berjumpa sahabat-sahabat dan adik-adik..
Recharge!
Seisi luah perasaan..
Seisi pertukaran idea..
Mesti balik dengan semangat baru..
Dan yang paling penting kali ni..
Dapat 'KAD MADOH' dari seorang senior..
ha ha..ter...ter...ter...kantoi
Dah nak kawen rupanya Kak Pah..
Panjang betul cerita dia dengan saya..
Dari matrix UIA lagi,
tyme free,ke Gombak dan 'scoting' bilik dia..
Masa tu masih lagi kanak-kanak
Semua sahabat-sababat bergembira dengan berita darinya..
Akhirnaya Kak Pah bertemu dengan pilihan hati..
Tapi saya..
bercampur baur rasanya mungkin..
Ada sedih..ada suka..
PERKAHWINAN ITU SATU TUNTUTAN KEARAH PEMBENTUKAN
KEMBALI KHILAFAH YANG HILANG...
Dunia perkahwinan adalah dunia tanggungjawab dan iltizam yang berterusan, dunia memberi dan menerima,dunia mendengar,dunia empthy,dunia penuh dengan cita-cita dan dunia penerusan tarbiyyah ..
Kak Pah sudah berjaya menjadi afradul Muslim yang cemerlang..
Tiba masanya untuk Kak Pah membentuk Keluarga yang Gemilang..
Memyumbang kepada Masyarakat yang Terbilang..
seterusnya kepada penyumbang bata-bata Baldatan Tayyibatan Wa Rabbul Ghafurr.
Mungkin perjumpaan kali ini lebih mengajar saya untuk berfikiran lebih matang..
Kerana sesungguhnya,
Sahabat datang dan pergi..
Bukan sentiasa ada disisi..
tetapi tetap dihati..
"doakan KAK PAH akan terus bersama kalian"..
bisik Kak Pah dalam pelukan..
7 comments:
ingatkan kak pah room mate kamu...hehe, kamu bila lagi?
rahim yang dimiliki perempuan diselaputi Kasihsayang dari Yang Maha Rahim.
Dilengkapkan segala-galanya disana.
Dilengkapi dengan rapian dan kelembutan
Dilengkapi dengan syahdu dan ulit
Dilengkapi dengan ingin dan rasa
Dilengkapi dengan harapan dan doa
Dilengkapi dengan dengan dan dengan lagi..
Oh! mulianya engkau Perempuan
Nabi-Nabi, Rasul, Rasullullah saw. Sahabat RA - dibina di Rahim mu.
wahai perempuan...
Apa lagi nilai yang lebih besar dari Kemuliaan ini?
Kekuatan kamu - bergoncang dunia ini.
Kamulah paksinya.
Teruskan wahai perempuan..
bangunkanlah lagi insan-insan/ rijal untuk ummat akhir ini..
dari mata dan hidung..
to kak Bella..
Heh,alah kokghe>>
Tak leh langkah bendul la..
Nanti kena bagi cincin
..
ssghnya,dblakang muslimin yang hebat,punya muslimat yang hebat!
Jazaakillah, adindaku..
Hati suka...
Mengenangkan tautan ukhuwwah yg terbina,
kukuhnya atas dasar & matlamat yg sama..
sama berkongsi suka,
sama mengharung duka..
jauh di mata, tp dekat di hati..
indahnya ukhuwwah ini,
tidak terlafaz dek bicara yang petah,
tidak tergambar dek gaya dan tingkah..
Hati sayu...
Hati gusar...
Bila diri bersama orang,
masa bersama semakin berkurang, takut bila diri rasa seorang,
jauh dari semangat berjuang... Na'uzubillah min zaalik..
Meniti saat menunggu masa,
hanya doa pengubat jiwa,
agar kekal kita bersama,
walau sekadar di alam maya,
untuk tarbiyyah kita usaha,
untuk daulah kita mara..
"Ya Allah, satukanlah hati-hati kami sebagaimana Engkau satukan hati-hati orang terdahulu...
Kurniakan kami kekuatan
sebagaimana Engkau kurniakan kekuatan kepada orang-orang sebelum kami..
Masukkan kami ke dalam golongan orang-orang yang dekat dengan-Mu ya Allah,
golongan orang-orang yang benar dan menegakkan kebenaran.."
Aameen...
-Ya, dik..
Doakan agar kita kekal bersama, insyaAllah
sayang kak pah sokmo..
the real battle started..
for u and for us..
Doa..harap dan terus berharap..
sedihnya hati bila teringat bakal akan kehilangan kak pah...
tapi,moga Allah pertemukan kita di alam baqa' di mana kita bersama2 meniti hari berkekalan...
insyaAllah...
perjuangan perlu diteruskan...=(
Great readd thankyou
Post a Comment