teringat cerita hang tuah menyuruh hang jebat turun untuk bertarung disebabkan hang jebat telah berbuat derhaka kepada sultan melaka...
"wahai jebat,baik engkau turun,jika engkau tidak mahu turun aku akan naik"(Au kama qall..)
Hari ini lain pulak jadinya...kekebalan pemerintah sudah tiada,wala' hanya diberikan kepada merekan yang mentaati Allah dan Rasul dan buat mereka yang menginsafi tanggungjawab sebagai seorang pemimpin....
bukan mereka yang .......
(sila lengkapkan ayat diatas semahu mungkin)...
apa yang pasti kita ada bukti yang menunjukkan kita masih sensitif dengan masalah ummat..
sikit lagi...
pakcik pakcik kat kampung akan naik motor honda 70 pakai air telaga...
makcik-makcik kat kampung yang dulu boleh la makan nasi berlaukkan ikan air masin akan makan nasi dengan ikan sardin atau ikan bilis..
because of the hiking of petrol price.....
Tak kira makcik pakcik kat kampung mahupun brother sister kita kat bandar...semua akan menjadi mangsa keadaan..
Kecuali mereka....
(Sila penuhkan ayat diatas...)
Memetik kata-kata Mat Sabu...
"Kerajaan sering membesarkan isu yang bahawasanya Malaysia adalah antara negara yang paling murah harga petrolnya jika dibandingkan dengan negara-negara lain dirantau asia,terutama indonesia dan singapura,tanpa meyebut fakta yang sebenar.
Indonesia walaupun harga petrolnya tinggi,tetapi semua maklum yang harga barang keperluan harian adalah teramat rendah.
Begitu juga dengan singapura,walaupun harga seliter petrol agak mahal,akan tetapi tidak menjadi masalah oleh kerana gaji bulanan mereka sangat tinggi,yang jika dibandingkan harga cleaner di Singapura menyamai gaji seorang guru di Malaysia...”
Hah cikgu,apa rasa??
Sekitar protes 2008.....
The 6 Gurlz...Ninja Merah turut mewarnai keMERAHan PROTES..
Mahasiswa masih Sensitif..
Pemuda ’kita’ tidak ketinggalan menyumbangkan tenaga menjayakan PROTES ini..Kelihatan bersama Ustaz Badrul Amin.
Sekian ramai orang yang pergi dan pulang...dan sebanyak itu jugalah orang mengkritik PROTES ini..Tetapi bagi saya,walaupun sedikit tak "sedap" dengan apa yang berlaku,ambillah yang baik,yang buruk jangan di ulangi dan jadikan ia sebagai sempadan..
yang penting semangat atau hammasah dapat dikutip dan dapat merasai realiti sebenar serta menginsafi kesukaran pemimpin kita untuk berlapang dada dengan banyak pihak..
Telalu banyak hikmah yang tersembunyi......apapun,tahniah untuk semua!!