Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Apa yang paling best dengan Rumah Mak?
Air Bukit Yang Sangat Sejuk,segar,dan sangat dingin..Tempat mandian yang paling best yang pernah cheq jumpa.
Ayah yang sangat suka berteka-teki..
Semua teka teki ayah cheq dan kakak tak dapat jawab..
Ayah sempat ajar cane nak kenal anak ayam yang masih merah yang mana satu jantan mana satu betina.
Mak Tak yah cakap la..
Sangat Baik..

Apa yang best dengan kanak-kanak kg.Jelutong?
Cheq Membelasah teruk seorang adik (Darjah 5) dalam permaian congkak sehingga dia tinggal hanya 2 lubang (Untut 4 lubang)..Bangga La Kononnya ni..
Tapi Apa yang dapat cheq belajar adik ni ialah Dare to Fail&Tidak Mudah Mengalah..
Selamber ja dia,tak kesah pun dengan kutukan kengkawan,dan akhirnya dia berjaya mendapatkan kembali ke-enam-enam rumah..

Kat Sekolah Chepir..
Seni mengurus Manusia teruji..
Kadang- terlalu asyik mendidik orang dewasa sehingga agak kelu untuk berhikmah dengan sepatutnya dengan kanak-kanak..
Zikri yang bercita-cita besar..
Azri Yang punya Imaginasi yang Tinggi..
Fazilawani yang Futuristik..
Dan Safwan yang punya Gaya kepimpinan tersendiri..

Apa yg best pasal orang Kg.Jelutong&Kg Tua?
Pak teh yang suka buat lawak tepi..
Tok Penghulu Pun sama,
Pak Chaq dan Pak Chop..
Kurniaan yang besar buat cheq selain mendapat Ibu baru ialah Kurniaan berjumpa dan berbual-bual dengan bekas DUN Belantek,Sik..
Ustaz Mat Isa,abah kak syikin..(Walaupun Bukan Ustaz Sebenarnya)
Beliau merupakan Jiran cheq Yang Sebetulnya..
Kehebatannya menyatukan penduduk Setempat menjadikan beliau bukan sahaja dihormati kawan malah disegani lawan...
Abah bercakap Out of box
Abah bercakap From the different angle
Abah banyak bagi pengisian..
Abah bercakap Ada Ibrah.
Abah bercakap ada dalil..
Itu tarbiyah yang abah dapat dari Perjuangan dia
Abah bergelar mantan bukan sebab abah kalah..
Akan tetapi abah tidak sihat..
Abah tak bertanding hari tu..
Abah bagi kat muka baru..

Yang Istimewanya Kg Jelutong,Environment dia..Hijau..segar..
Sempat berjalan-jalan mencari kebesaran tuhan dihutan Bukit Jelutong..
Kali ni cheq leading the way,berjaya jadi orang 1st ke puncak di belakang Pakteh.
Cari kepuasan diri tebus kekecewaan sebab tak boleh jadi oraang 1st Masa daki gunung Stong 2 tahun lepas
Cheq dengan kengkawan cheq Sempat Minum ayaq Rotan,Pakteh Yang carikan kat tengah-tengah hutan..
Pakteh Cakap ayaq ni paling bersih..betul!paling best kot..

Kali pertama menjejakkan kaki ke Kedah,belum lagi sempat penuhi 2 objektif peribadi (Nak melawat kubur Ustaz Ibrahim Libya kat Parit Panjang&Melawat Kubur Arwah Ustaz Fadhil Noor Di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena),maka ini adalah menjadi pemangkin dan penguat semangat untuk Cheq kembali Ke Kampung Jelutong,sebab janji ayah belum dipenuhi,dan janji dengan deq na pun belum langsai nak petik buah limau dan sama-sama makan kat atas pokok…

…..

Ustaz Hasrizal Cakap..
Erti Hidup pada memberi..
dengan syarat bersamanya ada kasih sayang..
Mak ngan ayah sudahpun Memberi..
Sekarang..
Bagi Cheq..Erti hidup juga pada membalas..
Balaslah dengan kasih sayang juga wahai nurul..!

0 comments: