Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


2 bulan 2 minggu 2 hari….

Pernah suatu ketika Apabila ada seorang senior bertanyakan saya,apa cita-cita saya,itulah cita-cita saya…beliau bertanya lagi,apakah u pilihan saya…jawab saya UKM dan UIA..sebab????,jwapan saya sebab kt sana ada course Sains Nuklear..Dengan results SPM yang tak tercapai target,rezeki saya ada di UIAM..Senior yang sama pun bertanya kpd saya bilamana results panggilan ke universiti sudah keluar.."nti buleh ngaji mano??course apa?”,saya menjawab dengan sedikit malu kepadanya…."Nursing,UIA!"…haaa…ha..besar gelaknya…."nti nursing”???.
sampai hari ni pun,sedara mara masih tak boleh nak terima kenyataan. "misi Mung dih"??

Hari ini…saya seorang student nurse…
Yang tersepit antara tanggungjawab dan amanah..
Yang Kadang-kadang memaksa diri untuk bertindak diluar jangkaan yang mengejutkan semua,lecturer,Clinical instructor,kawan-kawan apatah lagi rumate..

Sememangnya,saya sukakan kepelikan...pelik dari yang lain..

Lecturer microbiology saya,merangkap juga lecturer untuk parasitology dan human chemistry pernah berpesan..."If doctor treat the human with using their brain,what special with you,you treat the human with using your heart"...pesan Dr,Hikmatullah pula,"treat the human as human as possible”..

Tercabar&Mencabar
Kombinasi art and science membuatkan saya sedikit letih dalam berfikir..bila exam,fakta nya tak perlu cakaplah,kena guna skills dan tak ketinggalan hikmah..touching not only using our hand but also using our heart.
Masa mula-mula saya menceburi bidang ini,seniour saya selau mengutuk saya…dan saya pasti kutukan dia tidak dari hati,sekadar menghilangkan gatal dimulut.”apa la kos anti ni..bla..bla..bla”..,saya mendengarnya tanpa sebarang respon,bila letih mulut dia,berenti la dia..tercabar

Suka dan disukai..
Saya teramat suka dan happy with my job,kalau saya banyak berbakti pada hari-hari tertentu..banyak demanding dari patient,walaupun letih yang pasti puas..sebab itulah warna kehidupan seorang student nurse.Saya juga sangat suka kalau ajakan saya menyuruh patient-patient saya supaya solat disahut..juga sangat suka kalau kadang-kadang saya berjaya mengajak staff nurse juga jururawat pelatih lain untuk solat mahgrib@isyak berjemaah bersama-sama saya..

Kami student nurse UIA sangat disukai di dalam ward..patient-patient lebih suka mendapatkan bantuan misi "baju putih seluar hijau”...kata mereka kami bagi layanan 1st class..Ya,memang kami diajar untuk menghormati semua manusia dari HO mahupun MO,makcik cleaner untill AIDS person mahupun orang gila yang sakit,sebab itu hak mereka sebagai manusia.Sehinggakan ada pakcik yang mengaku wajah saya sama macam anak dia,macam adik dia,dan ada juga anak kepada seorang makcik cakap kitorang student nurse UIA ni macam ustazah(alhamdulillah..) dan ada juga makcik yang semasa saya bagi pertolongan memeluk dan ucap teriima kasih misi..

Marah dan dan mengajar..
Pernah juga kena marah sewaktu tempoh berkhidmat ini..macam-macam hal..ada yang cari sendiri dan ada yang tak disengajakan..pernah sekali dimarah sampai tahap cipan oleh lecturer saya dalan kelas dpn classmate sebab ponteng posting.Dah saya mintak dengan cara baik diorang tak bagi,saya nekad ponteng jugak tnpa pengetahuan pihak kuliyyah,tapi saya sempat memberitahu pihak ward dan balik ke kelantan kerana terpaksa adil dengan dua keadaan,saya bahagikan 2 hari,sehari untuk tanggungjawab disini dan sehari untuk amanah saya dikelantan.You tak profesional,not kommited,not brilliant in placing the priority and so on bla..bla..Kami diasak dengan disiplin yang tinggi,untuk membuktikan we are the most professional student nurse! Dan inilah
sbnrnya dunia misi..saya hanya mendengar dengan renungan kosong.Saya tidak marahkan beliau,Cuma Saya doakan moga Allah membukakan mata hati beliau yang sebenarnya skop berbakti dan berkhidmat bukan setakat dalam komuniti hospital shj,tapi luas ruang lingkupnya,dan semua nya akan Allah pertanggungjawabkan satu persatu diakhirat nanti.Terima Kasih Guru..

Semestinya pengalaman clinical posting ini banyak ”MENGAJAR” saya..daripada sekecil-kesil benda sampailah sebesar-besar benda.Sesungguhnya sekeliling kami adalah pengajaran,dan penuh dengan keinsafan kalau mahu diambil ikhtibar.Dan semestinya menguji bukan saja fizikal tetapi juga mental.kalau saper-saper nak test korang punya kesabaran,silalah duduk di spital dan jadi Nurse sambilan.Betapa kesyukuran kita panjatkan kepada ALLAH atas kurniaan yang DIA berikan buat kita yang mana masih lagi mampu tersenyum dan bergelak ketawa dan besarnya kekuasaan Allah yang mendetikkan rasa redha kapada pesakit bila di uji dengan dugaan yang kadang-kadang tak masuk akal untuk difikirkan...sinar iman di sebalik ujian

Menerima sebuah sms dari seorang patient...'You desire to know the art of living my friends?It is contained in one phrase;Make use of suffering!'

Segala-galanya bermula dengan novice dan diharapkan akan berakhir dengan expert...Tugas educating the Ummah and serving the nation not stop here..Nursing the ummah with knowledge how go back to the root which is Islam is the only solution must be go on,and non stop ever and forever..Betapa gembiranya dilahirkan sebagai anak cucu keturunan Nusaybah Bin Kaab ini yang terlalu banyak untuk dicoretkan..dan terlalu banyak yang boleh saya cagarkan DISANA nanti..

TERIMA KASIH..

Tanjung 4B(Sursical female),Kiambang 5B(Orthopedic male)&5c(Surgical male),Mawar 7B&7C(Medical female),Orkid 8B&8C(Medical male),Melor 2A(Orthopedic Female)