Salam jumaat, penghulu segala hari dan hari yg penuh keberkatan.
Stupor bukanlah stupid maksudnya,jauh panggang dari api. Tetapi definisi stupor hanyalah boleh diketahui apabila anda menyertai kelab nya! (Siapakah ahli kelabnya?) Namun, penyertaan menjadi ahli kelab stupor bukanlah semudah memetik jari. Ia tidak terhad, tetapi penyertaannya ialah atas jemputan presiden kelab stupor dengan concensus ex-officio dan main board yang lain!
Stupor kadang2 menjadi penyeimbang apabila hormon2 dan electrolyte dlm badan tidak seimbang. Kadang2 ia akan berfungsi sebagai ubat midazolam, iaitu penenang. Namun, ahli kelab stupor mengakui, menginsafi dan membenari bahawa sumber utama ketenangan ialah hanya dengan mengingati Allah!(The best way that we have)
Ahli kelab stupor juga bukanlah ahli yg berhobi menggoyang kaki. Ahli kelab stupor ialah ahli yg proaktif dalam menyumbang kepada dakwah n tarbiyyah massa! (full tyme Muslim!)
Oleh itu, ahli kelab stupor amat berasa sakit hati apabila ada terjumpa sesiapa yg mengepost dlm facebook dgn frasa ayat "boring"..."tak tahu la nak buat apa.."...dan yg sewaktu dengannya, kerana ahli kelab stupor menyakini bahawa masa yg ada terlalu sedikit berbanding dgn tanggungjawab yg telah diamanahkan sebagai seorang KHALIFAH di muka bumi Allah ini. (Al-wajibat..aksaru minal auqat)
Ahli kelab stupor juga merupakan ahli yg sensitif hatinya, kerana mereka berhubung dgn manusia dgn menggunakan hati, menghargai nilai2 kemanusiaan seseorg insan. Mereka bukan berhubung dgn manusia dgn menggunakan otak semata2, sehingga melayan manusia seperti robot2. Ahli kelab stupor bukan begitu....
Mahu jadi ahli kelab stupor??
Boleh contact hati masing2 dulu..
Tanya diri sendiri, adakah anda punyai ciri2 ahli kelab stupor?
Salam jumaat.
Ahli kelab stupor disarankan membaca surah alkahfi pd hari ini.
Idea asal..
ahli kelab stupor~