Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

TIADA ON DAN OFF DALAM PERJUANGAN..
PERJUANGAN SATU KEMESTIAN
Beberapa bait peringatan penting daripada Timb Presiden Ust Nasharuddin semasa taklimat kepada jentera Muslimat 2 hari lalu.
1. Kita berjuang ke, kita tak berjuang ke semua orang akan mati sbb mati itu pasti. Lebih baik mati dalam keadaan berjuang daripada mati dalam keadaan tidak berjuang. mati dalam keadaan tidak berjuang menyebabkan kita berada dalam "Kelab Abu Lahab". Abu Lahab masa dalam neraka pun kata " Ehhh....kamu dulu bukan orang Pas ke...cemana buleh ada dalam kelab ni?"..."memang saya orang pas, tapi saya tak memperjuangkan Islam bersama Pas, saya tak datang mesyuarat bila kena panggil, saya tak jawab email bila diminta, saya tak pegi pun jadi jentera petugas masa MTD panggil, saya hanya jadi ahli yang lelap dan beri sokongan sahaja". Ust Nasha mengingatkan semua petugas dengan hadis " barangsiapa yang mati, dalam keadaaan dia tidak pernah bercita-cita untuk memperjuangkan Islam, maka matinya adalah dalam mati jahiliyyah".
2. Kita berjuang walaupun susah dan teruk tetap dinilai pahala oleh Allah SWT tetapi tidak bagi petugas UMNO BN walaupun mereka berulangkali menyatakan mereka memperjuangkan Islam Hadhari.
3. Allah menjanjikan kemenangan kepada Islam dan tetap memeliharanya walaupun kita tak berjuang, malah Allah SWT boleh ganti dengan kaum lain yang mahu memperjuangkan Islam sekiranya kita tak mahu memperjuangkan Islam. Manusia akan mati tatapi Islam tetap dipelihara oleh SWT hingga hari kiamat.
Ayuh semua PRU12 sudah sangat dekat bersedialah di dipenjuru MTD/UPU/Pondok Panas/tmpt pengundian mana antum berada. Jadilah pasukan tentera Islam yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir (dalam waqie PRU sehingga ke effort pengiraan kertas undi yang terakhir oleh petugas PACA, no bloodshed is required kecuali kena pukul dengan Samseng Pemuda BN).

0 comments: