Sudah lama
saya hidup
24 tahun
perkiraannya ,
dan hampir suku abad kiranya jika umur dipanjangkan lagi 10 hari menuju 2012.
..
Terlalu
banyak chapter yang bersilih ganti..
Chapter sayu
Chapter pilu
Chapter
gumbira!
Chapter
duka!
Chapter
stress!
Chapter
menyayangi!
Chapter
membenci!
Oh,whoa..
Banyak
sangat rencah hidup ini..
....
"secularism is not merely the separation between the world and akhirat"
"this is a kind of secularism also"
kata-kata itu terngiang di telinga ,luncuran dari mulut seorang teman yang selalu jujur dengan katanya..
Saya terdiam.
and,now i'm here..
to learn.
to teach.
to give.
Prolog..
Sungguh!,ini cita-cita dan impian yang ke empat yang telah Allah kabulkan sebelum tiba di tahun dan masa yang sebetul nya seperti yang tercatat di dalam time frame hayat.Dia delay kan mimpi saya yang satu itu dan pada masa yang sama DIA mencepat kan 4 yang lain.How big you are my almighty GOD?.wah,mungkin ALLAH mempercepatkan segalanya dan memberi signal kepada saya yang hidup saya sudah tidak lama * harus sentiasa dan selalu bertaubat ( ' ;' ).Cita yang ke empat ini di lalui dengan penuh rasa.Di sini saya belajar tentang hidup dan kehidupan .Semakin banyak engkau memberi semakin bahgia hidup kamu!.
Aqidah saya semakin kuat dan kuat untuk itu.
2 minggu bukannya satu period masa yang lama
begitu juga dengan 3 bulan
3-17/12 - bukan lama
13/9 - 13/12 - juga masa yang lama
2 minggu..
saya,aisyah dan amirah memulakan hidup,menginfaqkan diri sepuasnya,mengerahkan segala kepakaran dan segala yang ada demi sebuah tarbiyah.
memenuhi harapan sang ustaz dan pengurusan sebagai changing agent
memenuhi harapan sang ibu dan sang bapa
memenuhi expectation sang peserta
juga
memenuhi harapan dan expectation diri sendiri.
Gambar hiasan semata : sementara menunggu gambar sebetulnya dari cikgu aisyah
Yang paling bekorban ialah aisyah dan amirah,mengorbankan kehidupan yang bersenang lenang untuk menghayati apa itu "the art of living",moga Allah mengganjari kamu-kamu dengan sebaik-baik ganjaran.Di panggil Cikgu,ustazah,teacher is such honorable words.Tq for all,ustaz/ah,adik2 pembantu juga adik2 pembantu am dan seisi disana.Bermula daripada Modul,pengisian,P/C,riadhah,disiplin,kesihatan& kecemasan,perhubungan dan pengangkutan semua di selesaikan dengan rasa yang pelbagai oleh aisyah,amirah dan saya!*sambil mengambil hujung lengan baju dan mengesat peluh di dahi.Membawa pendekatan berbeza di tempat baru bukan suatu yang ringkas dan mudah.harus berperang,keras dengan kepala sendiri,tidak mudah mengalah,tahan tekanan,dan sentiasa pretend tidak bersalah..Ok!,tak pe,rupanya menjadi annisa di sini tidak perlu setegar menjadi annisa di pasentren al-huda.Modern dan quite open minded membuatkan kami tidak segan sangat untuk melontarkan idea,berbahas dan berbantah-bantahan dengan segala uruf dan adat perihal segala disini,mereka tidak resistance kepada change!,so our mission running smoothly dengan sedikit saja pergeseran.Enjoy ja!
Mengurus manusia : itu mencabar
Wow!
Kerja kami selain menjadi guru tauhid,feqah,adab,tajwid,akhlaq di 2,3 hari yang pertama ialah memujuk kanak-kanak.Range umur yang jauh 6- 16 tahun membuatkan kami perlu berhadapan dengan ragam yang berbeza.Datang seorang peserta "cikgu nak balik teringat mak",datang yang ke dua "cikgu,nak balik teringat arnab",*terkejut sambil menepuk2 dahi sendiri.Pujuk punya pujuk,"tak per la cikgu,esok mak datang,tapi nina ngan nani nak tidur dengan cikgu malam ni".Lalu tidur la kami cikgi-cikgu di lantaian membenarkan anak-anak tersebut menggantikan tempat tidur kami.The sick bay,the tears bay,operaion bay.Itu namanya bilik cikgu yang tidak seberapa luas itu cukup-cukup untuk 3 orang.Sudah 2 hari kerja memujuk dengan terganggu gugat sedikit kerja-kerja pembelajaran,kami mengumpulkan semua peserta muslimat yang berjumlah lebih kurang 100 orang itu,dan satu soalan diajukan "saper nak balik?"
woh!,bapak nya ramai yang nak balik.Patut pun public phone tak putus-putus dengan kunjungan pelanggan.erm,ada agenda rupanya mereka-mereka ini.
Sudahlah kita wahai cikgi-cikgu dan ustazah,macamana nak settle kes ni?
Dengan kuasa yang ada ditangan saya sebagai ketua fasi,i'm become discipline teacher also known as mudirah seperti mana yang telah di darjah kan oleh pak kiyai ustaz mokhtar yang berpendekatan amaran rotan,cikgu aisyah dengan penuh motherly menggunakan usapan,dan cikgu amirah dengan style kekakakan bahu membahu,gandingan 3 gaya didikan yang berbeza,synergy yang belbagai mampu menyelesaikan masalah terbabit."Kepulangan kamu 2 minggu dari sekarang lebih di nanti-nantikan oleh ibu ayah awak dari pada kepulangan awak pada hari iini even mak ayak tahu yang awak rindukan dan sayang kan mereka"- pesan saya.
Free hair,tak pernah solat,tingkatan 4 masih baca iqra',ada geng-geng dan bergaduh,itu cabaran kami.
Bagai menarik rambut di dalam tepung,harus hati-hati!
DREAM - HOPE - FEAR
itu didikan yang di berikan.
Mengenalkan mereka the purpose of existance mereka di situ membawa mereka untuk mampu hidup seadanya."disini kamu di ajar berdikari,diajar disiplin,diajar berkongsi,diajar hidup sederhana,diajar berkawan,diajar tidak pentingkan diri sendiri,diajar untuk keras dengan diri sendiri, dan apa yang penting mak ayah kamu menghantar kamu untuk belajar erti hidup dan kesusahan"
Kami,saya amirah dan aisyah juga banyak belajar.
Sentap 1,sentap 2,sentap 3 dan banyak renjatan elektrik yang kena.
Allah menghantar kamu kesana kerana DIA ingin mengajar kamu.
Terasa,terkesan,kerkesima..
Belajar tentang adab itu yang paling terkesan
adab dengan Allah,adab dengan Alqur'an,adab dengan guru dan banyak lagi.
Terstupor tahap ntah ape hape di setiap hujung minggu!
menguruskan hujung minggu yang pack itu memang mancabar mentally dan physically
hujung minggu pertama : 2 hari sukaneka,indoor game,malam tayangan juga malam keinsfan
chapek bangat
Hujung minggu ke dua : malam gema perjuangan dan saya ialah pengarahnya muslimin dan muslimat!
stuporian united!
dan apa yang pasti bergaduh sama aisyah dan amirah itu bukan mudah boi!
Stupor tahap kemuncak ialah bila memandu di 2++ pagi dari penor ke Hospital Tengku Ampuan Afzan membawa peserta yang mengalami pendarahan di dalam telinga selepas malam keinsafan yang menchapekkan itu sangat menyayat hati.Tiada siapa yang sedar,yang sebenarnya Amirah memandu dalam keadaan tidak sedar,saya juga aisyah juga subconscious pada ketika itu,dan sedar-sedar sudah di atas bukit di Bay route di tengah hutan pada pukul 3++ pagi.Oh,seperti terpukau kerana semua orang di tahap letih kritikal.Tapi tak leh tahan tu,pukul 4 pagi sempat lagi berhenti makan di tepi jalan,tom yam la,kuew teow kerang dsbnya.Sebetulnya keesokan harinya selepas siap dan segar dan pasti semua orang dalam keadaan sedar sepenuhnya,masing-masing berceritakan perihal semalam.dan yang menarik!,semua orang tak sedar apa yang di lakukan dan berlaku semalam! *sungguh mengerikan..sambil diri mengucapkan hamdallah atas nikmat usia yang masih lagi panjang.
Kami bertiga,tiada seorang pun yang terlepas dari menitiskan air mata kerana atas karenah anak-anak didik kami.Oh,begitu rupanya hati seorang guru,juga hati seorang ibu.Anak saya yang 17 itu banyak juga ragamnya.Oh,tapi ok la,dapat jadi kumpulan terbaik dan memenangi juara keseluruhan malam gema perjuangan.
"Kamu harus cikgu tinggalin dulu wahai anak-anak"
"ada hal dan kerja yang lebih penting yang perlu cikgu tunaikan"
"najah,jaga adik-adik elok-elok tau"
"esok malam gema perjuangan buat yang terbaik"
"cikgu nak dengar yang kamu2 menang walaupun cikgu tak der bersama"
saya juga menagis di saat meninggalkan kanak-kanak itu..
tidak mahu di lepaskan saya pergi!
sory dear, i have to go..
selepas bersalam dan mengagihkan sedikit kenangan-kenangan kepada mereka dan memberikan pelukan terakhir..
"fiqah!,bawak adik-adik masuk"
bye bye my heart.
dan disini saya mengetahui..
cinta saya kepada taarbiyah itu sangat dalam.
i like to be a teacher.
and i have found me myself..
16-12-2011
berbangkukan kerusi di atas sebuah stage , saya mendapat mesej
"Akak,kumpulan kita menang juara kumpulan terbaik keseluruhannya dan mendapat tempat pertama persembahan malam gema perjuangan"
Ow~
sayang kan anak tinggal-tinggal kan..
aqidah itu menapak di hati
"kak najah cakap!,kita kena wat yang terbaik malam ni demi cikgu dan Allah!" cerita Dayah*salah seorang ahli kumpulan saya.
Latihan nasyid 'MERAH SAGA'lagu tema selamat jalan~ - Shoutul Harakah dengan gaya ala2 gerila bermain-main di mata..
dan kelakarnya si dayah berlakon ,sehinggakan ke hari ini menjadi bahan ingatan yang tidak putus-putus buat saya.
juga hari ini saya sedar,
saya sangat suka mereka yang kelakar.
hoho..
so impressive dengan kata -kata mereka
ketika memegang saya sebelum kepulangan saya ke kelantan bertuah,mereka berjaga di pintu hijau itu dan sanggup menunggu saya takut-takut pulang tanpa pemberitahuan kepada mereka.
"cikgu tahun depan cikgu datang lagi,kalau cikgu datang lagi saya nak masuk jugak dan akan ajak ramai kawan-kawan untuk mereka kenal cikgu"
eh eh ..
Insya ALLAH
dengan syarat semayang jangan tinggal,qur'an kena selalu baca =)
Part Summer camp di cerita Kuch-kuch Ho Ta Hai nampak nya menjadi reality malam ni.
Apa yang pasti saya telah mengajar mereka erti mimpi!.
Saya banyak mengenal diri sendiri dengan mengenali mereka
Saya banyak mengenal erti hidup dengan mengenali mereka
Terima kasih Pondok Annur!
1 comments:
Subhanallah!
Tahniah adik! Sy selalu yakin bahawa di mn sahaja awk berada, pasti hudhurul-muathir itu dirasai oleh mereka2. Alhamdulillah, bertuahnya awk, diberi kesempatan utk bersama santri2 hebat =)
Tahniah skali lg adinda! Spirit Sang Pemimpi terus mengalir dan ianya turut dirasai oleh anak2 awk ;), terima kasih cikgu!
Post a Comment