudah memahami apa itu nikmat ramadhan..
Mesti jawab nya…
“Minggu dpn pun boleh,bulan depan pun lagi baik…”

…..kalamullah? = musa Alaihissalam

“Buke ko Al-quran kalamullah”??
Tanya sahabat saya pah chah tika mana sama-sama membuat soalan qUiz Untuk Ihya’ Ramadhan peringkat Kuliyyah…

“Buleh jugok”…
“Tapi..jawape sini kito nok tuju ko sapo hok digelar kalamullah”..Jawab saya

Al-quran Kitabullah..kalamullah…

17 Ramadhan…Lembar PERTAMA Al-quran diturun kan..
Muhammad yang Ummi dipaksa baca ayatNYA di pelukan JIbril berkenaan dengan “IQRA’ “..

Membaca..
Satu hobi?? Atau satu kewajipan..
….Semestinya ia adalah kewajipan..

Sahabat saya bertanyo…
“Mung ni,buleh wat library doh bilik”..
“Tapi buku-buku ni mung baco dok”???
“Sekurang-kurangnyo 2 kali”…
Baco ko dok??

2 kali??..
Kena fikir balik…
semestinya,beli untuk dibaca…
tapi..cukupkah sekali?


ragu apakah yang bermain di hatimu
ragu awal subuh hingga penghujung malam
ragu menatap semalam yang lalu
dalam alpa.


kupetik mawar hitam taman larangan,
terhiris duri tertumpah luka selamanya,
oh siksa apakah yang merentap mimpi indah,
hingga berkocak sumur di kalbu sekali wudhu,
belum tentu terbilas noda bertahun sekelip sujud,
apa mungkin tertebus dosa bertimbun



siapa yang mendengar jeritan ini?
apakah salih yang sedang berdoa?
munajatlah..

biar menyentuh langit seribu,
apakah abid dalam buaian zikir,
serulah maghfirah pada asma' yang satu,
agar terubat luka sentuhan redha.


katakanlah suria,
apakah masih ada cahaya usai embun terakhir?


bisiklah purnama,
masih adakah ruang menatap bebintang malam dingin?

dalam ragu
kutuai huma yang tinggal
menanti musim timur..

Hari ini 11 September...

Ada apa dengan 11 September?

dah 7 tahun ianya berlalu..11 September 2001

dan dah banyak sangat menda yang terjadi lpas tarikh tu..

Pun juga hari ni..

11 Ramadhan 1429H

Ramadhan telah masuk fasa Ke-2..

Terus dan terus memburu maghfirah..

FASTABIQUL KHAIRAT!

Saat tepu menyiapkan 4 assignment yang berbaki untuk dihantar pada mgu ini,sambil diselang selikan dengan study untuk menghadapi baki-baki midsem isnin dan khamis..

Tiba-tiba datang satu mesej..

“k.khai,nak wak gano eh raso hati tak tenang,kijo sangat banyok tapi tok tahu nak petek hok mano,raso nok gi duduk dale hute jah”

Lalu otak mendiagnose masalah dan mencari intervention yang sesuai kepada chief complain yang dikemukakan oleh adik usrah saya agar outcome nya sesuai untuk right person (peringkat mad’u), Right time dan melalui right Route (hikmah).

Beruzlah?

Ooo…itu tidak boleh
Cara yang terbaik untuk menyelesaikan masalah adalah dengan berhadapan denganya..

Jawab saya melalui SMS..

Cari dulu ketenangan dan kemudian Duduk.Tulis.Atur (Amin Idris punya formula).
Dan jangan lupa put first things first.


Cmana nak dapatkan ketenangan Kak?

cara pendeknya begini:

Mengambil kira nasihat yang disarankan oleh senior-senior:Ambik air sembahyang kemudian solat sunat dua rakaat mintak Allah campakkan sakinah dalam hati dan jangan lupa mengaji Al-quran dan cari ayat-ayat motivasi yang selalu dapat mengubat hati kita.


Cara panjang pula:

Nasihat dari Kak Angoh:

1-Baca Quran dan Maknanya.

2-Solat malam berpanjangan.

3.Bnayakkan Berpuasa

4.Zikrullah.

5.Bergaul dengan Orang-orang soleh.


Mesej masuklagi..

Tq kak!


Setelah betul-betul tepu dengan kerja-kerja untuk mengekalkan mukjizat daie ni....

Lalu,tercari-cari apakah kerja yang paling pelik yang aku boleh buat sekarang?

Terpandangkan sehelai ‘posto’ yang diedar ntah dari mana yang terletak cantik diatas iron box..


….Jom mewarna…!


Dan akhirnya…PUAS



Ya Allah ,

Jadikan madrasah ramadhan ini pemangkin perubahan positif buat diriku,

Jadikan diriku graduan madrasah ramadhan yang cemerlang gemilang terbilang,

Berkatilah hidupku dengan kedatangannya,

Dan semoga diberi peluang bertemu ramadhan hadapan.

hari-hari buat kerja berani mati...


Hari ni,lecturer masuk untuk Midsem exam..biasanya,seperti quiz-quiz yang lepas,lecturer(sister yang baru bergelar madam),akan bertanya..

"nak extend masa ke??you all mesti nak prepare lebih kan?"..

lalu jawapan kami...

"nak!!!",sebab??..
ada yang belum habis baca,ada yang dah habis baca tapi nak baca lagi,dan ada yang belum baca pun lagi..

Tapi hari ni..

lecturer masuk dan tidak bertanya apa-apa dan terus je bagi kertas exam..wow!

Selamat menjawab kertas soalan&selamat menjawab dengan diri sendiri,
"nape la aku tak leh jawab",
"Tahniah!sebab boleh jawab"
bagi mereka yang dapat menjawab dengan jayanya..


Begitulah umpamanya hidup ini..
Kalau Allah tawarkan "mati" untuk kita?,nak tak kita...
mesti saya dan kebanyakan sahabat menjawab..
"taknak lagi Ya Allah!!",
jangan KAU ambil dulu nyawaku..

sebab....
aku belum cukup beramal untuk untuk Mu
Kalau beramal pun aku,ikhlaskah aku?
Kalau pun aku ikhlas??..
adakah ianya dilakukan dengan ihsan dan seitqan mungkin?
Kita ada jawapan diatas segala soalan yang sita sendiri persoalkan...

Hari ke-3 Ramadhan,seorang dari jiran saya telah dipanggil ALLAH..
perginya disebabkan sakit tua.
Teringat cerita kegarangannya...
menyebabkan cucunya telah mengambil tindakan nekad
cucunya,yang umur adik setahun hari saya,yang senang dipanggil nuyu pernah mengambil
jalan untuk terjun melalui tingkap pada waktu malam untuk pergi belajar bersama dirumah saya..

Pada malam tersebut,setibanya dirumah saya,dia menunjukkan kakinya yang berdarah..

"bakpo mung terjung nelo nyoh?"
"chek aku maroh gi tido rumoh oghe,aku tok ngapa lagi ni,esok perikso tarikh islam,tapi aku ngatuk ni.."

Alhamdulillah,sekarang beliau Di tahun dua Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa..


Beliau pergi dihening pagi..
sampaikan kami sekeluarga pun tak tahu sehinggakan ada cucu dia datang untuk minta tolong sesuatu..
"chek kito sokmo kato,kalu buleh nak mati bule poso"


Alhamdulillah..
doa allahyarham telah dimakbulkan..


Walaupun,kita tidak pasti,bilakah saat tibanya 'turn' kita,tapi sebelum kita pergi..ada sesuatu yang ingin kita capai..Untuk diri sendiri,untuk keluarga,dan semestinya untuk Islam Tercinta.

Hidup mesti diteruskan..melihat akan ketabahan orang disekeliling dengan perbagai pengalaman pahit maung yang ditempuhi,saya sangat tabik dengan semua manusia yang lebih "emas" dari saya..

Ya,Allah memberikan ujian yang berbeza untuk orang yang berbeza..
tapi apa yang saya pasti..mereka telah berjaya menempuhi rintangan yang Allah berikan,
samada dengan penuh jayanya atau sebaliknya,itu hal yang kedua..
Pokoknya mereka telah lalui!

Meneliti dunia..nampaknya,terlalu banyak cerita-cerita yang boleh dijadikan ikhtibar..
Cuma amat sedikit manusia yang mampu menilai dengan mata hati..


~>>ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..