Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

*Warning awal : Ini adalah cerita peribadi peninggalan kepada anak cucu saya nanti,juga kepada sahabat-sahabat yang rasa nak dengar dan baca dan mengambil sesuatu hikmah jika ada yang mungkin mengundang keboringan.Sesiapa yang tidak sabar di larang membaca.Teeet!


Bermula dengan mimpi,sejujurnya saya sangat-sangat tersihir dengan contengan susunan abjad Andrea Hirata,serius!,tersihir..Tersihir tahap mild dengan Laskar pelangi,tersihir tahap moderate dengan Sang Pemimpi dan tersihir chronic dengan Edensor.Bemula di Laskar Pelangi,saya berjinak-jinak belajar bermimpi,malu-malu bermimpi,dan keyakinnan saya semakin utuh dan kukuh lewat saya menyudahkan sang pemimpi dan Edensor,yang setelah itu,saya nekad dan berani berkata kepada dunia dan sesiapa yang saya jumpa..BERMIMPILAH!..

dari situ saya mempunyai paradigm yang bebas tentang tiada kemustahilan!,saya merdeka dalam memandang hidup dan masa depan..sebetulnya juga,Mimpilah yang membawa saya ke HARAMAIN!,tanah aman janji Allah.

….

Rumah-rumah kelihatan kecil kecil dan semakin mengecil,lalu menghilang dari pandangan..ah,saya diawanan!,mencubit-cubit lengan sendiri,sakit!,nyata,tuhan telah memeluk impian dan mimpi saya!,saya bukan lagi bermimpi,akan tetapi sebuah mimpi yang terterjemah di alam nyata..TUHAN MAHA MENDENGAR..Ini kali pertama saya menunggangi burung besi (*lantak la korang nak cakap ape,daghak ke ape ke,saya tak kesah) menunggangi dalam keadaan yang penuh passion.Bermusafir dengan pemimpi tegar selevel dengan saya Hajaq juga bersama adik dan teman yang mungkin baru mengenal erti mimpi yani dan sarah juga bersama tok ngan mak hajaq sungguh mengagumkan!,juga di tambah dengan rencah kehadiran Pakcik Mahram juga Pakcik Yunus sang mutawwif,mencukupkan rasa pengembaraan ini,yang kami namakan Percutian Tarbawi,perjalanan mencari tuhan~..menembusi setiap tingkat awanan,tinggi dan tinggi bersama PIA menghantar kami ke Karachi!.


Pemimpi paling muda-Hajah Sarah di atas flight

Karachi ialah jiran kepada Negara idaman yang paling di impikan untuk di jejak kak ini,Afghanistan!.Alhamdulillah,jiran pun jiran la..setelah transit untuk 3 jam,dan solat jama’ zohor asar,terbang kami bersambung lagi,dirasakan jam sudah tiada guna,sangat disorientate dengan masa,kerana bagi saya masa itu terlalu penting buat saya kerana juga berdebar mentahdid saat bersejarah di Malaysia ,Bersih V.2

Tepat jam 8.48pm madinah burung besi menghantar kami ke Bumi Cinta ,yang saya diari pengembaraan menjejak madinah dengan tema ‘Cinta Madinah,Cinta Yang tiada kata’.Setelah mengharungi segala birokrasi di Airport yang saya dan rombongan sempat lelapkan mata,buat Usrah dan Halaqah Qur’an kerana pengurusan yang sangat lembap di dalam barisan manusia yang panjang.Woha!,dah la stupor,letih dan sebagainya,dan kamu diuji sebetulnya~ dan,Alhamdulillah tepat 10.50pm Madinah @ 3.50am Malaysia setelah hampir 14 jam perjalanan kami tiba di hotel Mubarak Madinah just 100 meter ke Masjidinnabawi.Alhamdulillah..tepat jam 11.00pm Madinah,sebuah mesej perihal BERSIH dari seorang sahabat di Malaysia hinggap di Inbox handphone menambahkan lagi Jelous saya.Tak pe..tak pe..

Cinta Madinah - Cinta yang Tiada Kata.~ To be Continued!

2 comments:

boss cepat sambung cerita! =p

sambung jangan tak sambung..tarik nafas dulu bos sebelum sambung..takot nanti sempoot..terlalu banyak abjad untuk di susun,dan rasa untuk di urus..hehe