Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

email dari sahabat dunia akhirat..
Mereka mahukan muslimat perkasa,
Yang mampu berdikari,
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi,
Yang lantang bersuara memberi pandangan,
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan.

Cuma dia rasa seperti mahu bertanya ,
Mahukah mereka pada isteri perkasa?,
Acapkali terkena sejuknya angin malam,
Kadang- kadang panas terik dan juga hujan,
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan,
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan ,
Namun dia berserah dan cuba,
Untuk tidak ambil kisah.
Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah,
Kuat hatinya seperti Nusaybah,
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah,
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah,
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah ,
Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang,
Kerna musuh itu sedang menyerang,
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme,
Jadi dia perlu terus bergerak,
Mempertahankan Islam dan kebenaran,
Membantu para muslimin di medan juang,

Walau kadang dia bertanya,
Perlukah sebagai muslimat,isteri, ibu,
Untuk terus berdiri di medan perjuangan? ,
Apapun dia sentiasa katakan pada diri,
Bahawa hidup ini hanya untuk tuhan,
Manusia itu hanya sandaran,
Jadi biarlah tuhan yang menentukan,
Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang,
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah anda menerima isteri perkasa?.

0 comments: