Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Perjuangan ini seperti kita bertanam padi.Kita membuka hutan,menebang,membakar,membuat batas mencedung atau menanam,menaruh baja menghalau burung dan babi.Itulah kerja kita,tetapi menggantung buah padi itu adalah urusan Allah sendiri,bukan urusan saya.”


USTAZ AMALUDIN DARUS

Ini adalah Jawapan yang telah di beri oleh Ustaz Amaludin Darus,vateran PAS Kelantan pada tahun 1956 yang lalu apabila ditanya bilakah PAS akan menawan kelantan.Masa telah berlalu..Masuk penggal ini,sudah 5 penggal Kelantan ditadbir Oleh ISLAM,dan semua telah menikmati kemanisan dibawah pemerintahan ISLAM...

Dari rumah tangga ke gelanggang rakyat.
Empat orang EXCO wanita (YB Rodziah, YB Dr Halimah, YB Teresa, YB Elizabeth) di Selangor
Seorang Exco Muslimat di Kelantan(Yb Wan Ubaidah Omar-PAS)
Seorang Exco muslimat di Kedah(Yb Siti Aishah Ghazali-PAS)

Juga dua orang Dr Muslimat Pas di Parlimen,Dr lo’lo’ ghazali dan Dr Siti Mariah Mahmud(kali terakhir Pas mempunyai wakil muslimat di parlimen ialah pada tahun1956 iaitu Khatijah sidek).Setelah mengeluarkan dasar pada Tahun 1999,kali ini dua dari 5 calon muslimat kita telah berjaya.

Antara Gaint Killer PRU 12 ialah Nurul izzah..(PKR)
Antara yang mendapat Undi paling percaya PRU 12,Teresa Kok Sum Sih(47230undi,dengan majoriti 36492) juga wanita..(DAP)




Ketua pembangkang dari Wanita?
Dengan membawa 5 agenda yang akan diberi perhatian,iaitu ekonomi,perpaduan,kehakiman,media,dan hak asasi,kini Datin Seri Wan Azizah (PKR) membawa tanggungjawab yang bukan kecil untuk digalas.Kematangan beliau selama mana menperjuangkan PKR juga nasib mangsa ISA menyebabkan beliau telah diberi peluang untuk menjadi leader of the leader!syabas buat beliau.


Yang pastinya,kejayaan ini bermula dari rumah,dan mereka melangkah ke gelanggang masyarakat dengan penuh keyakinan..Dan sama2lah kita semua wanita mencari serta mencabar potensi diri untuk menyambung kegemilangan wanita pada hari ini,mereka telah membina tapak yang kukuh dan telah mencipta kepercayaan di mata muslimin,tinggal lagi kita yang meneruskannya...

"Fata disebut dalam al-quran untuk merujuk kepada anak muda yang berani memusnahkan berhala,namanya Ibrahim”-Komander Muhammad Amin dalam buku Kombat 1511H

Bekas Presiden Indonesia pernah berkata:”berikan aku 10 orang pemuda yang kuat mental dan fizikalnya,maka akan aku gegarkan dunia dengan mereka”.Sejarah telah membuktikan,tumbangnya Rejim Shah Iran Palavi Disebabkan anak muda..
Sejarah juga telah membuktikan tumbangnya Suharto disebabkan mahasiswa indonesia..
Sejarah membuktikan,mujahidin Afghan yang berjuang menghalau Rusia keluar dari bumi itu dalam keadaan yang menghinakan juga terdiri dari anak muda ..

Sesungguhnya,itulah cerminan atau ulangan sejarah kepada apa yang berlaku kepada Malaysia pada 8Mac2008,sejarah telah menjadi saksi kepada buku perjuangan golongan muda yang kian cemerlang mencatat rekod dalam diari perjuangan.



“Senjata makan tuan” itulah ulasan dari lidah rasmi kerajaan berita harian berkenaan dengan kemenangan PAS di kelantan..Kempen 18 tahun pade doh akhirnya menjadi racun kepada diri sendiri..Mengikut analisa yang dibuat,hampir 90 daripada pengundi di saluran 3 dan 4 mengundi BA dan kempen balik ngundi oleh UMNO Kelantan telah menjadi medium utama anak2 muda kelantan penyokong kerajaan tok guru balik menunaikan kewajipan mereka..


Hantu?
Saya ada membaca tulisan senior berkenaan dengan pengalamannya berkenaan dengan senarai 30,000 pengundi hantu yang akan di eksport ke Kelantan dan sebelum inipun kebimbangan menghimpit dengan berita yang mana pilihanraya kali ini dijangka menjadi pilihanraya paling kotor dalam sejarah Malaysia..Merenung jauh kedalam diri apakah yang saya ada untuk saya jadikan sebagai mahar perjuangan ini,apa yang akan saya korbankan untuk mempertahankan Islam yang ada di Kelantan...Buat lah apa pun,selagi boleh menyumbang,selagi boleh hulurkan.

"Kalu g tulah,meme leper PAS kali ni”tapi masing-masing antara kami tetap optimis,masa depan hanya untuk Islam,Ya Maunah Allah kita tak boleh jangka..Suppose To be,dengan kemasukan 30,000 tentera abrahah moden sudah cukup besar untuk menidakkan ISLAM di Kelantan..Dengan penangkapan seorang warga Indonesia bersama dengannya 12 keping Kad Pengenalan sudah menggambarkan bukan sedikit hantu yang ada pada Hari pembuangan Undi tersebut.Tapi...mungkin kali ini,sejarah Perang Badar kembali berulang..tapi dengan Versi yang berbeza..kalau dulu,Jibril dan malaikat turun ke bumi menunggang kuda putih,Tpi mungkin maunah Allah berbeza pada kali ini..Tahniah dan takziah buat semua..Yang penting,kita telah bekerja untuk melihat apa yang kita percaya!
Sekali lagi,rakyat kelantan berjaya menjadi guru politik kepada seluruh rakyat Malaysia..

Common Shared Value anak kelate..
-Cintakan agama,banggakan Islam dan beramal dengan Islam
-Mendokong bukan saja menyokong kepimpinan ulama’,
Mendaulatkan islam dan ilmu.
-Tidak tersilau dengan unsur material dan fitnah
-Membudayakan ilmu dan bertindak berasaskan ilmu!




Cuba perhatikan ..
telahan ini amat menjadi..
hampir 70 peratus harapan Utusan Melayu Versi Adil dan Bersih ini tepat..
Alhamdulillah,Nafas baru untuk Malaysia Baru..
ANAK MUDA DAN PERUBAHAN.

Tawaran Negara Berkebajikan ...
(Untuk Mahasiswa)
1-Menghapuskan Yuran tertunggak PTPTN

2-Pendidikan PERCUMA IPTA


3-Pemberian semula BIASISWA


4-Penghapusan AUKU..




Tawaran negara ber.... dari umno.

(8 prinsip UMNO kelantan)

-Membangun Islam dikelantan secara `serambi Mekah',secara Bijaksana dalam reliti berasaskan Manhaj Islam Hadhari
(Kenapa tak Guna je Manhaj Al-quran dan Sunnah,Islam Itu Syumul lagi Inqilabiyyah..Tiada unsur pecampuran jahilayyah dan Islam)

-Membangun Kelantan mithali

( dah cukup mitali di bawah pemerintahan Tok guru,dan akan terus mithali.)

-Menghapus imej kemunduran

(tak perlulah sibuk-sibuk kat negeri orang,buktikan dulu kat Perlis,Kedah,Terengganu,Sabah dan bla..bla..)

-Menghapus kemiskinan tegar

(Terengganu apa jadi??temakin tegar ape lepas Di ambil alih UMNO.Tak caya tanya orang T'ganu)

- M'pelbagaikan sumber pendapatan negeri

(Insya Allah,cuba bagi support kat kerajaan Pas Kelantan kalau betul-betul Ikhlas)

-Memperkasakan seni budaya dan warisan

(Dah lama "Kita" buat)

- Menggilap modal insan..

(Kalau Islam Digenggam,Tak perlu gilap,cahaya Allah automatik akan menyinari)




Renunglah ke dalam Diri..


Hmm..mana lebih best??
Samada yang lebih praktikal atau retorik,gorengan semata-mata..
Nasihat ini ditujukan khas buat semua anak qlate,terutamanya bagi mereka yang bergelar Mahasiswa,yang kebanyakannya "I don't care"..

Dalam Musim genting ini,terutama bagi sahabat-sahabat di IPT yang mana kita tidak dapat turun untuk menyumbang terus kepada Kemengan Islam disebabkan tuntutan ilmu..banyakkan lah amal ibadah,rancakkan lagi malam kita untuk beribadah dan bermunajat kepada Allah untuk Kemenagan ISLAM..Jangan lupa untuk berdoa agar ALLAH mengenggam hati-hati yang sudah nampak kebenaran agar tidak tersilau dengan dunia dan minta lah kepada ALLAH agar DIA membolak balikkan hati-hati yang masih lagi kesamaran untuk menilah kebenaran dan berikan mereka Hidayah..

Bersedialah dengan segala method persiapan..

Jauhi maksiat kerana ia boleh menjadi asbab kekalahan kita..sepertimana Pesan Saidina Umar Al-Khattab kepada tentera Saad Bin Abi Waqas..
Dan juga jangan lupa perbanyakkan Bacaan Qunut Nazilah untuk mengelakkan dari kemungkinan berlakunya kejahatan..Wal'iyazubillah

TIADA ON DAN OFF DALAM PERJUANGAN..
PERJUANGAN SATU KEMESTIAN
Beberapa bait peringatan penting daripada Timb Presiden Ust Nasharuddin semasa taklimat kepada jentera Muslimat 2 hari lalu.
1. Kita berjuang ke, kita tak berjuang ke semua orang akan mati sbb mati itu pasti. Lebih baik mati dalam keadaan berjuang daripada mati dalam keadaan tidak berjuang. mati dalam keadaan tidak berjuang menyebabkan kita berada dalam "Kelab Abu Lahab". Abu Lahab masa dalam neraka pun kata " Ehhh....kamu dulu bukan orang Pas ke...cemana buleh ada dalam kelab ni?"..."memang saya orang pas, tapi saya tak memperjuangkan Islam bersama Pas, saya tak datang mesyuarat bila kena panggil, saya tak jawab email bila diminta, saya tak pegi pun jadi jentera petugas masa MTD panggil, saya hanya jadi ahli yang lelap dan beri sokongan sahaja". Ust Nasha mengingatkan semua petugas dengan hadis " barangsiapa yang mati, dalam keadaaan dia tidak pernah bercita-cita untuk memperjuangkan Islam, maka matinya adalah dalam mati jahiliyyah".
2. Kita berjuang walaupun susah dan teruk tetap dinilai pahala oleh Allah SWT tetapi tidak bagi petugas UMNO BN walaupun mereka berulangkali menyatakan mereka memperjuangkan Islam Hadhari.
3. Allah menjanjikan kemenangan kepada Islam dan tetap memeliharanya walaupun kita tak berjuang, malah Allah SWT boleh ganti dengan kaum lain yang mahu memperjuangkan Islam sekiranya kita tak mahu memperjuangkan Islam. Manusia akan mati tatapi Islam tetap dipelihara oleh SWT hingga hari kiamat.
Ayuh semua PRU12 sudah sangat dekat bersedialah di dipenjuru MTD/UPU/Pondok Panas/tmpt pengundian mana antum berada. Jadilah pasukan tentera Islam yang berjuang sehingga ke titisan darah terakhir (dalam waqie PRU sehingga ke effort pengiraan kertas undi yang terakhir oleh petugas PACA, no bloodshed is required kecuali kena pukul dengan Samseng Pemuda BN).

Apabila…

Apabila laut bergelombang,ombak bergelora,dan angin bertiup kencang,semua penumpang kapal akan berteriak;“YA ALLAH

Apabila seseorang tersesat ditengah padang pasir,kenderaan menyimpang dari laluannya;dan para kafilah tersesat menentukan arah perjalanannya,mereka akan berseru; YA ALLAH.

Apabila pintu ditutup dihadapan pencari kerja dan tirai-tirai ditutup didepan orang yang meminta,mereka akan berseru YA ALLAH

Apabila tertimpanya musibah,bencana melanda,dan berlakunya tragedi,ia akan menyebut;
YA ALLAH.

Apabila berbagai usaha tidak manpu menyelesaikan,setiap jalan terasa sempit,harapan terhenti,dan semua jalan pintas telah buntu,mereka akan menyeru YA ALLAH..

Apabila dunia terasa sempit disebabkan persoalan hidup dan jiwa terasa seolah tertekan oleh bebanan kehidupan yang harus dipiku,mereka menyeru YA ALLAH

Hanya....

KepadaNYA sahaja yang layak dipanjatkan kalimah-kalimah indah,doa yang ikhlas,bisikan yang jujur,air mata yang menitis penuh keinsafan,dan ratapan derita yang melemahkan jiwa.

Hanya....

KepadaNYA kedua telapak tangan di tadahkan kelangit setiap sepertiga malam,yakni tangan-tangan yang memerlukan pertolonganNYA,dan tatapan mata hamba yang penuh harapan dimengertikan rasa yang mendera,kerana seisi dunia tidak memahami kecuali DIA...

YANG MAHA MEMAHAMI..
Yang mana dengan menemuiNYA,hari akan berlalu dengan tenang,hari menjadi damai,tiada resah tiada gundah.

YA ALLAH...
"Lenyapkanlah segala keraguan dengan cahaya mentari di ufuk timur..Hancurkan segala kebatilan yang bersarang di dalam perasaan dengan secerah sinar harapan dan hapuskanlah segala tipu daya syaitan dengan pertolongan bala tenteraMU."


“Wahai saudara, janganlah kamu berputus asa. Sesungguhnya berputus asa itu bukanlah akhlak muslimin. Hakikat yang ada pada hari ini adalah mimpi semalam, manakala mimpi hari ini bakal menjadi hakikat esok. Pihak yang lemah tidak akan lemah selamanya kerana yang kuat itu akan beransur-ansur menjadi tua dan uzur. Setiap makhluk ada ajalnya maka setiap kezaliman ada kesudahannya!”..ASSYAHID IMAM HASSAN AL-BANNA)

....Milik siapakah kekuasaan hari ini?(kekuasaan)hanyalah milik Allah yang Esa dan
Maha perkasa.(Ghafir:16)
(pengadaptasian dari buku LA TAHZAN,Dr Aidh bin Abdullah Al-Qarni,jilid1)

HASBUNALLAH...