Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Here i have to go!..

pergi bersama dengan dendam rindu yang menggunung kepada haq-haq yang tidak tertunai
beribu wasiat yang masih belum terlunas
...
Here i have to go!..
menyarung jersi cinta kerjaya..
membawa harapan ibu yang lama terpendam di daerah ini..

....



Here i have to go!
Diatas nama Allah dan muhammad kekasihnya,
Hidupkan lah kembali hati-hati kami..

Agar malam hari di hiasi taqwa,
siangnya kami mengejar abjad2 ilmu,
sehingga malam kami tiada igauan mimpi dusta,
sehingga siang hari tidak dikejar maddiah,
sehingga bercantum ikatan hati kami..

Agar diriku,
kekal abadi bersama cintaNYA,
dalam membawa risalahnya,
untuk menuju perhentian abadi tanpa kembali...

Kakak Sniper
Indera Mahkota,
18 september 2010@9.11am
..

Siapakah golongan hamba yang sedikit??

Mereka ialah golongan manusia yang bersyukur..
abdan syakuro!
..mohon saya juga Ya Allah...


Syukur dengan Kurniaan ini..
Kurniaan ditemukan Ramadhan..


Moga Allah menerima segala amal kami yang sedikit..
dan izinkahlah kami meneruskan momentum ketaatan hasil tarbiyah Ramadhan ini..

Diakhir Ramadhan,
Allah menyediakan reward kepada hambanya Yang MENANG!
menang mujahadah!
menang merebut segala ganjaran yang Allah tawarkan dengan balasan ketaatan hamba kepada TUANNYA..
itu lah Hadiah yang bernama Aidilfitri..

Apa erti takbir?
itu terpulang kepada individu yang menilai..
Menangkah?
atau hanya sekadar adat?

sambut lah Aidilfitri dengan penuh kemeriahan,disamping menginsafi matlamat nya..
juga mengingati dan merindui sang Ramadhan yang meninggalkan kita,
guru yang banyak memdidik kita hingga berjaya mendapat ijazah Aidilfitri..

Moga Ramadhan hadapan berjumpa lagi..
Aasif atas segala silap dan khilaf..

Terus RINDUKAN RAMADHAN..
dan
Salam Aidilfitri..

Ramadhan terakhir...
kerana saya tidak tahu apakah qada' dan qadar saya selepas ini..
apa yang didalam pengetahuan kita ialah apa yang sedang berlaku dan telah berlaku..

Apa yang pasti..Ramadhan terakhir sebagai siswi ini akan saya coretkan manisnya di laman ini
..

Ya saya masih disini
disisi kakak,
disisi teman,
disisi adik...
Ditaman ilmu dan budi..


Ramadhan terahir sebagai seorang siswi..

Bersama 4th batch yang pelbagai gaya dan kelainan,berbuka,bersahur,teraweh..
cuba membaiki biological clock yang rosak,menjadi burung hantu berburu dimalam hari ditengah-tengah kesesakan assignent yang menimbun,lantas terstupor juga bersama-sama di kelas..wah!..


bersama pahchan , kak ken , kak bi , jarulle, kak syerr, kutiq, kasalle..
sayang sangat-sangat ngan kamu-kamu..

juga..
Mencari indah ibadah bersama..
meronggeng bersama Aisyah,muni,sya,along mas,sarah pena sutra..
Meronggeng juga,,
mencari dan membina memori di Biskon Robin bersama
pah chan,kak dayah,adik yan,kakek~


Juga bersama2 sdik-adik junior Nurs
ke Andaman tomyam dibawah segarnya kekwa
mengisi ramadhan2 terakhir ini
ayuni,azira,akmal,naimah..
so sweet~
sWeet..
it is the most suitable word~
....

Dulu..setahun lepas..
Ramadhan bersama..
mak a.k.a kak fizah,meronggeng ke masjid
tidak kurang jugak ngan kak faraa
2 tahun lepas..
Bersama kak Dayah BFX jugak kak Ac..

"manisnya Ramadhan masa belajar takkan dapat dijumpai dimana-mana"..
itu perkataan biasa..
lalu saya tersenyum sahaja..

dan kini saya merasakannya..
ternyata..saaT-saat menuntut ilmu itu sangat manis
Ramadhan ini kian senja mahu melabuhkan tirainya,
membawa pelbagai rasa bersama memori yang indah..

Sunnatullah..
kita diciptakan untuk pulang..
sementara ketemu hujungnya,
ambillah bekal untuk menetap disana..

Ramadhan 1431H meninggalkan pilu jauh disudut hati..
Bilakah kenangan ini akan kembali?

CIPTALAH MEMORI DAN SENTIASA LAWATINYA~