Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

do we forget??
Nusaybah bint Kaab is perhaps the most celebrated of the many women warriors, since she helped save Muhammad's(pbuh) life in the battle of Uhud. When the Muslim army was dispersed in an enemy charge, she was among the ten fighters who managed to hold their ground, shielding the prophet's body with their own. She received thirteen wounds during her valiant stand; one, a near-fatal sword cut to the side of her neck, took more than a year to heal. Lying close to death the day after the battle, she heard Muhammad(pbuh) calling for volunteers to pursue the enemy and tried to rise to answer the call, but fainted from loss of blood. In a later battle she lost a hand. Muhammad(pbuh) clearly honored Nusaybah's contribution. He often visited her house and took dinner there.


Stories of Muslim women's battlefield courage abound. Muhammad's(pbuh) aunt, Safiyah, was the first Muslim woman to kill an enemy in battle; Asma bint Yazid killed nine men of the opposing forces at the battle of Yarmouk. Khawla bint al-Azwar rode to battle with her mantle pulled close around her face. As she charged the enemy, observers asked each other if they knew the name of the brave man riding beside the prophet. After Muhammad's(pbuh) death, women continued to take part in campaigns. When the Muslims attacked a Persian seaport, a band of women, led by Azdah bint al-Harith, turned their mantles into banners and, marching in phalanx toward the enemy, were mistaken for fresh reinforcements.
Insya ALLAH..we will back!

Peringatan:Jangan silap pilih pemimpin!


Kempen tidak rasmi parti-parti politik telah berjalan dengan rancak sekarang tanpa kita sedari.Jentera BN tela h menggerakkan jentera pilihan rayanya,parti pembangkang pula sibuk dengan ceramah penerangan dan "pembersihan fikrah” di seluruh pelusuk tanah air..
Semua ini adalah petanda-petanda bahawa pilihanraya akan berlaku tidak lama lagi.Tetapi bila??semua orang tertanya-tanya..
Pembubaran parlimen dan penetapan tarikh pilihanraya di negara kita nampaknya menjadi hak milik mutlak Perdana Menteri...
Sehingga hari ini pun,integriri SPR makin dipertikai..dan nampaknya SPR tak lebih dari "Budak Suruhan Kerajaan” ...

Think about it!
Jangan silap pilih pemimpin..
Memetik kata-kata Dato’ Abu Hassan, Ingatlah,seseorang pemimpin yang sanggup memenuhi segala permintaan ramai,dia bukanlah pemimpin yang sebenar,akan tetapi ia mereka yang sanggup merubah keadaan yang buruk kepada baik,dialah pemimpin yang sebenar”.Islam telah menyediakan manual yang cukup lengkap dalam urusan memilih pemimpin,tetapi lain pula jadinya,hari ini ramai yang tersasar dek tersilau dengan dunia yang menipu..semuanya berusaha dengan segala apa usaha,by hook or by crook,ada yang terpaksa menjatuhkan kawan,apatah lagi lawan,masing-masing berjuang demi survival diri sendiri,seolah-olah segala perbuatan mereka tidak akan dihitung ALLAH dan seolah-olah,hidup ini akan berhenti diketika mana musnahnya dunia dan tiada lagi check and balance selepas itu..

Untuk mencapai kepuncak kepuasan nafsu,berlakunya pelbagai amalan yang menjijikkan malah mengerikan.Amalan rasuah yang kian bercambah dalam masyarakat,politok wang menjadi alat utama kempen,nepotisma,kronisma dan bermacam-macam 1001 kebejatan yang berlaku..persoalannya,adakah orang-orang yang gagal memelihara diri sendiri,layak untuk diberi tanggungjawab kepimpinan.??kalau begitu..
episod malang akan terus dan terus melanda kita.


Pemimpin tetap bertuah kerana sebahagian masyarakat kita hanya "marah-marah tahi ayam"sahaja,lebih kuramg lima tahun kemudian ,jika tidak dari muka yang sama sekalipun ,maka rakan-rakan sealiran pemimpin tadi akan di'raja'kan kembali,oleh kerana mentaliti mereka masih dibelenggu oleh perkara yang remeh temeh,seperti "takut susah cari makan" jika hala tuju pemerintahan ditukar..atau dengan bahasa lainnya...PENGECUT..

Akan tetapi mengapa orang melayu khususnya yang dilanda Virus No komen terus dan terus buta dari melihat kebenaran..Hari hari masyarakat di tipu,naik kereta kena tipu,isi petrol kena tipu,menggunakan jalanraya kena tipu,bayar yuran sekolah anak,kena tipu,beli minyak masak kena tipu,beli roti pun kena tipu...ah...hari-hari kena tipu..
rakyat hidup penuh sengsara,harga barang naik menggila,sedangkan gaji masih ditakuk lama.
Dalam tempoh pemilihan semula yang dijangka berlangsung tidak lama lagi,wajarlah kembali memuhasabah diri,apakah kuasa memilih yang ada pada kita akan terus dipersiakan ?segala-galanya ditangan kita,samada memilih untuk mendapat pahala yang berterusan ataupun dosa yang tak putus-putus dengan undi kita..

"ssgh nya ALLAH menyuruh mu menyampaikan amanat yang berhak menerimanya,dan apabila kamu menetapkan hukum diantara manusia hendaklah kamu menetapnya dengan adil,ssghnya ALLAH sabaik-baik memberi pengajaran kepada kamu,Sngguh ALLAH maha mendengar,maha melihat”

Jom pilih pemimpin:
"susah kongsi derita,senang bersama gembira"bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat

YA ALLAH..
JADIKANLAH NEGERI KAMI NEGERI BERAGAMA...
NEGERI ISTIREHAT...
TEMPAT REHAT ORANG MISKIN DAN MEMERLUKAN
JADIKANNYA BENTENG YANG KUKUH.
MEMPUNYAI:
KEBERKATAN,KEKUATAN,DAN KEDAULATAN..

KELANTAN TERUS DAN TERUS MENERAJUI PERUBAHAN..

entri ini ditujukan khas untuk mereka yang mengerti..special untuk alia09,"kita nurse jugak daie"

Nahnu duat walaisa qudo' itu dalam bahasa dakwahnya..kalau dalam bahasa kerjaya atau profesionnya..kita nurse bukan hakim...

kalau daie buat amar maaruf,nurse pun buat amar maaruf jugak..kalau daie buat nahi mungkar,nurse pun buat nahi mungkar jugak..kalau daie ajak manusia jauhi syubhat,nurse pun ajak manusia jauhi syubhat..

I think it is the most practical proffesion in the world..mengikut teori,kerjaya ini boleh direpresentasikan kepada:

1)medan dakwah

2)medan siasah.

dan ianya merupakan gelanggang yang sebenar untuk duat mengimplementasikan skill yang setelah sekian lama diretorikkan dan telah lama terperap dibibir setiap kita yang bergelar daie..buat sahabat-sahabat,selamat menghabiskan sisa-sisa waktu posting kita,moga-moga ada nilainya.


Let me dedicate my life today to care of those..

the people in need..

the people who are in darknesses.

be my voice to the deaf

be my faith where there is doubt

be my hope where there is despair

be my joy where there is sadness

be me in the world..

YA RABB..

when i falter gime courage,

when i tired,renew my strength,

when i weaken because i'm human,

inspire me on to greater length..

because we are duat not a judge


yeah...
freedom of movement..
agak lambat untuk berkongsi oleh kerana masa yang mengekang..
moga ALLAH mengira derap langkah kami..
sebagai bukti sokongan kami..
sebagai bukti kami ialah para pencinta keadilan,bukan hanya buat pekak atau bisu dengan segala kebejatan yang berlaku..
ameen..

pengalaman ketika berdemonstrasi di kedutaan amerika suatu ketika dahulu banyak mendewasakan saya untuk lebih matang dalam mengawal kondisi..
bukan memgawal diri dari berhadapan dengan trak-trak FRU,
Bukan juga menahan pedih dimata juga pedih dihati melihat kezaliman yang berlaku..
akan tetapi...
mengawal diri dari tension akibat tidak dapat sama berdemonstrasi dengan demonstran-demonstran lain,mengawal diri dari menitiskan air mata akibat tidak dapat duduk sebaris dengan pejuang-pejuang yang lain untuk menyatakan kebenaran..Rush dengan exam dari pagi hingga tengaharinya,ditambah pula dengan jem yang melampau-lampau disepanjang perjalanan,disebabkan kerajinan polis yang mungkin mendapat elaun lebih pada hari tersebut ditambah pula dengan accident yang berlaku di lebuhraya yang melibatkan 5 buah kereta menyebabkan saya tercari-cari apakah jawapan yang perlu saya bawa balik untuk sahabat-sahabat yang terpaksa tinggal di kampus yang mengirimkan hamasah untuk dibawa pulang kepada mereka..ternyata perancangan ALLAH mengatasi segalanya..kita merancang ALLAH juga merancang,akan tetapi DIAlah sebaik-baik perancang..sesampainya saya dan sahabat para demonstran telah pulang dari istana negara..ahh..frustnya dihati..
kami terus menunggu melihat gelagat2 sahabat demonstran hingga hampir maghrib..tapi ALHAMDULILLAH,ALLAH masih menyimpan sedikit rasa gas pemedih mata yang mungkin dilarutkan khas buat kami yang jauh dari kuantan ini untuk sama merasai apa yang sahabat-sahabat rasai..

Tahniah buat sahabat yang datangnya dari timur,barat,utara dan selatan yang sempat merasai sepenuhnya apa yang berlaku di himpunan 1000000 tersebat,mungkin inilah kenangan yang paling manis dalam umur perjuangan kalian ,sebagai cerita untuk diturunkan kepada anak-anak penyambung mata rantai perjuangan generasi akan datang...
Teringat kata-kata ustaz Yahya Othman(Penasihat lajnah tarbiah PAS pusat) ketika beliau bercerita perihal orang yang pernah bertanyakan kepada beliau ,tidakkah beliau serik apabila pernah 4 kali bertanding dalam pilihanraya,tetapi sekalipun kemenangan tidak memihak kepada beliau,dengan penuh berhikmah beliau menjawab,"apa yang nak diserikkan,sebab kita ikut nabi",lalu beliau bertanya lagi kepada orang yang bertanya"adakah nabi hanya berjuang sebentar sahaja lalu menang?".ya...kita tak pernah kisah untuk kalah,kerana kita yakin,kekalahan banyak mengajar kita,tapi yang penting biarlah pertandingan dimainkan diatas padang yang sama rata..kita doakan moga himpunan 101107 yang lalu ada impaknya kepada sistem demokrasi Malaysia untuk lebih telus,doa yang berterusan adalah perlu,kerana semua benda adalah dibawah kekuasaan ALLAH.Marilah sama-sama kita mengenakan pakaian KUNING setiap sabtu,tanda konsistennya usaha kita untuk nenuntut...

FREE AND FAIR ELECTION!

SELAMAT PENGANTIN BARU...

buat pasangan mempelai

ASIYAH AZIZ

&

MOHD FITRI HILMI BAKRI.

Asiah atau nama panggilannya,kak yah..merupakan kampungmates juga teman sepermainan di zaman kakak-kanak suatu ketika dahulu..dan juga teman seperjuangan dulu kini dan insyaALLAH selama-lamanya..selagi mana matahari masih lagi sudi bersinar..


Mohd Fitri Hilmi a.k.a a.Che yie merupakan seniour yang banyak menolong di suatu ketika dulu..

Moga dengan ikatan ini merupakan turning point untuk terus dan terus tekad menjunjung islam dalam memastikan tiada yang lebih unggul drpdnya..

kalau Tun Dr Mahathir pernah buat wawasan sampai 2020,
ada juga sahabat-sahabat yang menaruh wawasan kpd pasangan ini...
moga bahagia sampai anak cucu,
moga bahagia hingga akhir hayat,
Dr ana...

~MOGA BAHAGIA HINNGA KESYURGA~
...Jumpa disana...


(kami masih lagi menunggu 2 pasangan baitul muslim yg bakal melansungkan perkahwinan pada hujung tahun nanti)

Fasa kedua ramadhan telah menjejak ke hari ke 5..
Hari ini 15 Ramadhan..
Bagi orang soleh,mereka takkan berhenti dari menyebut tentang Ramadhan sehinggalah terbenamnya mentari 30 Ramadhan.Bagi mereka,Ramadan yang sebulan jauh lebih bermakna dari Syawal yang sebulan.

Dalam keriuhan para pejuang untuk bertempur dimedan tempur masing-masing memandangkan PRK 2 Oktober ini sudah semakin hampir,dengan segala kelengkapan tempur,barisan jenteranya yang kuat,dengan strateginya yang mantap,dengan dananya yang sudah memuaskan…

jangan dilupa…
Bagaimana taqarrubnya kita dengan perancang kepada segala perancang,perancang yang maha AGUNG,perancang yang mengetahui mana satukah yang terbaek untuk pejuangnya..
Teringat pesan Saidina umar al-khattab kepada tentera saad bin abi waqas,
Sebaik-baik strategi peperangan adalah taqwa.Diberi kemenangan kepada kamu kerana dosa-dosa musuhmu,dan dilambatkan kemengan kamu kerana dosa yang kamu lakukan,dan takutlah kamu kepada dosa kamu melebihi takut kamu terhadap musuhmu”.

Ada baiknya PRK kali ini dilakukan dalam dulan Ramadhan ini…
Mudah-mudahan&Insya ALLAH,
doa-doa kita mudah untuk diperkenankanNYA bilamana pintu langit sedang terbentang luas untuk mengangkat naik doa hamba-hambaNYA..
cumanya,
sejauh mana kebergantungan kepada Allah,
setiggi mana harapan kita terhadap nusrah ALLAH,
sejauh mana husnu siqohnya kita terhadap ALLAH..





Teringat kata-kata ustaz ana,
Semakin tinggi kebergantungan kita terhadap ALLAH,
Semakin kurang kebergantungan kita terhadap manusia.
(Inversely proportional)

Salam juang tanpa henti kepada semua barisan Hawariyyun penyelamat ummah…
walau dimana kalian berada..
Especially kepada Briged Hizbi Gombak,teruskan perjuangan kalian mempertahankan ISLAM yang setelah lama kita imani..
Doakan kami sahabat-sahabat di kuantan kuat untuk bertarung ditengah-tengah ketenangannya..

Ssghnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka,mereka berjuang pada jalan ALLAH,lalu mereka membunuh ataupun menbunuh.(Itu telah menjadi) janji yang benar dari ALLAH didalam taurat,Injil dan Quran.Dan siapakah yang menepati janjinya (selain) daripada ALLAH,maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan,dan itulah kemenangan yang besar’(at-taubah:111)



Ana tinggalkan coretan kali ini dengan sebuah nasyid sempena Ramadhan yang selalu ana tampal di softboard bilik setiap kali menjelangnya bulan puasa...
sama-sama hayati dan fikirkan,berapa jauhkan jurang bandingan antara ‘mereka’ dan‘kita’..
Moga-moga beroleh manfaat..

SALAM SEMARAK RAMADHAN..

Ramadhan,
satu nasib tak serupa,
peluangnya sama,
natijah berbeza,
Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa diawal zaman, ,
Ramadhan kami malam terbuang,
Mukmin berdosa diakhir zaman..

Mereka gembira dengan kedatangannya,
Kami gembira dengan pemergiannya,
Malam mereka meriah disimbah nur al-quran,
Malam kami lena dibuai dengkur…

Mereka berlumba mengejar kemaarufan,
Tapi kami lesu diburu nafsu,
Hati mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap didera dosa…

Takbir mereka takbir kemengan,
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan,
Takbir kami lesu tak bermaya,
Tanda kalah lemah tak berdaya,
Puasa sekadar lapar dan dahaga…

BENAR KAT DUNIA MEMENG PAHIT..
LAGI PAHIT KALAU KITA TAK BERCAKAP BENAR
DI AKHIRAT NANTI..=)

"BERCAKAPLAH TENTANG PERIHAL KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT"

PROLOG RAMADHAN 1425H…
"Meksyah bangun…siti,nadia bangun

Pukul 12.30 doh ni..lewat gak"
INi la rutin hidup kalau time ana yang jadi tukang gerak untuk bangun qiam..Rumate(meksyah-UTM,ada-UKM,tiq-UIA,farah-UITM,ana-UIA) yang akan jadi mangsa,di ikuti dengan housemate bilik sebelah(siti-UITM,yas-KUKUM,nadia-UITM,sebby-UPSI)

Qiam kami spesel…
Di dataran ILmu..kota Bharu,
Pukul 1 pagi di bulan Ramadhan,di imami oleh pempenan kerajaan negeri
Inilah warna Ramadhan kami,Ramadhan 1425H
Kira-kira 3 tahun yang lepas..kenangan yang teramat manis…
Malamnya,
terawikh di tempat yang sama,balik study sampai pkul 11.00 mlm..
tido dan kumpul kekuatan,bersiap untuk bangun semula pada pukul 12.15,
pukul 1 pg pergi ke dataran Ilmu dalam pkul 2.30 pg balik rumah sewa sambung study sket smpai pkul 3.30 pg,
dan bangun balik pukul 4.30 pagi bagi yang bertugas untuk menyiapkan makan sahur,dan…
pkul 5 kami semua bangun..
Rutin 10 malam terakhir kami di RAMADHAN 1425H..

Moga kemanisan RAMADHAN 1425H kembali di RAMADHAN 1428H ini…
Suka ana quote kata-kata al-akh amin Idris ketika berusrah dengannya…
“ciptalah memori dan selalulah lawatinya”
Moga-moga kita akan terus dan terus melawat memori indah yang telah tercipta
*RAMADHAN itu adalah ramadan 1425H bersamaan ,SPM 2004.

RAMADHAN TIBA LAGI BAKAL TIBA…
Membawa lembaran baru,untuk manusia mewarnainya
Tentunya mengundang berjuta-juta tawaran yang berlipat ganda,
Sale dari Raja kepada segala Raja yang hanya datang setahun sekali..

JOM KOREKSI DIRI…
Berapa kali kita menitiskan air mata dengan kedatangan dan pemergian RAMADHAN,
Tangis kita pada awalnya,
disebabkan terharunya kita dengan kedatangannya yang membawa 1001 keberkatan dan rahmah buat kita,
juga takut2 kedatangannya dipersiakan kita atau lebih teruk lagi tidak diperendahkan kita ..

Tangis kita pada akhirnya.
Sedih akan pemergiannya yang membawa pergi sekali bersama keberkatan dan rahmah yang pernah ditawarkan kepada kita,
Sedih juga kalau-kalau amalan kita sepanjang ramadhan tidak diterimaNYA lantaran sikap sambil lewa kita?
Sedih jika bersama dengan pemergian ramadhan,takut-takut tidak dibawanya sekali dosa noda yang telah kita lakukan

Hmm..mana meriah ye??…
Sambut ramadhan atau sambut syawal?
Sepatutnya,tradisi maaf memaafi bermula apabila menjelangnya ramadhan,dengan harapan dosa kita sesama manusia sudah selesai,moga segala amal kita terhadap ALLAH tidak terhijab oleh dosa kita dengan manusia..tapi hari ni,terbalikkan??

SEMOGA MENTALITI SYAWAL ORIENTED ini dapat kita betulkan kita jadikan ramadhan sebagai medan melentur nafsu..mengawal indera..dan sebagai medan tarbiyyah yang paling ampuh untuk melahirkan insan yang suci setelah berakhirnya ramadhan nanti
Moga-moga Ramadhan kali in merupakan ramadhan yang terbaik yang pernah kita lalui ,dan dengan semangat dan roh Ramadhan 1428H ini,lahirnya turning point dan semangat baru,hasil dari maghfirah ALLAH untuk terus tekad dalam memperjuangkan ISLAM…


Setiap bulan dalam sepanjang tahun mengikut kiraan taqwim Hijriyyah mempunyai kelebihan tertentu dan keistimewaan beribadat di dalamnya. Sesungguhnya Allah Subhanahu wa Ta‘ala menciptakan hari atau bulan itu ada yang baik dan ada yang lebih baik. Sebagaimana yang disebutkan oleh hadis Nabi Sollallahu ‘alaihi wasallam mengenai kelebihan bulan Muharram, Rejab, Sya‘ban, Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sebagai bulan-bulan yang istimewa. Begitu juga dengan hari-hari tertentu seperti Juma‘at, Khamis dan Isnin mempunyai pelbagai fadhilat

APA KATA RASULULLAH:
Berkata Siti A`isyah r.a.h, bulan yang lebih dikasihi oleh Rasullullah s.a.w ialah bulan Sya`ban.

Sabda Nabi s।a।w: Sya`ban adalah bulanku, dan Ramadhan adalah bulan umatku। Sya`ban ialah me ngkifaratkan (menghapuskan) dosa dan Ramadhan ialah menyucikan dosa (jasmani rohani.(Al-Hadis)

Sabda Nabi s.a.w: Bahawa kelebihan Rejab atas bulan -bulan yang lainnya seperti kelebihan Quran ke atas segala Qalam. Kelebihan Sya`ban atas bulan-bulan yang lainnya seperti kelebihan atas segala ambia(nabi-nabi). Kelebihan Ramadhan atas bulan yang lain seperti kelebihan Allah atas segala makhluknya. (Al-hadis)
Kata Syeikh Abdul Qadir Al-Kilani di dalam Ghaniah :-
'Bahawa malam Nisfu Syaaban adalah hariraya malaikat, begitu juga pada malam Lailatul Qadar mereka tidak tidur, dipenuhi dengan amal dan ibadat sepanjang-panjang malamnya.Dan bagi anak-anak Adam berhariraya padanyapada siang hari dengan berpuasa dan ibadat, kerana mereka tidur pada malamnya.

Allah tidak akan mengampunkan dosa pada malam Nisfu Syaaban kepada enam orang :-
Orang yang kekal minum arak.Orang yang derhaka dua ibubapanya.Orang yang kekal dalam zina. Orang yang banyak berkelahi. Orang yang melakukan perjualannya dengan sumpah yang dusta. Orang yang memperlagakan orang supaya berkelahi.

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN
Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik dibanyakkan beristighfar dan taubat dari segala dosa-dosa besar dan kecil, dan meminta diampunkan Allah dosa-dosa ibubapa kita dan keluarga kita. Amat baik sekali dibacakan penghulu Istighfar.
Berikut adalah amalan yang digalakkan untuk diamalkan pada malam nisfu syaaban
Mohon keampunan dua ibubapa

Mohon keampunan dan taubat diri

Membaca al-quran

Membaca Tasbih

Membaca Solawat atas Nabi
Membaca Zikrullah

Solat-solat sunat : Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat. (Solat Sunat Hajat ditengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu).

Adalah mendukacitakan pada malam yang penuh berkat dan keampunan itu, wujud perkara-perkara yang tidak selari dengan syara‘, iaitu adanya orang yang membuat hiburan atau mengadakan konsert pada Malam Nisfu Sya‘ban. Apatah lagi jika hiburan atau permainan yang diadakan itu melibatkan ramai orang Islam sehingga terlepas untuk merebut peluang beribadat dan berdoa pada malam tersebut.

Akhirnya beramallah menurut keimanan masing-masing.Kalau tidak dapat semua janganlah ditinggalkan semua. Lebihan atau sisa umur kita yang masih tinggal sedikit lagi, hampir sampai ke hujungnya. Rebutlah amal sebanyak-banyak yang boleh, bertaubatlah kepada Allah dosa-dosa yang banyak, dengan segala kesungguhan untuk bekal kita di akhirat, yang akan pergi tidak akan pulang-pulang lagi. Semoga dalam keredhaan Allah S.W.T. InsyaAllah. Wallahualam

"FASTABIQUL KHAIRAT"
.



Buat sahabat2 yang akan menduduki mid-semester.be the best for your self&for islam.

Bertawakkallah atas segala jerit perih usaha.Seperti mana kita buat assignment.
Bg kita,kita dah buat yang terbaik…seterusnya,kita menghantar hasil usaha kita tersebut kps lecturer..once dah hantar,kita serahkan sepenuhnya kepada lecturer sejauh mana dia puas hati dan bagaimana dia mahu menilai hasil usaha kita itu..
Itu dalam conteks guru dan pelajar..

Bagaimana pula dalam conteks hamba dan TUANNYA??
MESTI LEBIH DARI ITUKAN??berbanggalah kita kerana bergelar si penuntut ilmu dengan satu kurniaan lain yg juga besar,yang tidak dikurniakan oleh ALLAH kepada semua hambanya kecuali mereka yang terpilih,yang mana yakinlah,pertolongan yg akan ALLAH berikan adalah pertolongan yang lebih special dari orang lain oleh kerana …
..kita hawariyyun..

AKEDEMIK dihati,SOCIETY disisi,JEMAAH disayangi..

MERDEKA KAH KITA??

Nama sebenar beliau adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan.

Antara yang paling sensitif ialah mengenekan pengenaan cukai kepala RM 100 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung Pada 29 April 1915, pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.

Beginilah sejarah perjuangan pejuang-pejuang terdahulu yang lbh dekat dengan kita…orang melayu..bukan bermakna beliau dan lain2 pengikutnya pemberontak,apa yang pasti mereka ialah pejuang yang berjuang atas jalan al-haq..

secara logiknya,yang boleh buat analogi.Contohnya,perompak masuk nak rompak rumah kita,kitapun berjuanglah untuk mempertahankan haq kita…adakah itu namanya penderhaka??bukankah mati oleh sebab mempertahankan maruah kita adalah salah satu mati syahid??
mengapa beliau dan pengikut beliau bangkit untuk mementang ??
mungkin...beliau mendapat arahan dari khalifah islam uthmaniyyah untuk bangkit,siapa tahu??hanya dia dan teman seperjuangan dia yang tahu…
yang penting,pemergian beliau membawa impak yang besar dalam sejarah perjuagan orang melayu,dan beliau ada sumbangan bagi melepaskan orang melayu dari belenggu penjajahan-lead to merdeka

Adakah kita menghargai jasa mereka?.apakah bukti yg menunjukkan bahawasanya kita menghargai jasa mereka?
sebagai anak merdeka…Apakah erti merdeka buat kita?
ssghnya selagi mana kita berpijak di bumi fana’ ni selagi itulah kita tidak akan merdeka…
merdeka yang sebenar adalah apabila kita berjaya menjejakkan kaki ke syurgaNYA yang abadi..yang ADA mulanya tapi TIADA penghujung..

HIDUP INI SATU PERJUANGAN TAK DINAMAKN PERJUANGAN TANPA PENGORBANAN



Lihatlah…

Manusia,siapa pun dia,cepat atau lambat semua akan kembali kepada ALLAH,berpisah dari handai taulan,ibu ayah,anak isteri,kerjaya,wang emas dan semua benda yang bersifat sementara..Rela atau tidak,suka atau tidak,kita akan melepaskan semua yang dicintai.Meninggalkan nikmat dunia,hebatnya kekuasaan dan indahnya perhiasan diri.Tujuan nya satu,menuju pemilik yang abadi dan tuan kepada segala hamba.ALLAH berfirman. “Setiap yang brnyawa pasti akan merasai mati,kemudian kepada kami kamu dikembalikan.”(Al-ankabut:185)

fikirkanlah…
Kematian adalah dunia baru perjalanan menuju ke negeri abadi.Kematian mengakhiri seluruh sepak terajang manusia dan bergerak menuju kehidupan baru yang sama sekali berbeza yang mana taqwa sebagai bekalan..Sebuah kehidupan baru yang sedang menanti,kehidupan yang tiada peluang tawar menawar dan rasuah didalamnya.Pasca kematian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para solihin dan saat yang paling digeruni oleh para mujrimin yang mana didalamnya terdapat lubang neraka ataupun taman syurga sebagai ganjaran pertama bagi segala perbuatan kita di dunia dr ALLAH.


Sedarlah…

Perhitungan terhadap segala amal perbuatan kita samada baik ataupun buruk bukanlah disebakan Allah tidak memiliki pengetahuan tentang seluruh perbuatan kita.Namun,untuk melihat sejauh mana kejujuran kita dalam pengakuan.Jika semua pengakuan kita adalah pengakuan yang ikhlas lagi jujur,mugkin ALLAH yang maha PENYAYANG akan mengampuni kesalahan kita.Tingkah laku asli seseorang manusia akan terbawa dan terlihat sejelas-jelasnya di akhirat.Mukmin yamg tunduk didunia kepada ALLAH didunia aka terus tunduk dan lebih tunduk dihadapan ALLAH,manakala manusia yg sentiasa berbohong ,akan jelas kebongannya di akhirat kelak..Saat itu,ALLAH tidak membiarkan mulut manisia memdendangkan lagi lagu dusta seperti didunia dulu.ALLAH mengunci rapat semua mulut.Dan ALLAH memberikan peluang dan kesempatan kepada anggota lain untuk berbicara.Memgungkapkan fakta rahsia yang selama ini tersembunyi.

Renungkanlah…

Alangkah malang nasib kita si pembuat dosa ketika berada dihadapan pengadilan Ilahi yang maha adil lagi BIJAKSANA..ketika itu kita tidak mampu melakukan apa2 selain bertawassul dengan amal kebaikan yang telah kira lakukan semasa hayat kita dahulu..ssnguhnya hari pembalasan adalah hari perhitungan amalan yang IKHLAS lillah,jika ianya IKHLAS kerana ALLAH,Alhamdulillah ia menambah beratkan lagi neraca jannah kita,kalaulah sebaliknya,jadilah ia “haba an mansuro” yang tidak pun dipandang ALLAH..

Jadilah kita pejuang yang mukhlis yang hanya berjuang untuk mendapatkan keredhaan ALLAH,dan berjuang kerana cinta kita kepada RASULULLAH..
Moga perjalanan kembara kita didunia ada natijahnya di akhirat nanti,dan kalaulah maqam kita bulanlah setara maqam syuhada’(tetapi tetap menjadi cita-cita),cukuplah kalau kita layak diterima&diiktiraf sebagai mujahidNYA oleh
AL
LAH.

“WAHAI JIWA YANG TENANG,KEMBALILAH KEPADA TUHANMU,DENGAN REDHA DAN DIREDHAI ALLAH,
MAKA MASUKLAH KAMU DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBAKU,
DAN MASUKLAH KAMU KEDALAM SYURGAKU

MOGA HARI ESOK UNTUK KITA

Dunia tempat kita menanam,akhirat nanti tempat kita menuai,ssghnya dunia tidaklain ,hanyalah jambatan menuju negeri akhirat


PAGI ITU PAGI JUMAAT...

Pagi jumaat di Kota Bharu..
atas urusan sekolah&jemaah17/08 yang lalu saya pulang ke negeri saya,negeri kelantan …sesampainya ke tempat program..

Saya Mengambil keputusan untuk pergi ke kota bharu untuk mengikuti siri tarbiah mingguan oleh pimpinan kelantan..saya sampai disana agak lewat atas beberapa sebab..(terima kasih kak ha)
Sesampainya saya,saya amat terkejut melihat kemeriahan majlis agama itu,kerana dikunjungi ramai manusia dari segenap peringkat,tak pernah dilihat oleh saya kemeriahan yang begini sepanjang pemerhatian saya yang menjadikan majlis pada pagi jumaat ini sebagai perkara wajib bila mana saya menjejak di bumi Kelantan.. SUBHANALLAH..ALLAH AKBAR.
apayang mencuit hati saya adalah kehadiran 4 orang mat salleh 2 brother dan 2 sister(moga Allah memberi taufiq dan hidayah kepada mereka) hi tengah-tengah lautan manusia dalam majlis ilmu tersebut,dan ralit berbual tenteng sesuatu yang menarik tentang majlis tersebut

Antara faktor yang mempengaruhi kebanjiran manusia pada hari itu mungkin disebabkan cuti sekolah yang baru bermula.kalau beginilah sokongan rakyat kepada tok guru dan pimpinan kelantan yang lain,Umno perlu berusaha lebih keras ataupun sekali lagi tewas untuk mempengaruhi rakyat kelantan yang sebati dengan tarbiyyah dari pimpinan yang bersistemkan manhaj rabbani yang mana kebanyakan rakyat kelantan yakin bahawa pilihan mereka tidak akan silap jika ALLAH menjadi maksud kepimpinan tok guru…

Inilah yang menambahkan lagi keunikan rakyat kelantan yang sedia unik ini.Pimpinan kita mampu menjadi imam, sembahyang jenazah khususnya dikampung dan merupakan harta berharga yang tidak dimiliki oleh pemimpin Umno.Umno Kelantan gagal dan tak akan berjaya mencari pemimpin yang dapat memenuhi citarasa politik, falsafah dan cara hidup rakyat Kelantan…


YES!!
FRIENDS FOR LIFE..


KAWAN..
TEMAN…
SAHABAT…
Memberi maksud yang sama,tapi pengertian yang berbeza..
*Terpulang kepada individu untuk menentukannya


Mereka adalah Sahabat seperjuangan..
Mendapat tarbiah yang sama…
serta belajar tentang asas perjuagan bersama..



Berdiri dari kanan..
Kakti>Kias,Aqilah>Usim,Alia>Um,Aini>M3x Gopeng,Fatihah>DQ,Kak Yatt>Uitm,Izati>Maktab Melaka,Syatirah>Usim

Duduk dari kanan...

Saidatul>Maip,Syukuriah>MPI,Khairani>Uia,Kak Yah>Ustazah,Kak Mun>Balai Islam,Hartini>Usim,Kak Hah>Ukm

Jauh bertebaran serata Malaysia,Dari Perlis hingga ke Sabah namun,ikatan aqidah&perjuagan akan terus mengikat ukhwah ini.walaupun kita tidak bersama...selagi tujuan kita satu,ukhuwah kita jitu,selagi cita-cita kita padu..

selagi itulah kita akan terus dan terus bersatu!!!.


MATI ITU INDAH...

jika...
Allah tujuan kita,
Rasulullah ikutan kita,
Al-quran pedoman hidup kita,
Jihad adalah jalan juang kita,
Mati di jalan ALLAH adalah,cita2 tertinggi kita..

MATI ITU INDAH JIKA...
hidup kita persis rabiatul adawiyah..
jihad kita sekental khalid,
berani kita setara Umar,
teguh kita,seteguh bilal...
dicincang tak hancur,ditetak tak putus...

tapi bagaimana kita?koreksi diri...dimana tahap iman kita
kita seringkali bertanya.."apa khabar sahabat hari ini"..
tapi kita seolah2 lupa untuk bertanya.."apa khabar iman sahabat hari ini".
walau apapun,sebagai rootnya adalah dalam apa jua kondisi,pejuang perlu
KEMBALI KEPADA ALLAH kerana,dialah yang maha ADIL dan sekali-kali tidak akan khilaf dengan janji-janjinya walaupun sedikit.. moga impian kita untuk mengecap indahnya MATI direstuiNYA..

KEMUDI MUJAHID..
(Pesanan assyahid imam hassan albanna)
Bermulanya satu pengemudian
pesanan terakhir buat...
mereka yang bergelar mujahid dakwah

WAHAI MUJAHID DAKWAH!!...


puluhan tahun lamanya,pendengaran,pergaulan,perjuangan,pengorbanan kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya..
Engkau telah kaya dengan pengalaman,
Engkau sekarang telah menjadi engkau..
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran..
Engkau telah menentukan jarum sejarah seperti orang lain...
Engkau telah sampai kebatas sejarah,
kini dan nanti.....

Engkau telah memenuhi hidupmu dengan ketekunan,
ikut memikul dan berat menjinjing yang ringan,
membawa batu bata untuk membangun gedung ummat ini,
engkau tebus semua ini dengan cucuran keringat dan air mata,
kesengsaraan dan penderitaan..

Kawan,
hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka tiada lagi,
ia tak sempat menghantarmu sampai kebatas perhentian,
tengah jalan dia pulang dan engkau ditinggalkan di daerah kesepian,
diatasnya telah tumbuh merumput dan daunnya menghijau,
Bunga suci aku lihat tumbuh pula diatas pusara sepi itu,
biarkan dia tumbuh menjadikan tiba juga masanya bunga suci itu mekar menguntum.
Eva dan sofia akan memetik ia...
Sudikah engkau menulis nisan kenangan diatas kuburnya..
Sebagai tanda PEMBALAS JASA?
KERANA DIA PENOLONG ENGKAU DIMEDAN BAKTI
..

fikirkan..
Sama ada kita mengambil tahu tentang politik atau tidak, kehidupan kita banyak terkesan oleh keputusan-keputusan politik.
...Oleh itu, sama ada kita memilih untuk menjadi mangsa politik, atau belajar untuk faham tentang politik.

Assalamualaikum...
salam perjuangan buat semua..
disini...
saya belajar menulis,
yang kiranya ada guna buat ummah..
disini juga,
saya berusaha untuk berbahasa melayu dengan betul..
terima kasih teman2 kerana ada disisi..
special tribute untuk kekanda seperjuangan TINTA SALSABILA
yang mengenalkan saya dengan dunia ini..
teringat kata-kata kak timah...
"JADILAH SEORANG YANG BERNILAI LAGI BERHARGA"