


Bukan langkah Muslimat biasa..
Bercita-cita untuk berperancangan sejauh mungkin..
Bercita-cita untuk mengatur khittah seteliti mungkin
Bercita-cita untuk beraktivitisme sepuas mungkin..
Bercita-cita mengatur derap sebanyak dan sepantas mungkin..
Bercita-cita untuk berfikir sambil bertindak segegas mungkin..
Bercita-cita untuk tidak mengatakan mustahil untuk semua perkara seboleh mungkin..
Dan..
Bercita-cita menjadi hamba yang tunduk semampu mungkin Kepada TUANNYA.
Mantap Tsaqofahnya
Faham Matlamatnya
Qudwah terbaik buat org bawahannya
Paling banyak berkorban untuk perjuangannya
Paling Kental Jiwanya
Paling Akrab dengan Tuhannya
Paling banyak mengalir air matanya
KELANTAN TERUS DAN TERUS MENERAJUI PERUBAHAN..
entri ini ditujukan khas untuk mereka yang mengerti..special untuk alia09,"kita nurse jugak daie"
Nahnu duat walaisa qudo' itu dalam bahasa dakwahnya..kalau dalam bahasa kerjaya atau profesionnya..kita nurse bukan hakim...
kalau daie buat amar maaruf,nurse pun buat amar maaruf jugak..kalau daie buat nahi mungkar,nurse pun buat nahi mungkar jugak..kalau daie ajak manusia jauhi syubhat,nurse pun ajak manusia jauhi syubhat..
I think it is the most practical proffesion in the world..mengikut teori,kerjaya ini boleh direpresentasikan kepada:
1)medan dakwah
2)medan siasah.
dan ianya merupakan gelanggang yang sebenar untuk duat mengimplementasikan skill yang setelah sekian lama diretorikkan dan telah lama terperap dibibir setiap kita yang bergelar daie..buat sahabat-sahabat,selamat menghabiskan sisa-sisa waktu posting kita,moga-moga ada nilainya.
Let me dedicate my life today to care of those..
the people in need..
the people who are in darknesses.
be my voice to the deaf
be my faith where there is doubt
be my hope where there is despair
be my joy where there is sadness
be me in the world..
YA RABB..
when i falter gime courage,
when i tired,renew my strength,
when i weaken because i'm human,
inspire me on to greater length..
yeah...
freedom of movement..
agak lambat untuk berkongsi oleh kerana masa yang mengekang..
moga ALLAH mengira derap langkah kami..
sebagai bukti sokongan kami..
sebagai bukti kami ialah para pencinta keadilan,bukan hanya buat pekak atau bisu dengan segala kebejatan yang berlaku..
ameen..
pengalaman ketika berdemonstrasi di kedutaan amerika suatu ketika dahulu banyak mendewasakan saya untuk lebih matang dalam mengawal kondisi..
bukan memgawal diri dari berhadapan dengan trak-trak FRU,
Bukan juga menahan pedih dimata juga pedih dihati melihat kezaliman yang berlaku..
akan tetapi...
mengawal diri dari tension akibat tidak dapat sama berdemonstrasi dengan demonstran-demonstran lain,mengawal diri dari menitiskan air mata akibat tidak dapat duduk sebaris dengan pejuang-pejuang yang lain untuk menyatakan kebenaran..Rush dengan exam dari pagi hingga tengaharinya,ditambah pula dengan jem yang melampau-lampau disepanjang perjalanan,disebabkan kerajinan polis yang mungkin mendapat elaun lebih pada hari tersebut ditambah pula dengan accident yang berlaku di lebuhraya yang melibatkan 5 buah kereta menyebabkan saya tercari-cari apakah jawapan yang perlu saya bawa balik untuk sahabat-sahabat yang terpaksa tinggal di kampus yang mengirimkan hamasah untuk dibawa pulang kepada mereka..ternyata perancangan ALLAH mengatasi segalanya..kita merancang ALLAH juga merancang,akan tetapi DIAlah sebaik-baik perancang..sesampainya saya dan sahabat para demonstran telah pulang dari istana negara..ahh..frustnya dihati..
kami terus menunggu melihat gelagat2 sahabat demonstran hingga hampir maghrib..tapi ALHAMDULILLAH,ALLAH masih menyimpan sedikit rasa gas pemedih mata yang mungkin dilarutkan khas buat kami yang jauh dari kuantan ini untuk sama merasai apa yang sahabat-sahabat rasai..
Tahniah buat sahabat yang datangnya dari timur,barat,utara dan selatan yang sempat merasai sepenuhnya apa yang berlaku di himpunan 1000000 tersebat,mungkin inilah kenangan yang paling manis dalam umur perjuangan kalian ,sebagai cerita untuk diturunkan kepada anak-anak penyambung mata rantai perjuangan generasi akan datang...
Teringat kata-kata ustaz Yahya Othman(Penasihat lajnah tarbiah PAS pusat) ketika beliau bercerita perihal orang yang pernah bertanyakan kepada beliau ,tidakkah beliau serik apabila pernah 4 kali bertanding dalam pilihanraya,tetapi sekalipun kemenangan tidak memihak kepada beliau,dengan penuh berhikmah beliau menjawab,"apa yang nak diserikkan,sebab kita ikut nabi",lalu beliau bertanya lagi kepada orang yang bertanya"adakah nabi hanya berjuang sebentar sahaja lalu menang?".ya...kita tak pernah kisah untuk kalah,kerana kita yakin,kekalahan banyak mengajar kita,tapi yang penting biarlah pertandingan dimainkan diatas padang yang sama rata..kita doakan moga himpunan 101107 yang lalu ada impaknya kepada sistem demokrasi Malaysia untuk lebih telus,doa yang berterusan adalah perlu,kerana semua benda adalah dibawah kekuasaan ALLAH.Marilah sama-sama kita mengenakan pakaian KUNING setiap sabtu,tanda konsistennya usaha kita untuk nenuntut...
buat pasangan mempelai
ASIYAH AZIZ
&
MOHD FITRI HILMI BAKRI.
Asiah atau nama panggilannya,kak yah..merupakan kampungmates juga teman sepermainan di zaman kakak-kanak suatu ketika dahulu..dan juga teman seperjuangan dulu kini dan insyaALLAH selama-lamanya..selagi mana matahari masih lagi sudi bersinar..Mohd Fitri Hilmi a.k.a a.Che yie merupakan seniour yang banyak menolong di suatu ketika dulu..
Moga dengan ikatan ini merupakan turning point untuk terus dan terus tekad menjunjung islam dalam memastikan tiada yang lebih unggul drpdnya..
Fasa kedua ramadhan telah menjejak ke hari ke 5..
Hari ini 15 Ramadhan..
Bagi orang soleh,mereka takkan berhenti dari menyebut tentang Ramadhan sehinggalah terbenamnya mentari 30 Ramadhan.Bagi mereka,Ramadan yang sebulan jauh lebih bermakna dari Syawal yang sebulan.
Dalam keriuhan para pejuang untuk bertempur dimedan tempur masing-masing memandangkan PRK 2 Oktober ini sudah semakin hampir,dengan segala kelengkapan tempur,barisan jenteranya yang kuat,dengan strateginya yang mantap,dengan dananya yang sudah memuaskan…
PROLOG RAMADHAN 1425H…
"Meksyah bangun…siti,nadia bangun
MERDEKA KAH KITA??
Nama sebenar beliau adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan.
Antara yang paling sensitif ialah mengenekan pengenaan cukai kepala RM 100 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5 sen sejunjung Pada 29 April 1915, pentakbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai takbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar.
Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai. Encik Latiff mengarahkan satu pasukan polis diketuai oleh Sarjan Sulaiman (Che Wan) bertolak ke Kampung Tok Akib dan menemui Haji Mat Hassan bin Panglima Munas pada 29 April 1915.Dalam satu pergelutan yang berlaku, Sarjan Sulaiman telah terbunuh. Haji Mat Hassan bin Panglima Munas kemudiannya menghimpunkan orang-orangnya menuju ke Pasir Puteh. Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh. Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari. Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan.
Beginilah sejarah perjuangan pejuang-pejuang terdahulu yang lbh dekat dengan kita…orang melayu..bukan bermakna beliau dan lain2 pengikutnya pemberontak,apa yang pasti mereka ialah pejuang yang berjuang atas jalan al-haq..
MOGA HARI ESOK UNTUK KITA
Dunia tempat kita menanam,akhirat nanti tempat kita menuai,ssghnya dunia tidaklain ,hanyalah jambatan menuju negeri akhirat
KAWAN..
TEMAN…
SAHABAT…
Memberi maksud yang sama,tapi pengertian yang berbeza..
*Terpulang kepada individu untuk menentukannya
Berdiri dari kanan..
Kakti>Kias,Aqilah>Usim,Alia>Um,Aini>M3x Gopeng,Fatihah>DQ,Kak Yatt>Uitm,Izati>Maktab Melaka,Syatirah>Usim
Duduk dari kanan...
Saidatul>Maip,Syukuriah>MPI,Khairani>Uia,Kak Yah>Ustazah,Kak Mun>Balai Islam,Hartini>Usim,Kak Hah>Ukm
Jauh bertebaran serata Malaysia,Dari Perlis hingga ke Sabah namun,ikatan aqidah&perjuagan akan terus mengikat ukhwah ini.walaupun kita tidak bersama...selagi tujuan kita satu,ukhuwah kita jitu,selagi cita-cita kita padu..
selagi itulah kita akan terus dan terus bersatu!!!.
puluhan tahun lamanya,pendengaran,pergaulan,perjuangan,pengorbanan kerana jerih payah dan pembantingan tulang yang tiada hentinya..
Engkau telah kaya dengan pengalaman,
Engkau sekarang telah menjadi engkau..
Engkau telah memiliki pengertian dan ukuran..
Engkau telah menentukan jarum sejarah seperti orang lain...
Engkau telah sampai kebatas sejarah,
kini dan nanti.....
Engkau telah memenuhi hidupmu dengan ketekunan,
ikut memikul dan berat menjinjing yang ringan,
membawa batu bata untuk membangun gedung ummat ini,
engkau tebus semua ini dengan cucuran keringat dan air mata,
kesengsaraan dan penderitaan..
Kawan,
hidupmu yang menyertaimu dalam segala suka dan duka tiada lagi,
ia tak sempat menghantarmu sampai kebatas perhentian,
tengah jalan dia pulang dan engkau ditinggalkan di daerah kesepian,
diatasnya telah tumbuh merumput dan daunnya menghijau,
Bunga suci aku lihat tumbuh pula diatas pusara sepi itu,
biarkan dia tumbuh menjadikan tiba juga masanya bunga suci itu mekar menguntum.
Eva dan sofia akan memetik ia...
Sudikah engkau menulis nisan kenangan diatas kuburnya..
Sebagai tanda PEMBALAS JASA?
KERANA DIA PENOLONG ENGKAU DIMEDAN BAKTI..
fikirkan..
Sama ada kita mengambil tahu tentang politik atau tidak, kehidupan kita banyak terkesan oleh keputusan-keputusan politik.
...Oleh itu, sama ada kita memilih untuk menjadi mangsa politik, atau belajar untuk faham tentang politik.
Assalamualaikum...
salam perjuangan buat semua..
disini...
saya belajar menulis,
yang kiranya ada guna buat ummah..
disini juga,
saya berusaha untuk berbahasa melayu dengan betul..
terima kasih teman2 kerana ada disisi..
special tribute untuk kekanda seperjuangan TINTA SALSABILA
yang mengenalkan saya dengan dunia ini..
teringat kata-kata kak timah...
"JADILAH SEORANG YANG BERNILAI LAGI BERHARGA"