Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Perjuangan ini seperti kita bertanam padi.Kita membuka hutan,menebang,membakar,membuat batas mencedung atau menanam,menaruh baja menghalau burung dan babi.Itulah kerja kita,tetapi menggantung buah padi itu adalah urusan Allah sendiri,bukan urusan saya.”


USTAZ AMALUDIN DARUS

Ini adalah Jawapan yang telah di beri oleh Ustaz Amaludin Darus,vateran PAS Kelantan pada tahun 1956 yang lalu apabila ditanya bilakah PAS akan menawan kelantan.Masa telah berlalu..Masuk penggal ini,sudah 5 penggal Kelantan ditadbir Oleh ISLAM,dan semua telah menikmati kemanisan dibawah pemerintahan ISLAM...

Dari rumah tangga ke gelanggang rakyat.
Empat orang EXCO wanita (YB Rodziah, YB Dr Halimah, YB Teresa, YB Elizabeth) di Selangor
Seorang Exco Muslimat di Kelantan(Yb Wan Ubaidah Omar-PAS)
Seorang Exco muslimat di Kedah(Yb Siti Aishah Ghazali-PAS)

Juga dua orang Dr Muslimat Pas di Parlimen,Dr lo’lo’ ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud(kali terakhir Pas mempunyai wakil muslimat di parlimen ialah pada tahun1956 iaitu Khatijah sidek).Setelah mengeluarkan dasar pada Tahun 1999,kali ini dua dari 5 calon muslimat kita telah berjaya.

Antara Gaint Killer PRU 12 ialah Nurul izzah..(PKR)
Antara yang mendapat Undi paling percaya PRU 12,Teresa Kok Sum Sih(47230undi,dengan majoriti 36492) juga wanita..(DAP)




Ketua pembangkang dari Wanita?
Dengan membawa 5 agenda yang akan diberi perhatian,iaitu ekonomi,perpaduan,kehakiman,media,dan hak asasi,kini Datin Seri Wan Azizah (PKR) membawa tanggungjawab yang bukan kecil untuk digalas.Kematangan beliau selama mana menperjuangkan PKR juga nasib mangsa ISA menyebabkan beliau telah diberi peluang untuk menjadi leader of the leader!syabas buat beliau.


Yang pastinya,kejayaan ini bermula dari rumah,dan mereka melangkah ke gelanggang masyarakat dengan penuh keyakinan..Dan sama2lah kita semua wanita mencari serta mencabar potensi diri untuk menyambung kegemilangan wanita pada hari ini,mereka telah membina tapak yang kukuh dan telah mencipta kepercayaan di mata muslimin,tinggal lagi kita yang meneruskannya...

"Fata disebut dalam al-quran untuk merujuk kepada anak muda yang berani memusnahkan berhala,namanya Ibrahim”-Komander Muhammad Amin dalam buku Kombat 1511H

Bekas Presiden Indonesia pernah berkata:”berikan aku 10 orang pemuda yang kuat mental dan fizikalnya,maka akan aku gegarkan dunia dengan mereka”.Sejarah telah membuktikan,tumbangnya Rejim Shah Iran Palavi Disebabkan anak muda..
Sejarah juga telah membuktikan tumbangnya Suharto disebabkan mahasiswa indonesia..
Sejarah membuktikan,mujahidin Afghan yang berjuang menghalau Rusia keluar dari bumi itu dalam keadaan yang menghinakan juga terdiri dari anak muda ..

Sesungguhnya,itulah cerminan atau ulangan sejarah kepada apa yang berlaku kepada Malaysia pada 8Mac2008,sejarah telah menjadi saksi kepada buku perjuangan golongan muda yang kian cemerlang mencatat rekod dalam diari perjuangan.



“Senjata makan tuan” itulah ulasan dari lidah rasmi kerajaan berita harian berkenaan dengan kemenangan PAS di kelantan..Kempen 18 tahun pade doh akhirnya menjadi racun kepada diri sendiri..Mengikut analisa yang dibuat,hampir 90 daripada pengundi di saluran 3 dan 4 mengundi BA dan kempen balik ngundi oleh UMNO Kelantan telah menjadi medium utama anak2 muda kelantan penyokong kerajaan tok guru balik menunaikan kewajipan mereka..


Hantu?
Saya ada membaca tulisan senior berkenaan dengan pengalamannya berkenaan dengan senarai 30,000 pengundi hantu yang akan di eksport ke Kelantan dan sebelum inipun kebimbangan menghimpit dengan berita yang mana pilihanraya kali ini dijangka menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah Malaysia..Merenung jauh kedalam diri apakah yang saya ada untuk saya jadikan sebagai mahar perjuangan ini,apa yang akan saya korbankan untuk mempertahankan Islam yang ada di Kelantan...Buat lah apa pun,selagi boleh menyumbang,selagi boleh hulurkan.

"Kalu g tulah,meme leper PAS kali ni”tapi masing-masing antara kami tetap optimis,masa depan hanya untuk Islam,Ya Maunah Allah kita tak boleh jangka..Suppose To be,dengan kemasukan 30,000 tentera abrahah moden sudah cukup besar untuk menidakkan ISLAM di Kelantan..Dengan penangkapan seorang warga Indonesia bersama dengannya 12 keping Kad Pengenalan sudah menggambarkan bukan sedikit hantu yang ada pada Hari pembuangan Undi tersebut.Tapi...mungkin kali ini,sejarah Perang Badar kembali berulang..tapi dengan Versi yang berbeza..kalau dulu,Jibril dan malaikat turun ke bumi menunggang kuda putih,Tpi mungkin maunah Allah berbeza pada kali ini..Tahniah dan takziah buat semua..Yang penting,kita telah bekerja untuk melihat apa yang kita percaya!
Sekali lagi,rakyat kelantan berjaya menjadi guru politik kepada seluruh rakyat Malaysia..

Common Shared Value anak kelate..
-Cintakan agama,banggakan Islam dan beramal dengan Islam
-Mendokong bukan saja menyokong kepimpinan ulama’,
Mendaulatkan islam dan ilmu.
-Tidak tersilau dengan unsur material dan fitnah
-Membudayakan ilmu dan bertindak berasaskan ilmu!