Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Menjadi titik hemofilia untuk saya dan sahabat kemceng dalam berjuang..
Bekongsi masa dan rasa,
Merai suka dan menghibur duka,
Memaknakan lagi sebuah perjuangan bila diri dirundung resah

Bila diri mula goyah,
Adakah Allah tidak memandang aku?
Adakah Allah tidak mengiktiraf gerak kerja aku?..
Dek dugaan dan cabaran datang menimpa..
Kadang-kadang hampa..kadang-kadang kecewa.
Lalu naqib berkata,"Sesungguhnya Allah takkan khilaf dengan janji nya"..
Da juga bertanya..Ataupun kamu yang tidak beriman?

Lalu..aku akan mencarinya..
Membelek warkah-warkah cinta sebagai kekuatan..
Mencari-ayat-ayat cinta sebagai motivasi..

Membaca..Bertadabbur..
Lalu hilanglah segala keangkuhan mengalir bersama air mata Alpa..
Kembali menyedari..
Hasbiyallah ni’mal maula wani’mal wakil..
Hasbiyallah ni’mal maula wani’man nasir..

Itulah dia.
Warkah cinta dari Allah..
Al-Quran..Kalamullah.

09/05/09
Seusai mesyuarat di rumah kak Moon,4.00 ptg
Cane ni?nak balik rumah ke tak?
Saya beranikan diri,
”Hello assalamualaikum Ibu”
”Duk wat gapo tu?”tak dok duk wat gapo eh,duk sajjo jah pete –pete ni”
“Mung duk mano ni”
Er..er..
Saya drag perbualan…
Bla.bla..bla..
“Dok eh,ma tanyo tadi,duk mano tuh loni?”
“heh?”
Saya tak tahan menahan ketawa
”Ho,duk raso doh!”
Kantoi!!,dah kali keberapa saya pun dah lupa
”oghe duk Pasir Hor ni”
“nak balik buleh?”
“Gak balik lah..”


Instinct seorang ibu membuatkan saya sentiasa kalah dengan ibu..
Hati seorang ibu membuatkan Insan yang bergelar ibu ini terus menjadi wanita paling anggun,paling pesona,paling cantik,paling menawan dalam peradaban usia manusia yang bergelar anak.
“Selamat hari ibu,moga panjang umur.murah rezeki dan dapat pergi haji tahun ni”,kataku sambil mengucup ibu..”Alhamdulillah&Insya Allah”,Balas ibu..
IBU pemberi tanpa syarat 1.

12/05/09
Sambutan Hari ni tak glamer sangat pun..saya yakin orang diluar sana ramai yg belum menyedari kewujudan sambutan pada hari ini..
Pada tarikh ini jatuhlah tarikh sambutan hari Jururawat sedunia..

Mengenang tarikh lahir Florence Nightingale iaitu 12 May 1820..
Nurse?
Apakah profesion ini?
Kata staffnurse kat Kenanga 11,
"Walau sebaik manapun kita,bila dah discharge patient dah tak ingat pun kita"

"eh tak pa la kak staff nurse"..
"Pahala dah comfirm dapat"..jawab saya
Apa yang pasti..jururawat dapat buat semua yang org lain tak mampu buat..

Apa pun mutu service jururawat harus dipertingkatkan,dan masih banyak menda yang perlu dipertingkatkan dari kacamata saya yang bergelar pelajar kejururawatan..

Profesionalisme..
Integriti..

Student nurse??
Posting macam wat kerja-kerja labour?
hmm..apa-apa ja lah..
Penuhkan ilmu didada,bina ketampanan sosial..

Saya secara peribadi mengambil seerah perjuangan sahabiah Nusaybah bin Kaab sebagai motivasi untuk meneruskan dan memupuk minat untuk memberi tanpa syarat sebagaimana Nusaybah bib Kaab berjuang tanpa syarat kecuali to get Allah's love...
Jururawat..Pemberi tanpa syarat 2.
>>**<<
Hari ni..16/06/09
"Guru pembina Negara Bangsa.."

Betul-betul..
Guru yang paling berjasa ialah guru kita dibangku tadika dan sekolah menengah..
Mengajar kita kenal A,B,C.
Mengajar kita mengenal 1,2,3..

A.au kata..guru dah tak boleh jadi Lilin..
Guru sekarang dah kena jadi spotlight..
Bukan hanya membakar diri untuk menerangi manusia,
akan tetapi juga menerangi diri dan menerangi semua.

kena marah kat cikgu sebab tak sapu sampah dan tidak jalankan jadual bertugas?
Kena marah kat cikgu sebab buat kerja lain masa dia mengajar dalam kelas?
Kena marah kat cikgu sebab tak siap kerja rumah?
Kena marah??
itu biasa..
siapa yang tak pernah kena marah kat cikgu itu ada something wrong dengan dia..

Tapi akhirnya cikgu lah yang nyanyikan lagu Kuch-kuch hota hai waktu hari perpisahan..
Wah sedihnya..

Juga special tribute buat Guru ummah..
Yang tidak letih-letih dengan karenah anak buahnya..
Guru..pemberi tanpa syarat ke-3

>>**<<

Malas..
Sakitnya bila ditimpa penyakit malas..
Padahal Kerja bertimbun..
Tapi free macam boleh goyang kaki ja..

Kata orang tua-tua,"turun la malaikat langit hijau kalu malah tok jadi apo jugok"
Malas??
Malas nak memegang pen,
malas nak bukak laptop,
malas nak makan?
malas nak kaji case?
malas malas dan malas..

Bagaimana nak menghalau malas dari hidup?
Berdoa...
Berdoa..
Berdoa.

Kalau anda pula bagaimana?
Hidup ini terlalu singkat untuk bermalas-malasan..
Amanah yang membahu jauh lebih banyak dari masa yang ada..
If you have a clear vision, actually you have no time to get breakfast.
Jadi apakah alasan untuk diri ini dan kita semua untuk bermalas-malasan?

[*]
Izinkan ku ucap kata taubat
Sebelum Kau memanggilku
kembali pada-Mu, menutup waktuku

Izinkan ku serukan nama-Mu
Sebelum nyawa dalam tubuhku
Kau ambil, kembali pada-MU

[**]
Karna ku tahu, hanyalah pada diri-Mu
Tempatku mengadu, tempatku mengeluh
Di dalam do’aku

[***]
Dan demi nafas yang telah kau hembuskan dalam kehidupanku
Ku berjanji, ku akan menjadi yang terbaik
Menjalankan segala perintah-Mu, menjauhi segala larangan-Mu
adalah sebaris do’a ku untuk-Mu

Back to [*][**][***] *My Favourite Song

Apakah jenis darah yang mengalir dalam tubuh kamu mampu menggambarkan personaliti sebenar diri kamu sendiri? Menurut salah sebuah institut di Jepun, kajian yang dilakukan ke atas jenis-jenis darah yang mengalir di dalam tubuh manusia ternyata mampu memberi gambaran terdekat mengenai keperibadian individu itu sendiri. Ingin berkongsi rahsia mengenainya?

~~saya yang berdarah A+~~

~DARAH 'O ' Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, kamu akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya kamu dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu kamu juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri kamu sendiri. Oleh yang demikian kamu harus lebih bijak mengawal emosi diri mu agar tidak dikuasai dengan tekanan.

~DARAH 'A ' Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup kamu. Kamu gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan kamu juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Kamu bijak bergaul dengan individu disekeliling mu dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan mu. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri kamu itu melambangkan bahawa kamu tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya kamu agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Kamu harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja kamu itu, kesihatan diri pula yang terabai.

~DARAH ' B' Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan mu. Kamu lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula kamu adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, kamu lebih gemar melaksanakannya dengan cara kamu sendiri. Kamu adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri kamu untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. Kamu adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap kamu yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri mu dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Kamu harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian.

~DARAH 'AB ' Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Kamu juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling mu berasa selesa untuk berdampingan dengan mu. Kamu juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. Namun ada satu perkara yang harus kamu perbaiki dalam diri kamu itu. Kamu perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri kamu sendiri...
MAHU PERCAYA..terpulanglah!

Era Perjuangan Sudah bermula..

Sinopsis Novel Galaksi Muhsinin:


Galaksi Muhsinin adalah satu umat. Mereka berbilang bangsa tetapi bersatu. Mereka maju tetapi bertakwa kepada Tuhan. Misi mereka cuma satu: menyebarkan rahmat ke serata alam.

Tahun 2205. Keamanan galaksi ini mula tergugat. Orang Zion sentiasa mengintai peluang. Liga Lanun mahukan maruah mereka kembali. Maharaja Legion pula berikrar melunaskan sumpah maharaja Empayar Sibernatik Cyborg yang pertama.

Konflik tercetus apabila salah sebuah planet yang berlindung di bawah Galaksi Muhsinin cuba dijajah oleh pihak musuh. Konflik dilanjutkan lagi apabila kapal angkasa yang membawa rombongan haji hilang selepas diserang oleh pasukan yang tidak dikenali.

Kemakmuran yang dahulunya tiada tolok banding kini di ambang kehancuran. Di bawah kepimpinan Khalifah Zulqarnain, mampukah Detasmen Mujahidin Elit ke-15 mempertahankan kedaulatan galaksi?


............

Kegemaran Ke-2 Seusai Sudah Kombat 1511H..

First Impression terhadap buku ini..
"Wah,buku ini agak bagus mungkin..Sama mesejnya dengan 'kitab' saya..

Buah tangan KLIBF09..







lagi-lagi..
>Mengapa Saya tidak berfikir begitu?:Prof Abdullah Hassan&Puan Ainon
>Kuasa berfikir kreatif:Prof Abdullah Hassan&Puan Ainon
>Galaksi Muhsinin:Azrul Jaini.
....

Tidak Rugi Menghabiskan duit kerana Buku..
Suatu kepuasan buat diri dan amal jariah mungkin dek request sahabat-sahabat untuk meminjamnya..

InsyaAllah..
Buku yang cukup buat bekal diri untuk bertemu umur yg ke-23..
Bekal Makanan untuk akal..

Sujud penyokong Sang merah (rED wArrior) sebelum melangkah ke dalam stadium

Lautan Penyokong Kelantan Kita..
A good JoB!



Di stadium..



~Wah Ramainya...
Wah!gahnya..~










And for the rest..lets the Picture speak by itself!

Hari ini buat pelik lagi..

oleh kerana nak pulangkan lidah ke pangkal jalan.
Lalu saya menikmati agar-agar bersama-sama budu
Sempena Hari Lahir saya by Kak Hah..

Juga Buat pelik in pair..
Kali ni Ngan kak Hanan..
Makan Buah Lai bersama Budu..
Syarat Sah jadi anak kelantan..
"makan budu"

Rindu rumah,Kelantan Sick budu akan jadi antidot.
Kenapa orang kelantan Bijak?
Disini mungkin ada jawapannya..
..

Kenal Budu?

Budu merupakan makanan traditional Kelantan dan Terengganu yang diperbuat daripada ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur.
Budu atau sos bilis yang berasal dari negeri sebelah pantai timur Malaysia ini mendapat perhatian dan menjadi kajian para ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, Australia, New Zealand dan Jerman.


Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki gluthaione sebagai bahan antioksida, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser.

Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan “kuno”.


Budu didapati berpotensi untuk melawan radikal bebas dan dipercayai mampu menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti artherosclerosis, jantung, penyakit kencing manis, kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal.


Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diarrhoea(cirit Birit), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hypertension.
Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh.

Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. kerana ia merangsangkan sel-sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah.
Budu merupakan sumber vitamin B yang paling banyak menyumbang kepada pecahan lain seperti vitamin B1 (thiamin), vitamin B2 (riboflavin), asid pantotenat, asid niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 (sianokobalamin).

Secara saintifik, budu merupakan penyumbang utama vitamin B12 yang dihasilkan oleh bakteria klebsiella pneumoniae dan Citrobacter frundiin - yang mana vitamin B12 ini tidak dimiliki dari mana-mana sumber makanan laut, ikan-ikan dan daging-daging lain. vitamin B12 ini perlu untuk pembentukan sel darah merah, di mana kekurangan vitaman ini mengakibatkan terjadinya penyakit anemia perisiosa (pucat), sakit perut dan berat badan menurun.
Selain pembekal kepada protein yang tinggi, ia turut mengandungi mineral makro dan mikro dalam jumlah yang cukup. Jumlah mineral zat besi, kalsium dan magnesium adalah sebanyak 9, 39, 2, 87 dan 8.05 mg bagi setiap 100 gram budu. Budu juga mengandungi zat antioksidan dalam bentuk isoflavon.

Seperti halnya vitamin C, vitamin E dan karotenoid, isoflavon juga merupakan antioksidan yang sangat diperlukan oleh tubuh untuk menghentikan reaksi pembentukan radikal bebas.
Radikal bebas merupakan atom atau molekul yang mempunyai satu atau lebih elektron yang tidak berpasangan, sehingga menjadi sangat aktif hingga menyebabkan ketumbuhan tumor, kanser, penuaan dan kematian sel. Radikal bebas didapati berpunca dari makan seharian yang dimakan dan juga dari reaksi yang terjadi di dalam tubuh. Adanya antioksidan di dalam budu akan mencegah pembentukan radikal bebas tersebut.

Kebiasaannya di dalam apa jua jenis ikan terdapat 3 jenis isoflavon unsur antioksidan iaitu daidzein, glisitein dan genistien. Pada budu, di samping 2 jenis unsur ini, terdapat juga antioksidan faktor 11 (6, 7, 4 trihidroksi isoflavon) yang mempunyai sifat antioksidan paling kuat dibandingkan isoflavon dalam ikan-ikan lain.

Penelitian yang dilakukan di Universiti North Carolina, Amerika Syarikat menemukan bahawa unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat pada budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payu dara.
Coronary arthery Disease (CAD) merupakan salah satu bentuk kelainan pembuluh darah koroner akibat penumpuan lemak di dalam dinding pembuluh darah iaitu satu keadaan yang disebut aterosklerosis. Ini mungkin disebabkan oleh faktor usia, pemakanan, jantina dan keturunan.

Manakala faktor dimodifikasi adalah peningkatan kadar lipida darah (hyperglycemia), hipertensi, obesiti, stress dan kurang aktiviti lasak. Pemakanan budu yang mempunyai sifat hipokolesterolemik (menurunkan lemak darah) seperti kandungan protein, serta makanan, niasin, vitamin E, karotenoid dan kalsium.

Satu ujikaji rambang yang dijalankan, mendapati pengambilan budu sebanyak 150 gm sehari selama 2 minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar dari jangkaan.
Selain dari sumber protein yang berkualiti tinggi, budu turut dikenali sebagai sumber serat (dietary fiber) yang baik. Kandungan serat di dalam budu mampu mencapai di antara 8 hingga 10% bagi setiap 100 gm. Ia menyumbangkan kepada 30% dari umlah serat yang dianjurkan oleh National Cancer Research..
..
Best budu!