Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


Semalam..kami sekelas makan angin di Terengganu didalam rangka menghabiskan module Gerontology,sambil-sambil release tension mungkin..Gembira,tenang,sebak,sedih..dan sebetulnya banyak mengajar


Campur baur segalanya..Sesungguhnya..Aging process itu bermula,dari hari pertama kita dilahirkan..menunggu saat kembali semula..

Bermula di ward perempuan yang old-old people (94 tahun) sampailah ke usia semuda (Belum lagi dalam kategori old sebenarnya) 27 tahun menjadi penghuni disitu..Ada makcik-makcik yang suka dipanggil tok,kakak,just suka dipanggil nama,dan ada juga yang senag dipanggil datin..macam-macam ceritanya..SEBAK..

~~~~~~~~~~~~~~~~~""~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Melangkah bersama Kak syeril ke wad lelaki menambahkan lagi haru didada..Bertemu dengan patient yang CEREBRAL PALSY (congenital disorder,cacat sejak dari lahir)yang saya rasa lebih suka saya rahsiakan identitinya membuat kami insaf tentang nikmat kesempurnaan aggota..

Pada mulanya..kami teragak-agak untuk mendekati beliau,yang nampak agak restless..tapi kami beranikan diri memandangkan tiada siapa pun yang berani masuk dekat kepada dia waktu itu..

Kami mulakan perbualan dengan bertanya dari mana asalnya dan sebagainya berkenaan dengan diri beliau..

"Jangan jadi macam pakcik,orang benci,orang jijik..duduk macam ni,tak boleh buat apa-apa."

"Takpa Pakcik,Allah sayang Pakcik,nanti Akhirat Pakcik masuk syurga,boleh jumpa Allah"

"Pakcik Sabar Ya"

"Pakcik sabar,orang cakap pakcik gila,pakcik sabar,pakcik tegur orang orang buat tak layan pun pakcik sabar"

Tabah sahaja raut beliau yang berumur baru sahaja 49 tahun itu,yang sebenarnya he need efford to answers our question,sebab kecacatan beliau.(Belum lagi dalam kategori older people sbnrnya).


"Pakcik Pandai baca?

"Pakcik tak pandai baca,pakcik tak sekolah,pakcik cacat sejak dari kecil..Mak pakcik tak bagi pakcik kawan dengan orang waktu kecil dulu.."

"Sebelum pakcik masuk sini,pakcik tinggal dengan abang sedara pakcik..mak pakcik dah meninggal 20 tahun lepas,pakcik tak pernah kenal ayah pakcik..Pakcik ada sorang kakak tapi meninggal waktu kecil.."

"Err..pakcik,boleh tanya?"

"pakcik masuk sini sapa hantar ya?"

"Abang ngah.."

"Tapi pakcik yang mintak.."

"Ha?Pakcik mintak,kenapa pakcik?"

"Pakcik nak berdikari,tak nak susahkan abang ngah"

"abang ngah dah halang pakcik..tapi pakcik degil..abang ngah cakap,aku tak pernah paksa kamu,kalau kau nak pergi jugak abang ngah tak dapat nak halang..tapi kalau apa-apa jangan cari abang ngah"

'tapi pakcik tetap degil".."pakcik ingat pakcik masuk sini pakcik dapat ramai kawan,pakcik boleh belajar sesuatu..pakcik tak pernah belajar sebelum ni..Pakcik engatkan masuk sini pakcik boleh belajar..tapi masuk sini..pakcik tak dapat apa2 pun..kalau duduk kat rumah abang ngah pakcik pakcik boleh cabut2 ruput,tolong kemas rumah"


"Pakcik dah cakap dengan abang ngah keadaan pakcik disini?"

"pakcik tak cakap sebab pakcik malu"

"pakcik boleh bergerak ka?"

"pakcik boleh merangkak"

Jawab beliau dengan bangga nya..

"Pakcik duduk sini,tak da apa yang boleh pakcik buat.."

"mula-mula pakcik masuk sini..pakcik berangan-angan nak pandai berniaga..Pakcik nak sangat berniaga,mula-mula kecil sikit..pastu tambah besar"

Menitis air mata saya mendengarkan cita-cita seorang kurang upaya yang tinggi azamnya..

saya keluar dan meninggalkan sahabat saya..

saya masuk dengan menggagahkan diri menukarkan soalan..

"Pakcik,ramai-ramai manusia siapa yang paling paakcik sayang?"

"Mestila mak dan ayah pakcik..no dua isrteri pakcik,no tiga anak pakck..tapi pakcik tak ada isteri apatah lagi anak"..

"Kamu pun,nanti,no satu kena sayang mak ayah,no dua suami,dan no tiga barulah anak-anak"..

Nasihat pakcik..

"Engat tu jangan jadi macam pakcik..orang benci.orang jijik,orang hina.."

"Pakcik jangan cakap begitu,pakcik boleh tabah dengan keadaan pakcik macam ni dah suatu kejayaan yg besar buat pakcik.."

Tanpa dapat menahan sebak.."pakcik,saya minta diri dulu"..

nanti saya datang lagi....

Sekembalinya..

"Eh,,jangan datang sini,jangan datang sini..Pakcik Buang air,pakcik busuk"

'Takpa pakcik,nanti misi datang..kami nak balik dah ni.."

"Suka jumpa pakcik..banyak yang dapat kami belajar dari pakcik"

"Terima kasih..minta maaf sebab banyak cakap dengan kamu.."

"takpa pakcik.."

Assalamualaikum pakcik...


Kami melangkah dengan air mata yang masih lagi tersisa di pipi..


~~~~~~~~~~~~~~""~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Azam..Berdikari..tabah..sabar..Kuat..


2 comments:

terharunyer baca cerita ni..
banyak pengajaran..

kat mana pakcik tu...
wad ke rumah orang cacat?

Pakcik ni kat rumah ihsan..
Tambah sedih kalau dapat lihat physical dia..
tapi kitorng tok leh ambik gambar..
So..
Syukurilah segala nikmat yang meluah..