Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

hari-hari buat kerja berani mati...


Hari ni,lecturer masuk untuk Midsem exam..biasanya,seperti quiz-quiz yang lepas,lecturer(sister yang baru bergelar madam),akan bertanya..

"nak extend masa ke??you all mesti nak prepare lebih kan?"..

lalu jawapan kami...

"nak!!!",sebab??..
ada yang belum habis baca,ada yang dah habis baca tapi nak baca lagi,dan ada yang belum baca pun lagi..

Tapi hari ni..

lecturer masuk dan tidak bertanya apa-apa dan terus je bagi kertas exam..wow!

Selamat menjawab kertas soalan&selamat menjawab dengan diri sendiri,
"nape la aku tak leh jawab",
"Tahniah!sebab boleh jawab"
bagi mereka yang dapat menjawab dengan jayanya..


Begitulah umpamanya hidup ini..
Kalau Allah tawarkan "mati" untuk kita?,nak tak kita...
mesti saya dan kebanyakan sahabat menjawab..
"taknak lagi Ya Allah!!",
jangan KAU ambil dulu nyawaku..

sebab....
aku belum cukup beramal untuk untuk Mu
Kalau beramal pun aku,ikhlaskah aku?
Kalau pun aku ikhlas??..
adakah ianya dilakukan dengan ihsan dan seitqan mungkin?
Kita ada jawapan diatas segala soalan yang sita sendiri persoalkan...

Hari ke-3 Ramadhan,seorang dari jiran saya telah dipanggil ALLAH..
perginya disebabkan sakit tua.
Teringat cerita kegarangannya...
menyebabkan cucunya telah mengambil tindakan nekad
cucunya,yang umur adik setahun hari saya,yang senang dipanggil nuyu pernah mengambil
jalan untuk terjun melalui tingkap pada waktu malam untuk pergi belajar bersama dirumah saya..

Pada malam tersebut,setibanya dirumah saya,dia menunjukkan kakinya yang berdarah..

"bakpo mung terjung nelo nyoh?"
"chek aku maroh gi tido rumoh oghe,aku tok ngapa lagi ni,esok perikso tarikh islam,tapi aku ngatuk ni.."

Alhamdulillah,sekarang beliau Di tahun dua Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa..


Beliau pergi dihening pagi..
sampaikan kami sekeluarga pun tak tahu sehinggakan ada cucu dia datang untuk minta tolong sesuatu..
"chek kito sokmo kato,kalu buleh nak mati bule poso"


Alhamdulillah..
doa allahyarham telah dimakbulkan..


Walaupun,kita tidak pasti,bilakah saat tibanya 'turn' kita,tapi sebelum kita pergi..ada sesuatu yang ingin kita capai..Untuk diri sendiri,untuk keluarga,dan semestinya untuk Islam Tercinta.

Hidup mesti diteruskan..melihat akan ketabahan orang disekeliling dengan perbagai pengalaman pahit maung yang ditempuhi,saya sangat tabik dengan semua manusia yang lebih "emas" dari saya..

Ya,Allah memberikan ujian yang berbeza untuk orang yang berbeza..
tapi apa yang saya pasti..mereka telah berjaya menempuhi rintangan yang Allah berikan,
samada dengan penuh jayanya atau sebaliknya,itu hal yang kedua..
Pokoknya mereka telah lalui!

Meneliti dunia..nampaknya,terlalu banyak cerita-cerita yang boleh dijadikan ikhtibar..
Cuma amat sedikit manusia yang mampu menilai dengan mata hati..


~>>ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..

0 comments: