Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Ini tidak lebih dari sebuah respon!"
bentak saya..
"Dan respon ialah sebuah outcome yang di trigger oleh sebuah stimulus"
Tambah saya lagi..
Kawan saya yang seorang ini sangat memahami..
"dan sekarang ,siapa yang mula membuat onar dan tak henti-henti memprovoke stimulus?,
dan saper yang respon?",tanya saya bertubi-tubi..
"Dunia Islam hari ini tidak lebih daripada sebuah perumpamaan seekor kucing yang di pijak-pijak oleh seoranng perempuan besar dan memakai highheal!"
"hah!,adil?"
"Lalu kalau tetiba kucing tu nak gigit kaki perempuan besar itu,agak-agak mu la buleh dok"
"dok pun,sorang dari kita jadi kucing sorang lagi belakon jadi perempuan tu,kita tengok apa yang akan berlaku"
Berderai gelak perbincangan kami..
...

Dia kidal
berkelulusan dari Universiti King Abdul Aziz jurusan Ekonomi,
Anak didik kepada Assyahid Abdullah Azzam
Dia Mujahid Usamah bin Awwad bin Mohammad bin Laden

"Coreline Murray, pakar tanda tangan (grafologi) British yang
mengkaji tanda tangan Osama mengeluarkan kenyataan melalui faks
ke stesyen televisyen Qatar, Al-Jazeera yang mengatakan:
“Osama adalah seorang lelaki tetap pendirian, keras, tegas,
ego dan pendendam. Ini mungkin dipengaruhi oleh kehidupan
berdikari, pendedahan yang luas dan dipertanggunjawabkan
dengan tugas yang mencabar di zaman awal kehidupannya.
Bagaimana pun watak itu sering diselangi dengan sifat merendah
diri dan rasa insaf kerana didikan awal agama yang berkesan.”
Sementara itu, Erik Ress, Pengerusi British Institute of
Grapho Logist pula berpendapat:
“Tanda tangan Osama menggambarkan beliau seorang
yang serius dalam sebarang pekerjaan dan tidak mudah
menyerah kalah dalam menghadapi permasalahan.”.
*****

Dunia boleh sahaja berkata apa perihal Mujahid osama, wira saya..Do I care?
Hidup atau mati itu bukan isunya..
Kerana sememangnya kita di lahirkan untuk mati,danjika dia pergi,perginya bersambut
Disambut malaikat dan bidadari menghadap kekasih yang sekian lama dia dan kita rindui..

Jika dia masih lagi hidup dan sedang membilang masa bertemu Kekasih dia dan kita,
dia akan terus membakar 'api' perjuangan ini..
Melahirkan manusia 'PATUH' kan ALLAH..

Sekali-kali orang yang beriman tidak akan pernah percaya akan khabar dari orang fasiq!
Ah..
apapun,dialah wira saya,sang pemberani!
dialah spirit yang menyelusup ke dalam baris-baris ayat-ayat hidup saya,dan jalinan abjad-abjad itu ter"koma" setelah mana saya mengenali beliau.
TURNING POINT BERMULA DI SITU
Saya tidak pernah berjumpa dengan beliau!,hanya foto2 menjadi medan perkenalan.
Juga dia tidak pernah mengenali saya,tidak mungkin dan tidak mungkin dia mengenali saya.

Apa yang pasti,perkenalan saya dan dia menjadi kan saya 'SESEORANG"
Saya TRANSFORM!
Seusai mengenali beliau..
Terima kasih buat anda : Mujahid Usamah ben Laden!..

Kepilan Respon Pemimpin berjiwa besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat:

Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam.

Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara Muslim yang lain.

Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan keganasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut.

Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti. Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini.

Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel.

Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas. Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.

Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?

Sekian, wassalam.

Tuan Guru Dato’ Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat
Pejabat Menteri Besar Kelantan.

Bertarikh : 30 Jamadil Awal 1432H bersamaan 3 Mei 2011M

0 comments: