Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Hari Ini 15 January 2011

Separuh sudah separuh bulan pertama di tahun 2012

2011 Yang ditinggalkan meninggalkan 1001 cerita "gila" yang entah tahap ape-ape
berjumpa teman se ' kegemaran' membuatkan plan bertambah havok dan gila tahap giga tera.
Menggeleng-geleng sesiapa yang menjadi stalker..
Hye,makhluk dari mana la mereka-mereka nieh.

***
Pasca Graduasi mengajar kami yang hidup ini sebenarnya ;
-bukan mudah - payah - kejam - tiada belas - keras 

Yang memaksa manusia menjadi ;
- keras - berani luar biasa - terpaksa tanggung risiko - rasa ingin mencuba segalanya - tidak tentu hala - dan sewaktu dengannya!

***
dan detik-detik itu berlalu bagai mimpi..
serious bagai mimpi..

Hari ni,bermukim bersuluk berteleku menadah kitab di tikar sejadah di Pasentren jauh di pendalaman di sebuag negeri yang jauh
malam nya?
di Shah Alam , bersama di Rapat Rakyat pempenan Pakatan Rakyat
esok kembali?
bermukim bersuluk berteleku menadah kitab di tikar sejadah di Pasentren jauh di pendalaman di sebuah negeri yang jauh
hari esok?
Berasak ,berlumba motosikal dan kereta serta bergaduh sama cik Meor di tengah metropolitan Kuala Lumpur.
Malamnya?
Membuat muka kesian menumpang di tangga Bas (*bayar sama ok) lantaran kehabesan tiket kesuatu negeri yang jauh.
Eh?
Eyyh kak ,biar betul kita ni?  ~ Soalan yang selalu Cikgu Najwa lontarkan.

juga tergeleng-geleng si BOS,Kak Na dengan kami sambil membebel-bebel gaya kakak!
TQ kak na kerana sudi bebelkan kami ~

Merasa itu dan ini,bukan kerana mahu kaya harta sangat pun,tapi yang dicari kaya pengalaman.Sekiranya di cakap-cakap orang one day,at least kami pernah mendengar dan merasai di tempat itu..

Paling Manis berada di tempat yang tidak pernah saya mimpikan untuk duduk di usia semuada ini iaitu PEJABAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Berdampingan dengan pimpinan yang penuh Izzah
berjalan berseorangan di celah-celah lorong Haji Taib itu sudah kebiasaan ~
Belajar-belajar Masuk ke Parlimen dan membuat kerja di luar jobspec
dan membuat segala yang tidak pernah saya buat..

Di metropolitan ; telalu banyak  mimpi yang di angkasakan !
ya!,di sana saya dan teman semakin aggresif bermimpi!

Rasa mahu berlama-lama sahaja hidup gaya itu..
Nikmat,jadi diri sendiri,puas!
Tapi masing-masing sedar hidup ini bukan nya dijanjikan panjang dan masih panjang lagi,semakin memendek dan memendek singkatnya waktu.
ada yang 25 dan ada juga yang sudah 26 (suku abad + 1 sudah )
oleh itu..
dan masing-masing perlu serius memilih jalan hidup yang bercabang-cabang dan bersimpang siur di hadapan.

Pasca Graduasi Ahli Kelab Stupor asal : (Ahli HQ asal,Kuantan)


1) Bakal Puan Asyikin (Guru Di Ampang ), 2) Rubiah ( Nurse Dialyis di Puchong),3) Bakal Puan Umme (masih lagi dental student IIUM),juga 4) Khairani ( Buruh macam-macam =) ) berpecah mencari hala sendiri dengan satu janji dan aqidah yang sama iaitu mimpi dan impian. 

tercampak saya ke daerah asing dari ahli-ahli kelab asal ; 
membuat Kolony : backpackers

ada Bakal Puan Hafizah - Master Student UM,
Bakal Puan Yard - ExUNIKL-BI
Puan Amirah Najwa -ExUNIKL-BMI
Masing-masing telah bertebaran,berpecah lama-lama,berpisah jarang sekali bersama kembali.
Kerana masing-masing sedar dan yakin sudah tiba masanya serius menjalani hidup dan kehidupan.



dan masing-masing telah dan sedang berpecah..

mencari tapak dan hala hidup sendiri dengan membawa peta kembara KAMI yang belum selesai 
Bangkok - singapore - Ponorogo - Mesir - NewZealand



One fine day!
We'll unite again 
one fine day!

Yang Merindui segala ;
Hamasyie!

Saya menatap satu persatu wajah mereka..
Oh , tak mampu kiranya saya berlama-lama menatap wajah-wajah itu..
wajah yang saya sayangi tanpa skala di hati ini.

Memandang dalam  kepada tunas-tunas yang bakal merimbun itu
di sebalik jelingan tajam,mengejek manja.
hati ini bertambah berat dan berat
untuk mengangkat  kaki
meninggalkan mereka tanpa pesan.
apapun,saya terpaka pergi..

 ...

Mengintai-ngintai masa dan ruang untuk meloloskan diri kembali kesana
berapakah sangat nilaian sekeping TIKET FLIGHT
jika dibandingkan dengan HARGA SEBUAH UKHWAH?


...

menunggu-nunggu untuk keajaiban berlaku.

 I hope!
..

Pemilik hati yang tertinggal ;
Kaer Nusaybah.

Dia meng ilhamkan saya terma itu..
''dari sisi Indah"

Hidup yang getir meletakkan kita dalam keadaan yang "kamu tiada pilihan"
perlu memilih antara 2 samada;
yes or no
right or wrong
full or empty
light or darkness
joy or sorrow

dalam keadaan yang saya perlu memilih..
sesungguhnya,ia banyak di pengaruhi oleh orang-orang hebat di sekeliling saya..

Ya!
Hidup saya di kelilingi oleh orang-orang
soleh dan solehah
mukmin mukminah
mujahidin mujahidah

My 1st Sister
Noorfariza Solehah.
Oh,Ummu Aisyah yang sebetulnya
Saya suka cara dia meronggengan di waktu bujangnya
Wah!,berkiranya tiada tara.
Kegemaran bersama ; 
Meronggeng ke pasar malam mencari Roti John Zack di Pasar Malam UKM
Dia..
My 1st sister in my life..
jika dia kakak
dia kakak terbaik
jika dia anak
dia anak terbaik
jika dia isteri
dia isteri terbaik
jika dia ibu
dia ibu terbaik
jika dia guru,
dia guru terbaik
siapapun dia!
saya tahu,dia terbaik!


My 2nd Sister
Nurul Izzatie Abd.Aziz
Wah!,yang ini seperti Ummi
semua orang senang bangat sama nya,
Smash dia sangat tajammmm
Tajam dan menusuk.
Mencabar?,dia juga hebat..ini saya tak tipu.
Dia juga ialah kakak yang tidak pernah putus-putus mendoakan saya
dari dulu hingga sekarang.
Bersama nya saya was-was dan ragu-ragu
Bersama nya saya menangis tanpa malu.
Jika di berikan beberapa pilihan,
mahu jadi umpama siapa saya ini ;
Jawab saya : Umpama kakak chantek  ini,mahu jadi saya!
Siapa kenal?,serius memang teruja
dia..
jika dia kakak
dia kakak solehah,
jika dia adik,
dia adik solehah
jika dia murid
dia murid solehah
jika dia isteri 
dia issteri solehah
jika dia ibu
dia ibu solehah
walau siapapun dia
dia semestinya solehah!


My 3rd Sister
Nurhafizah Yaakub
Yang ini,teman,kawan,sahabat dan juga kakak
kakak saya yang ini,segala tentang saya dia khatam
Dia juga teman lumba saya,
terutama dalam bab membaca
terutama dalam bab mimpi
Dia musuh saya!
saya tidak mahu kalah dengannya
ah!,dia sudah di tahap itu
dia sudah tinggi
dia membakar saya.
Dia teman saya,susah dan senang
miskin atau kaya
tenang atau darurat.
Jika di tanya,siapakah yang paling berjasa (teman) dalam hidup saya
maka dialah orang nya.
saya tahu..
jika dia kakak,
dia kakak superb,
jika dia adik,
dia adik superb,
jika dia cikgu,
dia cikgu superb,
jika dia ibu,
dia ibu superb.
jika dia isteri,
dia isteri superb
siapapun dia,
semestinya dia superb!




Sasterawan AS ada berkata “Sekuntum mawar akan menjadi kebunku. 
Seorang sahabat sejati akan menjadi duniaku.” Leo Buscaglia (1924-1998),


Mereka mengajar saya,
bagaimana melihat dunia dari sisi indah


Sesungguhnya,
dunia itu indah
jika anda ingin melihatnya indah!


Dia kakak *(Bukan nama sebenar)

Ya Ampun..
Lasak nya bukan main..
Merempit berlasakan di metropolitan KL tanpa was-was..

Ya Ampun..
Pemurah nya bukan main..
Memberi tanpa ada pulang pun bisa saja..

Ya Ampun..
Peramah nya bukan main..
Habes india cina,muslim non-muslim di jadi kan dia kawan..

Ternyata,
saya sudah jumpa insan ekzotic yang seterusnya.
dan dia lah yang menjadi pelengkap kepada barisan arai-arai saya..


Like a garden..(1)
You are the best!

They are the best i think!
"Aku perlukan teman yang akan bersama-sama dengan membangun diri,memperjuang agama dan mempertabatkan ummah dengan penuh semangat juang.Kerana ku tahu,semangatnya yang membara akan selalu menghangatkan diriku yang kian membeku.."Terima kasihAtas komitmen pada u_r_h" 7.13pm@21/10/10

~5 Hajar (2010)
Ada hajar,ada hanim,ada yani,ada zai,ada amalina a,ada marlina,ada syaherah,ada amalina ismail,ada syahida
umpama..
Ada melur,ada mawar,ada melati,ada kemboja,ada teratai,ada tanjung,ada kiambang,ada kenanga,ada tulip..


Like a garden..(2)
seriously (ENIGMA!)
"esok kita bersidang!" 7.45pm@21/10/10
~Kak mahani (2010)

Ada nad,ada aida,ada khai,ada k.syedah,ada kak mahani,ada kak umme,ada kak yati,ada kak angah,ada juga madi,wani ngan nisah..tidak lupa ADA KAK FIZAH
Laksana..
Kiambang,melur,melati,teratai,kenanga,tulip,mawar,tanjung,kemboja...

Mereka umpama nunga-bunga yang cantik menawan,memberi warna ceria,memberi warna segar kepada sebuah Taman INI..
Tidak segan tidak silu "memberi" kepada sesiapa sahaja..
"Agama itu umpama Oksigen,ia ada dimana-mana"
dan mereka ialah bunga-bungaan yang menghasilkan Oksigen untuk SURVIVAL ini..

Moga BUNGA-BUNGA yang berpadu menghasilkan TAMAN ini akan terus mekar disyurga nanti..
Bersahabat didunia,Berjiran disyurga


hari ini,telah saya lawati sahabat saya,yang merupakan ex-rumate disuatu ketika dulu..
Beliau kembali menulis!!
yang saban waktu saya nantikan Tulisannya...
Dulu sering saya menghayati karya beliau dan surat abahnya dari KEM TAHANAN KAMUNTING...
dan sekarang masih lagi disana..



Siswi Tahun Akhir,
Physical Sc,
UTM Skudai Johor..
Beliaulah,Aisyah Zata Hamasyie Mukafih El-haq.
Hamasyie Pertama..
Dan saya..
Hamasyie Kedua..

SELAMAT PENGANTIN BARU...

buat pasangan mempelai

ASIYAH AZIZ

&

MOHD FITRI HILMI BAKRI.

Asiah atau nama panggilannya,kak yah..merupakan kampungmates juga teman sepermainan di zaman kakak-kanak suatu ketika dahulu..dan juga teman seperjuangan dulu kini dan insyaALLAH selama-lamanya..selagi mana matahari masih lagi sudi bersinar..


Mohd Fitri Hilmi a.k.a a.Che yie merupakan seniour yang banyak menolong di suatu ketika dulu..

Moga dengan ikatan ini merupakan turning point untuk terus dan terus tekad menjunjung islam dalam memastikan tiada yang lebih unggul drpdnya..

kalau Tun Dr Mahathir pernah buat wawasan sampai 2020,
ada juga sahabat-sahabat yang menaruh wawasan kpd pasangan ini...
moga bahagia sampai anak cucu,
moga bahagia hingga akhir hayat,
Dr ana...

~MOGA BAHAGIA HINNGA KESYURGA~
...Jumpa disana...


(kami masih lagi menunggu 2 pasangan baitul muslim yg bakal melansungkan perkahwinan pada hujung tahun nanti)


YES!!
FRIENDS FOR LIFE..


KAWAN..
TEMAN…
SAHABAT…
Memberi maksud yang sama,tapi pengertian yang berbeza..
*Terpulang kepada individu untuk menentukannya


Mereka adalah Sahabat seperjuangan..
Mendapat tarbiah yang sama…
serta belajar tentang asas perjuagan bersama..



Berdiri dari kanan..
Kakti>Kias,Aqilah>Usim,Alia>Um,Aini>M3x Gopeng,Fatihah>DQ,Kak Yatt>Uitm,Izati>Maktab Melaka,Syatirah>Usim

Duduk dari kanan...

Saidatul>Maip,Syukuriah>MPI,Khairani>Uia,Kak Yah>Ustazah,Kak Mun>Balai Islam,Hartini>Usim,Kak Hah>Ukm

Jauh bertebaran serata Malaysia,Dari Perlis hingga ke Sabah namun,ikatan aqidah&perjuagan akan terus mengikat ukhwah ini.walaupun kita tidak bersama...selagi tujuan kita satu,ukhuwah kita jitu,selagi cita-cita kita padu..

selagi itulah kita akan terus dan terus bersatu!!!.