Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud.

*diriku yang mencari jalan pulang..

Malam telah sempurna,ketenangan telah menyelimuti alam..Perlahan-lahan pejuang bangkit dari istirehat singkatnya.Percik air dingin menyegarkan setiap sel jasadnya.Dia tersenyum merasai nikmat tersebut."Ya Allah,sihatkanlah jasad yang lemah ini untuk selalu mampu menyempurnakan janji kita yang belum selesai"

"Allahuakbar…..”
Lantunan itu menghanyutkan,lalu terbentanglah segala hamparan kepasrahan mengisi kekosongan hati,kembali membawa diri untuk mengesas kekurangan yang ada ..Bangkitlah ketidak berdayaan,tumbanglah kesombongan dan keangkuhan serta keegoan manusia kerdil..Lalu terpantul harapan memenuhi ruang batin yang tertekan,mengalir bersama lisan yang bergetar ,diantara bening mata yang kabur..
"Astaghfirullah…"
Sang pejuang terhanyut dalam lautan yang tidak bertepi..Sang pejuang mengeluh “ya Allah yang maha perkasa,genapkan lah segala keterbatasan dan kelemahanku dan ampunilah diatas kelemahanku"

Sang pejuang meratap,membayangkan dirinya dalam kehidupan,melihat dirinya yang berjalan membawa hati yang berubah-rubah."Ya ALLAH apakah lagi yang membuatku mampu bertahan dalam kemuliaan dakwah ini,kecuali hati yang bersih dan ikhlas menerima segala ketetapanMU"..

Jiwa pejuang melayang tinggi,menatap jasadnya diatas garis-garis kehidupan,membawa panji Islam yang berkibar.Ia bergerak menyerukan kepada kemuliaan Allah,membawanya ke tengah-tengah kesombongan hamba terhadap penciptanya..

Jiwa itu terhempas…tersedar dari ketidakberdayaan yang menghantui..
menyatu dalam jasad yang lemah…
meratap...banjir dalam air mata kekerdilan,pengharapan,dan banjir permohonan…

Meminta dan terus meminta..

agar di permudahkan laluan hidupnya untuk membawa yang lain melalui jalan hidup yang sempurna..
meminta agar diteguhkan diri menjadi murabitun ummah yang disayangi ALLAH, dibanggai Rasulullah..
meminta agar dikurniakan kemanisan iman dr Nya,sebagai bekal jalan panjang ini..
Meminta agar di kurniakan ihsan dan itqan dalam menyeru kepada yang ma’ruf dan mencegah kepada yang mungkar..
Meminta agar diampuni dosanya dan diterima segala taubat hamba yang berdosa..
Dan tidak lupa meminta untuk kebaikan buat ummah keseluruhannya...


Hembusan nafas panjang melepaskan kesatnya jiwa,harap hadir mengisi ruang batin yang pasrah.Sang pejuang bangkit dengan dada yang lapang,hati yang ringan menyonsong hari baru yang bakal menjelang..

Kedudukan ahli ibadah dipikul..kini sang pejuang menemui kehidupan baru.Kedudukan pejuang disandang kembali ,mementang kesombongan hidup yang ingkar kepada penguasa..Menjadi pedang-pedang yang siap dihunuskan..menjadi tombak-tombah yang siap dilontarkan..menjadi panah-panah yang siap dilepaskann dari busur..
Sampai tetap janji ALLAH,kemuliaan atau syahid baginya..
GAH DAN IZZAHNYA PEJUANG TERLETAK PADA QIAMULLAILNYA..

Sesungguhnya setiap detik dalam hidup ini ialah pilihanraya..kita masing-masing mendambakan suatu jawapan yang menatijahkan kepada yang benar dan lurus keatas setiap persoalan ..
Bilamana berlakunya konflik untuk memutuskan keputusan diatas sesuatu persoalan,maka berlakulah pilihanraya tersebut yang semestinya jawapannya berbentuk ya ataupun tidak..

Fatwa hati boleh diminta kiranya sesuatu pilihan perlu dibuat sedangkan 2 pilihan tersebut tidak pernah disebut hukum halal haramnya di dalam al-quran dan hadis.Cerita Kabi Kushi Kabi Gam pernah mengajar kita untuk mengimplimentkan amalan ini dalam hidup… ‘pejamlah mata dan mintalah kata hati sambil menyebut nama ibu dan ayah’…Hebatkan??
Itu versi Hindustan..Bagi kita yang bergelar muslim lagi mukmin,selain istikharah meminta petunjuk dari ALLAH yang menjadi sumber utama keputusan kita,fatwa hati boleh digunakan untuk memutuskan perihal menda kecil-kecil dan meminta kita memberi jawapan yang segera untuk membuat keputusan...

Secara tuntasnya,setelah hati berfatwa,sesuatu perbuatan baik itu akan disusuli dengan rasa ketenangan dari dalam diri dan sesuatu kejahatan/dosa akan disusuli oleh rasa gelisah dan keluh kesah.Semestinya hati yang bersih akan memberikan fatwa yang tepat dan jawapan yang benar keatas setiap persoalan yang dilontarkan oleh diri,dan hati yang kotor kebiasaanya akan didampingi dengan hawa nafsu yang selalu bertarung dengan kebenaran ubtuk terus menang.

Moralnya..sama-sama lah kita menjaga hati menjaga ibadat memberi ubat dan pengisian yang secukupnya kepada hati agar dapat terus berperanan memberikan fatwa yang benar yang dalam menunjuki kita untuk terus berada pada jalan yang benar yang selari dengan perancangan Allah ..

*rujuk Hadis Ke-27(Nilai kebaikan dan kejahatan), Matan Arbain tulisan Imam nawawi..

Apabila…

Apabila laut bergelombang,ombak bergelora,dan angin bertiup kencang,semua penumpang kapal akan berteriak;“YA ALLAH”

Apabila seseorang tersesat ditengah padang pasir,kenderaan menyimpang dari laluannya;dan para kafilah tersesat menentukan arah perjalanannya,mereka akan berseru; YA ALLAH.

Apabila pintu ditutup dihadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup didepan orang yang meminta,mereka akan berseru YA ALLAH

Apabila tertimpanya musibah,bencana melanda,dan berlakunya tragedi,ia akan menyebut;
YA ALLAH.

Apabila berbagai usaha tidak manpu menyelesaikan,setiap jalan terasa sempit,harapan terhenti,dan semua jalan pintas telah buntu,mereka akan menyeru YA ALLAH..

Apabila dunia terasa sempit disebabkan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipiku,mereka menyeru YA ALLAH

Hanya....

KepadaNYA sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah indah,doa yang ikhlas,bisikan yang jujur,air mata yang menitis penuh keinsafan,dan ratapan derita yang melemahkan jiwa.

Hanya....

KepadaNYA kedua telapak tangan di tadahkan kelangit setiap sepertiga malam,yakni tangan-tangan yang memerlukan pertolonganNYA,dan tatapan mata hamba yang penuh harapan dimengertikan rasa yang mendera,kerana seisi dunia tidak memahami kecuali DIA...

YANG MAHA MEMAHAMI..
Yang mana dengan menemuiNYA,hari akan berlalu dengan tenang,hari menjadi damai,tiada resah tiada gundah.

YA ALLAH...
"Lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur..Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar harapan dan hapuskanlah segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMU."


“Wahai saudara, janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak muslimin. Hakikat yang ada pada hari ini adalah mimpi semalam, manakala mimpi hari ini bakal menjadi hakikat esok. Pihak yang lemah tidak akan lemah selamanya kerana yang kuat itu akan beransur-ansur menjadi tua dan uzur. Setiap makhluk ada ajalnya maka setiap kezaliman ada kesudahannya!”..ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA)

....Milik siapakah kekuasaan hari ini?(kekuasaan)hanyalah milik Allah yang Esa dan
Maha perkasa.(Ghafir:16)
(pengadaptasian dari buku LA TAHZAN,Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni,jilid1)

HASBUNALLAH...

BENAR KAT DUNIA MEMENG PAHIT..
LAGI PAHIT KALAU KITA TAK BERCAKAP BENAR
DI AKHIRAT NANTI..=)

"BERCAKAPLAH TENTANG PERIHAL KEBENARAN WALAUPUN IANYA PAHIT"



Lihatlah…

Manusia,siapa pun dia,cepat atau lambat semua akan kembali kepada ALLAH,berpisah dari handai taulan,ibu ayah,anak isteri,kerjaya,wang emas dan semua benda yang bersifat sementara..Rela atau tidak,suka atau tidak,kita akan melepaskan semua yang dicintai.Meninggalkan nikmat dunia,hebatnya kekuasaan dan indahnya perhiasan diri.Tujuan nya satu,menuju pemilik yang abadi dan tuan kepada segala hamba.ALLAH berfirman. “Setiap yang brnyawa pasti akan merasai mati,kemudian kepada kami kamu dikembalikan.”(Al-ankabut:185)

fikirkanlah…
Kematian adalah dunia baru perjalanan menuju ke negeri abadi.Kematian mengakhiri seluruh sepak terajang manusia dan bergerak menuju kehidupan baru yang sama sekali berbeza yang mana taqwa sebagai bekalan..Sebuah kehidupan baru yang sedang menanti,kehidupan yang tiada peluang tawar menawar dan rasuah didalamnya.Pasca kematian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh para solihin dan saat yang paling digeruni oleh para mujrimin yang mana didalamnya terdapat lubang neraka ataupun taman syurga sebagai ganjaran pertama bagi segala perbuatan kita di dunia dr ALLAH.


