Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru dimahsyurkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

“Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.

“Saya dan semua pemain berjanji akan memberikan yang terbaik supaya impian tersebut akan menjadi kenyataan dan kejayaan itu kita akan hadiahkan kepada Tuanku Sultan yang memayungi seluruh rakyat Kelantan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, segala persiapan berjalan dengan lancar dan semua barisan pemain sudah pun bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan akhir itu nanti.

Jelasnya, semua pemainnya kini bebas daripada masalah penggantungan dan kecederaan kecuali tiga pemain iaitu Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam untuk posisi pertahananan yang hampir pasti tidak dapat diturunkan.

SATHIANATHAN (kiri) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Kota Bharu semalam sebagi persiapan menghadapi final menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini.

“Kita sedang memantau perkembangan Akmal (Rizal Rakhli) yang masih belum pulih dan cergas sepenuhnya daripada kecederaan. Saya harap beliau akan pulih dalam masa terdekat ini dan dapat diturunkan pada final kelak.

“Jika ketiga-tiga mereka tidak dapat diturunkan sekali pun, ia tidak merencatkan persiapan pasukan kerana saya masih ada pemain lain yang standard mereka tetap sama dan mampu beraksi baik,” ujarnya.

Katanya, beliau mengharapkan para pemainnya fokus ketika aksi di padang, berdisiplin selain sentiasa yakin pada diri sendiri bagi memastikan mereka tidak mudah patah semangat.

“Untuk perlawanan Sabtu ini, saya harap pemain yang akan diturunkan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan, jangan gugup dan sentiasa ingat bahawa kita adalah pasukan yang hebat, jadi kena beraksi sebagai pasukan yang hebat.

“Jangan jadi macam tahun lepas, selepas kena satu jaringan kita hilang fokus dan tidak bermain dengan baik. Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran berguna buat kita untuk perlawanan Sabtu ini,” jelasnya.

Sumber:www.kelate.net


Like a garden..(1)
You are the best!

They are the best i think!
"Aku perlukan teman yang akan bersama-sama dengan membangun diri,memperjuang agama dan mempertabatkan ummah dengan penuh semangat juang.Kerana ku tahu,semangatnya yang membara akan selalu menghangatkan diriku yang kian membeku.."Terima kasihAtas komitmen pada u_r_h" 7.13pm@21/10/10

~5 Hajar (2010)
Ada hajar,ada hanim,ada yani,ada zai,ada amalina a,ada marlina,ada syaherah,ada amalina ismail,ada syahida
umpama..
Ada melur,ada mawar,ada melati,ada kemboja,ada teratai,ada tanjung,ada kiambang,ada kenanga,ada tulip..


Like a garden..(2)
seriously (ENIGMA!)
"esok kita bersidang!" 7.45pm@21/10/10
~Kak mahani (2010)

Ada nad,ada aida,ada khai,ada k.syedah,ada kak mahani,ada kak umme,ada kak yati,ada kak angah,ada juga madi,wani ngan nisah..tidak lupa ADA KAK FIZAH
Laksana..
Kiambang,melur,melati,teratai,kenanga,tulip,mawar,tanjung,kemboja...

Mereka umpama nunga-bunga yang cantik menawan,memberi warna ceria,memberi warna segar kepada sebuah Taman INI..
Tidak segan tidak silu "memberi" kepada sesiapa sahaja..
"Agama itu umpama Oksigen,ia ada dimana-mana"
dan mereka ialah bunga-bungaan yang menghasilkan Oksigen untuk SURVIVAL ini..

Moga BUNGA-BUNGA yang berpadu menghasilkan TAMAN ini akan terus mekar disyurga nanti..
Bersahabat didunia,Berjiran disyurga


Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap 2020


“Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”

"Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.

"RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi."

"Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus"

"Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit."

"Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli"..
- Petikan dari sebahagian intipati belanjawan 2011

Saya orang kampung..berasal dari keluarga Tak senang sangat,tak susah sangat..
tapi kalau lah ayah saya baca dan dengar belanjawan ni..agak-agak la..apa respon ayah saya?
(sambil berfikir...hmmm)

Saya juga pelajar.
tahun akhir kot..
agak-agak..
kalau saya letakkan keadaan saya dalam standard pelajar keramaian,
agak-agak la..
apa respon saya?..

Saya yang bercita-cita mahu ke Dewan rakyat...
Taman seri Gombak,
23 oktober 2010..