Fasa kedua ramadhan telah menjejak ke hari ke 5..
Hari ini 15 Ramadhan..
Bagi orang soleh,mereka takkan berhenti dari menyebut tentang Ramadhan sehinggalah terbenamnya mentari 30 Ramadhan.Bagi mereka,Ramadan yang sebulan jauh lebih bermakna dari Syawal yang sebulan.
Dalam keriuhan para pejuang untuk bertempur dimedan tempur masing-masing memandangkan PRK 2 Oktober ini sudah semakin hampir,dengan segala kelengkapan tempur,barisan jenteranya yang kuat,dengan strateginya yang mantap,dengan dananya yang sudah memuaskan…
Bagaimana taqarrubnya kita dengan perancang kepada segala perancang,perancang yang maha AGUNG,perancang yang mengetahui mana satukah yang terbaek untuk pejuangnya..
Teringat pesan Saidina umar al-khattab kepada tentera saad bin abi waqas,
“Sebaik-baik strategi peperangan adalah taqwa.Diberi kemenangan kepada kamu kerana dosa-dosa musuhmu,dan dilambatkan kemengan kamu kerana dosa yang kamu lakukan,dan takutlah kamu kepada dosa kamu melebihi takut kamu terhadap musuhmu”.
Ada baiknya PRK kali ini dilakukan dalam dulan Ramadhan ini…
doa-doa kita mudah untuk diperkenankanNYA bilamana pintu langit sedang terbentang luas untuk mengangkat naik doa hamba-hambaNYA..
sejauh mana kebergantungan kepada Allah,
setiggi mana harapan kita terhadap nusrah ALLAH,
sejauh mana husnu siqohnya kita terhadap ALLAH..
Teringat kata-kata ustaz ana,
Semakin kurang kebergantungan kita terhadap manusia.
(Inversely proportional)
Salam juang tanpa henti kepada semua barisan Hawariyyun penyelamat ummah…
walau dimana kalian berada..
Especially kepada Briged Hizbi Gombak,teruskan perjuangan kalian mempertahankan ISLAM yang setelah lama kita imani..
Doakan kami sahabat-sahabat di kuantan kuat untuk bertarung ditengah-tengah ketenangannya..
‘Ssghnya ALLAH telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dan memberikan syurga untuk mereka,mereka berjuang pada jalan ALLAH,lalu mereka membunuh ataupun menbunuh.(Itu telah menjadi) janji yang benar dari ALLAH didalam taurat,Injil dan Quran.Dan siapakah yang menepati janjinya (selain) daripada ALLAH,maka bergembiralah dengan jual-beli yang telah kamu lakukan,dan itulah kemenangan yang besar’(at-taubah:111)
Ana tinggalkan coretan kali ini dengan sebuah nasyid sempena Ramadhan yang selalu ana tampal di softboard bilik setiap kali menjelangnya bulan puasa...
sama-sama hayati dan fikirkan,berapa jauhkan jurang bandingan antara ‘mereka’ dan‘kita’..
Moga-moga beroleh manfaat..
SALAM SEMARAK RAMADHAN..
Ramadhan,
natijah berbeza,
Ramadhan mereka gemilang cemerlang,
Mukmin berjasa diawal zaman, ,
Ramadhan kami malam terbuang,
Mukmin berdosa diakhir zaman..
Mereka gembira dengan kedatangannya,
Kami gembira dengan pemergiannya,
Malam mereka meriah disimbah nur al-quran,
Malam kami lena dibuai dengkur…
Mereka berlumba mengejar kemaarufan,
Tapi kami lesu diburu nafsu,
Hati mereka bercahaya digilap taqwa,
Jiwa kami gelap didera dosa…
Takbir mereka takbir kemengan,
Hadiah mujahadah sebulan Ramadhan,
Takbir kami lesu tak bermaya,
Tanda kalah lemah tak berdaya,
Puasa sekadar lapar dan dahaga…