Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

Campus Dakwah ptoject (CAMPRO)
sebuah usaha yang berbaloi...
bagi melihat ummat punya dan terus peduli..


Tidur siang pernah dianggap sebagai salah satu tanda kemalasan. Islam menganggapnya sebagai suatu

kebaikan asalkan seseorang itu tidak berlebih-lebihan dengannya.Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi :

"Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah

keji. Rasulullah SallAllahu Alaihi wasallam ada melakukannya."



imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata :

"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan ibadah di malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum tergelincir matahari untuk solat zohor."


Islam mempunyai pandangan tertentu tentang tidur tengahari. Ia dianggap sebagai sunnah dan bukan sebagai satu yang keji. Tidurnya hanya sekejap. Tujuannya adalah untuk kesegaran tubuh badan agar dapat dimanfaatkan untuk melaksanakan amal dan ibadah yang berkualiti.

Dewasa ini, berpandukan kajian-kajian saintifik, tidur sekejap di waktu siang (day napping), terutamanya pada waktu tengahari, didapati amat berkesan untuk mempertingkatkan tenaga, tumpuan dan akhirnya produktiviti pekerja-pekerja.

Baru-baru ini satu kajian 25 tahun tentang kesan tidur ke atas negara-negara industri dan pasca industri telah mendapati bahawa 92.5% pekerja-pekerja yang berkesempatan tidur di waktu tengahari, mempunyai daya kreativiti yang lebih tinggi. Daya kemampuan mereka untuk menyelesaikan masalah juga meningkat. Semua ini pastinya meningkatkan produktiviti.(Napping News : 'Scientific Proof Confirms : Napping Enhances Worker Productivity,' from eFuse)

Waktu tengahari merupakan masa yang paling sesuai untuk tidur seketika kerana sistem badan kita memang bersedia untuk memanfaatkan fasa tidur pada waktu itu. Fasa ini disebutkan sebagai 'a midafternoon quiescent phase' atau 'a secondary sleep gate'. Di antara tokoh-tokoh yangmenggalakkan tidur tengahari ini adalah Dr.William A.Anthony, Ph.D. dan Camille W.Anthony, pengarang buku 'The Art of Napping at Work'. Demikian juga yang disebutkan oleh David F. Dinges dan Roger J. Broughton di dalam buku mereka'Sleep and Alertness: Chronobiological, Behavior and Medical Aspects of Napping'.

Dr. James Maas, pakar tidur dari Cornell University juga telah merumuskan bahawa tidur di tengahari sekadar 15-20 minit sudah mencukupi untuk mengembalikan tenaga dan menjaga kesihatan. Seorang pengkaji yang lain, Donald Greeley, telah mengatakan bahawa tidur tengahari adalahbermanfaat selama mana ianya tidak melebihi satu jam.(Gail Benchener: 'Parents and Sleep Deprivation,' Family.com)Sunnah tidur tengahari yang diajarkan Nabi SallAllahu Alaihi Wasallam rupa-rupanya merupakan suatu yang amat saintifik lagi relevan pada hari ini.


Saat menjelang tidur...
Berharap esok masih berkawan pagi
Melewati mimpi-mimpi dan lalu terjaga lagi

Selalu begitu...
Seiring waktu dan gerak nafsu
Enggan tinggalkan pagi dan selalu ingin tetap berkawan pagi...

Bukankah tetap akan mati?
Jasadmu akan membusuk nanti...
Terkubur bumi dan tiada lagi berkawan pagi...

Pagi itu akan berlalu...
Mengiringi tandu dan tebaran butir- butir debu
Dari kaki-kaki para pelayat

Maka hidupkanlah...
Satu senyum menjelang tidurmu
‘Tuk sambut mimpi-mimpi duniawi...
Tentang pagi dan secuil roti untuk sarapan pagi..

Karena mungkin...
esok hari tiada lagi engkau berkawan pagi...
Mati.

Dan jadikan senyum itu...
Sebagai warisan yang abadi...

Dedikasi untuk Adinda Syarifah Nur Atiqah syed Mustafa Alyahya dan Adinda Irafiza Ibrahim


Five level of Leadership (5R)

1)POSITION

Rights

People follow because they have to

Note:You influence will not extend beyond the lines of your job description

2)PERMISSION

Relationship

People follow because they want to

Note:People will follow you beyond your stated authority.This level allows work to be fun.

Caution:Staying too long on this level without rising will cause highly motivated people to become restless

3)PRODUCTION

Results

people follow because of what you have done for the organization

Note:This is where success is sensed by most people.They like you and what you are you doing.Problems are fixed with very little effort because of momentum

4)PEOPLE DEVELOPMENT

Reproduction

People follow you because of what you have done for them

Note:This is wherelong-range growth occurs.Your commitement to developing leaders will ensure ongoing growth to the organization and to the people.Do whatever you can to achieve and stay on this level

5)PERSONHOOD

Respect

People follow because who are you and what you represent

Note:This step reserved for leaders who have spent years growing people and organizations.Few make it those who do are bigger than life

Leadership is a choice we make,not a place we sit!

Perempuan berkalong sorban Filem Indonesia arahan Hanung Bramantyo ini berjaya diangkat menjadi sebuah filem seni yang mengesankan dan bukanlah satu cerita biasa-biasa..

bagi saya,ianya jauh lebih baik dari ayat-ayat cinta..

Sama-sama kita see the things from different angle..

for every scene,terlaluu banyak pengajaran yang dapat dikutip.

“perempuan berkalong sorban”,apa sebenarnya yang tajuk cerita ini mahu sampaikan..?

perempuan yang berjiwa lelaki,

perempuan yang perlu “sama” seperti lelaki?@perempuan itu zahirnya perlu lemah lembut,bersopan santun tapi perlu punya jiwa yang kental persis lelaki untuk setiap benda dan lapangan…

watak utamanya,

Annisa seorang watak yang sangat ideal,cukup lengkap..seorang kanak-kanak yang menuju remaja terus menuju dewasa dengan pertanyaan kenapa,dan apa yang tidak terjawab..akan tetapi jiwanya yang tidak berhenti mengalah untuk menemukan jawapan dan yang sebetulnya ,dia telah menemukan jawapan tetapi tidak punya pilihan untuk keluar.

annisa seoramg muslimat fenomena yang menongkah arus untuk mendapatkan apa yang beliau impikan dan nekad untuk itu bermula untuk belajar menunggangi kuda,ingin menjadi ketua kelas,ingin menyambung pelajarannya ke jogja,ingin mendapatkan khoudori.Kalau dilihat semaunya menyalahi “undang” yang mengawalnya pada waktu itu.

ditambah juga dengan watak mas reza,samsudin yang menambah kentalkan lagi annisa hasil dari jiwanya yang memberontak dengan kebejatan penafsiran islam yang salah dan untuk kepentingan peribadi

secara peribadinya saya sangat menyukai watak ummi sangat seni dan membekas dalam mendidik annisa’.

Ini pula pesan lek Khoudori pada anak-anak alhuda..

“Pada kesempatan kali ini, saya hendak membicarakan kesetaraan diantara manusia. Termasuk kesetaraan perempuan. Kita harus bijak membedakan mana yang nature dan mana yang non nature. Nature itu adalah perempuan melahirkan dan laki-laki tidak. Sedangkan non nature adalah baik laki-laki maupun perempuan itu memiliki kesempatan dan ruang untuk berekriasi, mengembangkan diri, sampai dengan belajar. Sebenarnya hal-hal seperti perempuan harus di dapur, itu bukan sifat nature. Itu tidak lebih dari tuntutan budaya itu sendiri.”

Muslimat itu perlu tangkas didapur juga di medan..

tangkasnya perlu dimana-mana

Pengajarannya..

setelah 2 kali menamatkan cerita ini,konklusi ringkas..

We have a good product without a good promoter.kita tidak bijak menjual,atau kurang seni untuk itu, atau kurang pandai mempromosikannya seiring dengan tuntuuan zaman tanpa mengurangkan sedikitpun manfaat asas product tersebut..hasil dari tu mungkin pandangan skeptical terhadap sesuatu bercambah dijiwa manusia2 ,mungkin kemungcup mengguris dan melambatkan yang atau mungkin barah yang merebak dan memberhentikan..

dan sesunggunya skeptical itu adalah respun daripada sstu stimulus..dan stimulus itu yang perlu dirawat terlebih dahulu,daripada kita merawat akibat adalah terlebih baik kita merawat sebab kepada akibat itu..

Mujur “dilemma” itu hadirnya pada diri annisa,yang mampu melihat the real problem not only the presented problem (anak-anak kabur dari pasentren ) yang akhirnya pulang kembali ke Al-huda untuk merawat sebab dan membuang stimulus dan membawa nafas baru kepada semua warga Al-huda.. tidak seperti annida’ yang terus berpandangan skeptical dan menyebabkan beliau mendapat view baru berkenaan dengan kebebasan..”bebas itu nikmat” dengan tafsiran yang salah

“Kalian semua adalah calon muslimah, calon isteri untuk suami kalian tercinta. Dan calon ibu untuk anak-anak yang kalian sayangi. Syurga janji Allah, ada di telapak kaki kita, PEREMPUAN. Tapi jangan lupa satu hal, bahawa Allah juga memberi manusia kebebasan. Mau jadi apapun kalian nanti, pilihlah JALAN ALLAH dengan rasa BEBAS, dan dengan hati yang ikhlas. Dengan begitu insyaAllah kita akan hidup dengan tenang dan tanpa rasa benci.”~annisa

Sebuah cerita yang wajib ditonton oleh muslimat yang mahu berjiwa besar

Catatan Hari Kemenangan…
Sudah lebih 10 hari Syawal menjengah..
Dan itu tandanya sudah lebih 10 hari Ramadhan berlalu..
Rindu pada bacaan Alquran Imam masjid IM masih terasa..
Kenangan Iftar Kat Padang masjid negeri masih hangat..

Riang ria raya masih lagi terasa…
Dengan pelbagai 1001 aktiviti..berkeluarga,bermasyarakat,bersahabat..
Kakak kahwin,konvoi batch,konvoi geng2 muslimat,bermuktamar dan sebagainya..
Semuanya best2..
Akan tetapi..
hati ini masih lagi pilu mengenangkan Ramadhan yang pergi..
Moga-moga Allah berikan Rahmah,keampunan dan barakah..

Ya Rabbi...
Restukanlah...
Illahi...
Ampunkanlah...

*******

Muhasabah Ramadhan – U.N.I.C.
Hari raya hari kemenangan
Hari kesyukuran dilimpahi kemuliaan
Di lipatan seni mehnah Ilahi
Ada maksud murni yang lebih hakiki

Pada nafsu yang dilenturkan lapar dahaga
Pada fikiran disinar wahyu dan sabda
Pada hati bersih di solat tarawih
Apakah kesemuanya telah dimiliki

Puasa mengajar erti ketabahan
Menghadap ujian berlandaskan iman
Puasa perisai yang sangat maknawi
Penyingkap hijjab antara hamba dengan Ilahi

Puasa sempurna menahan rohani dan rasa
Puasa sederhana menahanIndera dan juga anggota
Puasa biasa hanya melawanLapar dan dahaga
Lalu di manakah puas kitaAdakah masih ditahap lama

Lalu muhasabah di hujung Ramadan
Sudahkah terbangun jiwa teguh dan kukuh
Atau kolam jiwa masih tercemar keruh
Oleh sembilu dosa dan duri angkara

Ketika bertahmid, bertakbir, bertasbih
Terasa kita hamba Ilahi
Yang hanya mampu mengukir takbir
Sedangkan padaNya segala takdir
Allahu Akbar, Allahu Akbar, Allahu Akbar
Allahuwalillahillam


Di Ambang Syawal-RABBANI
Bila tiba hari raya
Syukur kepada Yang Esa
Hari meraikanAnugerah Allah
Buat yang beriman
Takbir dan tahmid bergema
Penuh gembira dan bangga
Hari kemenangan
Syawal yang bahagia Hari Raya
Namun hati ini
Pilu mengenangkan Syahadah yang pergi
Kalamkanlah rahmat Keampunan dan barakah
Sebulan berlalu
Aku sedih alpa
Beribadat tapi leka
Berpuasa lagi agar kita bersih
Amalanku Oh Tuhan terimalah
Kuinsafi dosaPada Maha Esa
Pada ayah juga bonda
Kupohonkan doa
Moga Allah redha
Hamba ini
Oh Tuhan restukanlah
Taqabbalallah minna waminkum...

Suatu hari ditengah2 orang yang sangat ramai..

“Kak fatin Kak Fatin…kejap..”

“Maghi lah kejap”
Kak Fatin pun datanglah dengan keadaan yang berlari2 anak dari jauh bersama tudungnya yang agak basah kerana dari pagi sampai ke petang dai tidak menanggalkan tudungnya yang cantik itu..
Lalu bertanyalah seseorang..
“Kak fatin,Mak Cik Yu nak bercerita sesuatu kat kak Fatin boleh tak??”

Sambil malu-malu dia bertanya ..
“nak cerita ape Mak Cik Yu?”

“Kak Fatin,Makcik Yu letih la…”
Kak Fatin senyum ja..
“agak-agak macamana ya?”

Dia pun pergi kearah adiknya dan membisik sesuatu..
Ishk.. lari pulak budak ni..
Tiba-tiba…
Eh..
Dia datang balik..
“Eh datang balik…?”
“Makcik Yu,Fatin ngan aqil nak tolong Mak Cik Yu,apa yang kitorang boleh buat?”
“Cepatla Makcik Yu”..desak aqil

Lalu mereka pun menarik tangan Mak Cik Yu…
Eh2…

“ok-ok”
“Kak Fatin,ambil bekas tisu ni dan pegi tambah tisu yang ada kat belakang pintu,susun elok2 tau”
“Abang aqil,pegi ambik gelas yang sama macam kat atas meja tu kat atas rumah tau,kalau tak jumpa,tanya Ucu”

“Ok!!!”,jawab Kak Fatin dan Abang Aqil

“Sesungguhnya membina rasa belas kasihan perlu bermula daripada membina kesucian hati.Apabila hati sudah suci,rasa belas kasihan pun berbunga.Ia seterusnya menceriakan dengan keprihatinan yang tinggi.Apabila kita ingin membina persepsi yang baik pada diri,jangan sesekali mengetepikan kekuatan rasa belas kasihan dan kebaikan hati pada orang lain”

Pelakon :
Mak Cik Yu yang telah berumur 22 tahun
Fatin yang 2 bulan lagi akan berumur 6 Tahun
Aqil yang lagi sebulan akan berumur 4 tahun..

Patut pun,mereka berbelas kasihan,sebab kanak-kanak mempunyai hati yang bersih..=)

“Kak Fatin ngan Abang Aqil ni,bagusla..Upahnya,Nanti,Kak Fatin ngan Abang Aqil potong Kek kahwin Mok Ja Ya?”

“Hari ni abah dah bebas,sampai rumah petang tadi”
“Alhamdulillah”
Mesej Meksyah.. .


Beberapa minit sblm Iftar 26 Ramadhan 1430H

Alhamdulillah..
dari saya dan tiq..kami berkongsi kegembiraan bersama dengan berita Meksyah dari johor..
“Best la raya ni dia dapat raya ngan abah dia kan?”,peri saya..
“mesti la dah 8 tahun kot ayah dia kat kamunting”
Cerita Dr.Abdullah Daud..
Dapat “berehat” di Kamunting selama hampir 8 tahun,selepas tragedi 11 September 2001
..
Dah lama dia “berehat”…
Sekarang dia boleh jumpa family..
Selamat hari raya buat Meksyah,mesti hang gembira kan??..


Kat sini tempat abah meksyah berehat..
….
Moga-moga puasa kita yang lepas dapat berhujah untuk kebaikan kita apabila bertemu Allah swt nanti.

"International Islamic University Malaysia
Kuliyyah Of Nursing
Mid-semester examination
2009/2010 session

Subject:Gyneacological Nursing
course Code:3142
level:3
Date:11 SEPTEMBER 2009
Time:09.00-10.15"

Peri sister rubbya sebelum exam dimulakan..


eh,ada sesuatu yg menarik mungkin??
sambil2 otak masih lagi mengingati fakta2 penting berkenaan dengan exam jap lagi..
.....
owh..11 september rupanya Harini..
Macam ada something special ja hari ni
ape yer??

ha ah..
hari ni cukup2 8 tahun tragedi 11 september 2001..
Tragedi Bagaimana Islam mengajar "mereka"
Walaupun there are so many controversions about it..
...
Hari ini..dimanakah kita??

Masih lagi dalam pembinaan individu muslim?
atau baitul muslim?
atau majtama' muslim?
atau daulah islamiyah
atau,
khilafah islamiyah?

