Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


Tirai Entry post saya bagi tahun 2011 (setelah bersawang kurang lebih 4 bulan) dimulakan dengan bercerita tantang mati

Ada satu modul :

Sebut mati sebanyak 100 kali ? ada atau tidak perubahan?

Atau pun anda pernah mendengar lagu ini?

Dengarlah hai sobat
Saat kau maksiat
Dan kau bayangkan ajal mendekat
Apa kan kau buat
Kau takkan selamat
Pasti dirimu habis dan tamat

Bukan ku sok taat
Sebelum terlambat
Ayo sama-sama kita taubat
Dunia sesaat
Awas kau tersesat
Ingatlah masih ada akhirat

Astafighrullahal’adzim

Ingat mati, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat ingat hidup cuman satu kali

Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat ingat sobat ingatlah akhirat

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Pandanglah ke sana
Lihat yang di sana
Mereka yang terbaring di tanahBukankah mereka
Pernah hidup juga
Kita pun kan menyusul mereka

Astafighrullahal’adzim

Cepat ucap astafighrullahal’adzim

Atau anda pernah mengalami saat-saat seperti ini..

Situasi 1)

“hamper di bawak hanyut air terjun yang menggila,dan tetiba terasa bagai ada yang manarik diri anda keluar dari keributan itu?”

Allah nak bagi subsidi nyawa lagi...~

Atau

Situasi 2:

Lelaki:’adik,sedap tak kuew teaw sup tu?’,sapa seorang lelaki yang tak di kenali

Pelajar 1:Terpinga-pinga lalu menjawab “aah?,ok la tapi tak leh lawan yang kampong saya punya”

Pelajar 2:”saper tu?,mungkin malaikat maut yang datang menyapa dan akan dating lagi dengan soalan seterusnya “dah bahes makan?”,”kalau dah habes.saya nak buat kerja saya ni”..

Jelmaan Malaikat maut kah lelaki tersebut?

*Situasi 1 & 2 ialah cerita sebenar yang dialami penulis..

....

Kematian adalah suatu yang hak, yang benar ,yang semakin mendekat,yang semakin menghampiri,dan yang pastinya akan dirasai oleh semua makluk yang bernyawa.

“Setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian” (Aali Imran: 185 )..

Mengingati mati bermakna memulakan hidup dengan “begin with the end in the mind”,dengan memasakkan “the big picture” di minda sebelum bermulanya hari..

“Manusia sedang tidur dan ia akan bangkit dan sedar kembali sesudah dia mati”,nukil Saidina Ali

Mati ialah turning point ..

penghubung alam “ujian” dan alam”marking”,sesudah dia ajar Allah,di tunjuk rasul dibekalkan kompas yang takkan sesat selamanya iaitu al-quran dan sunnah..

Mati akan membuatkan manusia diri sentiasa diawasi,mempunyai wawasan akhirat yang mana perlakuan hari ini dan saat ini terus cash di timbangan amal pahala atau dosaseseorang yang mana mati ialah jambatannya..

Mati juga akan menjadikan seoramg pemimpin akan memimpin rakyat dengan adil,ayah akan memimpin keluarga dengan penuh rasa tanggungjawab kerana teringatkan sakitnya sakarat..

Hidup yang di beri ialah sebuah anugerah,untuk sama-sama kita mencorakkan seni kematian,kerana kematian yang menuju lahad itu merupakan sebuah tempat tidur lena nuat mukmin muttaqin atau sebuah liang yang mengerikan kepada penghidupan yang mengazabkan kepada fasiq wa musysrik..

Peringatan buat wahai bakal-bakal mayat..

juga buat bakal-bakal jenazah..

0 comments: