Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


Happy nurses day buat semua nurses sedunia.
Yang menjadi perawat keamanan hati dan jiwa manusia seantero.

Menjadi seorang jururawat bukan dan tidak pernah termasuk dalam diary mimpi hidupnya.Dek kerana passionnya yang sebenar itu tidak tercapai dalam kudratnya , sekarang dia perlu beraksi di gelanggang rawat ini .Merindui passion sebenar dan pada masa yang sama perlu memupuk cinta untuk itu.Ah susah kiranya buat dia..
Dia sentiasa bertengkar dengan diri
kadang-kadang pujuk,
kadang-kadang marah
panjang istighfarnya,memohon kuat dari tuhanNYA agar mampu berhadap dengan waktu-waktu yang dia bakal lalui tanpa cas - sekurang-kurangnya.
Doa yang sering  terlantun " Ya Allah,jangan engkau biarkan walau sekelip matapun nasib diri ku di tentukan oleh diri ku sendiri".
Dia pesimis mungkin? , yang sepatut nya dia sedang perlu belajar apa itu redha REDHA.

Ya,apayang pasti saya tahu yang dia sedang menggali dan mencungkil sisi-sisi positif menterjemah frasa
' jatuh ketanah menjadi bukit,jatuh ke laut menjadi pulau'.
Oh,saya yakin dengan dia,berpegang kepada prinsip ITQAN yang mejadi a part of her life,seharusnya mampu membawa dia menjadi 'seseorang' walau pun dimana dia tercampak.
Dan dia sedang menari di atas ombak dibawah hujanan 

Bersama 2 princess , perawat keamanan afifah yang mengajar dia erti 'persetanan' - mejadikan dia lebih yakin diri
dan perawat keamanan hajar yang mengajar erti easily impressive - membuatkan dia sentiasa positif

Apa yang pasti,hari-hari yang mendatang belum tentu bagaimana rasanya buat dia,dan apa yang pasti,the purpose of her existing sangat kudus,dan  keran itu jugalah saya yakin tak terlawan Allah akan menolongnya dan akan menolongnya

*banyak nya YAKIN saya..


dan sekali lagi saya yakin

Saya sangat gembira , seronok dengan demonstrasi,kiranya saya ini pencandu nya.setiap demo,tidak pernah saya miss untuk bersama kecuali atas sebab2 yang amat tidak dapat di elakkan.
Demo yang angka bilangannya sudah mencecah 3 di 28 april ini memberi kesan yang amat for me.

BERSIH 1 :

Bermula dengan “berakhir” nya demo tersebut.apa yang saya terlakukan ialah menanges tanpa sedar..ya Allah,kenapa aku tidak berkesematan kali ini?.setelah lelah berlari tanpa henti dari pudu raya.setibanya kami ke sana ,sedikit lewat kerana terpaksa menempuh final exam paper physiology at that morning.ah..dan kami balik,balik tanpa sempat merasai apa itu pedihnya gas emedih mata,selain sedikit bau udara yang tersisa.”Kenapa Allah tidak memilih saya”?,hati kacau menyoal ragu..a few from my friends were failed on that paper.i don’t know why?,may be too excited to finished it earlier without double checking the answer.but they are happy kerana dapat menjejak BERSIH itu walau pun sudah bersurai even with the red colour marks and bagi saya,mereka ialah hero!

BERSIH 2:

Kumandangnya di dada-dada FB tentang BERSIH 2,seawal Mac 2011,Saya menaruh tekad,tidak dapat tidak saya harus dan wajib pergi.”Menghasut” teman2 untuk turun bersama,berjanji untuk sama berpimpin tangan , menjadi unit kecil menuntut sesuatu yang besar..Ah,saya sayang kan Malaysia!,patriotisme saya meluap-luap,cintakan negara saya menjadi-jadi.Itu ini begitu begini,jarum jam berputar,matahari tenggelam timbul,tiba ke hari bersejarah mendekat dan mendekat.oh!,sekali lagi saya tidak mampu mengotakan janji saya.Ah,apa tandanya?,memujuk hati,Allah saja maha mengetahui,kerja tuhan siaa yang tahu? Dan ada seorang teman mengumpamakan saya dengan cerita sang iyadh bin fudail dan Abdullah bin Mubarak,saya umpama imam haramain itu yang membasahkan sejadah ,sedangkan yang lain turun bertempur..adakah sama darjat nya ? Walau pun ianya mungkin hanya satu gurauan kering,tapi jauh dari sudut hati saya,ada sedikit sesalan dan ia bertambah-tambah.Dan saya mengeraskan hati mahu “berdemo” secara lansung dan sekusyuk mungkin di hadapan tempat yang paling mustajab.Ya, saya membawa 2 tshirt bersih (labuh dan lengan pendek ) juga 2 mafla bersih ke sana dan membawa syiar mengibarkan bersih di setiap yang saya transit.Hasilnya BERSIH berkibar di Karachi Pakistan,Di masjidin nabawi * tepat-tepat2 masanya bersih di Malaysia ,waktu Madinah pada ketika Itu Juga di hadapan Kaabah,tidak ketinggalan di Bukit pemanah jabal Uhud,juga di dada Laut Mati,bersama 3 sahabat lain saya mencipta sesuatu yang penaja BERSIH di Malaysia tidak ketaui.Somehow,Ya!,saya masih berdendam....dan dendam itu belum sudah.

BERSIH 3

Alhamdulillah,saya di panjang kan usia.Bertemu dengan versi yang ke 3.Saya doa dan doa..”Ya Allah,golongkan aku di kalangan orang yang kau pilih.yang sentiasa bersama dalam barisan pejuang MU di setiap masa”.Saya berjanji pada diri sendiri, in any ways hook or crook,i’ll make it possible!.bersama kekwa kuning,belon kuning yang terisi halogen yang akan saya tuliskan nama-nama kamu disitu,mafla bersih yang di ikat,tshirt muslimat kuning,beg galas yang terisi barang seringan mungkin,dengan kelengkaan yang semaximum,cermin mata gelap,Ya saya tidak mahu ketinggalan lagi kali ini.Dendam saya belum terlerai,saya rindu kan waterconan itu,saya rindu saat menggenggam erat tangan sahabat-sahabat berlari ke sana sini,bertakbir sepenuh yakin,mendengar taujihad penuh semangat ,menaut ukhwah dengan cara yang luar biasa,melihat wajah2 pejuang tanpa nama yang pelbagai,belajar dengan manusia pelbagai bangsa, juga dari sang cilik yang tertarbiah comel,merasai sedikit tempias iras2 perang zaman kala,dan pulang dengan PUAS!,yang outcomenya semangat yang berkobar untuk meneruskan hidup dan perjunangan juga patriotisme yang memuncak melihat negara ku lebih selamat untuk anak cucu nanti..
Bagaimana dengan kamu adik-adik2? ummah diluar sana menuntut partisiasi kita atas nama kemegahan tarbiyah yang kita junjung..Jangan sekali kali “exclude” kan diri dari rencana Allah..percayalah,partisipasi kita merupakan satu keputusan yang tepat untuk sama kita belajar 100001 pelajaran yang sangat bermakna yang tidak dapat di kutip dari mana-mana bilik kuliah atau halaqah bulat yang statik
“di sana , saya menunggu kalian!”

Infront of klcc,
Teratak saakinah,
With love:
Kakak sniper a.k.a bonda khair

Dua bulan bakal berakhir..

10001 rasa mengungkap diri..

banyaknya saya menangis dari tertawa dengan sepenuh IKHLAS.
Tapi panjang nafas saya disini sepanjang umur program.
Alhamdulillah.

Eagle, Dominance , Red..
such what a kind of people am i?..hoho.
Eventhough,
Mengurus manusia mad'u yang pelbagai latar itu , menguji rasa.

Ya!,tittle daie itu di uji dengan hebat.
Mana janji kamu?

Kerana itu...
saya disini.



Dengan sikap tidak mudah mengalah,
we become tha champion for SMM06B!

Taman tarbiyah itu mengajar saya yang hidup ini sangat keras dan saya perlu keras untuk itu..
Persistent!

juga berkat doa dhuha yang tidak putus - putus ..
Yes,we are standing in the eyes of tha world!

Saya gembira..

ya!,saya sedang bergumbira..
dalam keasyikan saya membelek beberapa sampul besar dengan perasaan yang berbunga-bunga itu

ah!,kenapa saya perlu sedar?

Tidak mahu membuka mata ini,
tidak mahu..

mahu berlama-lama mengecapi saat gembira itu ..
dan alangkah bahagianya jika ia berlaku di alam nyata?




Hari Ini 15 January 2011

Separuh sudah separuh bulan pertama di tahun 2012

2011 Yang ditinggalkan meninggalkan 1001 cerita "gila" yang entah tahap ape-ape
berjumpa teman se ' kegemaran' membuatkan plan bertambah havok dan gila tahap giga tera.
Menggeleng-geleng sesiapa yang menjadi stalker..
Hye,makhluk dari mana la mereka-mereka nieh.

***
Pasca Graduasi mengajar kami yang hidup ini sebenarnya ;
-bukan mudah - payah - kejam - tiada belas - keras 

Yang memaksa manusia menjadi ;
- keras - berani luar biasa - terpaksa tanggung risiko - rasa ingin mencuba segalanya - tidak tentu hala - dan sewaktu dengannya!

***
dan detik-detik itu berlalu bagai mimpi..
serious bagai mimpi..

Hari ni,bermukim bersuluk berteleku menadah kitab di tikar sejadah di Pasentren jauh di pendalaman di sebuag negeri yang jauh
malam nya?
di Shah Alam , bersama di Rapat Rakyat pempenan Pakatan Rakyat
esok kembali?
bermukim bersuluk berteleku menadah kitab di tikar sejadah di Pasentren jauh di pendalaman di sebuah negeri yang jauh
hari esok?
Berasak ,berlumba motosikal dan kereta serta bergaduh sama cik Meor di tengah metropolitan Kuala Lumpur.
Malamnya?
Membuat muka kesian menumpang di tangga Bas (*bayar sama ok) lantaran kehabesan tiket kesuatu negeri yang jauh.
Eh?
Eyyh kak ,biar betul kita ni?  ~ Soalan yang selalu Cikgu Najwa lontarkan.

juga tergeleng-geleng si BOS,Kak Na dengan kami sambil membebel-bebel gaya kakak!
TQ kak na kerana sudi bebelkan kami ~

Merasa itu dan ini,bukan kerana mahu kaya harta sangat pun,tapi yang dicari kaya pengalaman.Sekiranya di cakap-cakap orang one day,at least kami pernah mendengar dan merasai di tempat itu..

Paling Manis berada di tempat yang tidak pernah saya mimpikan untuk duduk di usia semuada ini iaitu PEJABAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Berdampingan dengan pimpinan yang penuh Izzah
berjalan berseorangan di celah-celah lorong Haji Taib itu sudah kebiasaan ~
Belajar-belajar Masuk ke Parlimen dan membuat kerja di luar jobspec
dan membuat segala yang tidak pernah saya buat..

Di metropolitan ; telalu banyak  mimpi yang di angkasakan !
ya!,di sana saya dan teman semakin aggresif bermimpi!

Rasa mahu berlama-lama sahaja hidup gaya itu..
Nikmat,jadi diri sendiri,puas!
Tapi masing-masing sedar hidup ini bukan nya dijanjikan panjang dan masih panjang lagi,semakin memendek dan memendek singkatnya waktu.
ada yang 25 dan ada juga yang sudah 26 (suku abad + 1 sudah )
oleh itu..
dan masing-masing perlu serius memilih jalan hidup yang bercabang-cabang dan bersimpang siur di hadapan.

Pasca Graduasi Ahli Kelab Stupor asal : (Ahli HQ asal,Kuantan)


1) Bakal Puan Asyikin (Guru Di Ampang ), 2) Rubiah ( Nurse Dialyis di Puchong),3) Bakal Puan Umme (masih lagi dental student IIUM),juga 4) Khairani ( Buruh macam-macam =) ) berpecah mencari hala sendiri dengan satu janji dan aqidah yang sama iaitu mimpi dan impian. 

tercampak saya ke daerah asing dari ahli-ahli kelab asal ; 
membuat Kolony : backpackers

ada Bakal Puan Hafizah - Master Student UM,
Bakal Puan Yard - ExUNIKL-BI
Puan Amirah Najwa -ExUNIKL-BMI
Masing-masing telah bertebaran,berpecah lama-lama,berpisah jarang sekali bersama kembali.
Kerana masing-masing sedar dan yakin sudah tiba masanya serius menjalani hidup dan kehidupan.



dan masing-masing telah dan sedang berpecah..

mencari tapak dan hala hidup sendiri dengan membawa peta kembara KAMI yang belum selesai 
Bangkok - singapore - Ponorogo - Mesir - NewZealand



One fine day!
We'll unite again 
one fine day!

Yang Merindui segala ;
Hamasyie!

Saya menatap satu persatu wajah mereka..
Oh , tak mampu kiranya saya berlama-lama menatap wajah-wajah itu..
wajah yang saya sayangi tanpa skala di hati ini.

Memandang dalam  kepada tunas-tunas yang bakal merimbun itu
di sebalik jelingan tajam,mengejek manja.
hati ini bertambah berat dan berat
untuk mengangkat  kaki
meninggalkan mereka tanpa pesan.
apapun,saya terpaka pergi..

 ...

Mengintai-ngintai masa dan ruang untuk meloloskan diri kembali kesana
berapakah sangat nilaian sekeping TIKET FLIGHT
jika dibandingkan dengan HARGA SEBUAH UKHWAH?


...

menunggu-nunggu untuk keajaiban berlaku.

 I hope!
..

Pemilik hati yang tertinggal ;
Kaer Nusaybah.

Sudah lama saya hidup
24 tahun perkiraannya ,
dan hampir suku abad kiranya jika umur dipanjangkan lagi 10 hari menuju 2012.
..
Terlalu banyak chapter yang bersilih ganti..
Chapter sayu
Chapter pilu
Chapter gumbira!
Chapter duka!
Chapter stress!
Chapter menyayangi!
Chapter membenci!
Oh,whoa..
Banyak sangat rencah hidup ini..
....
"secularism is not merely the separation between the world and akhirat"
"this is a kind of secularism also" 

kata-kata itu terngiang di telinga ,luncuran dari mulut seorang teman yang selalu jujur dengan katanya..
Saya terdiam.

and,now i'm here..
to learn.
to teach.
to give.

Prolog..
Sungguh!,ini cita-cita dan impian yang ke empat yang telah Allah kabulkan sebelum tiba di tahun dan masa yang sebetul nya seperti yang tercatat di dalam time frame hayat.Dia delay kan mimpi saya yang satu itu dan pada masa yang sama DIA mencepat kan 4 yang lain.How big you are my almighty GOD?.wah,mungkin ALLAH mempercepatkan segalanya dan memberi  signal kepada saya yang hidup saya sudah tidak lama * harus sentiasa dan selalu  bertaubat ( ' ;' ).Cita yang ke empat ini di lalui dengan penuh rasa.Di sini saya belajar tentang hidup dan kehidupan .Semakin banyak engkau memberi semakin bahgia hidup kamu!.
Aqidah saya semakin kuat dan kuat untuk itu.

2 minggu bukannya satu period masa yang lama
begitu juga dengan 3 bulan
3-17/12 - bukan lama
13/9 - 13/12 - juga masa yang lama



2 minggu..
saya,aisyah dan amirah memulakan hidup,menginfaqkan diri sepuasnya,mengerahkan segala kepakaran dan segala yang ada demi sebuah tarbiyah.
memenuhi harapan sang ustaz dan pengurusan sebagai changing agent
memenuhi harapan sang ibu dan sang bapa
memenuhi expectation sang peserta 
juga 
memenuhi harapan dan expectation diri sendiri.

 Gambar hiasan semata : sementara menunggu gambar sebetulnya dari cikgu aisyah

Yang paling bekorban ialah aisyah dan amirah,mengorbankan kehidupan yang bersenang lenang untuk menghayati apa itu "the art of living",moga Allah mengganjari kamu-kamu dengan sebaik-baik ganjaran.Di panggil Cikgu,ustazah,teacher is such honorable words.Tq for all,ustaz/ah,adik2 pembantu juga adik2 pembantu am dan seisi disana.Bermula daripada Modul,pengisian,P/C,riadhah,disiplin,kesihatan& kecemasan,perhubungan dan pengangkutan semua di selesaikan dengan rasa yang pelbagai oleh aisyah,amirah dan saya!*sambil mengambil hujung lengan baju dan mengesat peluh di dahi.Membawa pendekatan berbeza di tempat baru bukan suatu yang ringkas dan mudah.harus berperang,keras dengan kepala sendiri,tidak mudah mengalah,tahan tekanan,dan sentiasa pretend tidak bersalah..Ok!,tak pe,rupanya menjadi annisa di sini tidak perlu setegar menjadi annisa di pasentren al-huda.Modern dan quite open minded membuatkan kami tidak segan sangat untuk melontarkan idea,berbahas dan berbantah-bantahan dengan segala uruf dan adat perihal segala disini,mereka tidak resistance kepada change!,so our mission running smoothly dengan sedikit saja pergeseran.Enjoy ja!

Mengurus manusia : itu mencabar

Wow!
Kerja kami selain menjadi guru tauhid,feqah,adab,tajwid,akhlaq di 2,3 hari yang pertama ialah memujuk kanak-kanak.Range umur yang jauh 6- 16 tahun membuatkan kami perlu berhadapan dengan ragam yang berbeza.Datang seorang peserta "cikgu nak balik teringat mak",datang yang ke dua "cikgu,nak balik teringat arnab",*terkejut sambil menepuk2 dahi sendiri.Pujuk punya pujuk,"tak per la cikgu,esok mak datang,tapi nina ngan nani nak tidur dengan cikgu malam ni".Lalu tidur la kami cikgi-cikgu di lantaian membenarkan anak-anak tersebut menggantikan tempat tidur kami.The sick bay,the tears bay,operaion bay.Itu namanya bilik cikgu yang tidak seberapa luas itu cukup-cukup untuk 3 orang.Sudah 2 hari kerja memujuk dengan terganggu gugat sedikit kerja-kerja pembelajaran,kami mengumpulkan semua peserta muslimat yang berjumlah lebih kurang 100 orang itu,dan satu soalan diajukan "saper nak balik?"
woh!,bapak nya ramai yang nak balik.Patut pun public phone  tak putus-putus dengan kunjungan pelanggan.erm,ada agenda rupanya mereka-mereka ini.
Sudahlah kita wahai cikgi-cikgu dan ustazah,macamana nak settle kes ni?

Dengan kuasa yang ada ditangan saya sebagai ketua fasi,i'm become discipline teacher also known as mudirah seperti mana yang telah di darjah kan oleh pak kiyai ustaz mokhtar yang berpendekatan amaran rotan,cikgu aisyah dengan penuh motherly menggunakan usapan,dan cikgu amirah dengan style kekakakan bahu membahu,gandingan 3 gaya didikan yang berbeza,synergy yang belbagai mampu menyelesaikan masalah terbabit."Kepulangan kamu 2 minggu dari sekarang lebih di nanti-nantikan oleh ibu ayah awak dari pada kepulangan awak pada hari iini even mak ayak tahu yang awak rindukan dan sayang kan mereka"- pesan saya.

Free hair,tak pernah solat,tingkatan 4 masih baca iqra',ada geng-geng dan bergaduh,itu cabaran kami.
Bagai menarik rambut di dalam tepung,harus hati-hati!
DREAM - HOPE - FEAR 
itu didikan yang di berikan.
Mengenalkan mereka the purpose of existance mereka di situ membawa mereka untuk mampu hidup seadanya."disini kamu di ajar berdikari,diajar disiplin,diajar berkongsi,diajar hidup sederhana,diajar berkawan,diajar tidak pentingkan diri sendiri,diajar untuk keras dengan diri sendiri, dan apa yang penting mak ayah kamu menghantar kamu untuk belajar erti hidup dan kesusahan"

Kami,saya amirah dan aisyah juga banyak belajar.
Sentap 1,sentap 2,sentap 3 dan banyak renjatan elektrik yang kena.
Allah  menghantar kamu kesana kerana DIA ingin mengajar kamu.
Terasa,terkesan,kerkesima..
Belajar tentang adab itu yang paling terkesan
adab dengan Allah,adab dengan Alqur'an,adab dengan guru dan banyak lagi.
Terstupor tahap ntah ape hape di setiap hujung minggu!
menguruskan hujung minggu yang pack itu memang mancabar mentally dan physically
hujung minggu pertama : 2 hari sukaneka,indoor game,malam tayangan juga malam keinsfan 
chapek bangat
Hujung minggu ke dua : malam gema perjuangan dan saya ialah pengarahnya muslimin dan muslimat!
stuporian united!
dan apa yang pasti bergaduh sama aisyah dan amirah itu bukan mudah boi!