Sudah didaulatkan Islam dibumi yg bertuah ini??

...

Dan sesungguhya kita adalah batu-bata yang merelakan diri untuk itu..

Terus passion mengejar Ramadhan yang berbaki,moga beroleh keampunan dan kempali kepada fitrah dan sedar yang diri ini hanya hamba yg mencari redha TUANNYA ..

*siapkan diri untuk beraksi!!

Disebuah petang di bulan Ramadhan..

Berbual bersama dengan seorang teman..


"Hai..macamanalah hidup ni.

macam tak panjang dah umurnya..

Sempatkah ramadhan ini sampai ke pengakhiran nya..

Nak terus kan hidup takut tambah dosa,

nak minta mati amal tak cukup.."

"Buat resolusi nak??"

Tanya Saya..



"Ape?"..

Bertemu cinta Teragung
Di dalam sujudku asyik menyanjung
Umpama pengembara di malam gelita
Tahu cintaNYA menerangi jiwa.
Sekian lama terbiar
Dalam belantara hidup nan liar
Di bukit ku tersepit
Di lembah terhina
Hidup yg pedih mengajar ku mencari cinta


Ku sangka teguh kiranya masih rapuh

Ku sangka mudah namun amat payah

Ku sedar semua pasti ada akhirnya

moga akhirku diselimut cinta

cinta agungNYA

Sekian lama Diri terlalai Kehidupan terabai

Akhirnya aku temui kadamaian abadi

ajal maut itu semuanya rahsia DIA..

apapun..

di Ramadhan yg masih berbaki lagi ini..

Jom kita cekalkan diri mencari Dia...

...

10 days to go!

Atleast,Kalau kita dijemput pun..

Kita mampu tersenyum =)

Album :
Munsyid : Shoutul Haroqah
http://liriknasyid.com

Kan melangkah kaki dengan pasti
Menerobos segala onak duri
Generasi baru yang telah dinanti
Tak takut dicaci tak gentar mati

Bagai gelombang terus menerjang
Tuk tumbangkan segala kezhaliman
Dengan tulus ikhlas untuk keadilan
Hingga pertiwi gapai sejahtera

Takkan surut walau selangkah
Takkan henti walau sejenak
Cita kami hidup mulia
Atau syahid mendapat surga

*Ini adalah lagu tema bulan Puasa ni..
Along tha way pergi Terawih =)

Pyroxymal attack datang..
abnormal firing in the brain occurs..
Hmm..maka,
Bersabar lah kamu....

1 cerita + 1 cerita + 1cerita..
dah boleh buat jadi epilepsy sebenarnya..

Traumatic injury..
Heart Injury..
Brain injury pun ada sikit2..
Datang pulak attack ni tyme exam..
Summat molek..

****
Nilai Ukhwah sebenar..
Apa itu ukhwah?
A.aje kato...
"kita berukhwah ni biar rasa sakit kalu tok jupok denge sahabat2 kito"

Manisnya Ukhwah itu tak semua org dapat merasakannya..

Kerana MANISNYA ukhwah..
Bukan kerana manisnya epal..
Hari ni 13 Ramadhan..
Bulan pun dah hampir penuh..
singkatnya Ramadhan ini...
Di singkatnya Ramadhan yang berbaki ini,
Allah mengajar saya mengenal betapa manisnya ukhwah..
juga betapa pahitnya nilai ukhwah bila disalah "tune" kan..
Moga Ramadhan ini penuh makna buat diri kita semua..
Moga Lebih banyak menda yang boleh saya pelajari...
Sesungguhya...
Saya menjadi lebih berani!
Ada perubahan mungkin..
Tukar fokus??
Mungkin...
Nanti lah..
#entry ini adalah entry ntah ape2...
Apa moralnya??
"ukhwah itu segalanya dari hati"

Dikesempatan masa yang semakin sikit ini..
kite sempat dan memaksa diri untuk sempat menulis sesuatu mainly about dedication towards jiwa-jiwa yang sudi membantu..
Jiwa-jiwa yang sudi berkongsi mahu..

IR..
iHYA' Ramadhan..
Tiq yang menjadi teman rempit berlegar di jalanraya menyiapkan persiapan terakhir untuk Gelombang Ihya' Ramadhan..
Kak sal,kak Rubi,Kak Syikin,Hajar,Nuruddin dan bersimpati terhadap "kekosongan" pendrive tiba2..
Corrupted all things!
hah!..i Need to start from zero..
Untuk publication..

Selagi mana masa masih ada,CHON(carbon,Hidrogen,Oksigen,Nitrogen) rezeki untuk diri ini..
Teruskan Khairani!!
Berani Hidup Tak Takut Mati..

Tangan Pulak yang tiba2 seakan paralyse sebab kelas skill memukul volley ball semahu mungkin..
tiba2..
edematous,swelling,redness,pain..jugak tremor?
sternocleidomastoid muscle pun swelling jgk dan membataskan pergerakan..
Oleh kerana itulah hajaq merayau2 mencari minyak panas di pagi-pagi hari seawal 2 pagi
apakah...?

Semuanya Tarbiyah ramadhan..
Manusia hebat yang dipilih untuk mendapat tarbiyah awal..

Malam tadi..Gelombang IR telah terlancar..
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan jayanya..

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA YANG TERLIBAT SECARA LANSUNG MAHUPUN TIDAK LANSUNG,SUPPORT FIZIKAL MAHUPUN MENTAL..

Maaf atas segala Khilaf dari kite untuk semua yang ada terasa,tersinggung,tercalar,terguris dengan Kite..
Sebab,sesungguhnya..
Ramadhan,the month of repentence and forgiveness..

