Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Saya menatap satu persatu wajah mereka..
Oh , tak mampu kiranya saya berlama-lama menatap wajah-wajah itu..
wajah yang saya sayangi tanpa skala di hati ini.

Memandang dalam  kepada tunas-tunas yang bakal merimbun itu
di sebalik jelingan tajam,mengejek manja.
hati ini bertambah berat dan berat
untuk mengangkat  kaki
meninggalkan mereka tanpa pesan.
apapun,saya terpaka pergi..

 ...

Mengintai-ngintai masa dan ruang untuk meloloskan diri kembali kesana
berapakah sangat nilaian sekeping TIKET FLIGHT
jika dibandingkan dengan HARGA SEBUAH UKHWAH?


...

menunggu-nunggu untuk keajaiban berlaku.

 I hope!
..

Pemilik hati yang tertinggal ;
Kaer Nusaybah.

Sudah lama saya hidup
24 tahun perkiraannya ,
dan hampir suku abad kiranya jika umur dipanjangkan lagi 10 hari menuju 2012.
..
Terlalu banyak chapter yang bersilih ganti..
Chapter sayu
Chapter pilu
Chapter gumbira!
Chapter duka!
Chapter stress!
Chapter menyayangi!
Chapter membenci!
Oh,whoa..
Banyak sangat rencah hidup ini..
....
"secularism is not merely the separation between the world and akhirat"
"this is a kind of secularism also" 

kata-kata itu terngiang di telinga ,luncuran dari mulut seorang teman yang selalu jujur dengan katanya..
Saya terdiam.

and,now i'm here..
to learn.
to teach.
to give.

Prolog..
Sungguh!,ini cita-cita dan impian yang ke empat yang telah Allah kabulkan sebelum tiba di tahun dan masa yang sebetul nya seperti yang tercatat di dalam time frame hayat.Dia delay kan mimpi saya yang satu itu dan pada masa yang sama DIA mencepat kan 4 yang lain.How big you are my almighty GOD?.wah,mungkin ALLAH mempercepatkan segalanya dan memberi  signal kepada saya yang hidup saya sudah tidak lama * harus sentiasa dan selalu  bertaubat ( ' ;' ).Cita yang ke empat ini di lalui dengan penuh rasa.Di sini saya belajar tentang hidup dan kehidupan .Semakin banyak engkau memberi semakin bahgia hidup kamu!.
Aqidah saya semakin kuat dan kuat untuk itu.

2 minggu bukannya satu period masa yang lama
begitu juga dengan 3 bulan
3-17/12 - bukan lama
13/9 - 13/12 - juga masa yang lama



2 minggu..
saya,aisyah dan amirah memulakan hidup,menginfaqkan diri sepuasnya,mengerahkan segala kepakaran dan segala yang ada demi sebuah tarbiyah.
memenuhi harapan sang ustaz dan pengurusan sebagai changing agent
memenuhi harapan sang ibu dan sang bapa
memenuhi expectation sang peserta 
juga 
memenuhi harapan dan expectation diri sendiri.

 Gambar hiasan semata : sementara menunggu gambar sebetulnya dari cikgu aisyah

Yang paling bekorban ialah aisyah dan amirah,mengorbankan kehidupan yang bersenang lenang untuk menghayati apa itu "the art of living",moga Allah mengganjari kamu-kamu dengan sebaik-baik ganjaran.Di panggil Cikgu,ustazah,teacher is such honorable words.Tq for all,ustaz/ah,adik2 pembantu juga adik2 pembantu am dan seisi disana.Bermula daripada Modul,pengisian,P/C,riadhah,disiplin,kesihatan& kecemasan,perhubungan dan pengangkutan semua di selesaikan dengan rasa yang pelbagai oleh aisyah,amirah dan saya!*sambil mengambil hujung lengan baju dan mengesat peluh di dahi.Membawa pendekatan berbeza di tempat baru bukan suatu yang ringkas dan mudah.harus berperang,keras dengan kepala sendiri,tidak mudah mengalah,tahan tekanan,dan sentiasa pretend tidak bersalah..Ok!,tak pe,rupanya menjadi annisa di sini tidak perlu setegar menjadi annisa di pasentren al-huda.Modern dan quite open minded membuatkan kami tidak segan sangat untuk melontarkan idea,berbahas dan berbantah-bantahan dengan segala uruf dan adat perihal segala disini,mereka tidak resistance kepada change!,so our mission running smoothly dengan sedikit saja pergeseran.Enjoy ja!

Mengurus manusia : itu mencabar

Wow!
Kerja kami selain menjadi guru tauhid,feqah,adab,tajwid,akhlaq di 2,3 hari yang pertama ialah memujuk kanak-kanak.Range umur yang jauh 6- 16 tahun membuatkan kami perlu berhadapan dengan ragam yang berbeza.Datang seorang peserta "cikgu nak balik teringat mak",datang yang ke dua "cikgu,nak balik teringat arnab",*terkejut sambil menepuk2 dahi sendiri.Pujuk punya pujuk,"tak per la cikgu,esok mak datang,tapi nina ngan nani nak tidur dengan cikgu malam ni".Lalu tidur la kami cikgi-cikgu di lantaian membenarkan anak-anak tersebut menggantikan tempat tidur kami.The sick bay,the tears bay,operaion bay.Itu namanya bilik cikgu yang tidak seberapa luas itu cukup-cukup untuk 3 orang.Sudah 2 hari kerja memujuk dengan terganggu gugat sedikit kerja-kerja pembelajaran,kami mengumpulkan semua peserta muslimat yang berjumlah lebih kurang 100 orang itu,dan satu soalan diajukan "saper nak balik?"
woh!,bapak nya ramai yang nak balik.Patut pun public phone  tak putus-putus dengan kunjungan pelanggan.erm,ada agenda rupanya mereka-mereka ini.
Sudahlah kita wahai cikgi-cikgu dan ustazah,macamana nak settle kes ni?

Dengan kuasa yang ada ditangan saya sebagai ketua fasi,i'm become discipline teacher also known as mudirah seperti mana yang telah di darjah kan oleh pak kiyai ustaz mokhtar yang berpendekatan amaran rotan,cikgu aisyah dengan penuh motherly menggunakan usapan,dan cikgu amirah dengan style kekakakan bahu membahu,gandingan 3 gaya didikan yang berbeza,synergy yang belbagai mampu menyelesaikan masalah terbabit."Kepulangan kamu 2 minggu dari sekarang lebih di nanti-nantikan oleh ibu ayah awak dari pada kepulangan awak pada hari iini even mak ayak tahu yang awak rindukan dan sayang kan mereka"- pesan saya.

Free hair,tak pernah solat,tingkatan 4 masih baca iqra',ada geng-geng dan bergaduh,itu cabaran kami.
Bagai menarik rambut di dalam tepung,harus hati-hati!
DREAM - HOPE - FEAR 
itu didikan yang di berikan.
Mengenalkan mereka the purpose of existance mereka di situ membawa mereka untuk mampu hidup seadanya."disini kamu di ajar berdikari,diajar disiplin,diajar berkongsi,diajar hidup sederhana,diajar berkawan,diajar tidak pentingkan diri sendiri,diajar untuk keras dengan diri sendiri, dan apa yang penting mak ayah kamu menghantar kamu untuk belajar erti hidup dan kesusahan"

Kami,saya amirah dan aisyah juga banyak belajar.
Sentap 1,sentap 2,sentap 3 dan banyak renjatan elektrik yang kena.
Allah  menghantar kamu kesana kerana DIA ingin mengajar kamu.
Terasa,terkesan,kerkesima..
Belajar tentang adab itu yang paling terkesan
adab dengan Allah,adab dengan Alqur'an,adab dengan guru dan banyak lagi.
Terstupor tahap ntah ape hape di setiap hujung minggu!
menguruskan hujung minggu yang pack itu memang mancabar mentally dan physically
hujung minggu pertama : 2 hari sukaneka,indoor game,malam tayangan juga malam keinsfan 
chapek bangat
Hujung minggu ke dua : malam gema perjuangan dan saya ialah pengarahnya muslimin dan muslimat!
stuporian united!
dan apa yang pasti bergaduh sama aisyah dan amirah itu bukan mudah boi!

Stupor tahap  kemuncak ialah bila memandu di 2++ pagi dari penor ke Hospital Tengku Ampuan Afzan  membawa peserta yang mengalami pendarahan di dalam telinga selepas malam keinsafan yang menchapekkan itu sangat menyayat hati.Tiada siapa yang sedar,yang sebenarnya Amirah memandu dalam keadaan tidak sedar,saya juga aisyah juga subconscious pada ketika itu,dan sedar-sedar sudah di atas bukit di Bay route di tengah hutan pada pukul 3++ pagi.Oh,seperti terpukau kerana semua orang di tahap letih kritikal.Tapi tak leh tahan tu,pukul 4 pagi sempat lagi berhenti makan di tepi jalan,tom yam la,kuew teow kerang dsbnya.Sebetulnya keesokan harinya selepas siap dan segar dan pasti semua orang dalam keadaan sedar sepenuhnya,masing-masing berceritakan perihal semalam.dan yang menarik!,semua orang tak sedar apa yang di lakukan dan berlaku semalam! *sungguh mengerikan..sambil diri mengucapkan hamdallah atas nikmat usia yang masih lagi panjang.

Kami bertiga,tiada seorang pun yang terlepas dari menitiskan air mata kerana atas karenah anak-anak didik kami.Oh,begitu rupanya hati seorang guru,juga hati seorang ibu.Anak saya yang 17 itu banyak juga ragamnya.Oh,tapi ok la,dapat jadi kumpulan terbaik dan memenangi juara keseluruhan malam gema perjuangan.
"Kamu harus cikgu tinggalin dulu wahai anak-anak"
"ada hal dan kerja yang lebih penting yang perlu cikgu tunaikan"
"najah,jaga adik-adik elok-elok tau"
"esok malam gema perjuangan buat yang terbaik"
"cikgu nak dengar yang kamu2 menang walaupun cikgu tak der bersama"

saya juga menagis di saat meninggalkan kanak-kanak itu..
tidak mahu di lepaskan saya pergi!
sory dear, i have to go..
selepas bersalam dan mengagihkan sedikit kenangan-kenangan kepada mereka dan memberikan pelukan terakhir..
"fiqah!,bawak adik-adik masuk"
bye bye my heart.

dan disini saya mengetahui..
cinta saya kepada taarbiyah itu sangat dalam.
i like to be a teacher.
and i have found me myself..

jumaat malam..
16-12-2011
berbangkukan kerusi di atas sebuah stage , saya mendapat mesej
"Akak,kumpulan kita menang juara kumpulan terbaik keseluruhannya dan mendapat tempat pertama persembahan malam gema perjuangan"

Ow~
sayang kan anak tinggal-tinggal kan..
aqidah itu menapak di hati


"kak najah cakap!,kita kena wat yang terbaik malam ni demi cikgu dan Allah!" cerita Dayah*salah seorang ahli kumpulan saya.

Latihan nasyid 'MERAH SAGA'lagu tema selamat jalan~ - Shoutul Harakah dengan gaya ala2 gerila bermain-main di mata..
dan kelakarnya si dayah berlakon ,sehinggakan ke hari ini menjadi bahan ingatan yang tidak putus-putus buat saya.
juga hari ini saya sedar,
saya sangat suka mereka yang kelakar.
hoho..
so impressive dengan kata -kata mereka
ketika memegang saya sebelum kepulangan saya ke kelantan bertuah,mereka berjaga di pintu hijau itu dan sanggup menunggu saya takut-takut pulang tanpa pemberitahuan kepada mereka.
"cikgu tahun depan cikgu datang lagi,kalau cikgu datang lagi saya nak masuk jugak dan akan ajak ramai kawan-kawan untuk mereka kenal cikgu"
eh eh ..
Insya ALLAH
dengan syarat semayang jangan tinggal,qur'an kena selalu baca  =)

Part Summer camp di cerita Kuch-kuch Ho Ta Hai nampak nya menjadi reality malam ni.
Apa yang pasti saya telah mengajar mereka erti mimpi!.

Saya banyak mengenal diri sendiri dengan mengenali mereka
Saya banyak mengenal erti hidup dengan mengenali mereka

video

Terima kasih Pondok Annur!

Dia meng ilhamkan saya terma itu..
''dari sisi Indah"

Hidup yang getir meletakkan kita dalam keadaan yang "kamu tiada pilihan"
perlu memilih antara 2 samada;
yes or no
right or wrong
full or empty
light or darkness
joy or sorrow

dalam keadaan yang saya perlu memilih..
sesungguhnya,ia banyak di pengaruhi oleh orang-orang hebat di sekeliling saya..

Ya!
Hidup saya di kelilingi oleh orang-orang
soleh dan solehah
mukmin mukminah
mujahidin mujahidah

My 1st Sister
Noorfariza Solehah.
Oh,Ummu Aisyah yang sebetulnya
Saya suka cara dia meronggengan di waktu bujangnya
Wah!,berkiranya tiada tara.
Kegemaran bersama ; 
Meronggeng ke pasar malam mencari Roti John Zack di Pasar Malam UKM
Dia..
My 1st sister in my life..
jika dia kakak
dia kakak terbaik
jika dia anak
dia anak terbaik
jika dia isteri
dia isteri terbaik
jika dia ibu
dia ibu terbaik
jika dia guru,
dia guru terbaik
siapapun dia!
saya tahu,dia terbaik!


My 2nd Sister
Nurul Izzatie Abd.Aziz
Wah!,yang ini seperti Ummi
semua orang senang bangat sama nya,
Smash dia sangat tajammmm
Tajam dan menusuk.
Mencabar?,dia juga hebat..ini saya tak tipu.
Dia juga ialah kakak yang tidak pernah putus-putus mendoakan saya
dari dulu hingga sekarang.
Bersama nya saya was-was dan ragu-ragu
Bersama nya saya menangis tanpa malu.
Jika di berikan beberapa pilihan,
mahu jadi umpama siapa saya ini ;
Jawab saya : Umpama kakak chantek  ini,mahu jadi saya!
Siapa kenal?,serius memang teruja
dia..
jika dia kakak
dia kakak solehah,
jika dia adik,
dia adik solehah
jika dia murid
dia murid solehah
jika dia isteri 
dia issteri solehah
jika dia ibu
dia ibu solehah
walau siapapun dia
dia semestinya solehah!


My 3rd Sister
Nurhafizah Yaakub
Yang ini,teman,kawan,sahabat dan juga kakak
kakak saya yang ini,segala tentang saya dia khatam
Dia juga teman lumba saya,
terutama dalam bab membaca
terutama dalam bab mimpi
Dia musuh saya!
saya tidak mahu kalah dengannya
ah!,dia sudah di tahap itu
dia sudah tinggi
dia membakar saya.
Dia teman saya,susah dan senang
miskin atau kaya
tenang atau darurat.
Jika di tanya,siapakah yang paling berjasa (teman) dalam hidup saya
maka dialah orang nya.
saya tahu..
jika dia kakak,
dia kakak superb,
jika dia adik,
dia adik superb,
jika dia cikgu,
dia cikgu superb,
jika dia ibu,
dia ibu superb.
jika dia isteri,
dia isteri superb
siapapun dia,
semestinya dia superb!




Sasterawan AS ada berkata “Sekuntum mawar akan menjadi kebunku. 
Seorang sahabat sejati akan menjadi duniaku.” Leo Buscaglia (1924-1998),


Mereka mengajar saya,
bagaimana melihat dunia dari sisi indah


Sesungguhnya,
dunia itu indah
jika anda ingin melihatnya indah!



Membawa bersama khabaran rindu 
Membisikkan kata-kata 
Menjelmakan cintaku padanya 

Cintamu tulus setia 
Kasihmu tiada tara 
Bertakhta buat selamanya 

Di tugu kasih dan sayang 
Kau ukirkan keimanan 
Moga bertemu keredhaan 

Gemilang cahaya cinta 
Kemilau pancawarnanya 
Bagaikan kejora 
Kudus sinarannya mendamai jiwa 

Apakah kan ku temui 
Insan semulia pekerti 
Setandingmu kasih 
Di alam semesta yang fana ini 

Ku serahkan kepada Tuhan 
Sebuah harapan bernama doa 
Membisikkan kata-kata 
Menjelmakan rinduku padanya 
Kepadanya... 

Semoga kan menyala api cinta setia 
Terus membara selamanya 

Cahaya cinta kekasih Allah 
Sinarannya buat semua


...
~ Selamat Hari Raya Korban ~

Kepada keluarga,
kepada sahabat,
kepada negara,
kepada perjuangan,
dan kepada agama yang paling penting.
berapa banyak pengorbanan yang telah dilakukan?

Pengorbanan terbesar,teragung,termulia ialah pengorbanan sang rasul
pengorbanannya  menjangkaui sempadan waktu dan geografi.
di sambung sahabat-sabahat ridwanullah alaih.
Pengorbanan sang rasul yang diatas nama CINTA 
menbuatkan diri  tersihir dan kelu untuk menafsir kannya dengan kata.

ALLAH...
rahmati mereka dan keluarga mereka..

dan di setiap hujung solat,
selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi kita S.A.W keluarga 
dan sahabat-sahabatnya tiada pernah lekang.
ya!,sesuai sangat sesuai dengan pengorbanan mereka.

Kita?,
mati mahu di sebut orang ?,
berapa dalam pengorbanan tertumpah?

Ingin menjejak SANG MURABBI CINTA itu..

Wal asr'!

Demi Masa!
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan kepada kesabaran.

Sering di baca Ayat ini,dan sering juga kita dustakan kebenarannya.
Saban masa di akhir-akhir majlis,kita selalu melafazkannya.
kerana?
 Ilmu yang sedikit tidak mampu menafsir hebat nya mukjizat Al-qur'an.

Maksud Al-asr'

Asas makna al-’asr ini ialah “memerah sesuatu sehingga menitis.”- (Ibn Faris , Mu’jam Maqayis al-Lughah)

Atas roh inilah juga kita memahami al-asr atau masa umur yang Allah kurniakan pada kita. Apa yang perlu kita buat? Kita perlumemerah‘nya sekuat tenaga agar terhasil iman dan amal. Orang yang tidak memerah umurnya akan sentiasa berada dalam kerugian.

Umpama memerah kain?
jika mahu bagi kering sebetulnya  perlu memerahnya dengan sepenuh hati pada daya maximum..
Bersungguh!

Iman dan budaya sihat menasihati

Selain itu, Allah menyatakan setelah beriman dan beramal soleh, ia tidak berhenti di situ sahaja. Perlu ada nasihat atas dasar kebenaran dan kesabaran kerana dengan kaedah ini sahajalah, kita akan mampu untuk terus beriman dan beramal. Jika tidak, ia akan mendatangkan kelesuan dan keletihan seterusnya kita gugur dalam lapangan amal islami. Marilah kita sama-sama memerhati makna al-asr yang sebenar-benarnya. Memang ‘amal perlu diusahakan. Ia tidak sepertimana cita-cita kosong (amal – dieja dengan alif mim laam). ‘Amal (dieja ‘ain mim laam) perlu diberi satu tujahan untuk menjadi realiti. Jangan lagi kita menanti dan menunggu, tetapi tujahkan diri kita agar mampu ber’amal dengan sebenarnya.

Experience will make sense if brilliant come along..
that what i was learned.

Semalam dan semalam saya belajar sesuatu.

hidup lah kamu...
"sepuasnya!"
"semahunya"
"selazatnya"
"seenaknya"
"segirangnya"
"sedalamnya"
"segala-galanya"

kerana rupa hari esok mu tiada siapa yang pasti..

Samada masih bernafaskah kamu atau sudah di panggil pulang olehNYA?
Itu bukan real problem nya.
kerana apa yang pasti dan pasti,esok itu sangat rahsia..
Maka benarlah kata hukama'

'solat lah kamu seolah-olah itu lah solat kamu yang terakhir' - Penekanan kepada elemen FOKUS dalam kerja

'orang yang bijak ialah orang yang selalu mengingati mati' - Penekanan kepada elemen MENGINGATI MATLAMAT hidup.


Life for the fullest!
Agar 'pulang' mu di kenang orang..

Sahl bin Saad r.a. menerangkan (pada suatu ketika) Jibril datang menemui Rasulullah sambil mengingatkan beliau, "Wahai Muhammad, hiduplah semahu mu namun engkau pasti mati. Berbuatlah (apa sahaja) sekehendak mu, sesungguhnya perbuatan mu akan dibalas. Cintailah juga siapa yang engkau mahu,namun engkau pasti berpisah juga dengannya. Ketahuilah bahawa kemuliaan seorang mukmin itu pada sembahyang malam dan kehormatan (harga) dirinya ialah dengan tidak meminta- minta pada orang lain."
(Riwayat Tabrani )


Saya sangat belajar..
sangat belajar..
dan
sangat belajar..


Lama - lama ..
lama sudah doa itu tidak di laungkan dalam ribhatan itu..
dalam untaian kasih aqidah dan baiah..
lama dan terlalu lama mungkin..
terakhir di 2004 seingat

Dan saya dan sahabat telah temuinya kembali..

Cinta itu bersatu di dalam laung getar,berpadu membentuk satu gerak yang bertenaga.
Nyata!,ia perlu di lazimi,agar momentum perjuagan terus meninggi dan meninggi.


Dia kakak *(Bukan nama sebenar)

Ya Ampun..
Lasak nya bukan main..
Merempit berlasakan di metropolitan KL tanpa was-was..

Ya Ampun..
Pemurah nya bukan main..
Memberi tanpa ada pulang pun bisa saja..

Ya Ampun..
Peramah nya bukan main..
Habes india cina,muslim non-muslim di jadi kan dia kawan..

Ternyata,
saya sudah jumpa insan ekzotic yang seterusnya.
dan dia lah yang menjadi pelengkap kepada barisan arai-arai saya..


ubat-ubatan saya di Makkah yang menguji rasa di serve oleh : Doktor,pharmacist,dan nurse peribadi saya

Lama sujud saya dan hajaq disujud terakhir itu..Tawaf wida’ kami akan berlansungg sebentar lagi yang kami dahulukan dengan solat zohor berjemaah..Lama sujud kami,dalam perasaan kami,kering air mata kami sepanjang itu.Segala jahiliyyah mahu saja kami tinggalkan di situ.Esak kami bagai tiada mempedulikan manusia sekeliling.Hanya Bab Hunain menjadi saksi yang kami pernah bertaubat dan menyesal atas segala ke alpaan yang di sengajakan atau tidak di sengajakan..Dalam,dalam dan dalam..

Ingin di ceritakan tiada kata..Bertawaf qudum titengah terik seteriknya matahari pukul 1.30 tengahari memberi keinsafan berpanjangan pada kami..selesai 7 pusingan,rindu ingin beristilam dengan rukun yamani dan hajarul al-aswad telah menguntum..”bismillah Allah Akbar,walillah hilhamd”.Tidak kesampaian hajat mahu mengucup hajar aswad dan bersembahyang di hijr Ismail,ah!,bukan kerana tidak mampu tapi tidak sampai hati yang sebetulnya..

“Dengan nama Allah,Allah Maha Besar dan segala puji itu hanya untuk Allah ,tiada tuhan yang di sembah melainkan Allah dan Allah Maha Agung.Tiada daya dan upaya ,tiada kekuatanku,jika tidak dengan pertolongan Allah yang maha tinggi lagi Benar dan Mulia .Selawat dan salam untuk junjungan Rasulullah S.A.W,Ya Allah,aku dating aku dating kemari kerana iman kepada MU membenarkan kitabMU ,memenuhi janji MU dan kerana menuruti sunnah nabi MU Muhammad S.A.W,Wahai tuhan yang Maha Penyayang,dengarlah bicara ku,wahai Tuhan yang Maha Perkasa,paksakanlah aku ini,Wahai tuhan yang maha pelindung,lindungilah aib ku ini,wahai Tuhan Yang Maha Kasih Sayang,Sayangilah diri ku ini,Wahai tuhan yang maha kuasa mengembalikan,kembalikanlah aku ini ke Kaabah ini san berilah aku rezeki untuk mengulangi berkali-kali bertaubat dan beribadat,belayar menurut jalan Tuhan kami sambil memuji Allah ,Allah Maha menepati janjiNYA,menbantu hambanya menghancurkan sendiri tentera MusuhNYA ,Ya Allah Ya tuhanku ,peliharalah aku ini dari kanan,kiri,hadapan,dan belakangdari sebelah atas dan bawah keluarga ku dan ke kampung halaman ku.Ya Allah,Tuhanku mudahkanlah pelayaran kami dan pendekkan;ah bumi ini untuk kami .Ya ALLAH,kawalilah kami dalam pelayaran ini dan awasilah kami ahli keluarga kami wahai Tuhan yang Maha Kasih Sayang dan wahai tuhan yang memelihara seru sekelian alam

Seusai solat sunat dan khusyuk di multazam,kami bergambar bersama BERSIH juga meneguk teguk zam-zam buat kali terakhir sepuas-puasnya..ya ,sepuasnya!,kerana entah bila lagi mampu berjumpa dengan air nostalgia ini,air sejarah.Lama teguk kami,tambah dan tambah..

Melambai dengan sayu,dengan tekad kami akan kembali!.Ya,tanah bakkah itu yang di ertikan dengan solat di atas escalator,Pasar Zain dan pak cik mutowwif,Perkuburan Ma’la dan khadijah,’dunia’ yang terkorban,saudara dan persaudaraan,refresh baiah di Hudaibiyah,Gastric dan susu unta,Turki + Malaysia,Kawanan merpati dan berkat ,iktikaf dan ketenangan juga 1001 cerita cinta yang juga tidak ternukilkan di mana-mana.Jemput lah kami kembali ya Allah!,terima kasih atas jemputan ini yang menyebabkan tidak mungkin serik untuk kembali dan kembali


Tiba jua hari yang tidak di tunggu-tunggu.Mana mungkin ada hati yang rela berpisah dengan kekasih seluruh alam.Ah,biar pun aku hanya insan yang hina,kerdil sekerdilnya,tapi aku tidak malu untuk mengistiharkan Yang

Nabi kita Muhammad S.A.W jua kekasih aku..

Lama tenung saya dan sahabat ke kubah hijau itu.Tenung penuh makna,tenung dengan 1001 rasa,tenung dengan harap agar di panggil pulang oleh mu kembali Ya Allah untuk kami berjumpa dengan kekasih MU dan kami..

