"UKHWAH TERBINA GENERASI PERKASA.."
Welcome
Bukan langkah Muslimat biasa..
Bercita-cita untuk berperancangan sejauh mungkin..
Bercita-cita untuk mengatur khittah seteliti mungkin
Bercita-cita untuk beraktivitisme sepuas mungkin..
Bercita-cita mengatur derap sebanyak dan sepantas mungkin..
Bercita-cita untuk berfikir sambil bertindak segegas mungkin..
Bercita-cita untuk tidak mengatakan mustahil untuk semua perkara seboleh mungkin..
Dan..
Bercita-cita menjadi hamba yang tunduk semampu mungkin Kepada TUANNYA.
About Me
- Kakak Sniper
- Neo-Arai Post Graduasi Yang Mencabar, REALITY+ABILITY+CAPABILITY Sang kerdil yang BERCITA ingin menakluk dunia ! fawwazdina@yahoo.com
Followers
Apa kobar oghe kapung~
Labels
- Generasi 907 (1)
- Hazihi Sabeeli. (20)
- Juarai Siasah (13)
- Novice To Expert (2)
- Ramadhan Ini (9)
- Sahabat dan Persahabatan (8)
- Taman tarbiyah itu (1)
- Tinta Ekspedisi (6)
- Tombo Hati. (7)
Recent Posts
Popular Posts
-
Happy nurses day buat semua nurses sedunia. Yang menjadi perawat keamanan hati dan jiwa manusia s...
-
'Wajib ke atas setiap muslim memulakan dengan memperbaiki dirinya, kesempurnaan itu dapat dilihat bila ia telah dapat memiliki beberapa...
-
Dari rumah tangga ke gelanggang rakyat. Empat orang EXCO wanita (YB Rodziah, YB Dr Halimah, YB Teresa, YB Elizabeth) di Selangor Seorang Exc...
-
Pernah satu ketika, sedang Rasulullah berkumpul di dalam satu majlis bersama para sahabat, tiba-tiba bergenang air mata Baginda Rasulullah s...
-
Saat menjelang tidur... Berharap esok masih berkawan pagi Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi Selalu begitu... Seiring waktu dan ge...
Puteri seorang yang...
Mantap Tsaqofahnya
Faham Matlamatnya
Qudwah terbaik buat org bawahannya
Paling banyak berkorban untuk perjuangannya
Paling Kental Jiwanya
Paling Akrab dengan Tuhannya
Paling banyak mengalir air matanya
Anda Pengembara !
Backpackers We are
-
-
An Afternoon In Tanjung Puteri.....14 years ago
Budaya Kerja Kita
tangkas berfikir
on-call
cepat refleksi
responsif
berdisiplin
tidak banyak alasan
mencari kerja untuk Islam bukannya melarikan diri
rasa ghairah dan sangat berselera untuk memuliakan ummah dan melonjakkan Islam ke tempat asalnya
sentiasa resah mengenangkan nasib Islam yang kian tandus dalam kekejaman musuh yang membenci kemurnian Islam
G.E.N.E.R.A.S.I 907
Gathered here with my family
...My neighbours and my friends
Standing firm together against oppression holding hands
It doesn't matter where you're from
Or if you're young, old, women or man
We're here for the same reason; we want to take back our land
Oh God thank you..
For giving us the strength to hold on
And now we're here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
We know you're here with us
No more being prisoners in our homes
No more being afraid to talk
Our dream is just to be free, just to be free
Now when we've taking our first step
Towards a life of complete freedom
We can see our dream getting closer and closer, we're almost there
Oh God thank you..
For giving us the strength to hold on
And now we're here together
Calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
I can feel the pride in the air
And it makes me strong to see everyone
Standing together holding hands in unity
Shouting out loud demanding their right for freedom
...This is it and we're not backing of
Oh God we know you hear our call
And we're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
We're calling you for freedom, freedom
We know you can hear our call, ooh oh
We're calling for freedom, fighting for freedom
We know you won’t let us fall, ooh no
We know you're here with us .
Asa Kelate Bereh Belakoo
Duyuf
Gerak Muda
>> DSAI
Ratu hati Puteri di Bulan Aprill
09-04
2)Irafiza Ibrahim a.k.a Ira
11-04
3)Nor Aini Abdullah a.k.a Aini
13-04
4)Wan Nurul Syatirah a.k.a Syatty
17-04
5)Nur Aqilah a.k.a Qilah
22-04
6)Syaidah Nafisah a.k.a Syaidah
25-04
7)Nurul Khairani a.k.a Khai
30-04
Sifu Puteri
isyquqalbee~
Syabab Watan
Puteri Menyukai
Puteri dan Alternatiff
-
-
-
-
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni9 years ago
-
-
Where is the food?18 years ago
-
Anak-anak terbaek!
Muslimin Berkata~
Jom Mendengar~
ah..sebelum melabuhkan semester 2 tahun dua ni..
mahu saya tulis sesuatu tribute untuk kengkawan dan apa2 sahaja yg berkaitan dengan HOSHAS..
Tahun depan dah nak masuk tahun 3..
Huh?3rd year sudah...
takutnya...
competent sudah dengan MSN(Mediacal Surgical Nursing) 1-5?
Ubat-ubatan yg pelbagai??ward stock/floor stock/DDA dsbnya...
Bila dah melangkah 3rd year,dah tak maen dengan Wad Surgical,ward Medical ni..
A&E,OT romm pulak...
Paed jugak,tambah lagi Gynea and O&G..
Medical...
K11 2 minggu pertama..
bEST..
ada stuffnurse myza,staff Nurse amillia,staff nurse hamiza..
semuanya asal dari kelantan..
yang selalu jadi mangsa kami yg suka-suka menyakat ni..
Kat sini,kami sangat competent..
level competency ditabik oleh staff nurse..
Sampai semua menda suruh kita buat..
Kejap-kejap....
"Dik Uia..pukul 8 nanti tolak patient pergi Colonoscopy,ajak kawan"
"adik ni,katil ni (bagi list katil patient) buat ECG eh"..
Habes kerja je,lawat2 berbual-bual dengan patient asah terapheutic communication,nak bagi health eduacation,itu lah niat dihati..
sambil lepas lelah..
"Ha,dik dah wat naek patient?"sambung staff nurse
Pakcik bed 23 tu nak makan ubat,tapi kena insert ryles tube dulu,tolong insert eh?
hah?
"yang tu hourlly,yang tu,tu,tu,dan tu hourly observation dan CVP reading..
tolong tengok-tengokkan ye"
ada tender lagi ...
wah!
"ok kak staff nurse.."
dan...
la la la..
biasanya dalam ward saya akan bergandingan dengan KUDI,
dan emilia akan bergandingan dengan KUMI.
....
Gembira ja..
......huhu!,sampai satu tahap..
"cup-cup kak staffnurse,kami tak makan tak semayang lagi ni"
"boleh kami mintak diri sekejap??"
"lewat sudah ni..dah 6.15pm dah ni"
Hah..leper-leper..
Kumi dan Kudi dah membuatkan "tanda-tanda" Hypoglysemic dah..
[BUDAK UIA TIDAK BOLEH KELUAR DARI ACUTE CUBICAL..]
statement ini paling "best"..
kerja2 sambilan lain ialah wat procedure kat cubical belakang..
procedure yg agak special,kitorang akan diimport dari depan..
degree nurse to be la katakan..
Kami sangatlah disayangi..
ditimang-timang..
kalau nak mintak tolong wat apa,siap datang dan pegang-pegang tangan lagi kakak2 staffnurse ni..
kami pun jadi redha ja..
letih pun jadi takpa..
....................................
akan tetapi,Terjadi lah cerita yang membuatkan hubungan kami dengan staff ward k11 semakin dingin..
2 minggu selepas itu..
kerana penguatkuasaan Student-student UIA Sem 5 kebawah tidak dibenarkan memasuki acute cubical setelah patient di K12 collapse 1jam selepas di sponging oleh beberapa sahabat saya.
lalu berlaku la sedikit salah faham antara pengurusan UIA dan pengurusan HOSHAS..
it's not our false!
tak perlah..tak larat nak terangkan disini kenapa ia boleh sebegini lakunya..
dan..
Tahniah kat Kak Syikin,Ain and eid atas ke"tuff"an diorang menghadapi situasi itu....
Kami dah tak seaktif dulu..
dah tak seadvance dulu..
staffnurse sibuk bertanya2,kenapa kenapa kenapa.??
kenapa tak boleh?
"Tak boleh kak staffnurse,sebab kitorang belum belajar secara holistic cane nak menguruskan critically ill patient.."
kadang-kadang kita perlu pentingkan diri sendiri untuk menjaga maslahat orang lain..
Kadang-kadang kita perlu obey for the commad walaupun kita tak suka sangat..
dan kadang-kadang kita perlu lukakan hati sebelah pihak untuk menjaga hati sebelah pihak yang lain..
ikutkan hati,
nak jer bagging patient tyme patient collapse,
Nak ja check DDA punya drug setiap kali disuruh oleh staffnurse..
nak ja wat venipunture ABG kat patient.(Ni dr.Nordin selalu suruh)
Nak ja buat apa2 saja untuk semua patient..
nak..
nak..
nak..
tapi..
itu out of our capacity..
JUST ONLY FOR THE TYME BEING..
banyak lagi yang saya dan sahabat-sahabat kena belajar
untuk dapatkan title Nurse U41..
Pepun..Special tribute kat Sister Sanisah..
yang ikut ja apa yang kami buat kat K11 dari pagi habes shift..
ajar one by one with the such correct way (penuh hikmah)
yang selalu marah kami bila buat semua benda yang terlalu advance tanpa pikir apa komplikasinya.
Pengalaman di K11 (wad paling kontroversi bagi sesi postinhg kali ni) banyak mengajar kami menjadi student nurse yang paling kritikal pemikirannya dan tajam sense of sensitivity nya..
[AWAK-AWAK NI TERLALU BERANI LA]
Lecture sister sanisah...
Fikir fikir dan fikir katanya..
Thanks also kat:
Kutiq.Kura.Kukek.Kuyan.Kudi.Kumi.Kuya. kerana menjadi posting mate yang commited..
C U next sem..
Lagi Produk Baitul Muslim...
Mereka merupakan kakak-kakak dan sahabat saya..
Yang paling rapat mungkin..
Saya pernah bertanya kan kepada salah seorang daripada mereka..
dan saya mintak dia berjanji dengan saya untuk bertambah istiqamah dan bertambah derapnya dalam perjuangan..
Dan saya mintak dia menjadi role modale untuk kami-kami semua yang bahawasanya,perkahwinan sekali-kali tidak akan menurunkan prioriti dakwah beliau..
Menurunkan prioriti dakwah??
Kalau sebelum berkahwin..
kita ada seorang ibu dan seorang bapa..
Punyai 8 org adik beradik(sbg contoh)
Punya 20 sepupu
punya 10 anak saudara..
selepas kahwin..
semuanya jadi double..
kita punya 2 ibu dan 2 bapa
punya 16 orang adik beradik
punya 40 sepupu
punya 20 anak saudara
yang semuanya memerlukan hak masing-masing untuk kita tunaikan..
yang memerlukan kita lebih kritikal dalam memilih awlawiyat dan muwazzanat pada suatu masa.
dan kenapa selepas perkahwinan ia seakan-akan menjadi satu stigma yang masing-masing akan "slow"?
dan ia perlu pulang kapada basic..
Tanya kembali..
Kenapa kita berdakwah?
Adakah kerana dakwah itu wajib?
kita berdakwah atas kapasiti dakwah itu wajib,
inilah jadinya..
priority dakwah kita akan jadi menurun..
Dari no 1 pada zaman bujangnya kepada no 5 atau 6 atau 7 selepas berkahwin..
Akan tetapi,
kalau kita berdakwah atas rasa tanggungjawab kita untuk memberi..
It's will never stop..
kerana ia adalah faktor dalaman,dalam diri kita,
bukan kerana desakan luaran yg dakwah itu wajib..
Inside Out dengan kata lainnya..
orang kuat UIA Kuantan di suatu ketika dahulu..

Ni pulak Puan Nabilah..
Teman seperjuangan dan semua jenis se di matrix UIA..
Sekarang di UIAM Gombak.
Kamceng sangat-sangat..
Dulu kini dan selamanya..
saya cukup-cukup optimis dengan mereka yang mereka bakal mengharungi marhalah kedua matlamat tarbiyah dengan jayanya..
The real world is begin!
Mengapa Berada di Jalan Da’wah?
Pertanyaan itu selalu penting untuk kita renungi lagi.
Tentu akan sangat banyak huraian alasan dari pertanyaan tersebut.
Sesungguhnya, kita melangkah di jalan ini kerana jalan inilah bahagian daripada rasa syukur kita atas hidayah yang Allah berikan.
Jalan da’wah mengajarkan bahawa kita,yang sememangnya kita memerlukan da’wah. Kebersamaan kita dengan saudara-saudara di jalan ini semakin menegaskan bahawa kita harus hidup bersama mereka agar berhasil dalam hidup dunia dan akhirat. 'Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk Allah, maka ia akan mendapat pahala yang sama jumlah pahala orang yang mengikutinya tanpa dikurangi sedikitpun oleh pahala mereka.’ [HR. Muslim]
Ada banyak orang-orang mulia, kaum Muslimin para terdahulu yang telah menuai pahala kerana disebabkan mereka kita mengenal Islam dan menghantarkan kita mengimani agama ini. Para malaikat akan terus mencatat pahala mereka hingga hari kiamat tiba. Alasan berikutnya adalah da’wah akan menjadi penghalang turunnya azab Allah SWT (QS Al-A’raf: 164-165).
Teman-teman Pilihan Ar-rafiiq qabla thariiq,
memilih teman harus didahulukan sebelum memulai perjalanan. Syarat dalam perjalanan adalah:
Ar-rafiiq ash-shaalih (teman yang baik).
Di jalan ini, secara automatik teradun dalam kebersamaan setelah berbagai tahap (pemilihan)Yang menjadi pokoknya barangkali bukanlah seleksi (pemilihan) yang kita lakukan sendiri, melainkan tabiat kehidupan dan perjalanan ini yang memilih kita dan saudara-saudara kita secara tidak langsung. Ragam ujian, cubaan, berbagai fitnah, godaan dan rayuan di perjalanan inilah yang memilih (menyaring) kita dan saudara-saudara kita.
Kami dan Amal Jama’ie Kitab Al-Hall al-Islamy, Faridhah wa Dharurah, DR. Yusuf Al-Qaradhawi mengatakan: "Amal jama’ie itu harus dilakukan. Kerana ia termasuk di dalam perintah yang diwajibkan dalam agama dan tuntutan realiti sekaligus. Agama memerintahkan kita untuk bersatu dan saling membantu dalam kebaikan dan ketaqwaan. Sedangkan amal jama’ie termasuk salah satu bentuk amal kebaikan dan ketaqwaan yang paling khusus, paling prinsipal dan paling penting".
Perjalanan ini mutlak memerlukan pemimpin di antara syarat perjalanan adalah keharusan adanya pemimpin. Konsekuensi pemahaman bahawa da’wah harus terorganisasi. Seorang pemimpin diperlukan kerana pandangannya yang beragam untuk menentukan arah perjalanan dan kemaslahatan perjalanan.Tidak ada keteraturan tanpa kesatuan pengaturan. Alam ini menjadi teratur kerana Pengatur alam semesta ini adalah satu (Ihya Ulumuddin).Jika alam ini ada banyak tuhan, selain Allah, nescaya akan rosaklah. (QS Al-Anbiya: 22)Kita telah banyak banyak kali bertemu dengan karektor yang bermacam.interaksi ini terkadang mencetuskan perbezaan pendapat. Punya jiwa yang mudah bertoleransi adalah salah satu pelajaran berharga yang kita petik dari jalan da’wah untuk mendepani sifat dan ragam manusia di jalan ini,dan kita belajar untuk menghukumnya dengan adiladi
Tiga Karakter Penempuh Perjalanan Ibnul Qayyim Al-Jauziyah menyebutkan bahawa di perjalanan ini setidak-tidaknya ada tiga kelompok manusia. Mereka adalah:-
• Kelompok zaalimun li nafsihi adalah orang-orang yang lalai dalam mempersiapkan bekal perjalanan. Mereka enggan untuk mengumpulkan apa-apa yang mampu membuatnya sampai ke tujuan.
• Kelompok muqtashid adalah mereka yang mengambil bekal secukupnya sahaja untuk sampai ke tujuan perjalanan.
• Kelompok saabiqun bil khairaat yakni orang-orang yang ingin untuk meraih keuntungan yang sebesar-besarnya.
Bersama kita meraih gelaran kelompok keduadan ketiga,tidak kelompok yg pertama. kita harus punya bekalan yg mencukupi hingga perjalanan ini bertemu hujungnya,bekal untuk sama-sama menempuh jalan panjang dan sebaik-baik perbekalan adalah Taqwa dan dengan bekal itulah kita menempuh perjalanan da’wah ini.
La tas aluunii an hayaatii, fa hiya asrarul hayah
Jangan engkau tanya aku tentang jalan hidupku, di jalan ini terdapat banyak rahsia kehidupan
Hiya minhatun hiya minhatun, hiya alamun min umniyat
Ia adalah kurnia sekaligus ujian, ia adalah dunia cita-cita
Qad bi’tuha lillahi tsumma madhoitu fii raakibil huda
Aku telah menjual hidup ini kepada Allah, kemudian aku berlalu bersama pemburu petunjuk.
tak bersemangat??tak bermotivasi??bagi saya dan kawan-askawan,antara sebab menjadikan diri kurang bermotivasi semenjak sehari lepas dan 2 hari yg mendatang adalah disebabkan semua orang telah out of mood kerana 'diri' masing-masing sudah berada dikanpung halaman sebenarnya..2 days to go,hari-hari posting masih berbekal 2 hari..yeay!
Apa yg harus dilakukan??
setelah tahajjud...
1. Bersyukur, bersyukur, bersyukur.
Bersyukurlah sebab kita masih diberi peluang untuk meneruskan hidup, kiya juga masih diberikan pekuang untuk memenjatkan taubat,kita juga masih ada kesempatan untuk melakukan yang terbaik hari ini, lebih baik dari yang kelmarin.
2. Tekad Bermotivasi.
Pasang niat dalam hati yang kita mahu jadi bersemangat sepenuhnya. Ambil beberapa artikel-artikel motivasi pendek dan baca dalam seminit dua
Di waktu awal pagi, jangan buka email, baca newspaper, baca gosip-gosip mahupun join sesi mengumpat bersama kawan-kawan. Sebab, ia menerbitkan energi negatif lalu menghalang kita dari bermotivasi sepanjang hari.
3. Dekatkan Diri Dengan Sesi Motivasi.
Ikuti sesi-sesi motivasi di media, misalnya Motivasi Pagi di TV3 dan sesi motivasi. Luangkan masa 3-5 minit memberi motivasi pada diri sendiri melalui sesi-sesi motivasi pendek ni.Juga boleh tadabbur Al-quran..cari ayat2 motivasi..
Motivasi harus dijaga, sebab kalau tak di jaga ia mudah turun. Kesannya, anda menjadi tidak bersemangat, lemah longlai dan lemas.
4. Dalam Apa Jua Yang Anda Buat, Mulakan Dengan Bismillah.
Bila kita mula punch card nak masuk kerja, baca bismillah, moga kita dijauhkan dari bisikan syaitan yang membuat kita lalai, mengantuk, macam tak cukup ‘cas bateri’ saja.
Andai kata kita seorang pelajar, bermula dari nak masuk kelas, duduk di kerusi kita dan mula nak bukak buku, mulakan semuanya dengan bismillah. Moga apa jua yang anda lakukan mendapat keberkatan.
Masuk saje ke dalam kelas, pasang niat kita mahu menuntut ilmu. Bila istiqamah melakukannya, kita punya peluang cerah untuk menjadi cemerlang,kerana kita ialah a full tyme muslim
5. Set Target Kemajuan Diri Sendiri
Ini juga kurang dititikberatkan. Bila dah keluar rumah sama ada ke kelas atau ke tempat kerja, kita tak tahu apa yang kita nak capai hari tu. Betul tak?
Kita hanya nak sampai di sana, bekerja (atau menghadiri kelas) lepas tu nanti petang balik rumah, berehat, makan, minum, pastu tidur. Esok pagi, bangun dan perkara sama berulang lagi.
Hidup kita bagai dalam 1 bulatan, situ-situ saja.
Mulai hari ini, ubah sikap kita. Set target apa yang kita mahu capai, lagi best setkan untuk setiap hari.
Andai kita seorang pelajar, set target berapa bab yang kita nak ulangkaji, berapa buah buku yang kita nak baca dalam minggu ni, berapa soalan kita nak bertanya pada lecturer atau guru kita nanti.
Andai anda seorang usahawan, set target berapa jualan yang anda nak capai hari ini dan berapa keuntungan yang anda nak dapat hasil dari bisnes anda. Set juga apa yang anda nak pelajari hari ni dalam bidang bisnes anda.
Andai kita seorang pendakwah,berapa banyak pahala yang kita nak dapatkan hari ni,berapa banyak pintu hati yang kita nak ketuk hari ni,berapa banyak nasihat yang kita nak sampaikan hari ini.
6. Lihat Warna Cerah
Warna boleh mempengaruhi mood. Warna cerah membuat kita jadi energetik, ceria dan penuh dengan idea.
Dekatkan diri dengan benda-benda berwarna cerah sebab ia mampu merubah mood kita menjadi positif.
7. Penuhkan Hati Dengan Kemaafan
Lepaskan segala yang dulu-dulu. Maafkan orang diwaktu pagi, maafkan kesalahan semuanya dari dulu sampai sekarang.
Lepaskan dendam, rasa tak puas hati, geram, sakit hati dan yang sewaktu dengannya.
Andai emosi-emosi negatif ni bersarang di hati (walaupun sedikit) ia menghalang motivasi. Kesannya, kita jadi orang yang tak bersemangat langsung.
Lebih teruk, kita jadi orang yang berfikiran negatif, hanya nampak yang negatif dalam diri setiap orang, setiap situasi dan setiap benda.
Anda mesti berubah untuk kemajuan diri.
Berani Berubah Untuk Kecemerlangan Hidup.
Dare to change!
Dedikasi Buat Ayahanda tercinta:Ismail bin.Yaacob
Album : Permata Ayah Bonda
Munsyid : Ae-man
http://liriknasyid.com
ketika kejauhan
masihku hangat kasihmu ayah
betapaku rindukan redup wajahmu
hadir menemaniku
terbayang ketenangan
yang selalu kau pemerkan
bagaikan tiada keresahan
walau hatimu sering terluka
tika diriku terlanjur kata
tak pernah sekali kau tinggalkan
diriku sendirian
ketikaku dalam kedukaan
kau mendakap penuh pengertian
disaat diriku kehampaan
kau setia mengajarku
erti kekuatan
dalam senyummu
melihatku berjaya
bilaku kegagalan
tak kau biarkan
aku terus kecewa
dengan kata azimat
engkau nyalakan semangat
restu dan doa kau iringkan
tak dapatku bayangkan
hidupku ayah
tanpa engkau disisi
semua kasih sayang
yang kau curahkan
tersemat dihati.....
Semua orang mengharapkan muslimat mampu bangkit,menyumbang sama tinggi dan sama rendah dengan muslimin..
Semua orang mengharapkan muslimat boleh menjadi strategis agung dan mufakkirin gemilang,bukan sahaja amilin tekun dan Tawadduk..
Napak Sukar bukan??,Kerana ia seolah-olah melanggar 'keayu'an yg sedia dianugerahi..
Tapi ia stigma ini semakin hilang sedidik demi sedikit dari pemikiran orang-orang yang optimis dengan muslimat,juga pada muslimat yg ingin menjadi the pioneer kepada perubahan,yang sedar dan yakin dengan tuntutan semasa,arif dengan taklifan dan peranan sisi masing-masing danpada minda mereka yang tidak mahu terperosok kebelakang untuk menjaga Adden ini
.....
Saya buka gelanggang Perbincangan dan diskusi di "Rumah" saya ini dengan mendengar apa kata Uataz Nasarudin Tantawi..
Let's Reading!
............
قُوَّةٍ وَمِنْ رِبَاطِ الْخَيْلِ تُرْهِبُونَ بِهِ عَدُوَّ اللَّهِ وَعَدُوَّكُمْ وَآخَرِينَ مِنْ دُونِهِمْ لا تَعْلَمُونَهُمْ اللَّهُ يَعْلَمُهُمْ وَمَا تُنفِقُوا مِنْ شَيْءٍ فِي سَبِيلِ اللَّهِ يُوَفَّ إِلَيْكُمْ
وَأَنْتُمْ لا تُظْلَمُونَ“
Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang menceroboh) segala jenis kekuatan yang dapat kamu sediakan dan dari pasukan-pasukan berkuda yang lengkap sedia, untuk menggerunkan dengan persediaan itu musuh Allah dan musuh kamu serta musuh-musuh yang lain dari mereka yang kamu tidak mengetahuinya; sedang Allah mengetahuinya. Dan apa sahaja yang kamu belanjakan pada jalan Allah akan disempurnakan balasannya kepada kamu,dan kamu tidak akan dianiaya”.( Al Anfal 60 )
MUQADDIMAH
Hadaf / matlamat kita adalah untuk memastikan musuh – musuh Allah yang terdiri daripada golongan mustakbirin dan Jabbaarin , gentar dan tunduk kepada ugama Allah swt. Justeru itu , kita mesti memiliki kekuatan semampu mungkin untuk mencapai hadaf kita. Kekuatan yang dimaksudkan terbahagi kepada 2 kategori
•قوة المآد -
قوة المالي و الجسمي قوة الروحي
قوة الإيماني الفكر
Muslimat yang dihormati sekelian . Perlu disedari dan diinsafi bahawa muslimah adalah sayap kiri perjuangan ummat ini , demi mengembalikan semula kedaulatan Islam dan kesejagatan ummatnya. Suatu sayap yang amat penting posisinya , sehingga Allah swt telah menegaskan di dalam taujihat Quraaninya :وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ يَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنْ الْمُنكَرِ وَيُقِيمُونَ الصَّلاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَيُطِيعُونَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ أُوْلَئِكَ سَيَرْحَمُهُمْ اللَّهُ إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ حَكِيمٌDan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi Mereka zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( At Taubah 71 )
عن عائشة رضي الله عنها قالت : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِنَّمَا النِّسَاءُ شَقَائِقُ الرِّجَال . رواه الإمام أحمد و أبو
داود و الدارمي و ابن ماجه“ sesungguhnya perempuan adalah saudara kandung lelaki ”
Lantaran itu muslimat semestinya berfungsi dan beraksi , mengurus dan mentadbir perlaksanaan الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر, Justeru ia suatu kewajipan.
Namun suatu reality yang tidak boleh dinafikan bahawa operasi ini amat sulit dan getir. Ianya tidak semudah yang diungkapkan. Ia adalah suatu operasi ( kewajipan ) yang terdedah kepada tentangan yang mencabar. Suatu operasi yang terpaksa merentasi ibtila’ dan mehnah.Suatu operasi yang terpaksa menuruni lurah tribulasi. Suatu operasi yang terpaksa berdepan dengan konspirasi musuh yang tidak pernah mengenal simpati.
Muslimat yang dimuliakan, Projek الأمر و البهي ini memerlukan battalion yang tahan lasak, mampu merentasi resiko , berjiwa cekal dan tabah serta berpengalaman jauh, penuh strategi dan pengalaman. Projek الأمر و النهي ini memerlukan صفوة المخترة atau قاعدة الصلبة dan عصبة المؤمنة Dalam ertikata lain mereka adalah saf yang gemilang ( Mereka adalah muslimat cemerlang ).
Projek ini akan gagal ! kiranya saf pejuangan ini turut disertai oleh individu muslimat yang penakut dan lemah jiwanya.
Projek ini juga akan gagal kiranya battalion perjuangan ini turut disertai oleh individu muslimah yang lesu , beku,dan jumud.
Dalam ertikata lain mereka adalah “makhluk perosak” yang menggagalkan strategi perjuangan ini. ( Mereka adalah muslimat yang pasif, naih, laih dan dhoif ).
Persoalannya….bagaimana kita mahu melahirkan Muslimat Cemerlang ini ? Maka risalah ini menjawab segala-galanya.
Muslimat yang dihormati sekelian.
Jawapannya ialah paduan tiga kekuatan.
Kekuatan Jismiyyah
Kekuatan Ruhiyyah
Kekuatan Fikriyyah.
Tiga kekuatan ini melahirkan Muslimah Cemerlang.
Kekuatan Jismiah / Fizikal Tidak dimaksudkan dengan kekuatan jismiah ini, muslimat perlu masuk kelab bina badan, Kelab Karatedo/ Taekwando / Ju Do dan sebagainya.Tetapi ia bermaksud muslimat perlu memiliki susuk tubuh yang mampu memikul beban dakwah dan tanggung jawab perjuangan ini serta berkemampuan juga menanggung risikonya. AWAS….setiap perjuangan ini pasti diuji dan dicuba. Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu. ( Muhammad 31 ) أَحَسِبَ النَّاسُ أَنْ يُتْرَكُوا أَنْ يَقُولُوا آمَنَّا وَهُمْ لا يُفْتَنُونَوَلَقَدْ فَتَنَّا الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ فَلَيَعْلَمَنَّ اللَّهُ الَّذِينَ صَدَقُوا وَلَيَعْلَمَنَّ الْكَاذِبِينَ”Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta”.( Al Ankabut 2 - 3 )
Kekuatan / keupayaan fizikal yang memungkinkan muslimat menunaikan ibadah dan aktiviti taqarrub Ilallah. Hal ini memaksa muslimat menjaga kekuatan fizikal / agar tahap keupayaanya mengizinkan muslimat tampil kehadapan , menghadapi segala kemungkinan. Ertinya kesihatan dan kemahiran fizikal adalah dua tahap keupayaan yang mesti dimiliki dan ditingkatkan kualitinya.
[1] Kita tak mahu gerak kerja dakwah tergendala kerana 2 tahap keupayaan ini terlalu rendah. Contoh: Apabila kita nak menyusun program / aktiviti , pelbagai alasan yang kita terima dari muslimat sakit kepala, sakit perut, tak pandai komputer , tak ada pengalaman dll. Keluhan-keluhan sebegini sebenarnya boleh menyebabkan muslimat lari dari tugas perjuangan. Muslimat yang dihormati sekelian. Muslimat hari ini mesti bersiap sedia. Cabaran Abad ini memaksa kita untuk segalanya. Jangan sampai muslimat terkepong dalam susuk tubuh keperempuanan yang lemah. Sebaliknya…. Jadilah serikandi laksana Sofiyyah rha.
[2] Perjuangan masa kini memerlukan muslimat mampu mengendali tugas-tugas dakwah dan mahir mengurus sarana dakwah.(Komputer, pidato, menulis dll ). Hapuskan reality negatif bahawa sebahagian besar hidup muslimat adalah lemah/sakit. Sebaliknya jadilah Muslimat yang sihat, cergas, cerdas dan berenergy untuk mengharungi badai perjuangan.
KEKUATAN RUHIYYAH Kekuatan ruh adalah bersinonim dengan kekuatan jisim. Sebagaimana bidalan Hukama’ رُهْبَانُ في اللَيْلِ وَ فُرْسَاُن بِالنَّهَارِ " Rahib di malam hari dan kuda yang tangkas di siang hari" جُنْدِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العَمَلِ وَ صُوْفِيَّةٌ بَحْتٌ مِنْ نَاحِيَةِ العِبَادَة “ Tentera yang berdisiplin dalam menjalankan tugas dan sufi yang abid dalam melaksanakan ibadat" Ruh ibarat nadi , menjadi dinamo untuk menggerakkan semangat perjuangan yang berterusan. Persediaan Ruhiyyah ini juga adalah suatu kewajipan utama apabila ia dibias oleh statement Ilahi:-يَاأَيُّهَا الْمُزَّمِّلُ قُمْ اللَّيْلَ إِلا قَلِيلا نِصْفَهُ أَوْ انْقُصْ مِنْهُ قَلِيلاأَوْ زِدْ عَلَيْهِ وَرَتِّلْ الْقُرْآنَ تَرْتِيلا إِنَّا سَنُلْقِي عَلَيْكَ قَوْلا ثَقِيلا Wahai orang yang berselimut!. Bangunlah sembahyang Tahajjud pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat), Iaitu separuh dari waktu malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu, Ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan "Tartil".
Kekuatan ruh adalah asas kelangsungan perjuangan untuk merealisasikan projek الأمر بالمعروف و النهي عن المنكر .Ia juga satu kuasa dalaman, laksana antibody yang yang mampu mengawal diri dari terjerumus dan terseleweng. Suatu kuasa yang menyebabkan muslimah takkan menyerah kalah kepada musuh. Sejarah agong mencatatakan bagaimana Asma’ binti Abu Bakar pada suatu ketika anaknya Abdullah Ibnu Zubair pulang kerumah walhal ia sedang berperang dengan tentera Hajjaj Yusuf Assaqafi. Asma’ dengan tegas menyatakan : الشَّأْنُ شَأْنُكَ يَا عَبْدَ اللهِ وَالَّذِيْنَ قُتِلُوْا تَحْتَ رَايَتِكَ وَ إِنْ كُنْتَ إِنَّمَا أَرَدْتَ الدُّنْيَا فَلَيْسَ الْعَبْدُ أَنْتَ أَهْلَكْتَ نَفْسَكَ وِ أَهْلَكْتَ رِجَالَكَ . أَنْتَ أَعْلَمُ بِنَفْسِكَ فَإِنْ كُنْتَ تَعْتَقِدُ أَنَّكَ عَلى حَقٍّ وَ تَدْعُوْا إِلى حَقٍّ فَاصْبِرْوَ جَالِدْ كَمَا صَبَرَ أَصْحَابُكَ “ Apa yang berlaku terpulanglah kepada mu wahai Abdullah , dan engkau lebih tahu tentang dirimu , maka jika sekiranya engkau yakin bahawa engkau berada di atas kebenaran dan engkau menyeru kepada kebenaran maka bersabarlah dan tabahlah sebagaimana sabarnya sahabat – sahabatmu yang telah gugur di bawah panji perjuanganmu dan jika kamu inginkan dunia , engkau telah membinasakan dirimu sendiri dan engkau telah membinasakan sahabat – sahabatmu” Khaulah rha dengan kisahnya menghantar 3 orang anaknya ke Medan Jihad. Setelah semua anaknya syahid, beliau menangis kerana tiada lagi anak untuk dihantar ke medan jihad. Zainab Al-Ghazali pula disiksa dalam penjara berkali ganda lebih dahsyat dari seksaan yang dikenakan kepada kaum lelaki. Dilepaskan anjing-anjing garang dan lapar dalam sel tahanannya. Ini semua wajah-wajah mereka yang memiliki kekuatan ruh sekalipun jasad mereka diratah dan disiat. Sekalipun nyawa terpaksa berpisah dari badan. Namun menyerah kalah / tunduk kepada kuasa taghut dan pengaruh nafsu tidak sama sekali.
Kekuatan ruh bererti kekuatan kekuatan bertawakkal dan tunduk kepada Allah. beriltizam dengan amal Islami dalam apa jua situasi . انفِرُوا خِفَافًا وَثِقَالا وَجَاهِدُوا بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنتُمْ تَعْلَمُونَ Pergilah kamu beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah), sama ada dengan keadaan ringan (dan mudah bergerak) ataupun dengan keadaan berat (disebabkan berbagai-bagai tanggungjawab); dan berjihadlah dengan harta benda dan jiwa kamu pada jalan Allah (untuk membela Islam). Yang demikian amatlah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui. ( At Taubah 41 ) Kekuatan ruh jua bererti optimis bahawa مستقبل لهذا الدين Yakin Islam pasti menang.
Justeru itu muslimat tidak sewajarnya merasa lemah. وَلا تَهِنُوا وَلا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمْ الأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. ( Ali Imraan 139 ) Kekuatan roh yang dimiliki oleh generasi terdahulu telah mencatat kemenangan dan sejarah yang gemilang. Selayaknya kita turut mencontohi mereka. Demikianlah anjuran Imam Malik rhm . لا يَصْلُحُ أخِرُ هذِهِ الأُمَّةِ إلاّ بِمَا صَلُحَ بِهِ َأوَّلُهَا “
Tidak gemilang ummat akhir zaman melainkan kembali melaksanakan apa yang telah menyebabkan ummat terdahulu menjadi gemmilang” Apa yang penting kita mesti memiliki 3 prinsip :
1. Iman dan Tawakkal maksudnya Yakin menang dan serah kepada Allah. ( rujuk surah Al Ahzab ayat 22 ) •
2. Tegas : Tidak berganjak & cintakan syahid. ( sila rujuk surah Al Ahzab ayat 23 ) •
3. Teruskan Dakwah & Istiqamah. إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللَّهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمْ الْمَلائِكَةُ أَلا تَخَافُواوَلا تَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنْتُمْ تُوعَدُونَ Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.( Fussilat 30 )
Muslimat yang dihormati, KEKUATAN FIKRAH Ummat Nabi Muhammad Saw di sepanjang zaman menghadapi musuh berbentuk غزوة الفكري . lantaran itu Al-Quran diturunkan dalam bentuk hujjah dan keterangan nyata untuk menghadapi mereka. وَنَزَّلْنَا عَلَيْكَ الْكِتَابَ تِبْيَانًا لِكُلِّ شَيْءٍ وَهُدًى وَرَحْمَةً وَبُشْرَى لِلْمُسْلِمِينَ "dan Kami turunkan kepadamu Al-Quran menjelaskan tiap-tiap sesuatu dan menjadi hidayah petunjuk, serta membawa rahmat dan berita yang mengembirakan, bagi orang-orang Islam." ( An Nahl 89 ) Ancaman غزوة الفكري abad ini semakin sengit sementara mufakkir-mufakkir Islami semakin berkurangan. Ini suatu fenomena yang amat membimbangkan kita. Gejala Juhala’ berleluasa, pengangguran otak sampai ketahap bahaya . Merka hanya rasa memadai mendapat sandaran mahasiswa/wi , Dr, Prof. dan lain lain , tetapi malas berfikir menatang amal Islami. Mereka guna sandaran ini untuk cari makan. Kelemahan ini menyebabkan benteng ummah kian rapuh (mudah ditembusi dengan pelbagai helah licik golongan orientalis). Kita mesti bina kekuatan fikriyyah ini, terutamanya muslimat , ( satu pihak yang pada realitinya amat terkebelakang.) Daya fikrah mereka telalu lemah. Kebanyakan muslimat hanya fikir tentang diri sendiri , hias diri , resipi dan anak-anak.
Adapun amal Islami sekadar beramal apa yang rutin. Islam mesti dilihat secara syumul , justeru itu fikrah kita jua mestilah jelas dan syumul juga. Ketajaman fikrah Islami amat perlu diera kini ( Era maklumat / era manusia berfikir , tetapi mereka berfikir dengan fikiran yang dikuasai oleh fikrah jahiliyyah moden yang hanya berorientasikan fikrah maddiah.
Untuk membina kekuatan ini muslimat mesti berani tampilkan diri, banyak membaca dan mengadakan perbincangan ilmiah. Apa yang berlaku muslimat terkebelakang, usahkan nak jadi pemidato Islami yang mampu mengutarakan fikrah-fikrah Islamiah kepada masyarakat, nak mengemukakan soalan kepada penceramah pun , muslimat masih lagi menulis dikertas untuk diajukan. Perbincangan kita pula banyak berkisar kepada perkara-perkara yang tidak berfaedah dan remeh temeh (yang tidak membawa manafaaat kepada jamaah seperti mengumpat, mencela dsbnya.)
Perbincangan kita seharian di rumah sepatutnya membentuk biah Islamiah. Bincang soal ekonomi Islam, mujtama’ Islami dan sebagainya . Muslimat yang di hormati sekelian, Tiga kekuatan ini saling berantaian. Kalau hanya badan sihat , angkat tong gas larat tapi subuh gajah( lewat ) tak jadi. Kuat beribadat tapi jumud , juga sia-sia. Bukan kita sorang nak masuk syurga. Islam perlu disebarkan dan ini memerlukan pemikiran yang haraki . Kemudian . fikrah jelas, hebat berfikir tapi sakit gigi sepanjang tahun , sakit kepala sepanjang sessi , sakit urat sepanjang masa ( hanya sihat waktu nak shoping sahaja)…nak buat apa. Akhirnya semua aktiviti dan program tergendala disebabkan muslimat tidak memiliki tiga kekuatan yang telah digariskan .
PENUTUP
Mulai sekarang muslimat jangan banyak dalih dan lengah, pastikan tiga kekuatan ini dapat dikumpulkan semaksima mungkin . Demi Islam dan perjuangannya . Bila lagi kita nak berubah dan berusaha gigih untuk memiliki kemampuan dan kekuatan ini . Bukankah kita bercita – cita besar untuk menang dan seterusnya mendaulatkan syariat Islamiyyah di muka bumi Allah amnya dan di tanahair kita khasnya .
Kalau benar ini menjadi cita – cita kita , wahai muslimat ! lupakan segala karenah dan masaalah peribadi . Telah tiba waktunya kita memberi keutamaan kepada persoalan amal Islami demi masa depan ummah .
[1] Hari ini orang serang Islam melalui Internet. Siapa yang mampu kendali internet? Jangan- jangan kita ni Internet tak boleh’ hanya main Net ball sahaja yang boleh.
[2] Dalam satu peperangan Rasulullah mahu kubu muslimat dikawal oleh para Sahabat sedang kubu itu berada dalam kawasan yang paling bahaya. Arahan Rasulullah tidak segera disahut sehingga Sofiyyah meluru untuk mengawal kubu yang paling bahaya itu. Akhirnya berlaku suatu pertempuran antara musuh dan Sofiah , Sofiah berjaya memenggal kepala musuh lalu dibawa pulang kepada sahabat yang lain.