Happy ramadhan..
Fastabiqul Khairat..
moga2 beroleh najah buat semua...

BERSEDIAKAH UNTUK MEMBUAT TRANSFORMASI??
@menjadi Transformers!
apapun 1st thing perlu keazaman!
Homework:Apa azam Ramadhan Tahun ni??

“Announcement to all nursing students..esok sampai isnin cuti!!”

Yeay!

Itu ungkapan pertama kita2 budak kos nursing payah cuti ini..

Lalu..

Tiket terjual dan laris pada hari weekdays,on the spot beli tiket balik..

Kenapakah?

Inilah gara-gara empunya disease yg dipanggil H1N1

Wish kita kat a.din, “selamat bercuti”,

a.din jawab, “heh,mano buleh bercuti kito ni”

...

Sabtu,suatu pagi di Sogo,KL..

“Cuti dipanjangkan sehingga ke Isnin minggu depan..

Bebudak cos Nursing diminta pulang kuarantin kan diri ke rumah masing-masing,jangan jalan-jalan pulak.”..

Wah!!,panjangnya cutii..

Tak per la..

Kita enjoy…

Kita bekwoh seddak dulu disini..

Balik nanti jangan lupa kuarantin diri kat rumah..~~ini pesan kita

Lalu..

menjamu seleralah kami-kami..

menikmati Hidangan yang sangat Best..

in the history of civilization..

Barang siapa yang merasa pasti menitis air mata,meleleh air mulut dan juga air hidung..

Dek terlalu terharu akan keenakannya..

..Sekali rasa pasti nak lagi!,comfirm!

Anda percaya?

Kita..

apa cerita dengan arahan kuarantin untuk kita?

Lalu beriJtihad kita dengan ijtihad sendiri,tidak bersandar kat mana2 nas yang sahih..selagi tak demam,tak batuk tak selsema..
stay ja kat garden knowledge and virtue ni ja..

kalau sebaliknya…

pulanglah kita seumpama sahabat kita yang lain..

alas an kita?

“belum ada keperluan untuk berada di kelate for the tyme being”

apapun…

jangan biarkan hari-hari mu berlalu tanpa menyumbang sesuatu untuk kemenangan Islam..

~~selamat bercuti!~~

*SORRY TO IBU SEBAB TAK LEH BALIK MENGECAT RUMAH MINGGU NI,

SEE U NEXT WEEK

dan inilah gambaran kesedihan sebab mesti lepas ni kelas ganti bertubi-tubi.

Tok Guru,Mursyidul Am PAS pesan...

“Saya minta semua sebanyak mana yang boleh pergi kena pergi. Tangkap manusia dengan tiada perbicaraan itu kesilapan dan kita sebagai manusia membetulkan kesilapan Umno yang menzalimi rakyat,” katanya.
Ini adalah manifestasi jihad zaman moden..
Jom,apa tunggu lagi!

Tentunya ada diantara sahabat yang merasa tercari-cari, mengenai apa-apa saja yang perlu dipersiapkan menjelang bulan Ramadhan. Untuk itu, mungkin ini dapat menbantu!

1. I’dad Ruhi Imani, wal jasadi..iaitu persiapan ruhiyy dan fizikal.

Orang-orang yang soleh biasa melakukan persiapan ini seawal mungkin sebelum datangnya bulan Ramadhan. Bahkan mereka sudah merindukan kedatangannya sejak bulan Rajab dan Sya’ban. Biasanya mereka berdoa : "Ya Allah, Berikanlah kepada kami keberkatan pada bulan Rajab dan Sya’ban, serta sampaikanlah kami kepada Ramadhan".

Dalam rangka mempersiapkan diri kearah itu.. dalam Surat At-Taubah Allah melarang kita melakukan pelbagai kemaksiatan dan kezalimam sejak bulan Rajab lagi,opps!ini tidak bererti yang dibulan lain dibolehkan pula ye...tapi ia adalah agar di bulan rejab kadar iman kita sudah di tangga 80% mungkin?? Hal ini dimaksudkan agar sejak bulan Rajab kadar keimanan kita sudah meningkat.Dengan kata nama lain yang mana bulan rejab dan sya’ban adalah bulan untuk kita streching dan warming up!,agar tidak lah masuk bulan puasa,semua mengalami “unconciuos”,”cramp”,”gastrict” dan sebagainya.

Biasakan diri dengan latihan fizikal seperti puasa sunnat,qiamullai,membaca dan mentadabbur alqur’an,beraktiviti dakwah dengan seoptimum mungkin agar ia menjadi akhlaq kita di bulan ramadan..=)

2. I’dad Maliyah, iaitu persiapan harta

Jangan salah faham pula…persiapan harta bukan untuk membeli keperluan buka puasa yang berpuluh-puluh menu atau pakaian menyambut lebaran berbelas2 pasang sebagaimana tradisi kita selama ini. Mempersiapkan harta adalah untuk melipatgandakan sedekah,memperbanyakkan memberi karena Ramadhan pun sinonim dengan bulan sedekah. Pahala bersedekah pada bulan ini berlipat ganda dibandingkan bulan-bulan biasa.Jadi menabunglah sekarang untuk disedekahkan di bulan ramadhan

3. I’dad Fikri wa Ilmi, iaitu persiapan intelektual dan keilmuan

Agar ibadah Ramadhan sentiasa ditahap optimal, disana perlu kepada (persepsi) yang sebenar tentang Ramadhan. Caranya?? dengan membaca berbagai bahan rujukan dan menghadiri majlis ilmu tentang Ramadhan. Kegiatan ini berguna kepada kita agar beribadah sesuai tuntutan Rasulullah SAW, selama Ramadhan. Menghafal ayat-ayat dan doa-doa , atau menguasai berbagai masalah dalam fiqh puasa, dan juga penting untuk dipersiapkan.

Here,we go!

Ketika Al-Mustofa berada didepan , kupandangi pesonanya dari ujung kaki hingga kepala, Tahukah kalian apa yang terjelma ?
….Ya ….. Cinta !-(Abu Bakar ra)


Nabi demam kembali, kini suhunya semakin tinggi. Lemah baginda terbaring, menghadapkan wajah pada Fatimah anak kesayangan baginda.Sejak beberapa hari yg lalu,kesihatan baginda tidak elok. Isnin itu, kediaman manusia agung itu didatangi seorang lelaki berbangsa Arab yang sangat rupawan.
Di depan pintu, ia mengucapkan salam “Assalamu’alaikum duhai para keluarga Rasulullah dan bolehkah saya menjumpai kekasih Allah?”. Fatimah yang sedang mengurus ayahnya, bangun dan berdiri di belakang pintu “Wahai Abdullah, Rasulullah sedang sibuk dengan dirinya sendiri”. Fatimah berharap tetamu itu memahami dan pergi, namun suara asing semula kembali
mengucapkan salam yang pertama.

“Alaikumussalam, wahai hamba Allah” kali ini Nabi yang menjawabnya.
“Anakku sayang, tahukah engkau siapakah yang kini sedang berada di luar?”
“Tidak tahu ayah, bulu romaku meremang mendengar suaranya”
“Sayang, dengarkan baik-baik, di luar itu adalah dia, pemusnah kesenangan dunia, pemutus nafas di jiwa dan penambah ramai para ahli kubur”.
Jawapan nabi yang terakhir membuat Fatimah jatuh terduduk dan menangis seperti anak kecil.

“Ayah, bila lagi aku akan mendengar dirimu bertutur, harus bagaimana aku mendapatkan kasih sayang engkau, ku takkan dapat lagi memandang wajah ayahanda tersayang” pedih Fatimah. Nabi tersenyum, lirih ia memanggil ” Sayang, dekatiku, kemarikan pendengaranmu sebentar”. Fatimah menurut, dan Kekasih Allah itu berbisik mesra di telinga anaknya,

“Engkau adalah keluargaku yang pertama kali menyusuliku ”. Seketika wajah Fatimah tidak lagi sedih malah bersinar. Lalu kemudian, Fatimah mempersilakan tamu itu masuk. Malaikat pencabut maut berparas rupawan itu pun kini berada di samping Muhammad.

“Assalamu’alaikum ya utusan Allah” dengan takzim malaikat memberi salam.
“Salam sejahtera juga untukmu pelaksana perintah Allah, apakah tugasmu saat ini, berziarah ataukah mencabut nyawa si lemah?” tanya nabi. Angin berhembus dingin.
“Aku datang untuk keduanya, berziarah dan mencabut nyawamu, itupun setelah engkau perkenankan, jika tidak Allah memerintahkanku untuk kembali”
“Di manakah engkau tinggalkan Jibril? Duhai Izrail?”
“Ia kutinggal di atas langit dunia”.
Tak lama kemudian, Jibril pun datang dan memberikan salam kepada manusia yang juga dicintanya kerana Allah.

“Ya Jibril, gembirakanlah aku saat ini” pinta Al-Musthafa.Terdengar Jibril bersuara perlahan di dekat telinga insan pilihan, “Sesungguhnya pintu langit telah di buka, dan para Malaikat tengah berbaris menunggu sebuah kedatangan, bahkan pintu-pintu surga juga telah dilapangkan hingga terlihat para bidadari yang telah berhias untuk menyambut kehadiran yang paling ditunggu-tunggu”.

“Alhamdulillah, betapa Allah maha penyayang” sendu Nabi, wajahnya masih saja pucat pasi.
“Dan Jibril,senangkanlah hati ini, bagaimana keadaan ummatku nanti”.
“Aku beri engkau sebuah perkhabaran,Allah telah berfirman, “Sesungguhnya Aku, telah mengharamkan surga bagi semua Nabi, sebelum engkau memasukinya pertama kali, dan Allah mengharamkan pula sekalian umat manusia sebelum pengikutmu yang terlebih dahulu memasukinya” Jawapan Jibril itu begitu menggembirakan baginda. Maha suci Allah, wajah Nabi disinari cahaya. Nabi tersenyum gembira.Dan beliau seperti tidak sakit lagi. Dan ia pun menyuruh malaikat izrail mendekatinya dan menjalankan amanah Allah.

Izrail, melakukan tugasnya. Perlahan anggota tubuh pembawa cahaya kepada dunia satu persatu tidak bergerak lagi. Nafas manusia pembawa berita gembira itu semakin terhembus jarang. Pandangan manusia pemberi peringatan itu kian meredup sunyi. Hingga ketika ruhnya telah berada di pusat dan dalam genggaman Izrail, nabi sempat bertutur, “Alangkah beratnya penderitaan maut”. Jibril berpaling tak sanggup memandangi sekujur tubuh yang dahulu selalu dia dampingi.
“Apakah engkau membenciku Jibril”
“Siapakah yang sampainya hati melihatmu dalam keadaan sakarat ini, duhai cinta,” jawabnya sendu.

Sebelum segala tentang manusia terindah ini menjadi kenangan, dari bibir manis itu terdengar panggilan perlahan

“Ummatku… Ummatku….”.
Dan ia pun dengan sempurna kembali.
Nabi Muhammad Saw, pergi dengan tersenyum, pada hari Isnin 12 Rabi’ul Awal, setelah tergelincirnya matahari, dalam usia 63 tahun.

Muhammad, Nabi yang Ummi, Kekasih para sahabat di masanya dan di sepanjang usia semesta, meninggalkan gemilang cahaya kepada dunia. Muhammad, pemberi peringatan kepada semua manusia, meninggalkan dalam-dalam tinta keikhlasan di lembaran sejarah.

Ia, Muhammad, menembus setiap gendang telinga sahabatnya dengan banyak bait-bait sabdanya dalam menjalani kehidupan.

Ia, Muhammad, yang di sanjung semua malaikat di setiap petala langit, berbicara tentang syurga, sebagai tebusan utama, bagi setiap amalan yang dikerjakan.

Ia, Muhammad yang selalu menyayangi fakir miskin dan anak yatim, menuturkan perintah untuk sentiasa memerhatikan manusia lain yang berkekurangan.
Dan Ia, Muhammad, tak akan pernah kembali lagi.
Sungguh, Madinah berubah kelabu.

Dan Aisyah ra, yang pangkuannya menjadi tempat singgah kepala Rasulullah di saat terakhir kehidupannya, mendendangkan syair kenangan untuk sang penyelamat seluruh alam, suaranya bening. Syahdunya membumbung ke jauh angkasa.

Beginilah Aisyah menyanjung sang Nabi yang telah pergi :
Wahai manusia yang tidak sekalipun mengenakan sutera,
Yang tidak pernah sekejap pun membaringkan diri pada empuknya tilam
Wahai kekasih yang kini telah meninggalkan dunia,
Ku tau perutmu tak pernah kenyang dengan lembut roti gandum,
Duhai, yang lebih memilih tikar sebagai alas pembaringan,
Duhai, yang tidak pernah terlelap sepanjang malam karena takut sentuhan neraka Sa’ir,
Muhammad yang tidak pernah "apa2" demi ummatnya.

Dan Umar r.a yang paling dekat dengan musuh disetiap medan jihad itu, kini menghunus pedang.Pedang itu menurutnya diperuntukkan untuk setiap mulut yang berani menyebut kekasih kesayangannya telah kembali kepada Allah. Umar menatap wajah-wajah para sahabat itu setajam mata pedangnya, meyakinkan mereka bahawa Umar sungguh-sungguh.
Umar bersumpah. Umar berteriak lantang. Umar menjadi sedemikian garang. Ia berdiri di hadapan para sahabat yang menunggu-nunggu khabar manusia yang dicinta.

Dan Abu Bakar, sahabat yang paling lembut hatinya, melangkah perlahan menuju kearah jasad manusia mulia. Langkahnya berjinjit, khuatir akan mengganggu seseorang yang tidur berkekalan, pandangannya lurus pada sekujur cinta yang dikasihinya dipertemuan pertama. Rupa berparas rembulan itu kini bertutup kain selubung. Abu Bakar hampir pengsan.
Nafasnya berhenti berhembus, tertahan. Sekuat tenaga, ia bersimpuh di depan jasad wangi al-Mustofa. Ingin sekali membuka penutup wajah yang disayangi arakan awan, disanjung hembusan angin dan dirindu kerlipan bintang, namun tangannya selalu saja gemetar.
Lama Abu bakar termenung di depan jenazah pembawa berkat.Akhirnya, demi keyakinannya kepada Allah, demi matahari yang masih akan terbit, demi mendengar rintihan pedih ummat di luar, Abu bakar mengais sisa-sisa keberanian. Jemarinya perlahan mendekati kain yg menutup tubuh suci Rasulullah, dan dijumpailah, wajah yang tak pernah menjemukan itu. Abu bakar memesrai Nabi dengan mengecup kening indahnya. Hampir tak terdengar ia berucap, “Demi ayah dan bunda, indah nian hidupmu, dan indah pula kematianmu. Kekasih, engkau memang telah pergi”.

Abu bakar menunduk. Abu Bakar kaku dan Abu Bakar berdoa di depan tubuh nabi yang telah sunyi.

Dan Bilal bin Rabah, yang suaranya selalu memenuhi udara Madinah dengan lantunan azan itu, tak lagi mampu berseru di ketinggian menara mesjid. Suaranya selalu hilang pada saat akan menyebut nama kekasih ‘Muhammad’.Di ruang angkasa, seruannya berubah pekik tangisan. Tak jauh dari langit, suaranya menjelma isak pedih yang tak henti. Setiap berdiri kukuh untuk mengumandangkan adzan, bayangan Purnama Madinah selalu saja jelas tergambar.

Tiap ingin menyeru manusia untuk menjumpai Allah, lidahnya hanya mampu berucap lembut, “Aku mencintaimu duhai Muhammad, aku merindukanmu kekasih”. Bilal, budak hitam yang kerap di sanjung Nabi kerana suara merdunya, kini hanya mampu mengenang Sang kekasih sambil menatap bola raksasa pergi di kaki langit.

Dan, terlalu banyak cinta yang tercatit di setiap jengkal lembah madinah. Yang tak pernah bisa diungkapkan.
Semesta menangis.

***
Sahabat, Sang penerang telah pergi menemui yang Maha tinggi.
Purnama Madinah telah kembali, menjumpai kekasih yang merindui.
Dan semesta, kehilangan pelita terindahnya.
Saya mengenangmu ya Rasulullah, meski hanya dengan setitik tinta pena.
Saya mengingatimu duhai pembawa cahaya dunia, meski hanya dengan sepatah kata.
******
Teman-teman..
dapatkah kita menyayangi Rasulullah sebagaiman sayangnya rasulullah kepada kita??
"kita akan ditempatkan disyurga bersama meraka yang kita sayangi"
"orang yang paling kita sukai dan yang paling kita sayangi ialah orang yang selalu kita sebut2 kan namanya"
Mahukah kita bersama Rasulullah Dijannah nanti??
Tapi,koreksi semula..
Rasulullah kah nama manusia yang selalu kita sebut?
Untuk semua sahabat. Mari kita saling mengingatkan, saling memberikan keindahan ukhuwah yang telah Rasulullah tercinta ajarkan dan tinggalkan kepada kita.
Mari Sahabat !
Allohuma Solli ala Muhammad …wa ala ali Muhammad …
Untuk kemuliaan manusia termulia dan tercinta sayyidina Rasulullah Muhammad SAW Bihurmati Habib
Al fatihah....
*Semarakkan Cinta Rasulullah Di bulan Sya'ban Yang Mulia ini..

"Apalah yang lebih jahat dari manusia yang ingin membunuh jati diri bangsanya. Bila ia perlukan al-Qur'an dan undang-undang Islam seperti qazaf, ia akan menggunakan sekian ulama untuk menolongnya. Bila tiada perlu ia agama, ia akan mengelak-ngelak dan mendakwa agama dan siasah itu terpisah tiada kena-mengena. Ini jenis permaisuri celaka namanya." — Faisal Tehrani (Ketupat Cinta : Musim Pertama)




Sewaktu berkunjung Ke KLIBF,buku pertama yang menjelma dikepala ialah apa-apa sahaja
buku terbaru karya FT..
dan gerai pertama yang disinggah ialah gerai FT..
dan saya berjumpakan KETUPAT disana...
Bukan KETUPAT BIASA,tapi KETUPAT CINTA..
Coretan FT,bersama autograph beliau di KETUPAT CINTA saya..
"Komander Khairani,Selamat Menjamu Selera"..
Ya,Sesungguhnya ia pilihan yang berbaloi...

Nah…saya juga ingin hidangkan Ketupat Cinta buat sahabat-sahabat.Tapi bukan saya yang membikinnya,Hanya Faisal Tehrani yang mencipta dan mengolah masakan ini.Kalian telah mencubanya?

Rasalah…pasti kalian akan kempunan lagi pada lainnya.
Pasti Tidak rugi..
Apatah Lagi menyesal..

Kalau Manikam Kalbu…pada falsafah pakaiannya; Melayu dan Islam,
Cinta hari-hari rusushan pada Gerakan anak muda zaman sosialis,
Advencer Si Peniup Ney pada falsafah kesenian Islam…
dan banyak lagi…
kini Ketupat Cinta didatangkan dengan falsafah disebalik masakan.
(perlu dimiliki oleh diatetik student i think)

Membacanya membuatkan saya tersengih-sengih, terkekek dan tergelak..
gayanya seperti membaca Ujang atau pun apo...
Bagaimana nak jadikan kita happy dan tergelak dengannya
dengan syarat kalian tidak mati rasa atau buta isu.Jika kalian ‘alert’ isu kita bersama, isu agama, isu semasa, isu nasional, kalian tidak akan mati rasa.Seandainya kalian tidak merasa apa-apa saat menikmatinya…
kalian jangan salahkan saya.


Kita lihat apa komen pembaca yang lain di http://www.goodreads.com/Kalaupun ini bukan buku terbaik FT, Ketupat Cinta tentunya buku yang paling sedap dan enak dinikmati. Kalaupun tidak menjilat jari, tentunya meleleh air liur kerana banyak tersengih sendiri.

Dalam buku ini, pembaca bukan sahaja menemui pelbagai resepi masakan Melayu lama, bahan-bahan dan cara memasaknya dan falsafah di sebalik setiap masakannya. Malah, sebenar-benarnya buku ini adalah sebuah satira politik yang menyentuh pergolakan siasah masa kini dengan adunan yang sungguh bijak sekali.

Pengekor isu-isu semasa, pastinya tidak sukar untuk mencari perkaitan antara kisah-kisah dalam Ketupat Cinta dengan peristiwa sebenar semasa. Bolehlah diibaratkan FT sebagai tukang masak handalan yang mengambil bahan-bahan dari isu semasa, digaulkan dengan ramuan-ramuan masa lalu, dihidangkan sebagai Ketupat Cinta, untuk makanan minda. FT juga bijak mencipta watak-watak dalam Ketupat Cinta. Ah, bagaimana bijaknya tidaklah dapat hakir khabarkan disini. Kenalah baca sendiri.


Saya kagum dengan kemahiran FT mengadun watak. Setiap watak itu bagi saya tidak mewakili individu tertentu dalam krisis siasah Malaysia, tetapi mewakili kelompok-kelompok tertentu.Komen lagi. Pelbagai nama watak yang telah dipalsukan terdapat di dalam Ketupat Cinta. Lama juga saya berfikir siapa Rosjah. Siapa RaJim. Siapa Lo' Ganish. Pembaca perlu membaca dan memahami situasi serta isu yang cuba dibawa penulis. Kemudian barulah boleh meneka siapakah watak yang cuba dimaksudkan itu. Tetapi, bukan 100% karakter di dalam Ketupat Cinta dilakukan oleh watak tersebut di alam realiti. Ia cuma kiasan sahaja.

Tak usahlah saya mengisahkannya di sini lebih-lebih, pasti tak sama cara setiap individu mencerna dan menilainya biarpun seakan-akan sama.
Mudah-mudahan kita tidak mati rasa dan beku pemikiran, banyak benda perlu dicakna agar tidak tertipu dengan ilusi kerna kita sedang berdepan dengan realiti. Apa yang terpapar di hadapan kita adalah realiti, begitu juga apa yang ingin dinyatakan oleh Saudara Faisal Tehrani adalah realiti.


tq kak syikin sebab bagi idea kepada saya..
KETUPAT CINTA KEDUA??

kami menunggu penuh minat...