“Selamat tinggal wahai rasulullah.Berpisah kita wahai Nabi Allah.Amanlah engkau wahai kekasih

Allah.Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai pertemuan terakhir dengamu


untuk menziarahi mu ataupun berada di sisi mu.Kecuali Allahmengurniakan kebajikan sihat afiat serta selamat.Jika aada umur panjang ,Insya Allah aku akan dating menziarahimu semula.Tapi jika aku mati dulu,maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah ke hari kiamat,iaitu pengakuanku yang sungguh-sungguh ,bahawa tiada tuhan selain Allah yang Maha Esa,tiada sekutu baginya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruhNYA.Maha suci TuhanMU,tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan .Salam Sejahtera ke atas para Rasul.Segala puji bagi Allah ,tuhan yang mentadbir seluruh alam”

Ammen.

Serentak kami berseru,mengaminkan doa yang di imami oleh adik sarah.

Khali,semua ter esak..

Panas bergenang di kelopak mata.Ah,saya tidak boleh menipu!,saya sudah berjumpa cinta yang saya cari selama ini di Madinah.Perasan sendiri,Rasulullah melambai kami pulang,dengan ucap ‘ilalliqa’ “.owh,ya Rasulullah,aku yakin yang engkau mendengar segala cerita berkisah daripada saya.Moga dengan syafaat mu,terimalah kami sebagai umat mu di akhirat nanti.Ah!,walaupun begitu,saya akan sentiasa mengimpikan kedatangan dirimu ke mimpi saya ya Rasul~

Sehingga berjumpa lagi tanah haram Madinah al-munawwarah,tanah aman rasul.! dan kenangan Ummi,cincin,bahasa arab,BERSIH,Jabal pemanah Uhud tersemat erat di lipatan memori Cinta saya..


Ramadhan itu suatu kurnia..

Alhamdulillah atas kurnia ini..

..........

Ramadhan datang lagi (*yeay!)

Berapa Ramadhan sudah? ( * 26 Ramahdan)

Lebih baikkah ramadhan awak?(*stupor~tak berani bagi jawapan- moga-moga)

Dapat tak agak-agak piala taqwa (* buat muka harap)

Terimalah amal kami yang sedikit ini Ya Allah

..........

Meeting (* perasan sibuk)

Program ke hulu ke hilir (* juga perasan sibuk)

Gelandangan ke tanah cinta berkisah itu bersama kakak dan teman (*Oh!,rindu untuk di

ulangi,kembalikan kami kesana~)

Just ber “hibernasi” di rumah (* buat apa yang patut,baca buku saja)

Berdoa moga tidak berpanjangan bergelar penganggur (* amen )

Bermodalkan rmimpi memasang angan keliling Malaysia & Tanah itu (*itu satu hobi)

Baju raya,warna apa? (*Tiada berminat untuk memberat-beratkannya : tua suda)

Menyantuni handphone dan menjadikannya best frends (* sekarang i have to)

....................


Tiap kali saya lalai leka dengan dunia,

Tidak khusyuk dalam ibadah,

Tiada kualiti dengan gerak kerja..

Hari ini seakan tiada improment dari semalam

Saya jadikan 2 tanah haram itu sebagai motivasi


Engkau insan sempurna (*nasyid tema Madinah Munawwarah) dan Satu Cinta (nasyid tema Makkah

Mukarramah) saya jadikan booster..

Kembali bersemangat lagi..

Jika luntur lagi?

Saya buat lagi..

..........

Dan saya tahu

I HAVE TO GO!

Lagi jauh tercampak saya,semakin cepat saya matang dan lagi saya mengerti mensyukuri atas nikmat

kurniaanNYA.

Ramadhan terakhir mungkin di tanah jajah sendiri

Kerana saya perlu menjajah tanah lain pula..

Ammen Ya Rabb!

Tiada lagi Ramadhan dengan kerabat istimewa ini..