Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


24 tahun saya di beri tuhan pinjaman oksigen untuk hidup,pinjaman H2O untuk diteguk,pinjaman karbohidrat,protein,kalsium,lemak,fiber dan segalanya,tidak pernah sekali pun Ibu dan ayah memaksa dalam menentukan arah hidup saya..Saya merdeka dari kecil!
Sayalah desicion maker untuk hidup saya sejak dari kecil!.
kecuali dalam 2 hal:

1)Keputusan memaksa saya masuk ke sekolah agama *padahal diri waktu itu meronta-ronta mahu ke MRSM
2)Memaksa saya masuk MMPKB *padahal pada waktu itu ingin saya ke SMKA
dan hari ini,ternyata mereka benar!
...
I'm a scorer sejak dari bangku sekolah rendah hingga ke sekolah menengah,tiada ungkapan gagal dalam hidup saya,dan saya tidak pernah pun mengerti apa itu gagal.Sebetulnya,gagal itu haram masuk ke dalam diari saya dan setiap kali peperiksaan,saya hadiahkan dan dedikasikan keputusan cemerlang tersebut kepada ibu dan ibu sentiasa membalas keputusan saya itu dengan hadiah..Hadiah!,selalu bersama hadiah.
...
Bermula dengan result SPM dan alam matrikulasi,diisini Allah anugerahkan saya dengan sebuah perjuangan,say!,Alhamdulillah dan Allah mengajar saya apa itu GAGAL,say Alhamdulillah
Oh,begini rasanya gagal?.

Saya mencari-cari sisi positif disebalik apa yang berlaku,mempositifkan diri menghadapi segala..
Ada masa saya optimis menggunung,ada kalanya saya pesimis tahap cipan.
Bermula di matrikulasi saya sudah berhenti daripada memberi khabar gembira buat Ibu.
Dan saya juga sudah berputus asa dari membuat agreement dengan Ibu seperti lazimnya..
Ibu seperti memahami,segala yang berlaku kepada anaknya itu bermula dengan result SPM mungkin,dan ibu tidak memaksa saya untuk excel seperti biasa..
cuma biasa saya dengar nasihat ibu "Kuat-kuat pun,jange wat tok engat bbaco buku"
...

Melangkah ke Taman ilmu dan budi,alhamdulillah,saya sedikit perform hari demi hari,mungkin berkat doa ibu yang tidak putus-putus juga mungkin berkat kesabaran saya.Tapi saya asih boleh dan mampooo untuk memberi hadiah buat IBU..Di hujung nyawa saya di Taman ini,saya berazam mahu menghadiahkan 4.02 untuk IBU!..

Walau pun sepanjang 6 tahun ini,tiada pun khabar gembira buat ibu,satu tiket ke PERCUTIAN TARBAWI itu terlebih dahulu ibu hadiahkan untuk saya,tanpa saya menghadiah kan 4.02 kepada ibu terlebih dahulu seperti biasa..

Terima Kasih ya Allah!,terima kasih IBU..

*Anak ibu yang selalu menghabeskan wang ibu ayah
*anak ibu yang selalu menggunakan masa yang sepatutnya di spend buat ibu untuk menda lain
*anak ibu yang sentiasa tidak lekat di rumah
*Anak ibu yang sentiasa bergaduh dengan adiknya
*anak ibu yang sentiasa menyebabkan galau ibu
dan itulah saya..

Dan saya dedikasikan pahala "langkah" saya ini (jika ada)untuk ibu
kerana Ibulah insan yang paling berjasa dalam langkah saya ini..
Hamasyie~

3 comments:

u inspired me a lot!

dan u inspired me lebih banyak dari itu..

teruskan melangkah...
salam thabat...