Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Hari Ini 15 January 2011

Separuh sudah separuh bulan pertama di tahun 2012

2011 Yang ditinggalkan meninggalkan 1001 cerita "gila" yang entah tahap ape-ape
berjumpa teman se ' kegemaran' membuatkan plan bertambah havok dan gila tahap giga tera.
Menggeleng-geleng sesiapa yang menjadi stalker..
Hye,makhluk dari mana la mereka-mereka nieh.

***
Pasca Graduasi mengajar kami yang hidup ini sebenarnya ;
-bukan mudah - payah - kejam - tiada belas - keras 

Yang memaksa manusia menjadi ;
- keras - berani luar biasa - terpaksa tanggung risiko - rasa ingin mencuba segalanya - tidak tentu hala - dan sewaktu dengannya!

***
dan detik-detik itu berlalu bagai mimpi..
serious bagai mimpi..

Hari ni,bermukim bersuluk berteleku menadah kitab di tikar sejadah di Pasentren jauh di pendalaman di sebuag negeri yang jauh
malam nya?
di Shah Alam , bersama di Rapat Rakyat pempenan Pakatan Rakyat
esok kembali?
bermukim bersuluk berteleku menadah kitab di tikar sejadah di Pasentren jauh di pendalaman di sebuah negeri yang jauh
hari esok?
Berasak ,berlumba motosikal dan kereta serta bergaduh sama cik Meor di tengah metropolitan Kuala Lumpur.
Malamnya?
Membuat muka kesian menumpang di tangga Bas (*bayar sama ok) lantaran kehabesan tiket kesuatu negeri yang jauh.
Eh?
Eyyh kak ,biar betul kita ni?  ~ Soalan yang selalu Cikgu Najwa lontarkan.

juga tergeleng-geleng si BOS,Kak Na dengan kami sambil membebel-bebel gaya kakak!
TQ kak na kerana sudi bebelkan kami ~

Merasa itu dan ini,bukan kerana mahu kaya harta sangat pun,tapi yang dicari kaya pengalaman.Sekiranya di cakap-cakap orang one day,at least kami pernah mendengar dan merasai di tempat itu..

Paling Manis berada di tempat yang tidak pernah saya mimpikan untuk duduk di usia semuada ini iaitu PEJABAT AGUNG DEWAN MUSLIMAT PAS PUSAT
Berdampingan dengan pimpinan yang penuh Izzah
berjalan berseorangan di celah-celah lorong Haji Taib itu sudah kebiasaan ~
Belajar-belajar Masuk ke Parlimen dan membuat kerja di luar jobspec
dan membuat segala yang tidak pernah saya buat..

Di metropolitan ; telalu banyak  mimpi yang di angkasakan !
ya!,di sana saya dan teman semakin aggresif bermimpi!

Rasa mahu berlama-lama sahaja hidup gaya itu..
Nikmat,jadi diri sendiri,puas!
Tapi masing-masing sedar hidup ini bukan nya dijanjikan panjang dan masih panjang lagi,semakin memendek dan memendek singkatnya waktu.
ada yang 25 dan ada juga yang sudah 26 (suku abad + 1 sudah )
oleh itu..
dan masing-masing perlu serius memilih jalan hidup yang bercabang-cabang dan bersimpang siur di hadapan.

Pasca Graduasi Ahli Kelab Stupor asal : (Ahli HQ asal,Kuantan)


1) Bakal Puan Asyikin (Guru Di Ampang ), 2) Rubiah ( Nurse Dialyis di Puchong),3) Bakal Puan Umme (masih lagi dental student IIUM),juga 4) Khairani ( Buruh macam-macam =) ) berpecah mencari hala sendiri dengan satu janji dan aqidah yang sama iaitu mimpi dan impian. 

tercampak saya ke daerah asing dari ahli-ahli kelab asal ; 
membuat Kolony : backpackers

ada Bakal Puan Hafizah - Master Student UM,
Bakal Puan Yard - ExUNIKL-BI
Puan Amirah Najwa -ExUNIKL-BMI
Masing-masing telah bertebaran,berpecah lama-lama,berpisah jarang sekali bersama kembali.
Kerana masing-masing sedar dan yakin sudah tiba masanya serius menjalani hidup dan kehidupan.



dan masing-masing telah dan sedang berpecah..

mencari tapak dan hala hidup sendiri dengan membawa peta kembara KAMI yang belum selesai 
Bangkok - singapore - Ponorogo - Mesir - NewZealand



One fine day!
We'll unite again 
one fine day!

Yang Merindui segala ;
Hamasyie!


Lama - lama ..
lama sudah doa itu tidak di laungkan dalam ribhatan itu..
dalam untaian kasih aqidah dan baiah..
lama dan terlalu lama mungkin..
terakhir di 2004 seingat

Dan saya dan sahabat telah temuinya kembali..

Cinta itu bersatu di dalam laung getar,berpadu membentuk satu gerak yang bertenaga.
Nyata!,ia perlu di lazimi,agar momentum perjuagan terus meninggi dan meninggi.

Pasca penghabesan karya a.fuadi dengan buah tangan nya,Negeri 5 Menara ternyata membuatkan saya dan sahabat lebih banyak bermimpi...

Berani bermimpi yang bermacam-macam..
ada yang bermimpi untuk membuka bakery,
Ada yang bermimpi untuk membuka nursery,
Ada yang bermimpi untuk kahwin awal..owh!

(Antara pemimpi-pemimpi~)

Mimpi?..
angan-angan?..
adakah ia pelanduk 2 serupa..


Angan-angan itu umpama ceritta mat jenin,sebuah cerita klasik melayu dongengan yang
berakhir dengan tragedi sadis.
Angan-angan yang menyempitkan pemikiran tanpa ada modus operandi yang jelas bagaimana mencapainya..

Mimpi Pula?,
saya definisikan sebagai satu cita yang di dalam nya terdapat pendekatan dan model serta punya modul untuk menggerakkan nya..
BERMULA DENGAN CITA di spesifikkan bagaimana modus operandi nya..
seperti Martin Luther King,yang memperjuangkan dasar apartheid
Yang bukan saya menyebut..
I HAVE A DREAM!
akan tetapi menspesifikkan mimpi nya dengan berkata bahawa akan mendudukkan sekali anak-anak yang berkulit putih dan hitam pada suatu hari nanti..
Bukan hanya I HAVE A DREAM,kemudian titik.

Lewat menyusuri hari-hari terakhir di tahun akhir,
Visi perlu semakin jelas,
Misi tidak lagi Kabur,
Objektif hidup sudah bersuluh,
Time frame achievement pun begitu..

Jika ingin saya menjadi seorang Pakar Nuklear,
ia tidak boleh hanya terhenti disitu..
perlukan qawiyy yang dipanggil Sarjana..
dimana mahu menyambungnya?
spesifikkan lagi,
di local Universiti seperti UKM atau di US@UK kalau ada.?

Jika saya sekarang sedang mengambil Sarjana Muda dalam Sains Politik,
dan mahu menjadi seorang penganalisis politik yang tidak kalah dengan Prof.Abu Hassan Hasbulllah Hayastani..
Mungkin,saya juga perlu menyambungsarjana di Armenia?
atau ada preference sendiri yang lebih baik..

Tidak cukup dengan itu..
persiapan teknikal perlu teliti,untuk memastikan diri saya mampu dari segi material dan mentalnya untuk kesana..

*Moralnya: Janagan main-main masa belajar..


Dan lain-lain lagi..
itu baru bab kerjaya..
Tidak masuk lagi bab rumah tangga dan sebagainya..
Ironinya,
Satu blue print dengan general master plan perlu siap!
Layarilah hidup,seperti mana kita membuat program.

Ada pndahuluannya,
ada latar belakang nya,
aba objektifnya dan lain-lain..

Malah lebih dari itu!
Maka dengan namaMU ya ALLAH!,
begin with the end in the mind,
be spesific!,
dan kita lakar jalan hayat..
moga terus dikurnia istiqamah,
dan terus berada dijalan yang menyampaikan kami kepada Murabbi cinta kami..

Jangan pernah segan untuk bermimpi (*baca : mimpi gaya spesifik),setelah digenapkan dengan usaha dan do.
Dan percayalah!,Allah itu maha Mendengar!
tribute untuk sis hafizah yang akan berpencak di UM..*sungguh!,saya dengki

Detikan itu doa, impian itu doa, ingat itu doa, fikir itu doa, sebut itu doa, kata-kata itu doa..
maka,pastikan tingkah mu sentiasa dalam kebaikan~

Anak-anakk kuliyyah of Nursing yang penyabar

Supposed to be cuti kami student UIA Kuantan adalah 42 hari..
akan tetapi disingkatkan menjadi 10 hari kurang lebih...

sessi persekolahan semula yang sepatutnya bermula 22/12/08 dipercepatkan kepada 10/12/08
bercampur baur perasaan kami pelajar kuliyyah of nursing..

Sudah pelbagai usaha yang telah dilakukan untuk mendapatkan 'hak' kami,tapi menemui jalan buntu..Mungkin ini la harga sebuah pengorbanan sahabat-sahabat kuliyyah of nursing di sempena Aidiladha 1429h ini....

....

Cuti-cuti malaysia yang selepas dibahagi ditolak semua hanya berbaki 9 hari out of 42 hari ini terasa sangat sarat dengan program di bumi kelate kito ini..
Terasa Hak ibu ayah pun tidak betul-betul tertunai..
Meeting yang berjenis2,bengkel,reunion,Ijtima',usrah..
memenuhi agenda kepulangan ke kampung halaman..
Akn tetapi...
Terima Kasih Ya Allah kerana mengurniakan ibu ayah yang memahami setiap jejak langkah aku..mungkin sedikit berat,tapi masih lagi redho..

Cuti-cuti Malaysia kali ini juga disibukkan lagi dengan membuat perancangan untuk hari hadapan.Di susun awlawiyyat dari sebesar-besar amanah hinggalah kepada yang paling kecil (dasarnya amanah itu semuanya besar belaka)..
Semuanya adalah Untuk membalas jasa Allah atas segala kurniaNYA yang kadang-kadang tak terlintas dek akal untuk kita..
Malunya aku kpd Allah..

Cuti-cuti Malaysia kali ini juga menguatkan saya untuk membaca-dan membaca menambah ilmu didada,persediaan untuk semester depan yang penuh 'ujian',menuntut kebijaksanaan menbuat keputusan yang terbaik buat diri dan orang sekeliling..
Pesan buat diri sendiri:"jangan amanah yang pelbagai ini menzalimi mana-mana pihak" diriku... jadilah air yang lebih mengalir..

Memetik kata-kata kakak ku Kak Dayah juga kak Fizah yang banyak bagi kekuatan dorongan juga semangat kepada saya untuk terus menggalas amanah yang baru dibumikan mahupun yang sedia ada.
"ingatlah,bagi menyedapkan hati..taklifan ini bukanlah atas dasar kita seorang yang layak,akan tetapi kerana kita tidak layaklah Allah mentakdirkan kita untuk duduk di tempat itu..Allah nak bagi peluang seluas-luasnya untuk kita baiki dan cari kelebihan diri sendiri"..
Ternyata kata-kata beliau sangat tepat...

Akan saya serahkan hati dan diri ini sepenuhnya kepada Perjuangan..
Oleh Kerana DIA yang meletakkan kita di kondisi yang sebegini,
maka...
saya teramat yakin,DIA jugalah yang akan memberikan kemudahan untuk kita semua..


Jangan Ditanya bila Islam akan menang,kerana itu semua adalah dalam pengetahuan Allah..
akan tetapi tugas untuk menuju kearah itu perlu berjalan tanpa henti oleh manusia seperti kita..
"setiap detik hidup adalah perjuangan dan pengorbanan,untuk memberi dan berkongsi"
Kerana Inilah aqidah dan perjuangan kita..hIdup gemar berghuraba' keranaperjuangan kita selari dengan umur dunia yang panjangnya bukan lama,semata-mata untuk mendapatkan kehidupan yang abadi tanpa penghujung

‘Mari kita berjanji, berjanji sepenuhnya antara seorang lelaki dan wanita, wanita yang pada umur 18, memberikan keseluruhan hidupnya untuk Allah dan dakwah. Sekiranya ada pertembungan antara kontrak perkahwinan ini dan dakwah, maka perkahwinan kita akan tamat, tetapi dakwah akan sentiasa bertunjang dalam diriku…’



Kenyataan di atas adalah Untaian hikmah dari al marhumah Zainab Al Ghazali Al Jubaili buat bakal suami sebelum mendirikan istana cinta. Beliau tegas menyatakan pendirian bahawa perkahwinan penting namun ia tidak lagi sepenting itu lagi baginya jikalau ia bertembung dan
menyimpang dari tujuan dakwah. Beliau menuntut janji demi sebuah perjanjian rabbaniy yang abadi.

Zainab Al Ghazali adalah pejuang muslimah yang kental dan ampuh. Ibarat serikandi ulung Nusaibah yang bertempur di sisi Rasulullah SAW dalam kekalutan Uhud yang menyesakkan sanubari. Beliau menjelma sebagai wanita ulung mendepani segala mara bahaya di medan perjuangan dan itulah harapan ayahandanya seorang guru agama dan peniaga kapas. melalui didikan ikhlas bapanya Zainab al ghazali dibentuk agar menjadi pembimbing dan pembela ummah.


Dilahirkan di bumi yang dibuka pada zaman moyangnya menjadi khalifah kedua Islam, mesir bumi yang berkat tinggalan para nabi menjadi saksi kelahiran mujahidah agung ummat ini. Lahir di buhaira, mesir pada tanngal 1917, bayi perempuan yang berketurunan saidina Umar (r. a) ini rupa-rupanya adalah lambang perjuangan sejati muslimah moden dalam mengharungi keperitan hidup berjuang. Kisah deritanya menghadapi regim mesir diabadikan sendiri dengan penanya di dalam kitab "hari-hari dalam kehidupanku" setelah berkali-kali dirayu agar ia menjadi tatapan misali buat pejuang yang ikhlas.


Hidupnya tidak pernah sunyi dari menikmati kemanisan derita perjuangan, beliau Lali dengan pelbagai siksaan ngeri di penjara azab regim Mesir.Tubuhnya pernah dijamu buat anjing garang yang kelaparan namun selamat sejahtera dilindungi lembayung rahmat tuhan kekasihnya. Anjing yang ganas berubah senyap menghormati jasad pejuang agung ini. Bukan sahaja binatang berdiam diri berhadapan dengannya malah lelaki bajingan yang diarah melahap tubuhnya jua menyerah tidak sanggup menodai wanita suci jelmaan sahabiah rasul ini.


Pernah menganggotai Gerakan Feminis Mesir di usia remajanya pada tahun 1936, namun matlamat perjuangan yang tidak sesuai dengan jiwanya menggerakkan hatinya menubuhkan (Jamaah Muslimat) Jamaah Wanita Muslimah sebagai wadah bar
u perjuangannya. Ia bermula ketika umurnya 18 tahun demi membimbing kerja-kerja wanita Islam membela kehidupan dan membantu ibu-ibu yang kehilangan suami. Ketika inilah ia bertemu dengan As Syahid Imam Hassan Al Banna. Al Banna dan para penolongnya ibarat suasana nabi dan para sahabat di matanya. Zainab menjadi penggemar kepada syarahan dan pembawaan al marhum Al Imam. Sehingga pada suatu hari Imam Hassan Albanna menawarkan penggabungan Jamaah Muslimat pimpinannnya agar bersama menjadi sayap wanita ikhwanul Muslimin. Beliau menolak namun berbaia'h secara rahsia bersama Imam Hassan Al Banna kemudiannya.

ketegasannya ibarat ketegasan Umar Al Khattab. Naluri ketabahan dan kewanitaannya ibarat Saidatina Nusaibah. Kekuatannya dan kesabaran sama gagah bak lelaki perkasa. Hatinya dihiburkan dengan pertemuan dan jaminan rasulnya di dalam keasyikan mimpi indah yang benar. Deritanya bertukar gembira mendengar taujihat dan irsyadat nabi sanjungannya. alangkah bahagianya mujahidah yang bernama Zainab Al Ghazali. Setiap denyutan nadi kehidupannya kekal segar di ingatan setiap anak-anak harakah yang mewarisi perjuangan Islam.

Zainab kembali aktif menggerakkan apa sahaja demi Islam, berpidato lantang dan segar menyedarkan para pemuda dan pemudi, membimbing ummah ke arah keredhaan Allah. Al marhumah Zainab Al Ghazali juga terkenal sebagai penulis yang hebat. Beliau pernah menulis sebuah buku yang pernah diharamkan oleh kerajaan Mesir iaitu "Return Of The Pharaoh".


Pengabdiannya kepada Islam dan ummat sentiasa dikenang dengan penuh penghargaan,kasih dan kecintaan. Setelah 88 tahun menabur budi dan jasa al marhumah dijemput pulang ke pangkuan Ilahi tanggal 3 Ogos 2005. Jasadnya yang mulia diiringi ribuan rakyat, disolatkan di masjid Rabia'tul Adawiyyah, namanya tetap segar di lubuk hati setiap pejuang agama walupun telah pergi menemui kecintaan abadi Tuhan sekalian alam.
sumber dari:Tranungkite online

"fabiayyi aaalaa irabbikuma tukazziban"

("Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah kamu dustakan")

Ya Rabb,

Maafkan kami yang sering merasa tidak cukup atas segala KurniaMU
Maafkan kami jika nafsu ini merajai tindak tanduk…
Maafkan kami yang masih sulit untuk berbagi tika nikmatmu datang meluah…
Maafkan kami yang masih pelik utk berderma tp dengan mudah berfoya-foya
Maafkan atas segala penyelewengan dari setiap inci rezeki dan nikmat yang Kau titipkan kepada kami

Apa yang pasti kelak kami akan dipertanggungjawabkan diatas seluruh titipan nikmatMU itu..
Semoga saat ini kami dapat memperbaiki semua kesalahan tersebut,agar saat esok dapat kami jawab setiap satu persoalanMU tanpa rasa penyesalan dihati..

Dan semoga rezki yang Kau titipkan kepada kami membawa keberkatan untuk orang sekeliling, bukan hanya digunakan untuk memenuhi keegoan diri sndiri..

Amin…

Sewaktu naik bas balik dari grand iftar..
Aik dah ada lagu raya??

…."Dari jauh ku pohonkan ampun maaf..
Sungguh sunyi Pagi ini tak dapat kita bersama meraikan aidilfitri yang mulia"

Serentak Kawan-kawan satu bas…argh pakcik!!!!
La…Semua orang mood dah kat kampung rupanya…

Betul la tu…
Ada yang dah 3 bulan yang tak balik…
Tabah betul ..


Kalau pergi KP(Kuantan Parade) yang depan kuliyyah kami pun,dari hari pertama puasa lagi dah pasang lagu raya..Terfikir gak…

Kita ni,pose sebab nak sambut raya ke?

Teringat time kecik-kecik dulu,waktu pengumuman dalam televisyen tarikh penglihatan anak bulan,"samada esok atau lusa” raya..
Dulu…
3 hari sblm raya masa tu sibuk nak ikut ayah cari daun getah dan daun palas untuk buat ketupat dan tapai..(Dah besar ni..tak sempat pulak nak ikut ayah)..
Mesti kakak saya yang 12 tahun lebih tua akan cakap lusa,dan saya yg waktu itu darjah 1 akan cakap… “esok la kak Ma ghayo”..

Itu 14 tahun yang lalu…
Sekarang…tanya lah kepada sesiapa pun yang umurnya 20 dan keatas..
Yang mana sudah memahami apa itu nikmat ramadhan..
Mesti jawab nya…
“Minggu dpn pun boleh,bulan depan pun lagi baik…”

hari-hari buat kerja berani mati...


Hari ni,lecturer masuk untuk Midsem exam..biasanya,seperti quiz-quiz yang lepas,lecturer(sister yang baru bergelar madam),akan bertanya..

"nak extend masa ke??you all mesti nak prepare lebih kan?"..

lalu jawapan kami...

"nak!!!",sebab??..
ada yang belum habis baca,ada yang dah habis baca tapi nak baca lagi,dan ada yang belum baca pun lagi..

Tapi hari ni..

lecturer masuk dan tidak bertanya apa-apa dan terus je bagi kertas exam..wow!

Selamat menjawab kertas soalan&selamat menjawab dengan diri sendiri,
"nape la aku tak leh jawab",
"Tahniah!sebab boleh jawab"
bagi mereka yang dapat menjawab dengan jayanya..


Begitulah umpamanya hidup ini..
Kalau Allah tawarkan "mati" untuk kita?,nak tak kita...
mesti saya dan kebanyakan sahabat menjawab..
"taknak lagi Ya Allah!!",
jangan KAU ambil dulu nyawaku..

sebab....
aku belum cukup beramal untuk untuk Mu
Kalau beramal pun aku,ikhlaskah aku?
Kalau pun aku ikhlas??..
adakah ianya dilakukan dengan ihsan dan seitqan mungkin?
Kita ada jawapan diatas segala soalan yang sita sendiri persoalkan...

Hari ke-3 Ramadhan,seorang dari jiran saya telah dipanggil ALLAH..
perginya disebabkan sakit tua.
Teringat cerita kegarangannya...
menyebabkan cucunya telah mengambil tindakan nekad
cucunya,yang umur adik setahun hari saya,yang senang dipanggil nuyu pernah mengambil
jalan untuk terjun melalui tingkap pada waktu malam untuk pergi belajar bersama dirumah saya..

Pada malam tersebut,setibanya dirumah saya,dia menunjukkan kakinya yang berdarah..

"bakpo mung terjung nelo nyoh?"
"chek aku maroh gi tido rumoh oghe,aku tok ngapa lagi ni,esok perikso tarikh islam,tapi aku ngatuk ni.."

Alhamdulillah,sekarang beliau Di tahun dua Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa..


Beliau pergi dihening pagi..
sampaikan kami sekeluarga pun tak tahu sehinggakan ada cucu dia datang untuk minta tolong sesuatu..
"chek kito sokmo kato,kalu buleh nak mati bule poso"


Alhamdulillah..
doa allahyarham telah dimakbulkan..


Walaupun,kita tidak pasti,bilakah saat tibanya 'turn' kita,tapi sebelum kita pergi..ada sesuatu yang ingin kita capai..Untuk diri sendiri,untuk keluarga,dan semestinya untuk Islam Tercinta.

Hidup mesti diteruskan..melihat akan ketabahan orang disekeliling dengan perbagai pengalaman pahit maung yang ditempuhi,saya sangat tabik dengan semua manusia yang lebih "emas" dari saya..

Ya,Allah memberikan ujian yang berbeza untuk orang yang berbeza..
tapi apa yang saya pasti..mereka telah berjaya menempuhi rintangan yang Allah berikan,
samada dengan penuh jayanya atau sebaliknya,itu hal yang kedua..
Pokoknya mereka telah lalui!

Meneliti dunia..nampaknya,terlalu banyak cerita-cerita yang boleh dijadikan ikhtibar..
Cuma amat sedikit manusia yang mampu menilai dengan mata hati..


~>>ku mengharapkan Ramadhan kali ini penuh makna..

*Blog ini di ilhamkan setelah kali ke-6 tamatnya saya mengkhatamkan buku KOMBAT 1511H,dan sekarang dalam proses untuk menghabiskan untuk ke lapan kalinya.
....

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ نَبَأَهُم بِالْحَقِّ إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدًى وَرَبَطْنَا عَلَى قُلُوبِهِمْ إِذْ قَامُوا فَقَالُوا رَبُّنَا رَبُّ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ لَن نَّدْعُ مِن دُونِهِ إِلَهًا لَقَدْ قُلْنَا إِذًا شَطَطًا
“Kami ceritakan kisah mereka kepadamu (Muhammad) dengan sebenarnya. Sesungguhnya mereka itu adalah pemuda-pemuda yang beriman kepada Tuhan mereka dan Kami tambahkan kepada mereka petunjuk; dan kami telah meneguhkan hati mereka diwaktu mereka berdiri lalu mereke berkata: Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami sekali-kali tidak menyeru Tuhan selain Dia, sesungguhnya kami kalau demikian telah mengucapkan perkataan yang amat jauh dari kebenaran.” (Surah al-Kahfi: ayat 13 dan 14)

.....
Rupa-rupanya..
Dah setahun umur
kalamhawariyyun..
Terlupa,terlepas pandang,tak teringat pulak nak sambut “hari kelahiran”..

Pernah ditanya..kenapa menulis?
Jawab Hamasyie:Saja…Nak cari kepuasan..
……Nak Cuba Cabar Potensi Diri….

Mungkin buat saat dan waktu ini,Kalam hawariyyun belum dapat menggegar jahiliyyah..
Kalau pun begitu…
Buatlah yang termampu..
“Kalau tak boleh buat semua,At least..jangan tinggal semua”

‘Aku lepah je OC,menda pertama yang akan aku buat ialah sujud syukur”
‘Aku pulak,lepas je OC aku nak menghilangkan diri…tak de sape buleh jejak’
…

Macam-macam ada….

Mingling with people…its leadership!

Belajar dengan manusia,belajar dengan alam…dan yang paling besar belajar dengan masalah…Beribu-ribu lemon terima kasih diucapkan kepada mereka yang memberikan masalah kepada saya…


“Sesungguhnya ia manis untuk dikenang tetapi pahit untuk di ulangi”…
Betoi ke?
Bagi saya sesungguhnya kepahitan itu terlalu manis untuk dikenang,dan lagi manis untuk diulangi”..sebab kepahitan akan menambah'manis’kan rencah hidup..dan menambahkan koleksi ‘manis’ untuk saya kenang.

Di Sepanjang liku yang nampaknya ada kepahitan…

Study notes tepi longkang waktu nak maghrib,sambil tunggu kertas photostate,sebab esok harinya ada quiz..
Bukak puasa atas moto…
Ter ‘syahid’ dalam kelas sampai mengigau-ngigau pasal pogram..(Terlalu menjiwai post yang diamanahkan)

semestinya….Ianya terlalu manis untuk dikenang...

Saya takkan melupakan manusia yang memberi manis dalam diari hidup saya,
dan saya lagi-lagi takkan melupakan mereka yang memberi pahit dalam hidup saya..


Special tribute untuk kawan-kawan se “panjat”, you are really the best workmate that I have..
‘ijat,k.ruby,ati,shahrin,syafiqah,hafifi,hajaq,syafiq,rizal,aida,amir, ,zai,nuruddin,barra’,hasna,amira,Rahman,Yasin,Liyana’
Saya takkan serik!

Saya menulis dengan hati yang rusuh...
mencari kemanan hilangnya handphoneku,
tapi tak ku jumpa...hampa..
Tapi "thing's to do for Today" harus diteruskan...






00
01
02
03
04
05
06
07
08
09
010
011

888888888888888...

apakah significant nombor-nommbor ini??
Adakah ia menandakan 15 angka yang bernombor 8?,
ataupun
anak nombor 8,
ataupun
8x15?
ataupun
8 yang dicampur sebanyak 15 kali?..

Terpulang kpd masing-masing untuk menentukan tafsiran mereka tersendiri.
kerana masing-masing ada persepsi tersendiri dengan dunia..
Yang pastinya ..
Hari Ini,Jumaat..
6 Syaaban 1429H bersamaan 8.08.08M..
datang dan pastinya tidak akan kembali lagi..
dan bagi saya,ia ialah tarikh yang paling keramat dalam hidup saya..
08...
Selamat Hari 08 dI ucapkan kepada sahabat-sahabat seangkatan..
seperjuangan,sekapal,sekereta dan sebagainya..
Saya akan terus berdoa dan terus berdoa agar insan kelahiran 08 berjaya menyumbang dan berbakti kepada MADRASAH kita..
SEKALUNG UCAPAN TERIMA KASIH diucapkan kepada semua insan yang memperkenalkan aku dengan dunia 08.
Especially untuk naqibah sampai mati saya..

[KAK DI dan KAK NA]
&
SELAMAT HARI 08!!

Seminggu yang lalu,
tiang masjid,lambang kepada syiar Islam Di bumi Kuantan ini telah tegak berdiri
Alhamdulillah...Terdetik dihati…

"YaAllah,panjangkan umurku untuk aku dpt menikmati ketenangan anugerahmu…Di rumahMU
Dan harapanku,moga akan aku bertemu dan menyambut ketibaan Ramadhan juga dirumahMU..
…………………………..............................................................

tERtekan…

Exausted…

Takde Masa…

Kosong...


Terlau banyak hak yang tidak tertunai??..

Terlau banyak amanah yang tidak terlaksa seitqan mungkin??..

Terlalu banyak muhasabah yang diterima??…

Yang semestinya berbekas dihati…


Lalu…Keliru yang mana satu perlu di " awlawiyyat”kan dan yang mana satu perlu di “muwazzanat”kan

Tarbiyyah yang semakin tidak fokus,Perkembangan Politik yang tak terkejar dek kerana terlalu pesat perkembangannya,juga mukjizat akedemik yang nampaknya agak sukar untuk dipertahankan tanpa usaha yang gigih..

Perhaps,It’s All about.."Pengurusan masa yang kurang berkesan”.

Memetik kata-kata seorang sahabat…



“sibukkah kita"?? Cuba bandingkan sesibuk manakah kita jika dibandingkan dengan Tok Guru Nik Aziz,Tok Guru Haji Hadi??,jauh Pluto dengan Bumi jika nak dibandingkan dengan Rasulullah mahupun para sahabat…”

Akan tetapi,saya masih bersyukur kenana terpilih untuk melalui track yang pernah dilalui oleh rasulullah,para sahabat dan pejuang terdahulu...Mungkin ini ialah anugerah!!

The 21 irrefutable LAWS OF LEADERSHIP!

-John C.Maxwell-

Sibukkah kita??…..

But we believe that, the power behind us is greater than the task ahead

Sama-sama,muhasabah dan koreksi diri..


JOM KITA REHATKAN DIRI DENGAN SOLAT!


You can’t move people to action unless you first move them with emotion..

The heart comes before the head.

…………………………………..

Dan buat masa sekarang,

Musola mahallah lah yamg menjadi tempat persinggahan..

dan akan terus menunggu...

Sememangnya ketenangan ada disana..



Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s.a.w. Para sahabat gelisah melihat sesuatu yang tidak mereka senangi di wajah Rasulullah. Bila ditanyakan oleh Saidina Abu Bakar, baginda mengatakan bahawa baginda terlalu merindui umatnya di akhir zaman yang disebut-sebut sebagai ikhwan nya. Para sahabat merasa iri hati, hinggakan Saidina Abu Bakar bertanya, "Bukankah kami ini ikhwanmu?". "Tidak, Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku.", kata Rasulullah.
Ikhwan ku itu, menurut Rasulullah s.a.w, "Mereka adalah yang belum pernah melihatku, tetapi mereka beriman dan mencintaiku. Aku sangat rindu untuk bertemu mereka."

Tika mana saya membaca hadis ini,teringat saya pada naqib saya a.k.a A.aje yang pernah menukilkan sebuah sajak berkenaan dengan IKHWAN yang digambarkan oleh rasulullah.Beliau pernah dan akan terus mengajak dan membimbing kami menjadi IKHWAN rasulullah....
Beliau lah naqib yang disegani ramai,disegani teman,sahabat dan menjadi modale kepada junior-juniornya..


Rebutlah gelaran IKHWAN.

Rebutlah Gelaran Ikhwan Diakhir Zaman,

Yang Disabdakan Dari Lidah Rasul Junjungan,

Agar Kita Menjadi Insan Yang Membuktikan,

Golongan Yang Baginda Rindukan.


Ketika Para Sahabat Itu Bertanya,

Siapa Yang Diberi Gelaran Itu Kepadanya,

Membara Cemburu Hati Mereka,

Hingga Menitiskan Air Mata


Lantas Baginda Menyambung Lagi,

Ikhwan Itu Mengamalkan Sunnahku Bnagai Menggemgam Bara Api,

Dan Mereka Amat Menyintaiku,

Walau Tidak Pernah Bertemu


Ukhwah Mereka Bagaikan Susunan Batu Bata,

Saling Menguatkan Antara Mereka,

Umpama Satu Ibu Dan Satu Ayah,

Fikiran,Keyakinan,Dan Keselarasan


Perjuangan Ibarat Singa Disiangnya,

Abid Pula Dimalamnya,

Itulah Gelaran Yang Baginda Berikan


Namun Ikhwan Bukan Sebarang Pilihan,

Mereka Pilihan Atas Pilihan,

Bilangannya Sedikit Tetapi Besar Disisi Tuhan,

Kerana Dosa Amat Dihindarkan


Luar Biasa Taqwa Ikhwan,

Kerana Taqwanya Diberikan Pertolongan,

Kerana Taqwanya Diberi Rezeki,

Dan Dunia Diselamatkan Tuhan..


Wahai Pencinta-Pencinta Kebenaran,

Yang Menagih Janji Tuhan,

Rebutlah Gelaran IKHWAN Diakhir Zaman

Kerana Ia Tawaran Yang Tiada Bandingan

*Kali pertama,penulis terpegun dengan ilmunya ketika beliau memberi tazkirah berkenaan dengan tajuk”akedemik antara kecemerlanagn dan fitnah”..ketika itu beliau banyak memberi semangat kapada saya serta sahabat-sahabat yang untuk menjadikan akedemik sebagai mukjizat tikamana diri bergelar pejuang,dan antara salah satunya,belaiu pernah mencabar kami,kata beliau,kalu nak dapat keberkatan dari cikgu, “JANGE TIDO DALAM KELAS”




Sempena hari ibu yang bakal diraikan diseluruh dunia,SELAMAT HARI IBU diucapkan..semua ibu ialah ratu bagi setiap insan yang bergelar anak..pesanan ibu adalah azimat ibunda yang digenggam erat,agama…adat…jatidiri…semuanya terangkum bagaikan satu pakej khas sebagai pesanan turun temurun generasi ke generasi..bagi saya,setiap hari ialah hari ibu…setiap hari,dalam setiap solat ada doa buat ibu...
Dapatkah kita menjadi sehebat ibu ataupun ayah kita?? Sesungguhya keredaan Allah terletak pada keredhaan ayah ibu..


Pesan mak..
Engak sokmo hok mok pese,
nak-nak kali ambo nok turun jale,
Jange kupo ke tuhe,
kito oghe isle,tok leh tingga semaye.

Engak sokmo hok mok pese,
walau jauh duduk tepak oghe,
jange lupo kapung lame
Wogheh waghoh dikelate,
tok leh sombong nge oghe.

Pese ibu bapok sikit ambo tok lupo,
Pese Ibu bapok engak pah bilo-bilo,
Pese turun pulok,
Oyak wi ko anok ambo,
Kito harto takdok,
Pesane jadi sakko.

Ingat sokmo hok mok pese,
Kito susoh jange tupe oghe,
Jange bimbe beghute,
Kalu de banyok hute,
Hidup payoh nok sene.


Hok mok pese haghi-haghi,
Panda-panda jago diri sedighi,
Baloh kekoh jange caghi,
Tepat susoh jange dok gi,
Oghe khenak keno laghi.

Maso kito kayo ghama la saing sobat,
dan susoh so kagho kucing pun tok duk dekat,
maso sene lene ghama la kaum khabat,
dan sesok so kagho lalatpun tok se inggak.

Engat lagi hok mok pese,
Beghati-ghati dale wak kijo bechagho,
Lidoh maruah kito,
Hati oghe keno jago,
Tok baik ngupak ngato.

Hok mok pese haghi-haghi,
Kito keno kena dighi sedighi,
Kito makhluk keno jati,
Mano asal kito maghi,
Pah mano kito nok gi.

Pesene mok ambo ikhlas maghi di hati,
Pese ko anok dio yak mulo sapa loni

By Halim Yazid…
*Dilarang membaca lirik diatas dalam bahasa baku mahupun bahasa inggeris..lirik tersebut hanya boleh dibaca dengan menggunakan bahasa Kelantan sahaja.Sekian terima kasih..

Aku menelefon ibu..ingin memberitahu beliau yang aku akan balik malam esok,yang sebenarnya disebalik kepulangan aku ke kelantan 3 hari itu,tersusun jadual yang padat dengan pogram disitu dan disini.."lama benar tak talipon,nok balik ni ado pogram ko?",tanya ibu..oppss!!aku memberi alasan untuk menyedapkan hati ibu dan menyucikan diri dengan 5 huruf sakti...s.i.b.u.k..dengan alasan posting tanpa menjawab soalan kedua ibu..Ibu bertanya lagi,"kak mung tak balik",aku menjawab,"balik kot,tengoh bulan 5 nanti”
Memang pun kakak ku mahu balik untuk berkira berkenaan dengan majlis pertunangan dia..aku bertanya lagi kepada ibu, "sapo hok ado dumoh tu",ibu menjawab.."ayoh mung ado,baru balik tadi dari Kerre,balik kursus haji,pastu sabtu ni g pulok", belum sempat aku bertanya kan akan kesihatan ayah,ibu menyambung..
"ayoh mung kato,lamo sangat doh tok tengok mung"
.khali....terduduk aku mendengar kata-kata ibu...
Ayah...
seorang yang sangat kuat bekerja untuk anak-anak dan keluarga dan tegas orangnya..seorang yang tak banyak bercakap,tak banyak membebel akan anak-anak nya yang banyak kerenah ini.tapi once dia menegur,tegurannya memang menusuk ke hati. Sewaktu kecil dulu,waktu darjah satu,teringat pujian ayah,dia kata tulisan jawi ku cantik,mengalahkan tulisan kakakku yang sewaktu itu darjah 4..aku adik beradik selalu menunggukan kepulangan ayah..dengan gula-gula dalam bekas segi empat dan "roti kayu",itu lah menu yang selalu kitorang pesankan kepada ayah bila ayah ingin meninggalkan rumah..Diwajah tua nya,di senja umur yang sebegni sepatutnya dia duduk dirumah,hanya berehat&bermain dengan cucu-cucu..tapi beliau pilih untuk bekerja,walaupun ditegur oleh anak-anak,beliau tetap juga dengan keputusan beliau.Ayah pernah kata yang dia tak mahukan apa-apa dari anaknya,tapi dia nak satu je,nak tengok anak cucu dia hidup sene..
Ingin sahaja aku mewarisi sifat itqan,seitqan yang ada pada diri ayah,diam ayah diam yang sedang berfikir,tenang ayah menenangkan yang lain..

Ibu...
Kami adik beradik memanggilnya "Ma" tapi tidak pada aku..aku memanggilnya ibu..aku yang sebenarnya sangat pelik dari yang lain..ibu dan ayah pun mengakui kepelikan yg ada pada diriku berbanding yg lain.kalau aku berkehendakkan apa-apa dari ibu
tidak akan memberikannya sengan mudah..memang ibu mendidik aku supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu..dan ibu tak pernah dgn mudahnya memberikan jawapan ya dan beliau banyak berfikir terlebih dahulu diatas permintaan aku,sehinggalah satu masa aku faham,yang diam ibu bererti redha dan panjangnya fikir ibu tak lain semuanya untuk kebaikanku.Alhamdulillah aku dibesarkan dalam suasana tarbiah yang cukup dalam komuniti sekolah dan sekeliling, dan pernah ibu meminta aku supaya tak jadi pelik sangat,jadila seperti orang lain seperti sahabat aku yg ramai,dan beliau pernah tanya kan kepada ku,tidakkah aku letih dengan kehidupan aku yang begini...dan akhirnya,ibu menyerahkan kepercayaan sepenuhnya keatas aku untuk berbuat keputusan dengan sapa aku berkawan,kemana perginya aku,semuanya setelah aku terangkan kepada ibu yang segalanya untuk kerehatan abadi diakhirat nanti..Semenjak kedewasaan ini,ibu banyak menceritakan kisah hidup keluarga kami dulu-dulu..banyak menceritakan masalah dan berkongsi dengan aku.. mungkin ibu memerlukan sahabat untuk bercerita,meemandangkan ramai antara anak2nya telah berkahwin,belajar dan tinggal jauh dari mereka.Ibu seorang ikon ketabahan,ikon kesabaran dan ikon akedemik bagi aku.Ibu engkaulah ratu hati ini..apa yang menarik...ayah dan ibu ku mempunyai tarikh lahir yang sama...18/10 tapi tahun yang berbeza..
Ayah,engkaulah hero hatiku..
ibu,engkaulah serikandi cinta hati ini..

Luluh hatiku yang sayu...Menatap wajahmu tenang dalam lena.. Kasih zahirkan laku..Sedangkan bibirku..jauh dari lafaznya

Dan raut tuamu membekas jiwaku..Meredakan rindu mendamaikan kalbu..Tak mungkin
kutemu iras sentuhanmu..Biarpun kuredah seluruh dunia..Mencari gantimu

Betapa sukarnya.. menyusun bicara..Meluahkan rasa menuturkan sayang..Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah..Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia..


Masih kubiarkan waktu.. Melarikan lafaz kasihku padamu..

Mengapakah sukar ..menyusun bicara..Meluahkan rasa.. menuturkan sayang..Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah..Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia..

Apakah yang hilang andai dilisankan..Bait penghargaan penuh kejujuran..Tak mungkin terlihat cinta yang merona..Jika hanya renungan mata yang bersuara..Bukan atur kata..

Tiada lagi ertinya pengucapan..Andai akhir nafas di hujung helaan.. Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan.. Menggantikan lafaz yang tersimpan

do we forget??
Nusaybah bint Kaab is perhaps the most celebrated of the many women warriors, since she helped save Muhammad's(pbuh) life in the battle of Uhud. When the Muslim army was dispersed in an enemy charge, she was among the ten fighters who managed to hold their ground, shielding the prophet's body with their own. She received thirteen wounds during her valiant stand; one, a near-fatal sword cut to the side of her neck, took more than a year to heal. Lying close to death the day after the battle, she heard Muhammad(pbuh) calling for volunteers to pursue the enemy and tried to rise to answer the call, but fainted from loss of blood. In a later battle she lost a hand. Muhammad(pbuh) clearly honored Nusaybah's contribution. He often visited her house and took dinner there.


Stories of Muslim women's battlefield courage abound. Muhammad's(pbuh) aunt, Safiyah, was the first Muslim woman to kill an enemy in battle; Asma bint Yazid killed nine men of the opposing forces at the battle of Yarmouk. Khawla bint al-Azwar rode to battle with her mantle pulled close around her face. As she charged the enemy, observers asked each other if they knew the name of the brave man riding beside the prophet. After Muhammad's(pbuh) death, women continued to take part in campaigns. When the Muslims attacked a Persian seaport, a band of women, led by Azdah bint al-Harith, turned their mantles into banners and, marching in phalanx toward the enemy, were mistaken for fresh reinforcements.
Insya ALLAH..we will back!



Buat sahabat2 yang akan menduduki mid-semester.be the best for your self&for islam.

Bertawakkallah atas segala jerit perih usaha.Seperti mana kita buat assignment.
Bg kita,kita dah buat yang terbaik…seterusnya,kita menghantar hasil usaha kita tersebut kps lecturer..once dah hantar,kita serahkan sepenuhnya kepada lecturer sejauh mana dia puas hati dan bagaimana dia mahu menilai hasil usaha kita itu..
Itu dalam conteks guru dan pelajar..

Bagaimana pula dalam conteks hamba dan TUANNYA??
MESTI LEBIH DARI ITUKAN??berbanggalah kita kerana bergelar si penuntut ilmu dengan satu kurniaan lain yg juga besar,yang tidak dikurniakan oleh ALLAH kepada semua hambanya kecuali mereka yang terpilih,yang mana yakinlah,pertolongan yg akan ALLAH berikan adalah pertolongan yang lebih special dari orang lain oleh kerana …
..kita hawariyyun..

AKEDEMIK dihati,SOCIETY disisi,JEMAAH disayangi..