Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu

kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah

keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."



imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'. Di antara tokoh-tokoh yangmenggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalahbermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.


Saat menjelang tidur...
Berharap esok masih berkawan pagi
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi

Selalu begitu...
Seiring waktu dan gerak nafsu
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi...

Bukankah tetap akan mati?
Jasadmu akan membusuk nanti...
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi...

Pagi itu akan berlalu...
Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu
Dari kaki-kaki para pelayat

Maka hidupkanlah...
Satu senyum menjelang tidurmu
‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi...
Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi..

Karena mungkin...
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi...
Mati.

Dan jadikan senyum itu...
Sebagai warisan yang abadi...

Dedikasi untuk Adinda Syarifah Nur Atiqah syed Mustafa Alyahya dan Adinda Irafiza Ibrahim


Five level of Leadership (5R)

1)POSITION

Rights

People follow because they have to

Note:You influence will not extend beyond the lines of your job description

2)PERMISSION

Relationship

People follow because they want to

Note:People will follow you beyond your stated authority.This level allows work to be fun.

Caution:Staying too long on this level without rising will cause highly motivated people to become restless

3)PRODUCTION

Results

people follow because of what you have done for the organization

Note:This is where success is sensed by most people.They like you and what you are you doing.Problems are fixed with very little effort because of momentum

4)PEOPLE DEVELOPMENT

Reproduction

People follow you because of what you have done for them

Note:This is wherelong-range growth occurs.Your commitement to developing leaders will ensure ongoing growth to the organization and to the people.Do whatever you can to achieve and stay on this level

5)PERSONHOOD

Respect

People follow because who are you and what you represent

Note:This step reserved for leaders who have spent years growing people and organizations.Few make it those who do are bigger than life

Leadership is a choice we make,not a place we sit!

Perempuan berkalong sorban Filem Indonesia arahan Hanung Bramantyo ini berjaya diangkat menjadi sebuah filem seni yang mengesankan dan bukanlah satu cerita biasa-biasa..

bagi saya,ianya jauh lebih baik dari ayat-ayat cinta..

Sama-sama kita see the things from different angle..

for every scene,terlaluu banyak pengajaran yang dapat dikutip.

“perempuan berkalong sorban”,apa sebenarnya yang tajuk cerita ini mahu sampaikan..?

perempuan yang berjiwa lelaki,

perempuan yang perlu “sama” seperti lelaki?@perempuan itu zahirnya perlu lemah lembut,bersopan santun tapi perlu punya jiwa yang kental persis lelaki untuk setiap benda dan lapangan…

watak utamanya,

Annisa seorang watak yang sangat ideal,cukup lengkap..seorang kanak-kanak yang menuju remaja terus menuju dewasa dengan pertanyaan kenapa,dan apa yang tidak terjawab..akan tetapi jiwanya yang tidak berhenti mengalah untuk menemukan jawapan dan yang sebetulnya ,dia telah menemukan jawapan tetapi tidak punya pilihan untuk keluar.

annisa seoramg muslimat fenomena yang menongkah arus untuk mendapatkan apa yang beliau impikan dan nekad untuk itu bermula untuk belajar menunggangi kuda,ingin menjadi ketua kelas,ingin menyambung pelajarannya ke jogja,ingin mendapatkan khoudori.Kalau dilihat semaunya menyalahi “undang” yang mengawalnya pada waktu itu.

ditambah juga dengan watak mas reza,samsudin yang menambah kentalkan lagi annisa hasil dari jiwanya yang memberontak dengan kebejatan penafsiran islam yang salah dan untuk kepentingan peribadi

secara peribadinya saya sangat menyukai watak ummi sangat seni dan membekas dalam mendidik annisa’.

Ini pula pesan lek Khoudori pada anak-anak alhuda..

“Pada kesempatan kali ini, saya hendak membicarakan kesetaraan diantara manusia. Termasuk kesetaraan perempuan. Kita harus bijak membedakan mana yang nature dan mana yang non nature. Nature itu adalah perempuan melahirkan dan laki-laki tidak. Sedangkan non nature adalah baik laki-laki maupun perempuan itu memiliki kesempatan dan ruang untuk berekriasi, mengembangkan diri, sampai dengan belajar. Sebenarnya hal-hal seperti perempuan harus di dapur, itu bukan sifat nature. Itu tidak lebih dari tuntutan budaya itu sendiri.”

Muslimat itu perlu tangkas didapur juga di medan..

tangkasnya perlu dimana-mana

Pengajarannya..

setelah 2 kali menamatkan cerita ini,konklusi ringkas..

We have a good product without a good promoter.kita tidak bijak menjual,atau kurang seni untuk itu, atau kurang pandai mempromosikannya seiring dengan tuntuuan zaman tanpa mengurangkan sedikitpun manfaat asas product tersebut..hasil dari tu mungkin pandangan skeptical terhadap sesuatu bercambah dijiwa manusia2 ,mungkin kemungcup mengguris dan melambatkan yang atau mungkin barah yang merebak dan memberhentikan..

dan sesunggunya skeptical itu adalah respun daripada sstu stimulus..dan stimulus itu yang perlu dirawat terlebih dahulu,daripada kita merawat akibat adalah terlebih baik kita merawat sebab kepada akibat itu..

Mujur “dilemma” itu hadirnya pada diri annisa,yang mampu melihat the real problem not only the presented problem (anak-anak kabur dari pasentren ) yang akhirnya pulang kembali ke Al-huda untuk merawat sebab dan membuang stimulus dan membawa nafas baru kepada semua warga Al-huda.. tidak seperti annida’ yang terus berpandangan skeptical dan menyebabkan beliau mendapat view baru berkenaan dengan kebebasan..”bebas itu nikmat” dengan tafsiran yang salah

“Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta. Dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi. Syurga janji Allah, ada di telapak kaki kita, PEREMPUAN. Tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan. Mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah JALAN ALLAH dengan rasa BEBAS, dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.”~annisa

Sebuah cerita yang wajib ditonton oleh muslimat yang mahu berjiwa besar