Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

tak bersemangat??tak bermotivasi??bagi saya dan kawan-askawan,antara sebab menjadikan diri kurang bermotivasi semenjak sehari lepas dan 2 hari yg mendatang adalah disebabkan semua orang telah out of mood kerana 'diri' masing-masing sudah berada dikanpung halaman sebenarnya..2 days to go,hari-hari posting masih berbekal 2 hari..yeay!

Apa yg harus dilakukan??

setelah tahajjud...


1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, kiya juga masih diberikan pekuang untuk memenjatkan taubat,kita juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.

2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang kita mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi p
endek dan baca dalam seminit dua

Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari.

3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Juga boleh tadabbur Al-quran..cari ayat2 motivasi..

Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.

4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila kita mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat kita lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.

Andai kata kita seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi kita dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.

Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat kita mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, kita punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang,kerana kita ialah a full tyme muslim

5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?

Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.

Hidup kita bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.

Mulai hari ini, ubah sikap kita. Set target apa yang kita mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.

Andai kita seorang pelajar, set target berapa bab yang kita nak ulangkaji, berapa buah buku yang kita nak baca dalam minggu ni, berapa soalan kita nak bertanya pada lecturer atau guru kita nanti.

Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.

Andai kita seorang pendakwah,berapa banyak pahala yang kita nak dapatkan hari ni,berapa banyak pintu hati yang kita nak ketuk hari ni,berapa banyak nasihat yang kita nak sampaikan hari ini.

6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea
.

Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood kita menjadi positif.

7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.

Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.

Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, kita jadi orang yang tak bersemangat langsung.

Lebih teruk, kita jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.

Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.

Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.

Dare to change!

4 comments:

Optimis, maju ke hadapan! Para muharrikah seharusnya cukup ALLAH dan rasul sumber inspirasi dan motivasinya. Move forward!

bina diri..buka kunci potensi diti untuk mencapai motivasi kejayaan diri..

pergh. tabik kak!

elo2... tukar background..napok kiut..:P