Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Tentunya ada diantara sahabat yang merasa tercari-cari, mengenai apa-apa saja yang perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadhan. Untuk itu, mungkin ini dapat menbantu!

1. I’dad Ruhi Imani, wal jasadi..iaitu persiapan ruhiyy dan fizikal.

Orang-orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datangnya bulan Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, Berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan".

Dalam rangka mempersiapkan diri kearah itu.. dalam Surat At-Taubah Allah melarang kita melakukan pelbagai kemaksiatan dan kezalimam sejak bulan Rajab lagi,opps!ini tidak bererti yang dibulan lain dibolehkan pula ye...tapi ia adalah agar di bulan rejab kadar iman kita sudah di tangga 80% mungkin?? Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat.Dengan kata nama lain yang mana bulan rejab dan sya’ban adalah bulan untuk kita streching dan warming up!,agar tidak lah masuk bulan puasa,semua mengalami “unconciuos”,”cramp”,”gastrict” dan sebagainya.

Biasakan diri dengan latihan fizikal seperti puasa sunnat,qiamullai,membaca dan mentadabbur alqur’an,beraktiviti dakwah dengan seoptimum mungkin agar ia menjadi akhlaq kita di bulan ramadan..=)

2. I’dad Maliyah, iaitu persiapan harta

Jangan salah faham pula…persiapan harta bukan untuk membeli keperluan buka puasa yang berpuluh-puluh menu atau pakaian menyambut lebaran berbelas2 pasang sebagaimana tradisi kita selama ini. Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah,memperbanyakkan memberi karena Ramadhan pun sinonim dengan bulan sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.Jadi menabunglah sekarang untuk disedekahkan di bulan ramadhan

3. I’dad Fikri wa Ilmi, iaitu persiapan intelektual dan keilmuan

Agar ibadah Ramadhan sentiasa ditahap optimal, disana perlu kepada (persepsi) yang sebenar tentang Ramadhan. Caranya?? dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna kepada kita agar beribadah sesuai tuntutan Rasulullah SAW, selama Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa , atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, dan juga penting untuk dipersiapkan.

Here,we go!

0 comments: