Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"


Kelantan VS Selangor..
Minat Lama mai balik dah..
Bersila depan TV ja la yang dapat cheq buat..
Tapi nak cari TV kat dalam UIA Kuantan ni erk?..
Ishk..Ruginya..
Pepun malam ni cheq kena penuhi janji nak p AGD.
Meraikan ang-abg dan Kakak-kakak 2nd batch Nursing Kat Hotel Vistana
Esok la Cheq tengok Bola tu..
Internet ada..

Apapun selamat bermain dengan penuh semangat berpasukan..
Bagi cheq,cheq tak berkira sangat sama-sama adik beradik ni..
Deq Selangor menang pun takpa,tapi kalau Abang Kelantan Yang Juara Cheq Lagi Suka..
Apapun dua-dua dah Juara Sebenarnya..

Abg din pesan: "Adik Khai,sila kembalikan lidah anda kepangkal jalan”..
Eh..Kepangkal Jalan??
Cheq Jawab Ja guna style adik Kat Sekolah Chepir.."Ya Abg Din!!”

Apa yang paling best dengan Rumah Mak?
Air Bukit Yang Sangat Sejuk,segar,dan sangat dingin..Tempat mandian yang paling best yang pernah cheq jumpa.
Ayah yang sangat suka berteka-teki..
Semua teka teki ayah cheq dan kakak tak dapat jawab..
Ayah sempat ajar cane nak kenal anak ayam yang masih merah yang mana satu jantan mana satu betina.
Mak Tak yah cakap la..
Sangat Baik..

Apa yang best dengan kanak-kanak kg.Jelutong?
Cheq Membelasah teruk seorang adik (Darjah 5) dalam permaian congkak sehingga dia tinggal hanya 2 lubang (Untut 4 lubang)..Bangga La Kononnya ni..
Tapi Apa yang dapat cheq belajar adik ni ialah Dare to Fail&Tidak Mudah Mengalah..
Selamber ja dia,tak kesah pun dengan kutukan kengkawan,dan akhirnya dia berjaya mendapatkan kembali ke-enam-enam rumah..

Kat Sekolah Chepir..
Seni mengurus Manusia teruji..
Kadang- terlalu asyik mendidik orang dewasa sehingga agak kelu untuk berhikmah dengan sepatutnya dengan kanak-kanak..
Zikri yang bercita-cita besar..
Azri Yang punya Imaginasi yang Tinggi..
Fazilawani yang Futuristik..
Dan Safwan yang punya Gaya kepimpinan tersendiri..

Apa yg best pasal orang Kg.Jelutong&Kg Tua?
Pak teh yang suka buat lawak tepi..
Tok Penghulu Pun sama,
Pak Chaq dan Pak Chop..
Kurniaan yang besar buat cheq selain mendapat Ibu baru ialah Kurniaan berjumpa dan berbual-bual dengan bekas DUN Belantek,Sik..
Ustaz Mat Isa,abah kak syikin..(Walaupun Bukan Ustaz Sebenarnya)
Beliau merupakan Jiran cheq Yang Sebetulnya..
Kehebatannya menyatukan penduduk Setempat menjadikan beliau bukan sahaja dihormati kawan malah disegani lawan...
Abah bercakap Out of box
Abah bercakap From the different angle
Abah banyak bagi pengisian..
Abah bercakap Ada Ibrah.
Abah bercakap ada dalil..
Itu tarbiyah yang abah dapat dari Perjuangan dia
Abah bergelar mantan bukan sebab abah kalah..
Akan tetapi abah tidak sihat..
Abah tak bertanding hari tu..
Abah bagi kat muka baru..

Yang Istimewanya Kg Jelutong,Environment dia..Hijau..segar..
Sempat berjalan-jalan mencari kebesaran tuhan dihutan Bukit Jelutong..
Kali ni cheq leading the way,berjaya jadi orang 1st ke puncak di belakang Pakteh.
Cari kepuasan diri tebus kekecewaan sebab tak boleh jadi oraang 1st Masa daki gunung Stong 2 tahun lepas
Cheq dengan kengkawan cheq Sempat Minum ayaq Rotan,Pakteh Yang carikan kat tengah-tengah hutan..
Pakteh Cakap ayaq ni paling bersih..betul!paling best kot..

Kali pertama menjejakkan kaki ke Kedah,belum lagi sempat penuhi 2 objektif peribadi (Nak melawat kubur Ustaz Ibrahim Libya kat Parit Panjang&Melawat Kubur Arwah Ustaz Fadhil Noor Di Muassasah Darul Ulum Pokok Sena),maka ini adalah menjadi pemangkin dan penguat semangat untuk Cheq kembali Ke Kampung Jelutong,sebab janji ayah belum dipenuhi,dan janji dengan deq na pun belum langsai nak petik buah limau dan sama-sama makan kat atas pokok…

…..

Ustaz Hasrizal Cakap..
Erti Hidup pada memberi..
dengan syarat bersamanya ada kasih sayang..
Mak ngan ayah sudahpun Memberi..
Sekarang..
Bagi Cheq..Erti hidup juga pada membalas..
Balaslah dengan kasih sayang juga wahai nurul..!

Semalam..(13-04-09)
Ramai adik-adik Sekolah YIK telah menjadikan Adik Nik Nur Madihah sebagai Role Modale...
Sempat saya berbual-bual dengan beliau se
waktu menemani beliau di meja makan sejurus sahaja tamat sesi tengahari Seminar motivasi bersama Dr.Syukri

"Engat-engat nak sambung belajar kat mana?",tanya saya
"Mungkin Middle east",Jawab beliau..

"Pernah baca buku KOMBAT 1511H,Faisal Tehrani",tanya saya lagi.
"Of Course pernah",Jawab Beliau. 
"Just let's it become true",Pesan saya..
"Insya Allah",Jawab beliau..

Nik Nur Madihah sedang menjadi IKON sekarang ini..

Sekarang Misi saya..

Untuk mengenal dengan lebih dekat,siapakah dia che' Guevara yang telah lama menjadi ikon kepada ramai muda mudi hari ini..?
Tertampalnya wajah beliau pada baju muda mudi yang pada awalnya saya sangkakan wajah itu kepunyaan Mullah Muhammad Omar,Presiden Kerajaan Islam Taliban,Afghanistan,menjadikan saya tertanya-tanya siapakah sebenarnya insan ini?

Hari ini saya serius untuk megenali beliau..


...............................

"Kalau saya dapat la pencuri tu,saya sumpah jadi Vios,boleh wat pegi temerloh,boleh wat pegi posting”..Kata Kak rubi.

"Kalau saya dapat peragut tu,saya sumpah jadi jongkong emas,boleh beli balik apa yang rugi,kaya sikit lepas ni,bukan setakat beli Vios ja..”..Sampuk saya

Sama-sama tergelak..melawak untuk menghuraikan kemurungan dan ketegangan yang melanda Kak Yan..

Tertekan saja nampaknya dia..
Sabar ya kak yan..
Allah nak bagi lebih lagi kat Kak Yan tu...

Kejadian 1~Di Hostel
Kejadian 2~DiJalanraya
Kejadian 3~Dibilik

Semua membuatkan kami merasa dunia dan environment ini tidak lagi selamat untuk didiami dengan aman..

Dulu..
Dengan selambernya boleh bangkit dan keluar kebilik air dengan amannya tidak kira apa2 waktu sekalipun samada pukul 3.4 pagi..
Siap boleh nyanyi-nyanyi lagi

Sekarang..
Tidak betah lagi bangkit sesuka hati dengan hati yang riang kecuali sesudah 5 pagi ataupun sudah berjanji dengan kawan untuk bangkit bersama-sama
Setelah..Hostel dimasuki Lelaki mabuk dan orang gila..
Fobia..fobia..

Dulu..
Suka hati ja mengembara,kesana kemari,pergi dan pulang sendirian tanpa perlu teman sentiasa disisi,bebas beraktivitisme..tiada masalah..

Sekarang..
Fobia menghantui diri setelah berlaku kejadian ragut kepada dua teman rapat sendiri dan secara lansung terlibat dalam menolong Kak Yan meguruskan report dan sebagainya..

Dulu..
No fear pun..tak pernah runsing pun nak tinggal hendphone merata-rata kat dalam bilik,kat atas katil @kat atas meja..Tak pernah runsing nak tinggal laptop kat atas meja ka.

Sekarang..
Nak pergi tandas pun kena kunci bilik..nak pergi pantry basuh pinggan pun kena kunci bilik.Kalau rumate tak der kat bilik,duduk dalam bilik sorang-sorang pun kunci bilik.
Sekarang,masuk bilik wajib bagi salam.tak kiralah dari mana,samada keluar ke toilet kejap saja..setelah senang-senang ja henset kena curi masa keluar ke bilik air.

.................................

Seharian hari ni bersama tiq dan kak bell menemani kak yan,banyak pengalaman yang diperolehi..Menguruskan segala hal berkenaan beg dan segala isi nya..Dari tiket bas sampailah kepada duit yang hampir bernilai rm 400.00 bersama lesen,IC,kad bank,dan 2 buah handset

Takziah buat Kak Bell~Kehilangan 2 buah Hanset
Takziah buah Kak yan yang diragut dan hilang segala barang-barang dokumen penting beliau..

Fobia dan gerun dengan situasi semasa…
Hmm..

Ada Pengajaran yang Allah nak sampaikan sebenarnya tu..
Berhati-hati..beringat..
sebelum ini,sudah beringatt,tapi kurang menyerah bekepadaNYA
@pun mungkin sebelum ni sudah menyerah kpdNYA,tapi kurang beringat dan berhati-hati..
Usaha+tawakkal=Kejayaan

Rasa-rasanya,boleh tak nak cakap "Terima Kasih Ya Allah” bila ditimpa musibah?
Sebab asbab kita menyebabkan masyarakat dapat lebih kesedaran dan membuatkan kita lebih bersatu..

Berikut senarai barisan anggota kabinet Datuk Seri Najib Razak


Timbalan perdana menteri

Tan Sri Muhyiddin Yassin -

Menteri di Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Koh Tsu Koon - perpaduan dan prestasi

Datuk Seri Nazri Abdul Aziz - Parliamen

Mej (B) Jamil Khir Baharum - hal-ehwal agama

Tan Sri Nor Mohamed Yakcop - Unit Perancangan Ekonomi (EPU)

Kewangan

(1) Datuk Seri Najib Abdul Razak

(2) Datuk Ahmad Husni Hanadzlah

Pelajaran

Tan Sri Muhyiddin Yassin

Pengangkutan

Datuk Seri Ong Tee Keat

Dalam negeri

Datuk Seri Hishammuddin Hussein

Penerangan, komunikasi dan kebudayaan

Datuk Seri Dr Rais Yatim

Tenaga, teknologi hijau dan air

Peter Chin

Pembangunan luar bandar, wilayah

Datuk Seri Shafie Apdal

Pengajian tinggi

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Perdagangan antarabangsa dan industri

Datuk Mustapa Mohamed

Datuk Mukhriz Mahathir (timbalan)

Pelancongan

Ng Yen Yen

Pertanian dan perniagaan asas tani

Datuk Noh Omar
Datuk Johari Baharom (timbalan)

Pertahanan

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi

Kerja raya

Datuk Shaziman Mansur

Kesihatan

Liow Tiong Lai

Belia dan sukan

Ahmad Shabery Cheek
Razali Ibrahim (timbalan)

Pembangunan sumber manusia

S Subramaniam

Perumahan dan kerajaan tempatan

Kong Cho Ha

Wanita, keluarga dan masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Luar

Anifah Aman

Wilayah persekutuan

Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin

Mereka ialah gabungan pemimpin untuk membentuk dan merealisasikan slogan
"SATU MALAYSIA" gagasan ketua mereka..

“Wes syah,aku ngan tiq nak turun Johor Konvo mung bulan 8 nanti”..Hamasyie 2
"Boleh-boleh..mehla,boleh kenal umah aku”..Hamasyie 1
............................................................
"Exam kan?”Hamasyie 1
"Aku baru lepas exam la ni..saja belek internet intai-intai isu semasa"..
Mu wat pe?”Hamasyie 2

"Aku tengah siapkan PSM aku ni” Hamasyie 1
"Amenda PSM ni weh?” Hamasyie 2
"Haha.Thesis”Hamasyie 1

"G baktisiswa?kedah kan?” Hamasyie 1
"Ha ah..aku g”Hamasyie 2
...............................................................
“Cup-cup,nanti sambung master bahagian apa?" Hamasyie 2
“Fizik Nuklear,Aku nak wat simulasi..” Hamasyie 1

Wah..sahabat ku sorang ni betul-betul mengisi masa depanku..

“…hebatnya mung..mung betul-betul menyambung cita-cita aku” Hamasyie 2
"nanti anak aku akan ikut jejak langkah mung” Hamasyie 2
"Ok,cakap kat dia nanti meh ngadap aku dulu nanti”.. Hamasyie 1
"Jelez tul..” Hamasyie 2

“Takpa,mu jaga la orang sakit untuk aku”.. Hamasyie 1

.......................................................
“Roger tau,Aku nak tutup laptop ni” Hamasyie 1
“Ok sahabat.jumpa nanti” Hamasyie 2
Dan Kami berbalas salam… Hamasyie 1&2..
.................................................
Watak:
Hamasyie 1;
SMU(A) Cabang 4,Tumpat
SMU(A) Maahad Muhammadi (P)
Matrikulasi Johor
Degree:Aero Fizik UTM
Master To Be:Fizik Nuklear UTM

Hamasyie 2:
SMU(A) Amir Indera Petra
SMU(A)Maahad Muhammadi (P)
Matrikulasi UIAM PJ.
Degree:Nursing Hons,IIUM
Master To Be:A&E (Accident& Emergency)

Berjumpa singkat sekali..
Berkongsi cita-cita yang sama pada awalnya..
Tapi DIA lebih mengetahui yang mana terbaik untuk hambanya..
Dan juga DIA mengizinkan untuk Hamasyie 1 keseorangan mneruskan cita-cita Kami..

We have the same determination..
Just through the different way..
This is our destiny..
Hamasyie 2 sure that Hamasyie 1 can complete our dream and mission that was built together last tyme..
Hamasyie 2 Still waiting and waiting!!

Semalam kelmarin,ada yang berteleku sahaja dia atas sejadah..ada juga yang khusyuk mengaji alquran..ada juga yang tak letih-letih refresh malaysia kini homepage untuk mengupdate keputusan tekini..saat keputusan diumum kan..banyak sangat mesej yang masuk dengan fact and figure yang berbeza..Apapun dengan jelas bagaimana kita menyaksiakn kemenangan dan kekalahan telah dapat diterima oleh calon-calon yang bertanding dalam pilihan raya tersebut


Bagi Yang Menang..


Untuk kedua-dua YB kita Yang berjaya memenangi sekaligus berjaya mengisi ruang hati Rakyat,Takziah diucapkan kemudian menyusul juga ucapTahniah,kerana apa yang pasti amanah itu bukan satu kebanggaan,tapi satu bebanan yang pastinya akan disoal nanti..Kesan kegembiraan jelas terbayang kepada calon,pendokong dan penyokong mereka..

Syukur itu kembalinya perlu kepada Sang Pencipta yang memiliki takhta dan arays yang maha luas,Raja kepada pemerintahan di langit dan dibumi..Dan kemenangan ini pastinya setimpal ukurannya dengan apa yang telah diusahakan.Nusrah Allah itu maha adil,Alllah memberi kemenangan kepada mereka yang berjuang dengan jiwa yang menang...

Maka sekarang ini sibuklah YB baru kita mengadakan kenduri kesyukuran disana sini,meraikan petugas petugas yang tidak pernah mengeluh dan bersuara menyebut-menyebut perihal tadhiyah mereka..Memberi tanpa merasa sedikitpun akan berkurang..
Indahnya perjuangan..Indahnya Ikhlas..
Indahnya perjuangan jika dimulakan dengan "BEGIN WITH THE END IN THE MIND”
Akhirat itu lebih berharga kerana Akhirat itu sifatnya kekal tanpa penghujung..
Kepada 2 YB,selamat Mengisi Kemenangan!


Bagi Yang kalah..


Rasanya tidak perlu saya sebut siapa si polan bin si polan itu....
Maklum sudah semuanya..
Tapi apa yang pasti perjuangan mereka juga takkan selesai..
Pastinya mereka takkan mengalah dengan mudah..
Apapun isyarat rakyat sangat jelas di dua bukit ni..
Rakyat semenanjung telah memberi isyarat yang jelas..
Bahawasanya…
Say no to _ _ !

Janganlah ada yang lepas tangan pula..lepas 5 tahun lagi barulah nampak balik wajah ni..
Hmm..bagaimanalah rakyat mahu menerima kalau ini sikapnya calon kita..
Jadilah wakil rakyat yang tak berporfolio kepada penyokong kita..
Jadi lah calon YB yang benar-benar berjiwa rakya..berjiwa besar..
Kepada bekas calon YB!..
Selamat ber ”post Mortem”!

Berbual-bual dengan Kak Yan,semasa diatas bas pulang dari OSCE yang menenangkan jiwa,
Bercerita berkenaan dengan Prof.Maung-Maung,Head Department Of Mental Health,University Of Nursing,Yangoon Myanmmar..
We Like Him Very Much..
…....

Tiba-tiba…
“Cinta Adam dan Hawa bla..bla..bla..”..(Tak ingat dah lirik dia)
Misha omar Punya lagu….

Hish!
"Kak Yan Aku sangat tak suka sangat lagu ni..
Tak suka tahap cipan”
tiba-tiba ayat saya menukar darjah perbualan ..

"Haah,aku pun kurang suka”...
"Suka hati dia ja guna nama Nabi Allah Adam dan Hawa Isterinya untuk menghalalkan
Jahiliyah ni..”
sambung saya..

Tak sukanya getus saya..

”Halal la tu jadinya jawab Kak Yan”...

Apalah..
kesian betul muda mudi..
Kesian betul adik-adik kita..

Mungkin adik-adik kita lebih Kenal Adam dan hawa dalam lagu ni berbanding kenal siapa dia nabi Allah Adan dan Isterinya Hawwa yang ada dalam Alquran..

Siapa yang bertanggungjawab untuk memperbetulkannya??

(catatan tentang Bahasa Melayu)

...

Setelah sekian lama Malaysia Merdeka..

Tersebut cerita tentang kemerdekaannya..

Tapi hampir lebih 5 dekat berlalu bahasa itu umpama tiada pembela yang punya peribadi dan jatidiri..

Mengapa begitu..?

Underestimated!~ini jawapan yang paling mungkin..



Mengapa??

Pusat Dagangan Dunia Putra,mengapa PWTC?

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia,mengapa MTUC?

Gabungan Pengguna-pengguena Malaysia,mengapa FOMCA?

Perbandaran Pembangunan Bandar,mengapa UDA?

Insitut Penyelidikan Getah,mengapa RRI?
Teknologi Maklumat,mengapa IT?

Akta keselamatan Dalam negeri,mengapa ISA?

Unit Simpanan Persekutuan,mengapa FRU?

Jabatan siasatan jenayah,Mengapa CID?

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu,mengapa PEKEMBAR?

...selesa kot..gembira mungkin..Mana tahu bunyinya lebih moden..


dan..Banyak lagi..

API?

FAMA?

MAS?

CAP?

MIDA?

FIDA?

FAM?

BAM?

NUTP?

NUJ?


Sekian lama merdeka..rupanya belum lagi sepenuhnya..

berkesan sungguh tarbiyah Penjajah ini..

Mengapa tidak di ikut Kelantan..?

Dari Kelantan Water kepada Air Kelantan..

Bangga bukan?

Jangan malu membuang jahiliyah,jangan malu megah mengaku jatidiri..


Semalam sewaktu berbual-bual dengan sahabat-sahabat,maka berbincanglah kami perihal isu semasa hari ini dan mungkin untuk hari esok..

Maka hamba ada menyebut..

"Hari ini mamanda perdana menteri telah melepaskan 13 tahanan ISA"..hamba berperi..Sambutlah sahabat hamba,tiq..

"Ya lah itu..3 minggu lepas ayah kepada adik angkat hamba telah ditahan bawah tahanan ISA..sangat kesian hamba kepada beliau.."

Opss!..apakah cerita ini..

Hamba dan tiq Masih menunggu-nunggu jawapan dari seorang sahabat..

Muna..

Bebas sudahkah Ayah beliau Dr.Abdullah Daud setelah sekian 7 tahun berada di kemunting itu?..

Kesimpulan dari sahabat hamba yang lagi seorang..

Huh..POLITIK..

AL-HIZBU KHID'AH!


Selamat mengundi buat semua penduduk di 3B..
dengan Harapan..
Jangan salah pilih pemimpin
p/s:Jom lihat dan analisa bersama-sama..
Apa pula mesej dari rakyat kali ini?..=)

macam kenal...sedagha ka?
Selamat datang ke Malaysia baru..
Semalam semasa mendengar perutusan Perdana Menteri Ke-enam..

"Dengan ini saya mengishtiharkan penarikan semula penngantungan penerbitan harakah
saya juga akan membebaskan 13 tahanan ISA
dan ianya akan berkuat kuasa serta merta..
saya juga akan mengkaji semula ISA demi kemaslahatan semua."
Oh lunak sahaja bunyinya..
Alangkah..alangkah dan alangkah..
Beliau juga ada menyebut.. "satu Malaysia".."satu suara"..
Terima kasih kerana menjadi Perdana Menteri yang baik pada hari pertama..
Dan teori R.A.H.M.A.N Juga telah berakhir dengan bergelarnya Paklah sebagai bekas Perdana menteri ke-Lima pada pukul 10.12 minit pagi tadi..
Pastinya saya dan orang0orang diluar sana menunggu-nunggu teori apakah pula yang akan muncul selepas ini..

HARAPAN KAMI...

>Jadilah Perdana Menteri yang lebih baik dari PM-PM sebelumnya.
>Satukan negara dan rakyat, hapuskan permusuhan dan sengketa
>amalkan ketelusan sirami kembali demokrasi dan kembalikan sepenuhnya hak asasi rakyat.
>Hapuskan kemiskinan, agihkan kekayaan Negara secara adil dan setimpal dan
> jelmakan ISLAM dalam kepimpinan..