Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


"Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keredhaan) Kami, benar-benar akan Kami tunjukkan Kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik." [Al 'Ankabuut 29:69]

Pejuang yg berjiwa besar berjuang untuk matlamat yg besar, dan tiada matlamat yg besar melainkan mempertahankan kalimah-Nya sehingga bertemu dengan-Nya!!!

Salam Tempur untuk semua..
Sesungguhnya mukjizat yang paling ampuh untuk pejuang yang bergelar mahasiswa ialah AKADEMIK!!..
.:Buat Nuha Di UPSI:.
.:Buat Posh Di USIM:.
.:Buat Kak Hah di UKM:.
.:Buat Kak Yatt di UITM:.
.:Buat Kami Ber8.:Pahsyah,Hajaq,K.Syeril,K.Ruby,Tiq,K.Sal,K.syikin,Hamasyie:.
This is the battle that we can't loss!



'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa perkara yang meletakkan ia di peringkat tertentu yang menjadikan ia mampu untuk memikul tanggungjawab amal Islami'

1. Akidah yang sejahtera
Redha Allah sebagai tuhan, Islam sebagai Agama dan Muhammad saw sebagai Nabi.
Sentiasa muraqabah Allah dan mengingati akhirat, memperbanyakkan nawafil dan zikir.
Menjaga kebersihan hati, bertaubat, istighfar, menjauhi dosa dan syubhat.

2. Ibadah yang betul

Perlu melakukan ibadat yang meninggikan roh dan jiwanya.
Perlu belajar untuk membetulkan amalannya dan mengetahui halal dan haram.
Tidak melampau atau berkurang (pertengahan).


3. Akhlak yang mantap
Akhlak kita ialah Al-Quran dan ditunjukkan oleh Nabi saw.
Dijelaskan beberapa unsur oleh Imam Al-Banna dalam kewajipan dai iaitu sensitif, tawadhu, benar dalam perkataan dan perbuatan, tegas, menunai janji, berani, serius, menjauhi teman buruk dll.

4. Mampu berusaha

Mampu Walaupun kaya, perlu bekerja.
Tidak terlalu mengejar jawatan dalam kerajaan/resmi.
Meletakkan jawatan dan tempat kerja mengikut keperluan dakwah lebih utama dari gaji dan pendapatan.
Melakukan setiap kerja dengan betul dan sebaiknya (ihsan).
Menjauhi riba dalam semua lapangan.
Menyimpan untuk waktu kesempitan.
Menjauhi segala bentuk kemewahan apatahlagi pembaziran.
Memastikan setiap sen yang dibelanja tidak jatuh ke tangan bukan Islam.

5. Berpengetahuan luas

Perlu berpengetahuan tentang Islam dan maklumat am supaya mampu menceritakan kepada orang lain. Perlu bersumberkan kepada Al-Quran dan Hadis dan diterangkan oleh ulama yang thiqah. Pesan Imam Banna: Perlu boleh membaca dengan baik, mempunyai perpustakaan sendiri dan cuba menjadi pakar dalam bidang yang diceburi.
Mampu membaca Al-Quran dengan baik, tadabbur, mempelajari seerah, kesah salaf dan kaedah serta rahsia hukum yang penting.


6. Kuat tubuh badan
Dakwah berat tanggungjawab dan tugas - perlukan badan yang sihat dan kuat.
Rasulullah saw menitikberatkan soal ini. Maksud Hadis : "Mukmin yang kuat itu lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari mukmin yang lemah, tetapi pada keduanya ada kebaikan"
Pesanan al-Banna:
"Memeriksa kesihatan diri,mengamalkan riyadhah dan tidak memakan/minum suatu yang merosakkan badan"

7. Mampu melawan nafsu

Perlu azam yang kuat untuk melawan kehendak nafsunya dan mengikut kehendak Islam.
Tidak menghiraukan apa orang kata dalam mempraktikkan Islam.
Dai mungkin melalui suasana sukar yang tidak akan dapat dihadapi oleh orang yang tidak biasa dengan kesusahan.

8. Menjaga waktu

Waktu lebih mahal dari emas, waktu adalah kehidupan yang tidak akan kembali semula.
Sahabat sentiasa berdoa agar diberkati waktu yang ada pada mereka.."Aku adalah makhluk baru.. menjadi saksi kepada manusia"

9. Tersusun dalam urusan
Untuk manfaatkan waktu dengan baik.. perlu penyusunan dalam segala urusan.
Gunakan segala masa dan tenaga tersusun untuk manfaat Islam dan dakwah.

10. Berguna untuk orang lain.

Dai umpama lilin yang membakar diri untuk menyuluh orang lain.
Dai adalah penggerak dakwah dan Islam. Masa depan Islam, hidup mati Islam bergantung kepada dai. Amal Islam ialah untuk menyelamatkan orang lain dari kesesatan.
Dai merasa gembira bila dapat membantu orang lain. Paling indah dalam hidupnya ialah bila dapat mengajak seorang manusia ke jalan Allah.


Jika Ibu bapa merupakan orang pertama yang paling berjasa dalam hidup kita..di ikuti oleh Guru-guru di bangku sekolah..nescaya mereka yang paling layak untuk menduduki tempat ketiga ialah Naqib/ah..

(25/10/2008)Semalam...
Bebanan perasaan yang kami pikul sebenarnya lebih berat dari bebanan tugas ke sana ke mari mengendali program dan mendidik kalian. Apa sangat berat berjaga malam, membelanjakan ringgit dan berceramah dan mendengar masalah kalian jika hati kami gembira melihat hasilnya. Apa sangat itu semua jika hati bahagia melihat kalian menjadi orang yang akan mewarisi kerja yang telah kami buat. Kesemua berat dan beban hilang dan tak mungkin terasa setelah melihat kalian telah menerangkan bumi yang gelap seluruh pelusuk bumi.
-------------------------------------------------------------

"Kak,yani tok cayo doh ko kak..kak meme peting diri.."
"yani,dengar dulu.. tokke kak nok wat bendo tok molek ko adik kak.."
"Kak doh la..yani tok se dengar doh..."

khali....

Nasihat seorang kakak kandung juga merangkap seorang naqibah kepada seorang adik juga anak usrah

"Mung dengar dulu aku nok oyak.mung gi dulu,pahtu kalu mung nyesal,mung wat la gapo pun hok mung rasa nok wat ko aku..."
"Bo lah kak..aku tokse dengar doh..aku malah!"


Seorang lagi naqibah berceritakan cerita dia dan adiknya..

Tika Dini hari sejurus saja selesai menunaikan solat Subuh di Masjid Baroah..
Berderai air mata saya mendengarkan cerita dua junior saya itu..


TETAPI… sekarang kami telah kehilangan segala-galanya. Ketenangan yang kami ingin cari melalui pengorbanan ini telah juga hancur. Bahkan ianya lebih berat dari bebanan fizikal dan material. Kami telah melalui beberapa generasi kalian. Pengalaman akhirnya menyimpulkan kepada kami bahawa kami hanyalah manusia tak berguna dan pengganggu dalam hidup kalian. Ketenangan hati yang kami ingin hirup dari usaha mentarbiyyah kalian hanya menambah luka yang telah ada… Apakah kalian sedar?

Mungkin inilah perasaan seorang naqibah muda yang terpaksa menelan pahit wasilah terbiyyah dari Allah...

Pesan saya..
"Dik,anggaplah ini tarbiyah terus dari Allah kpd anti..Jangan perit untuk mentarbiyyah..sblm kita berjaya mentarbiyyah,kita terlebih dahulu untuk rela ditarbiyyah"

"Kak..saya takkan perit untuk mentarbiyyah!"


--------------------------------------------------------------------

(26/10/2008)Hari ini..
TADHIYYAH..

"Untuk menjayakan matlamat tarbiyyah..semua pihak kena BERKORBAN..
Naqibah..tadhiyyah adalah rukun perjuangan kami..adik-adik juga diharapnya sebegitu...Allah takkan rugi tanpa kita..tapi kita kita yang perlu berkorban untuk menarik perhatian Allah untuk memilih Kita"


Berapa banyak air mata yang telah tumpah di kalian..
berapa banyak tenaga,masa yang telah kami hulurkan untuk Kalian..
Semuanya tanpa memgharapkan bayaran duniawi..
Tapi Yang pasti adalah...
"Erti Kejayaan bagi kak ialah bilamana kak berjaya menbawa adik-adik rasa apa yang kak rasa"

Disetiap doa,mesti ada permintaan untuk kalian..
Moga-moga berjaya menjadi penyambung kepada perjuangan yang telah kami mulakan..

Dedikasi untuk Adik-adik usrah saya..
Nabilah,Haziyah,Zamilah,Jannah,Nadia,Sabrina,Nabiha,sunayyah dan Azira..
Moga kalian terus menjadi permata kepada Perjuangan ini..

September 19, 2008 by Azrul Hisyam

When you walk through a storm

Hold your head up high

And don’t be afraid of the dark

At the end of the storm

There’s a golden sky

And sweet silver song of a lark

Walk on through the wind

Walk on through the rain

Though your dreams be tossed and blown

Walk on, walk on

With hope in your heart

And you’ll never walk alone

You’ll never walk alone

Walk on, walk on

Kalau ada orang bertanyakan saya berkenaan dengan Liverpoll,
Tidak ada sepatah perkataan pun yang boleh saya ceritakan berkenaan dengan liverpoll..
Sape gol keeper,sape defender?
berapa kali menang perlawanan?
dan sebagainya..

Pengetahuan yang ZERO.. ‘000’

Saya pernah ‘gila’ dengan bola ketika di tingkatan 2 di MAIP bilamana pasukan Kelantan yang dibintangi Tuan Kamree Tuan Ahmad,Hardi Ahmad,shahrul nizam ‘gool keeper’nya yang dikatakan agak islamik serta lain-lain yang pernah gemilang dibawah coachnya pada waktu itu,seingat saya K.Rajagopal bertarung untuk bergelar sebagai Juara Piala Malaysia..Tapi tetap takde rezeki..
Sekarang dah tak minat dah..

Akan tetapi…
Apa yang menarik bagi saya berkenaan dengan liverpoll..

“YOU’LL NEVER WALK ALONE”…
Yeargh!We will Never walk alone..
Sebab kita akan sentiasa ada Allah dan hammasah Rasulullah disisi..

Wahai Jiwa....Cukuplah Allah dan rasul sebagai bekal perjalanan panjang ini….


Doa Yang Terlupakan
by Ungu

Akhirnya ku hanya memilikiMu
Dalam hidupku kini
Dan akhirnya hanyalah tentang diriMu
Yang meyakini setiap langkahku

Setelah aku menampikkan diriMu
Setelah aku meninggalkan Mu

Ya Tuhanku.. ampuni sgala dosaku
Tunjukkan ku jalan kembali untukMu
Ya Tuhanku.. rahmati sgala langkahku
Agar ku temukan indahnya cintaMu

Kusadari hanyalah pada diriMu
Ku kan temukan cinta sejatiku
Kusadari hanyalah tentang diriMu
Yang mendamaikan seluruh jiwaku

Ingin berhibur..??
jejakilah cara Rasulullah...
dengan melihat air yang mengalir dan pemandangan yang menghijau..

8 Syawal 1429H..

Semalam ayahanda saya menyambut hari raya puasa 6 nya..

Saya telah menelefon ayahanda dan…

“ayoh,ghayo doh ko ari ni?”

“ho oh”

“Pah,ayoh rayo nge gapo dio?”

“Eh,rayo dengan nasik dingin jah”

……………………………………….

“Gak nok gi bilo”

“Ahad nuh g la”

“ho lah,ghayo la puah dulu,ari tu anok anok ghayo ayoh poso”

“Gak tak po la…bia la...suko doh tengok anok-anok suko.”

…………………………………………

Pada hari yang sama ambo keluar makan bersama kawan-kawan kat luar..
Hmm..malu ko ayoh..

Pengabdian diri ini adalah dikehendaki oleh Allah secara total dan menyeluruh di dalam setiap aspek kehidupan manusia itu. Ini berdasarkan firman Allah swt dalam surah AzZuriat ayat 56 yang bermaksud:

"Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada Aku."


Kerja adalah Ibadah..

ibadah?
Setiap pekerjaan yan dibuat untuk mendapatkan keredhaan Allah...

Ada Berapa ye?
Ibadah terbahagi kepada tiga: petama ibadah asas, dan kedua ialah ibadah furu' (cabang) yakni amalan-amalan utama dan yang ketiga ialah ibadah umum.

Sebenarnya apa saja kerja yang kita lakukan untuk jadi ibadah, ia mesti menempuh lima syarat. Apabila setiap kerja kita, yang kita lakukan menepati kehendak kelima-lima syarat itu, maka ia akan diterima sebagai ibadah, sebagai amal bakti dan sebagai satu pengabdian diri kita kepada Allah swt. Syarat itu ialah:

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas).

Soalan cepu emas...
Kami seorang Student Nurse


Best tak posting?

Best ar kalau betul-betul minat nak tolong orang..


Tak stress ke layan staff nurse yang kadang-kadang agak moody?

Hehe..lumrah ar,yang penting kita buat-buat la berlagak macam tak tahu je walaupun sebenarnya tahu…tunjukkan sifat rendah diri..


Patient plak macamana?

Ok je..berbual je macam pakcik makcik kat kampung..establish rapport..allay diorang punya anxiety..


Doktor?

Yang ni kena berani bertanya dan mintak kerja ngan dia..kadang2 doktor tak tahu yang student nurse pun belajar dan boleh buat apa yang diorang buat..kena proaktif lebih..


Apa pandangan tentang pakaian posting?

No komen..cuba maximize kan penutupan aurat..Niat tolong orang kerana Allah..


Mana best antara wad yang buzy dan tak buzy?

Mestilah best ward yang buzy..pejam celik pejam celik dah habis 1 shift..kalau ward yang lengang,boleh varicose vain jadinya…berdiri je..takder kerja lain simpan menda tu simpan menda ni..


Apa kerja yang paling best masa dalam ward?

Buat new admission dan buat prosedur yang pelik-pelik..pastu dapat cross..dan menunjuk kat kengkawan


Apa benda yang paling ditakuti bila duduk dalam ward?

Nak buat prosedur kat patient yang bayak sangat wayar yang berselirat kat badan.



Barangsiapa memelihara kehidupan seorang manusia,maka seakan akan dia telah memelihara kehidupan semua manusia

Al-Maidah (5:32)

.

Syawal Tahun ni banyak memberi erti dan makna dalam meneruskan perjalanan yang panjang ini..
Ketabahan seorang ibu...

Pengorbanan seorang kakak..

Kasih Sayang seorang bapa..

Cita-cita seorang anak saudara..

Perkongsian seorang adik..

Ijtima' Muslimat..Sahabat-sahabat tempat kongsi Suka duka



Ayah...bersama dengan Kakak dan anak-anak saudara

Sahabat Se'batch',seperjuangan..Rais bersama dengan timb.Rais yang baru

Adik-adik 09..


Aqil dan kak Awatiff..

..Jangan lupa Cukupkan nya dengan Puasa 6..

Moga berjumpa lagi dengan Ramadhan dan Syawal Hadapan
Minnee..
Khairani Hamasyie08