Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Sewaktu melihat kerusi itu,
bukan lagi milik saya..
dirasakan sesak didada kembali lapang,
melepas batton kepada yang lebih baik!
dan
insya Allah,mereka lebih baik!
dan JAUH di sudut hati..
"Ya Allah,terimalah segala amalan hambaMU yang sedikit ini"

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia kental,
menjadi bebola yang persis di tekan di air,
semakin di tekan,semakin kuat tujah naiknya,
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini..

Kerusi ini banyak memberi rasa kepada saya,
erti sayang yang sangat mendalam,
kepada tarbiyah,murabbi dan mutarabbi..
Ya Allah,terima kasih di atas "karunia" ini..

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia yang harus terlebih dahulu perlu di isi,sebelum mengisi..
memasak ilmu dan pengetahuan diminda..
Ya Allah,terima kasih diatas "karunia" ini

Kerusi itu banyak mememberi rasa kepada saya,
menjadi insan "manja" di hadapan TUHANNYA,
berkongsi setiap hiba dan galau di hati..
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini

Moga-moga segala rasa di sebalik karunia MU itu,
terus bersemadi dan mendarah daging di jiwa saya.
Menjadi individu yang lebih istiqamah dan lebih tajarrud,
kepada DEEN mu ya RABBI!.


Pasca penghabesan karya a.fuadi dengan buah tangan nya,Negeri 5 Menara ternyata membuatkan saya dan sahabat lebih banyak bermimpi...

Berani bermimpi yang bermacam-macam..
ada yang bermimpi untuk membuka bakery,
Ada yang bermimpi untuk membuka nursery,
Ada yang bermimpi untuk kahwin awal..owh!

(Antara pemimpi-pemimpi~)

Mimpi?..
angan-angan?..
adakah ia pelanduk 2 serupa..


Angan-angan itu umpama ceritta mat jenin,sebuah cerita klasik melayu dongengan yang
berakhir dengan tragedi sadis.
Angan-angan yang menyempitkan pemikiran tanpa ada modus operandi yang jelas bagaimana mencapainya..

Mimpi Pula?,
saya definisikan sebagai satu cita yang di dalam nya terdapat pendekatan dan model serta punya modul untuk menggerakkan nya..
BERMULA DENGAN CITA di spesifikkan bagaimana modus operandi nya..
seperti Martin Luther King,yang memperjuangkan dasar apartheid
Yang bukan saya menyebut..
I HAVE A DREAM!
akan tetapi menspesifikkan mimpi nya dengan berkata bahawa akan mendudukkan sekali anak-anak yang berkulit putih dan hitam pada suatu hari nanti..
Bukan hanya I HAVE A DREAM,kemudian titik.

Lewat menyusuri hari-hari terakhir di tahun akhir,
Visi perlu semakin jelas,
Misi tidak lagi Kabur,
Objektif hidup sudah bersuluh,
Time frame achievement pun begitu..

Jika ingin saya menjadi seorang Pakar Nuklear,
ia tidak boleh hanya terhenti disitu..
perlukan qawiyy yang dipanggil Sarjana..
dimana mahu menyambungnya?
spesifikkan lagi,
di local Universiti seperti UKM atau di US@UK kalau ada.?

Jika saya sekarang sedang mengambil Sarjana Muda dalam Sains Politik,
dan mahu menjadi seorang penganalisis politik yang tidak kalah dengan Prof.Abu Hassan Hasbulllah Hayastani..
Mungkin,saya juga perlu menyambungsarjana di Armenia?
atau ada preference sendiri yang lebih baik..

Tidak cukup dengan itu..
persiapan teknikal perlu teliti,untuk memastikan diri saya mampu dari segi material dan mentalnya untuk kesana..

*Moralnya: Janagan main-main masa belajar..


Dan lain-lain lagi..
itu baru bab kerjaya..
Tidak masuk lagi bab rumah tangga dan sebagainya..
Ironinya,
Satu blue print dengan general master plan perlu siap!
Layarilah hidup,seperti mana kita membuat program.

Ada pndahuluannya,
ada latar belakang nya,
aba objektifnya dan lain-lain..

Malah lebih dari itu!
Maka dengan namaMU ya ALLAH!,
begin with the end in the mind,
be spesific!,
dan kita lakar jalan hayat..
moga terus dikurnia istiqamah,
dan terus berada dijalan yang menyampaikan kami kepada Murabbi cinta kami..

Jangan pernah segan untuk bermimpi (*baca : mimpi gaya spesifik),setelah digenapkan dengan usaha dan do.
Dan percayalah!,Allah itu maha Mendengar!
tribute untuk sis hafizah yang akan berpencak di UM..*sungguh!,saya dengki

Detikan itu doa, impian itu doa, ingat itu doa, fikir itu doa, sebut itu doa, kata-kata itu doa..
maka,pastikan tingkah mu sentiasa dalam kebaikan~

Dahulu,kami melukis langit dan membebaskan imaginasi itu lepas membumbung tinggi.

Aku melihat awn seperti benua Amerika,Raja berkeras awan yang sama berbentuk Eropah,manakala Atang tidak yakin dengan kami berdua dan sanagt percaya awan itu berbentuk benua afrika.Baso malah melihat semua itu dalam kontek Asia,sedangkan Said dan Dulmajid sangat nasionalis,awan itu berbentuk peta Negara kesatuan Indonesia.


Dahulu kami tidak takut bermimpi,walau sejujurnya juga tidak tahu bagaimana merealisasikannya.Tetapi,lihatlah hari ini.Sesudah mengerahkan segala ikhtiar dan menggenapkan dengan doa,Tuhan mengirim benua impian ke pelukan masing-masing.Kun fayakun,maka awalnya awan impian,kini hidup yang nyata,Jadi janganlah pernah remehkan impian,walau setinggi apapunia.Tuhan maha mendengar.

Man jadda wajada,siapa yang bersungguh-sungguh pasti Berjaya!

(Negeri 5 Menara) ~ Berbaloi untuk dihayati!

Muhasabah = Analisa t'hadap apa yg tlh dlaksana. Apakah ia memulangkan kebaikan\ perlu kpd penambahbaikan. Jujur m'hitung tanpa prejudis

Muraqabah = Menilai kehadapan mencari ruang utk tunai amanah sebaiknya dan membolos diri dr kekangan utk dekatkan diri kpd Tuhan yg Esa
Mujahadah = Depani halangan, harungi cabaran & atasi rintangan. Laksana amanah yg dgn serius & tekun. Pedulikan tentangan m'dada kehdpn

Mua'qabah = M'hukum selayaknya atas diri ekoran kegagalan & kelemahan. Sedarkan diri dari alpa & leka dgn tindakan yg m'disiplinkan diri

Mua'hadah = Janji & ikrar utk istiqamah serta teguh pendirian m'galas beban amanah perjuangan. Biar putih tulang namun jgn jd petualang
maka,teruslah bergerak..
menang kalah bukan urusan manusia,
kerana,Allah tetap cukupkan pahala kepada pejuang2nya..
Bergembiralah orang-orang yang beriman!

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru dimahsyurkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

“Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.

“Saya dan semua pemain berjanji akan memberikan yang terbaik supaya impian tersebut akan menjadi kenyataan dan kejayaan itu kita akan hadiahkan kepada Tuanku Sultan yang memayungi seluruh rakyat Kelantan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, segala persiapan berjalan dengan lancar dan semua barisan pemain sudah pun bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan akhir itu nanti.

Jelasnya, semua pemainnya kini bebas daripada masalah penggantungan dan kecederaan kecuali tiga pemain iaitu Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam untuk posisi pertahananan yang hampir pasti tidak dapat diturunkan.

SATHIANATHAN (kiri) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Kota Bharu semalam sebagi persiapan menghadapi final menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini.

“Kita sedang memantau perkembangan Akmal (Rizal Rakhli) yang masih belum pulih dan cergas sepenuhnya daripada kecederaan. Saya harap beliau akan pulih dalam masa terdekat ini dan dapat diturunkan pada final kelak.

“Jika ketiga-tiga mereka tidak dapat diturunkan sekali pun, ia tidak merencatkan persiapan pasukan kerana saya masih ada pemain lain yang standard mereka tetap sama dan mampu beraksi baik,” ujarnya.

Katanya, beliau mengharapkan para pemainnya fokus ketika aksi di padang, berdisiplin selain sentiasa yakin pada diri sendiri bagi memastikan mereka tidak mudah patah semangat.

“Untuk perlawanan Sabtu ini, saya harap pemain yang akan diturunkan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan, jangan gugup dan sentiasa ingat bahawa kita adalah pasukan yang hebat, jadi kena beraksi sebagai pasukan yang hebat.

“Jangan jadi macam tahun lepas, selepas kena satu jaringan kita hilang fokus dan tidak bermain dengan baik. Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran berguna buat kita untuk perlawanan Sabtu ini,” jelasnya.

Sumber:www.kelate.net


Like a garden..(1)
You are the best!

They are the best i think!
"Aku perlukan teman yang akan bersama-sama dengan membangun diri,memperjuang agama dan mempertabatkan ummah dengan penuh semangat juang.Kerana ku tahu,semangatnya yang membara akan selalu menghangatkan diriku yang kian membeku.."Terima kasihAtas komitmen pada u_r_h" 7.13pm@21/10/10

~5 Hajar (2010)
Ada hajar,ada hanim,ada yani,ada zai,ada amalina a,ada marlina,ada syaherah,ada amalina ismail,ada syahida
umpama..
Ada melur,ada mawar,ada melati,ada kemboja,ada teratai,ada tanjung,ada kiambang,ada kenanga,ada tulip..


Like a garden..(2)
seriously (ENIGMA!)
"esok kita bersidang!" 7.45pm@21/10/10
~Kak mahani (2010)

Ada nad,ada aida,ada khai,ada k.syedah,ada kak mahani,ada kak umme,ada kak yati,ada kak angah,ada juga madi,wani ngan nisah..tidak lupa ADA KAK FIZAH
Laksana..
Kiambang,melur,melati,teratai,kenanga,tulip,mawar,tanjung,kemboja...

Mereka umpama nunga-bunga yang cantik menawan,memberi warna ceria,memberi warna segar kepada sebuah Taman INI..
Tidak segan tidak silu "memberi" kepada sesiapa sahaja..
"Agama itu umpama Oksigen,ia ada dimana-mana"
dan mereka ialah bunga-bungaan yang menghasilkan Oksigen untuk SURVIVAL ini..

Moga BUNGA-BUNGA yang berpadu menghasilkan TAMAN ini akan terus mekar disyurga nanti..
Bersahabat didunia,Berjiran disyurga


Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap 2020


“Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”

"Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.

"RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi."

"Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus"

"Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit."

"Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli"..
- Petikan dari sebahagian intipati belanjawan 2011

Saya orang kampung..berasal dari keluarga Tak senang sangat,tak susah sangat..
tapi kalau lah ayah saya baca dan dengar belanjawan ni..agak-agak la..apa respon ayah saya?
(sambil berfikir...hmmm)

Saya juga pelajar.
tahun akhir kot..
agak-agak..
kalau saya letakkan keadaan saya dalam standard pelajar keramaian,
agak-agak la..
apa respon saya?..

Saya yang bercita-cita mahu ke Dewan rakyat...
Taman seri Gombak,
23 oktober 2010..