Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


Happy nurses day buat semua nurses sedunia.
Yang menjadi perawat keamanan hati dan jiwa manusia seantero.

Menjadi seorang jururawat bukan dan tidak pernah termasuk dalam diary mimpi hidupnya.Dek kerana passionnya yang sebenar itu tidak tercapai dalam kudratnya , sekarang dia perlu beraksi di gelanggang rawat ini .Merindui passion sebenar dan pada masa yang sama perlu memupuk cinta untuk itu.Ah susah kiranya buat dia..
Dia sentiasa bertengkar dengan diri
kadang-kadang pujuk,
kadang-kadang marah
panjang istighfarnya,memohon kuat dari tuhanNYA agar mampu berhadap dengan waktu-waktu yang dia bakal lalui tanpa cas - sekurang-kurangnya.
Doa yang sering  terlantun " Ya Allah,jangan engkau biarkan walau sekelip matapun nasib diri ku di tentukan oleh diri ku sendiri".
Dia pesimis mungkin? , yang sepatut nya dia sedang perlu belajar apa itu redha REDHA.

Ya,apayang pasti saya tahu yang dia sedang menggali dan mencungkil sisi-sisi positif menterjemah frasa
' jatuh ketanah menjadi bukit,jatuh ke laut menjadi pulau'.
Oh,saya yakin dengan dia,berpegang kepada prinsip ITQAN yang mejadi a part of her life,seharusnya mampu membawa dia menjadi 'seseorang' walau pun dimana dia tercampak.
Dan dia sedang menari di atas ombak dibawah hujanan 

Bersama 2 princess , perawat keamanan afifah yang mengajar dia erti 'persetanan' - mejadikan dia lebih yakin diri
dan perawat keamanan hajar yang mengajar erti easily impressive - membuatkan dia sentiasa positif

Apa yang pasti,hari-hari yang mendatang belum tentu bagaimana rasanya buat dia,dan apa yang pasti,the purpose of her existing sangat kudus,dan  keran itu jugalah saya yakin tak terlawan Allah akan menolongnya dan akan menolongnya

*banyak nya YAKIN saya..


dan sekali lagi saya yakin