Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"



Saya sang demostran!
ingin sentiasa terpilih sebagai salah seorang dari mereka..
beberapa siri tunjuk rasa telah saya lalui..
Saya gembira..
Allah sentiasa memilih saya sebagai saya diri kerdil dan di campakkan dicelahan mereka yang hebat.
Alhamdulillah
...
Tahun ini,
akan ada tunjuk rasa lagi..
saya gembira tika ura itu lalu di cuping telinga kira-kira 3 bulan lalu..
saya menaruh tekad!,
tidak dapat tidak untuk saya hadir..
MESTI!.
..
Terlalu ramai mereka yang cinta kan tanah air bertuah
tempat Tumpah darah ini..
saya juga begitu..
bukan niat bagi menimbulkan kekacauan dan apa jua bagai yang sewaktu dengannya,
jauh dan jauh sekali..
Kami sayang Malaysia!,seriously!
sayang kami jauh lajak lihatnya..
bukan hanya esok atau minggu depan,akan tetapi untuk 10 tahun,100 tahun lagi,bahkan wawasan kami wawasan akhirat..
kami sayang Malaysia dan segala rakyat Malaysia
Cita kami terlalu besar..besar dan besar..
....
Di stadium?,
haha,hoho,di gelak masyarakat dunia mungkin..
ah..itu semestinya,
tapi ini lah MALAYSIA terchenta..
tanah air yang anda dan saya cintai..
Saya bengang awalannya.
kenapa dan kenapa?
pelbagai pihak merasional kata dan rasa..

teman,sahabat,kawan!
bergeraklah!,
setialah dengan arah dan tunjuk pempenan..
susah atau senang..
walau semacam sukaneka mungkin?
atau tidak lebih umpama hari keluarga..
atau mungkin karnival dengan kata lain.
..
Saya demonstran lara..
yang tidak di pilih Allah untuk bersama teman di tanah air terchenta Malaysia,
kerana Allah menjemput saya berDEMO langsung di hadapan NYA
sekali rasa,beruntung!
2 kali rasa,kecewa ketinggalan!.
DEMO rintih saya,DEMO yang panjang
membawa segunung doa dan cita Ummat.
..
Saya yang umpama Imam Haramain di kala ini,
Teman sibuk berjuang berhadap dengan sang penguasa,
saya?
hanya membasahkan tikar sejadah sendiri..
Allah..
Engkaulah sebaik-baik pengatur..

Semangat KUNING,
kemeja T kuning,Juga Mafla KUNING akan saya jinjit bersama ke 2 tanah Haram itu
Jika ajal menjemput di jalanan..
Ya Allah!
aku bersama mereka..
~Saya :
Si demonstran lara!
juga bukan umpama Imam Haramain~
5.45pm di laman bonda,
Tanah serendah sekebun bunga!

video

1 comments:

kakanda,!
bila mahu brangkat :)
kabarkan yer, bukan mahu mngirim ole2
tp mahu kirim doa n salam pada Kekasih kita =)