seorang yang sangat kuat bekerja untuk anak-anak dan keluarga dan tegas orangnya..seorang yang tak banyak bercakap,tak banyak membebel akan anak-anak nya yang banyak kerenah ini.tapi once dia menegur,tegurannya memang menusuk ke hati. Sewaktu kecil dulu,waktu darjah satu,teringat pujian ayah,dia kata tulisan jawi ku cantik,mengalahkan tulisan kakakku yang sewaktu itu darjah 4..aku adik beradik selalu menunggukan kepulangan ayah..dengan gula-gula dalam bekas segi empat dan "roti kayu",itu lah menu yang selalu kitorang pesankan kepada ayah bila ayah ingin meninggalkan rumah..Diwajah tua nya,di senja umur yang sebegni sepatutnya dia duduk dirumah,hanya berehat&bermain dengan cucu-cucu..tapi beliau pilih untuk bekerja,walaupun ditegur oleh anak-anak,beliau tetap juga dengan keputusan beliau.Ayah pernah kata yang dia tak mahukan apa-apa dari anaknya,tapi dia nak satu je,nak tengok anak cucu dia hidup sene..
Ingin sahaja aku mewarisi sifat itqan,seitqan yang ada pada diri ayah,diam ayah diam yang sedang berfikir,tenang ayah menenangkan yang lain..
Ibu...
Kami adik beradik memanggilnya "Ma" tapi tidak pada aku..aku memanggilnya ibu..aku yang sebenarnya sangat pelik dari yang lain..ibu dan ayah pun mengakui kepelikan yg ada pada diriku berbanding yg lain.kalau aku berkehendakkan apa-apa dari ibu
tidak akan memberikannya sengan mudah..memang ibu mendidik aku supaya berusaha untuk mendapatkan sesuatu..dan ibu tak pernah dgn mudahnya memberikan jawapan ya dan beliau banyak berfikir terlebih dahulu diatas permintaan aku,sehinggalah satu masa aku faham,yang diam ibu bererti redha dan panjangnya fikir ibu tak lain semuanya untuk kebaikanku.Alhamdulillah aku dibesarkan dalam suasana tarbiah yang cukup dalam komuniti sekolah dan sekeliling, dan pernah ibu meminta aku supaya tak jadi pelik sangat,jadila seperti orang lain seperti sahabat aku yg ramai,dan beliau pernah tanya kan kepada ku,tidakkah aku letih dengan kehidupan aku yang begini...dan akhirnya,ibu menyerahkan kepercayaan sepenuhnya keatas aku untuk berbuat keputusan dengan sapa aku berkawan,kemana perginya aku,semuanya setelah aku terangkan kepada ibu yang segalanya untuk kerehatan abadi diakhirat nanti..Semenjak kedewasaan ini,ibu banyak menceritakan kisah hidup keluarga kami dulu-dulu..banyak menceritakan masalah dan berkongsi dengan aku.. mungkin ibu memerlukan sahabat untuk bercerita,meemandangkan ramai antara anak2nya telah berkahwin,belajar dan tinggal jauh dari mereka.Ibu seorang ikon ketabahan,ikon kesabaran dan ikon akedemik bagi aku.Ibu engkaulah ratu hati ini..apa yang menarik...ayah dan ibu ku mempunyai tarikh lahir yang sama...18/10 tapi tahun yang berbeza..
Luluh hatiku yang sayu...Menatap wajahmu tenang dalam lena.. Kasih zahirkan laku..Sedangkan bibirku..jauh dari lafaznya
Dan raut tuamu membekas jiwaku..Meredakan rindu mendamaikan kalbu..Tak mungkin
kutemu iras sentuhanmu..Biarpun kuredah seluruh dunia..Mencari gantimuBetapa sukarnya.. menyusun bicara..Meluahkan rasa menuturkan sayang..Kasih yang terlimpah hanya sekadar tingkah..Cuma ungkapan kebisuan yang melindungkan kalimah rahsia..
Masih kubiarkan waktu.. Melarikan lafaz kasihku padamu..Mengapakah sukar ..menyusun bicara..Meluahkan rasa.. menuturkan sayang..Kasih yang terlimpah hanyalah sekadar tingkah..Cumalah ungkapan bisu kalimah rahsia..
Apakah yang hilang andai dilisankan..Bait penghargaan penuh kejujuran..Tak mungkin terlihat cinta yang merona..Jika hanya renungan mata yang bersuara..Bukan atur kata..
Tiada lagi ertinya pengucapan..Andai akhir nafas di hujung helaan.. Sebelum mata rapat terpejam Usah biar kehilangan.. Menggantikan lafaz yang tersimpan
2 comments:
e2 sejarah..
hidup nie sangat singkat,binalah sejarah..at da same time, being current..kerana sifat waqie itu membuatkan Islam terus dan terus logik sampai akhir zaman..
bagus betul...
balik untuk program..
tapi jangan sampai balik klate tok kelik umah dah la...
balik walau sekejap... tu kata bos yang dah tua....hehe...
kata seorang ayah...
Post a Comment