Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

email dari sahabat dunia akhirat..
Mereka mahukan muslimat perkasa,
Yang mampu berdikari,
Yang mampu bercakap di tengah demonstrasi,
Yang lantang bersuara memberi pandangan,
Yang mampu mempertahankan hak dan perjuangan.

Cuma dia rasa seperti mahu bertanya ,
Mahukah mereka pada isteri perkasa?,
Acapkali terkena sejuknya angin malam,
Kadang- kadang panas terik dan juga hujan,
Terpaksa bersaing dengan pelbagai kenderaan,
Yang selalu memberi pandangan atau kritikan ,
Namun dia berserah dan cuba,
Untuk tidak ambil kisah.
Baginya dia mahu jadi seperti saidatina Fatimah,
Kuat hatinya seperti Nusaybah,
Penuh keibuan seperti saidatina Khadijah,
Cerdik aqalnya sepeti saidatina Aishah,
Agung cintanya seperti Rabiatul Adawiyah ,
Dan dia tak boleh duduk diam di dunia sekarang,
Kerna musuh itu sedang menyerang,
Sister in Islam, Secularisme, Pluralisme,
Jadi dia perlu terus bergerak,
Mempertahankan Islam dan kebenaran,
Membantu para muslimin di medan juang,

Walau kadang dia bertanya,
Perlukah sebagai muslimat,isteri, ibu,
Untuk terus berdiri di medan perjuangan? ,
Apapun dia sentiasa katakan pada diri,
Bahawa hidup ini hanya untuk tuhan,
Manusia itu hanya sandaran,
Jadi biarlah tuhan yang menentukan,
Cuma dia ada satu soalan untuk para pejuang,
Jika mahukan muslimat perkasa,
Bersediakah anda menerima isteri perkasa?.


Dakwah adalah perjuangan..
Dakwah adalah aktif dan proaktif
Dakwah adalah gerakan bukan diam
Dakwah adalah jihad dan perjuangan
Dakwah adalah merakyat,bukan elit
Dakwah adalah memburu bukan menunggu
Dakwah adalh promosi dan pemasaran
Dakwah adalah membina Hubungan
Dakwah adalah mendekatkan,bukan menjauhkan..

Dakwah kita dari allah,kerana Allah,Untuk Allah,Kepada Allah,selaras denagn kehendak Allah,dan dengan izin Allah..

Dan tidak kami untuskan mu(wahai Muhammad) kecuali sebagai rahmat keseluruh alam..
Apa signifikasi dengan ayat tersbut?
Rasulullah itu adalah rahmat keseluruh alam,hadir bersama Rasulullah adalah Cara hidup yang syumul ini, yang mengeluarkan manusia daripada kegelapan kepada cahaya.
Dan tugas ini diturunkan kepada kita sebagai warisan sehingga Islan Itu berada ditempat yang selayaknya..
INI jalan kita..

Operasi anti-Valentine day dengan tema:Masih ada yang sayang program kelolaan One Faith Unit,Islamic Care Bureau,Mahallah Representative Committee 2 hari yang lalu banyak mengajar kami..Ssgahnya terlalu ramai umat diluar sana yang dahagakan sinar hidayah,sentuhan dari kita sebagai orang yang memahami haza ddin..

Nahnu duat walaisa qudo’..
Dengan Membawa pendekatan..
Basyeeran,bukan lagi naziran.
Terasa tidak cukup tangan dan kaki untuk berkongsi,menyampaikan khabar gembira berkenaan dengan KECANTIKAN islam..
Berceritakan tentang keindahan islam,
Seorang sahabat (moga-moga Allah Turunkan hidayah kpdnya) bertanya,
“Orang macam kitorang boleh lagi ke kak?”
Terkedu saya dan sahabat merangkap anak usrah saya,Ilyani untuk memberi jawapan..
Lalu cerita tentang cerita Perempuan pelacur yahudi yang memberi minum anjing air yang dahaga dikongsi bersama..
Ikhlas kuncinya..berubah kerana ALLAH..

Adik tersebut menunjukkan handset nya kepada saya..“

"Pernah pakai tudung ke?..Wah cantiknya Ira>>"
“Pakai la,cantik ni”..
“Kalau ikhlas,nanti Allah pilih ira untuk masuk syurga,akak nak tumpang tau”

Terasa terlalu banyak sebenarnya tugas yang tidak tertunai..

Konklusi..
Mengajak sahaja tidak cukup untuk menjamin seseoramg berhenti melakukan kemaksiatan.kita yang mengajak saja tidak mampu untuk memaksa manusia..
Disana perlu ada elemen Menyuruh..
Dan ia berbalik kepada peranan ‘SULTOH”
Kekuasaan..
Tiada kekuasaan melalui politik..
Ini tugas politik untuk mentarbiah manusia.
Memugar dakwah..
Ma la yatimmul wajib illa bihi fa huwal wajib

Dakwah itu hukumnya wajib,tidak ada kuasa untuk nahi mungkar tanpa Politik,
Maka politik ISLAM itu wajib.

Bentuk love,Bunga,teddy bear,Chocolate,keluar bersama,privacy..

semuanya disinonimkan dengan sambutan hari kekasih..
Hari kekasih?
siapa?
pakcik makcik kat kampung?
datuk nenek kita?
...
Tapi ianya menimpa muda mudi yang darahnya panas untuk keluar berjuang..
yang fizikalnya kuat untuk bermujahadah..
akan tetapi jika tiada didikan agama..
Kekuatan Syabab yang rasulullah sebut-sebut dari golongan merekalah yang ramai menghuni syurga akan terbazir dengan begitu sahaja..
Inilah kegembiraan Yahudi dan nasrani dan musuh-musuh Islam..
Penjajahan yang berjaya..

Let's discover the truth!

SEJARAH VALENTINE'S DAY The World Book Encyclopedia (1998) melukiskan banyaknya versi mengenai Valentine's Day salah satunya festival Romawi yang disebut Lupercalia.Perayaan Lupercalia adalah rangkaian upacara pensucian di masa Romawi Kuno (13-18 Februari). Dua hari pertama, dipersembahkan untuk dewi cinta (queen of feverish love) Juno Februata. Pada hari ini, para pemuda mengundi nama-nama gadis di dalam kotak. Lalu setiap pemuda mengambil nama secara rambang dan gadis yang namanya keluar harus menjadi pasangannya selama setahun untuk senang-senang dan objek hiburan.

Pada 15 Februari, mereka meminta perlindungan dewa Lupercalia dari gangguan srigala. Selama upacara ini, kaum muda melecut (whiplash) orang dengan kulit binatang dan wanita berebut untuk dilecut karena anggapan lecutan itu akan membuat mereka menjadi lebih subur.
Ketika agama Kristian Katolik masuk Rom, mereka mengadopsi upacara ini dan mewarnainya dengan gaya Kristiani, antara lain mengganti nama-nama gadis dengan nama-nama Paus. Di antara pendukungnya adalah Kaisar Konstantine dan Paus Gregory I (lihat: The Encyclopedia Britannica, sub judul: Christianity)
Lalu bagaimana dengan ucapan "Be My Valentine?" Ken Sweiger dalam artikel "Should Biblical Christians Observe It?" mengatakan kata "Valentine" berasal dari Latin yang berarti : "Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuat dan Yang Maha Kuasa". Kata ini ditujukan kepada Nimrod dan Lupercus, tuhan orang Romawi. Maka disadari atau tidak, -tulis Ken Sweiger- jika kita meminta orang menjadi "to be my Valentine", hal itu berarti melakukan perbuatan yang dimurkai Tuhan (karena memintanya menjadi "Sang Maha Kuasa") dan menghidupkan budaya pemujaan kepada berhala. Dalam Islam hal ini disebut Syirik, ertinya menyekutukan Allah Subhannahu wa Ta'ala.

Adapun Cupid (berarti: the desire), si bayi bersayap dengan panah adalah putra Nimrod "the hunter" dewa Matahari. Disebut tuhan Cinta, karena ia rupawan sehingga diburu wanita bahkan ia pun berzina dengan ibunya sendiri!
Itulah sejarah Valentine's Day yang sebenarnya, yang seluruhnya tidak lain bersumber dari musyrikin dan penyembahan berhala. Bahkan tak ada kaitannya dengan "kasih sayang", lalu kenapa kita masih juga menyambut Hari Valentine? Adakah ia merupakan hari yang istimewa? Adat? Atau hanya ikut-ikutan semata tanpa tahu asal usulnya?. Bila demikian, sangat sedih kerana ramai dari teman-teman kita -remaja putra-putri Islam- yang terkena penyakit budaya Barat dan acara ritual agama lain. Padahal Allah Subhannahu wa Ta'ala berfirman, yang artinya:
"Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mengetahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertangggungjawabnya"
(Al Isra' : 36)
Wallahua'lam

Bukan kah setiap hari dalam Islam adalah hari untuk berkasih sayang?

Dedikasi khas untuk jiwa-jiwa yang kental menghadapi hiruk pikuk dunia,pencak silat hidup
dan..
sepak terajang perjuangan.

Moga Kita terus sebaris dalam mereka-mereka yang Allah pilih untuk membawa panjinya hingga Akhir nyawa.


Andai yang indah itu CINTA ALLAH,
pasti yang manis itu derita dan musibah,
hati yang resah tujukan ke ladang pasrah,
doa jadi senjata,
musuh gentar menanti rebah,
mengejar redha yang utama,
kemenangan bakal menyerah,

Ya Allah..
Andai jalan ini menuju arahMU,
Kami pohon kekuatan dan istiqamah,
mengharung mehnah,
menepis lemah,
mengusir kalah!.

semoga semakin sabar menangani mad'u,
Hingga disana pasti bertemu,
Waktu tersarung takhta padamu..


Best..

berjumpa sahabat-sahabat dan adik-adik..
Recharge!
Seisi luah perasaan..
Seisi pertukaran idea..

Mesti balik dengan semangat baru..

Dan yang paling penting kali ni..
Dapat 'KAD MADOH' dari seorang senior..
ha ha..ter...ter...ter...kantoi

Dah nak kawen rupanya Kak Pah..
Panjang betul cerita dia dengan saya..
Dari matrix UIA lagi,
tyme free,ke Gombak dan 'scoting' bilik dia..
Masa tu masih lagi kanak-kanak

Semua sahabat-sababat bergembira dengan berita darinya..
Akhirnaya Kak Pah bertemu dengan pilihan hati..
Tapi saya..
bercampur baur rasanya mungkin..
Ada sedih..ada suka..

PERKAHWINAN ITU SATU TUNTUTAN KEARAH PEMBENTUKAN
KEMBALI KHILAFAH YANG HILANG...

Dunia perkahwinan adalah dunia tanggungjawab dan iltizam yang berterusan, dunia memberi dan menerima,dunia mendengar,dunia empthy,dunia penuh dengan cita-cita dan dunia penerusan tarbiyyah ..

Kak Pah sudah berjaya menjadi afradul Muslim yang cemerlang..
Tiba masanya untuk Kak Pah membentuk Keluarga yang Gemilang..
Memyumbang kepada Masyarakat yang Terbilang..
seterusnya kepada penyumbang bata-bata Baldatan Tayyibatan Wa Rabbul Ghafurr.

Mungkin perjumpaan kali ini lebih mengajar saya untuk berfikiran lebih matang..
Kerana sesungguhnya,
Sahabat datang dan pergi..
Bukan sentiasa ada disisi..
tetapi tetap dihati..

"doakan KAK PAH akan terus bersama kalian"..
bisik Kak Pah dalam pelukan..

IPOH, 6 Feb (Hrkh) - "Kita akan mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat Perak sehingga ke titisan darah terakhir," demikian penegasan Menteri Besar Perak Dato' Seri Mohd Nizar Jamaludin di hadapan kira-kira 10,000 penyokongnya yang membanjiri kediaman rasmi malam tadi.

Beliau yang memberi ucapan yang berapi dan penuh semangat demi mempertahankan kerajaan rakyat daripada dirampas oleh kerajaan BN.

Nizar dalam ucapan penutupnya itu berjanji akan berjuang habis-habisan untuk merobohkan Umno dan BN yang telah membuat rakyat negeri ini huru-hara.

Beliau juga berkali-kali membuat penegasan tidak akan meletak jawatan Menteri Besar biarpun sudah mendapat arahan daripada Duli Yang Maha Mulia Sultan Perak.

Terdahulu, beberapa pimpinan utama Pakatan Rakyat diberi peluang memberi ucapan antaranya, Exco Kanan Perak, Ngeh Koo Ham; Pesuruhjaya PAS Perak,Ustaz Ahmad Awang; Ketua Pemuda PAS, Salahudin Ayub; Ketua Muslimat PAS,Ustazah Nuridah Salleh dan Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mat Akin.

Orang ramai mula membanjiri kediaman Menteri Besar seawal jam 6 petang sebaik sahaja mendapat maklumat permit untuk berhimpun di Stadium Ipoh tidak dikeluarkan oleh pihak berkuasa.

Suasana agak luar biasa, apabila rakyat berbilang bangsa Melayu, Cina dan India datang berduyun-duyun mendengar amanat pimpinan mereka, walaupun terpaksa duduk di atas rumput yang basah dek hujan turun bermula tengah hari itu.

Apa yang dikesali pihak polis pula bertindak menyekat laluan utama ke kediaman Menteri Besar pada seawal jam 7 malam menyebabkan orang ramai terpaksa berpatah balik.
Bagaimanapun, tindakan pihak berkuasa itu tidak mematahkan semangat rakyat Perak untuk sama-sama menunaikan solat hajat serta mendengar amanat pimpinan mereka di dalam dewan tertutup dihadapan perkarangan rumah menteri besar.

Sebaik selesai solat hajat, tiga buah trak polis yang membawa hampir 100 anggotanya tiba di pintu pagar utama kediaman, bagaimanapun tindakan pantas petugas Unit Amal bergegas membuat benteng di hadapan pagar untuk menghalang sebarang provokasi yang timbul.
Kain rentang yang tertulis ' Daulat Tuanku Rakyat Pohon Tuanku Bubarkan Dun Perak' dan 'Menuntut Bubarkan Dun, Kembalikan Kuasa Rakyat', jelas menggambarkan hasrat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi terhadap kuasa Sultan.

Beberapa orang di kalangan hadirin yang ditemui masing-masing melahirkan kemarahan terhadap BN merampas kerajaan Perak tanpa saluran yang sah.
Seorang warga Tronoh berbangsa Cina, Hon Eng Kee, 47, yang ditemui melahirkan rasa tidak puas hati dan marah terhadap BN yang merampas kuasa secara tidak adil.

"Sepatutnya ada pilihan raya kecil, kita rakyat Perak harap Sultan dan BN keadilan dan demokrasi, kami tidak terima keputusan Sultan dan kami tidak puas hati," katanya.
Beliau juga berharap agar pilihan raya baru diadakan dalam masa terdekat.
Hon, juga beranggapan seperti wujudnya politik wang sehingga menyebabkan BN sanggup mengambil tindakan ini.

Sementara itu, Jayabalan, 28, yang berasal dari Ipoh pula kecewa dengan cara BN merampas kuasa.
"Tindakan mereka, seolah-olah membuat undang-undang sendiri sehingga mencetuskan huru-hara. BN tipu dan sultan tidak adil,"katanya.

Ditanya tujuan kehadiran beliau ke situ, katanya semata-mata untuk menyokong Menteri Besar Nizar yang dilihat ikhlas dan jujur dalam menjalankan tanggungjawab rakyat.
Turut sama menyatakan ketidakpuasan hati terhadap tindakan BN di luar undang-undang iaitu Pravajaran, 25.

"Pentadbiran Pakatan Rakyat, ok... kerana ia membela nasib semua bangsa, kita tidak mahu tukar kerajaan yang sedia ada dan kita tetap sokong MB Nizar," katanya berharap pilihan raya dapat dijalankan.
Di akhir ceramah itu, orang ramai mengangkat ikrar akan sentiasa patuh kepada perlembagaan dan terus menjunjung kasih Sultan.
----~~~
Terasa kurang bertamadunnya kerajaan BN pada hari ini..
"bukan kurang,tapi lansung tiada"!,emosi seorang sahabat..
Takut dengan bayang sendiri,
takut sejarah Permatang Pauh dan Kuala Terengganu Berulang Kembali
Doa..Dan Terus kan Doa..
Disini sekali Lagi aqidah dan perjuangan Kita teruji..

Sama-sama kita beriman dengan Allah..

Beriman dengan sifatnya...
Arrahman..
Arrahim..

Yang kadang-kadang memberi lebih dari apa yang dipinta..
------~~--------~~


Pada Suatu Hari..
Seorang lelaki berdoa kepada Allah SWT agar diberikan bunga dan kupu-kupu


Namun Allah SWT memberikannya kaktus dan ulat


Lelaki ini sedih, tidak mengerti kenapa pemberian-Nya berbeza dengan apa apa yang dia minta
Kemudian dia berfikir : Allah SWT kan mempunyai ramai umat yang harus diurus
Dan dia memutuskan untuk tidak mempersoalkannya doanya lagi

Setelah beberapa lama, lelaki ini memikirkan kembali doanya yang telah lama dilupakannya
Lelaki ini amat terperanjat ketika melihat dari pohon kaktus yang buruk dan berduri itu telah tumbuh bunga yang sangat cantik



Dan dari ulat yang terselubung, telah berubah menjadi kupu-kupu yang tidak kalah cantik
Allah SWT selalu melakukan semua perkara dengan benar !

Cara Allah SWT selalu cara yang terbaik, walaupun kelihatannya semuanya salah


Jika anda memohon sesuatu dan menerima yang lain dari Allah SWT, Percayalah
Yakinlah bahwa Allah SWT senantiasa memberikan apa yang anda pinta pada waktu yang tepat

Apa yang anda pinta … tidak selalu apa yang terbaik !
Allah SWT tidak pernah gagal memenuhi permintaan hamba-Nya, teruslah berdoa kepada-Nya tanpa ragu dan mengeluh


Duri hari ini … adalah bunga hari esok !
Allah SWT memberikan pilihan yang terbaik kepada mereka yang menyerahkan ketentuan kepada-Nya
-----~~
Husnu siqah Billah..
Itu sikap Muslim Mukmin!