Sedarlah…

Perhitungan terhadap segala amal perbuatan kita samada baik ataupun buruk bukanlah disebakan Allah tidak memiliki pengetahuan tentang seluruh perbuatan kita.Namun,untuk melihat sejauh mana kejujuran kita dalam pengakuan.Jika semua pengakuan kita adalah pengakuan yang ikhlas lagi jujur,mugkin ALLAH yang maha PENYAYANG akan mengampuni kesalahan kita.Tingkah laku asli seseorang manusia akan terbawa dan terlihat sejelas-jelasnya di akhirat.Mukmin yamg tunduk didunia kepada ALLAH didunia aka terus tunduk dan lebih tunduk dihadapan ALLAH,manakala manusia yg sentiasa berbohong ,akan jelas kebongannya di akhirat kelak..Saat itu,ALLAH tidak membiarkan mulut manisia memdendangkan lagi lagu dusta seperti didunia dulu.ALLAH mengunci rapat semua mulut.Dan ALLAH memberikan peluang dan kesempatan kepada anggota lain untuk berbicara.Memgungkapkan fakta rahsia yang selama ini tersembunyi.

Renungkanlah…

Alangkah malang nasib kita si pembuat dosa ketika berada dihadapan pengadilan Ilahi yang maha adil lagi BIJAKSANA..ketika itu kita tidak mampu melakukan apa2 selain bertawassul dengan amal kebaikan yang telah kira lakukan semasa hayat kita dahulu..ssnguhnya hari pembalasan adalah hari perhitungan amalan yang IKHLAS lillah,jika ianya IKHLAS kerana ALLAH,Alhamdulillah ia menambah beratkan lagi neraca jannah kita,kalaulah sebaliknya,jadilah ia “haba an mansuro” yang tidak pun dipandang ALLAH..

Jadilah kita pejuang yang mukhlis yang hanya berjuang untuk mendapatkan keredhaan ALLAH,dan berjuang kerana cinta kita kepada RASULULLAH..
Moga perjalanan kembara kita didunia ada natijahnya di akhirat nanti,dan kalaulah maqam kita bulanlah setara maqam syuhada’(tetapi tetap menjadi cita-cita),cukuplah kalau kita layak diterima&diiktiraf sebagai mujahidNYA oleh
AL
LAH.

“WAHAI JIWA YANG TENANG,KEMBALILAH KEPADA TUHANMU,DENGAN REDHA DAN DIREDHAI ALLAH,
MAKA MASUKLAH KAMU DALAM GOLONGAN HAMBA-HAMBAKU,
DAN MASUKLAH KAMU KEDALAM SYURGAKU
”

MOGA HARI ESOK UNTUK KITA

Dunia tempat kita menanam,akhirat nanti tempat kita menuai,ssghnya dunia tidaklain ,hanyalah jambatan menuju negeri akhirat


MATI ITU INDAH...

jika...
Allah tujuan kita,
Rasulullah ikutan kita,
Al-quran pedoman hidup kita,
Jihad adalah jalan juang kita,
Mati di jalan ALLAH adalah,cita2 tertinggi kita..

MATI ITU INDAH JIKA...
hidup kita persis rabiatul adawiyah..
jihad kita sekental khalid,
berani kita setara Umar,
teguh kita,seteguh bilal...
dicincang tak hancur,ditetak tak putus...

tapi bagaimana kita?koreksi diri...dimana tahap iman kita
kita seringkali bertanya.."apa khabar sahabat hari ini"..
tapi kita seolah2 lupa untuk bertanya.."apa khabar iman sahabat hari ini".
walau apapun,sebagai rootnya adalah dalam apa jua kondisi,pejuang perlu
KEMBALI KEPADA ALLAH kerana,dialah yang maha ADIL dan sekali-kali tidak akan khilaf dengan janji-janjinya walaupun sedikit.. moga impian kita untuk mengecap indahnya MATI direstuiNYA..