Stupor tahap  kemuncak ialah bila memandu di 2++ pagi dari penor ke Hospital Tengku Ampuan Afzan  membawa peserta yang mengalami pendarahan di dalam telinga selepas malam keinsafan yang menchapekkan itu sangat menyayat hati.Tiada siapa yang sedar,yang sebenarnya Amirah memandu dalam keadaan tidak sedar,saya juga aisyah juga subconscious pada ketika itu,dan sedar-sedar sudah di atas bukit di Bay route di tengah hutan pada pukul 3++ pagi.Oh,seperti terpukau kerana semua orang di tahap letih kritikal.Tapi tak leh tahan tu,pukul 4 pagi sempat lagi berhenti makan di tepi jalan,tom yam la,kuew teow kerang dsbnya.Sebetulnya keesokan harinya selepas siap dan segar dan pasti semua orang dalam keadaan sedar sepenuhnya,masing-masing berceritakan perihal semalam.dan yang menarik!,semua orang tak sedar apa yang di lakukan dan berlaku semalam! *sungguh mengerikan..sambil diri mengucapkan hamdallah atas nikmat usia yang masih lagi panjang.

Kami bertiga,tiada seorang pun yang terlepas dari menitiskan air mata kerana atas karenah anak-anak didik kami.Oh,begitu rupanya hati seorang guru,juga hati seorang ibu.Anak saya yang 17 itu banyak juga ragamnya.Oh,tapi ok la,dapat jadi kumpulan terbaik dan memenangi juara keseluruhan malam gema perjuangan.
"Kamu harus cikgu tinggalin dulu wahai anak-anak"
"ada hal dan kerja yang lebih penting yang perlu cikgu tunaikan"
"najah,jaga adik-adik elok-elok tau"
"esok malam gema perjuangan buat yang terbaik"
"cikgu nak dengar yang kamu2 menang walaupun cikgu tak der bersama"

saya juga menagis di saat meninggalkan kanak-kanak itu..
tidak mahu di lepaskan saya pergi!
sory dear, i have to go..
selepas bersalam dan mengagihkan sedikit kenangan-kenangan kepada mereka dan memberikan pelukan terakhir..
"fiqah!,bawak adik-adik masuk"
bye bye my heart.

dan disini saya mengetahui..
cinta saya kepada taarbiyah itu sangat dalam.
i like to be a teacher.
and i have found me myself..

jumaat malam..
16-12-2011
berbangkukan kerusi di atas sebuah stage , saya mendapat mesej
"Akak,kumpulan kita menang juara kumpulan terbaik keseluruhannya dan mendapat tempat pertama persembahan malam gema perjuangan"

Ow~
sayang kan anak tinggal-tinggal kan..
aqidah itu menapak di hati


"kak najah cakap!,kita kena wat yang terbaik malam ni demi cikgu dan Allah!" cerita Dayah*salah seorang ahli kumpulan saya.

Latihan nasyid 'MERAH SAGA'lagu tema selamat jalan~ - Shoutul Harakah dengan gaya ala2 gerila bermain-main di mata..
dan kelakarnya si dayah berlakon ,sehinggakan ke hari ini menjadi bahan ingatan yang tidak putus-putus buat saya.
juga hari ini saya sedar,
saya sangat suka mereka yang kelakar.
hoho..
so impressive dengan kata -kata mereka
ketika memegang saya sebelum kepulangan saya ke kelantan bertuah,mereka berjaga di pintu hijau itu dan sanggup menunggu saya takut-takut pulang tanpa pemberitahuan kepada mereka.
"cikgu tahun depan cikgu datang lagi,kalau cikgu datang lagi saya nak masuk jugak dan akan ajak ramai kawan-kawan untuk mereka kenal cikgu"
eh eh ..
Insya ALLAH
dengan syarat semayang jangan tinggal,qur'an kena selalu baca  =)

Part Summer camp di cerita Kuch-kuch Ho Ta Hai nampak nya menjadi reality malam ni.
Apa yang pasti saya telah mengajar mereka erti mimpi!.

Saya banyak mengenal diri sendiri dengan mengenali mereka
Saya banyak mengenal erti hidup dengan mengenali mereka

video

Terima kasih Pondok Annur!