Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

(sakura luruh)

Melihat,menafsir dan mengaplikasikannya dalam kehidupan..

Pengembaraan ialah sebuah pembelajaran,
memperkaya hidup.
sesudah membaca dengan mata,
kuatkan dengan menafsir,menggunakan minda sedar,
lalu berkongsilah dengan tulisan kepada yang mahu mengambil pengajaran..
...

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Minda pengembara hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada pengembaraan itu.

Melakar peta hayat,menghabeskan sisa-sisa zaman inteligentsia..
Mengukir plot-plot Negeri 5 menara olahan gaya mahasiswa yang mencipta angan
bermula di Kedah-Penang-Perak-Selangor-Kelantan..
Moga Jadi KENYATAAN!
Here we go!

"Kerana setiap peristiwa di jagat raya ini adalah potongan mozek.Berseleraklah disana sini,bertebar dalam waktu dan ruang.Nanti,perlahan-lahan dia akan bersatu,mozek-mozek ini akan membina siapa dirimu dewasa kelak.Lalu apa yang kau kerjakan dalam hidup ini akan bergema dala keabadian..
Maka!,berkelanalah diatas muka bumi ini untuk mencari mozekmu"

Sewaktu melihat kerusi itu,
bukan lagi milik saya..
dirasakan sesak didada kembali lapang,
melepas batton kepada yang lebih baik!
dan
insya Allah,mereka lebih baik!
dan JAUH di sudut hati..
"Ya Allah,terimalah segala amalan hambaMU yang sedikit ini"

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia kental,
menjadi bebola yang persis di tekan di air,
semakin di tekan,semakin kuat tujah naiknya,
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini..

Kerusi ini banyak memberi rasa kepada saya,
erti sayang yang sangat mendalam,
kepada tarbiyah,murabbi dan mutarabbi..
Ya Allah,terima kasih di atas "karunia" ini..

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia yang harus terlebih dahulu perlu di isi,sebelum mengisi..
memasak ilmu dan pengetahuan diminda..
Ya Allah,terima kasih diatas "karunia" ini

Kerusi itu banyak mememberi rasa kepada saya,
menjadi insan "manja" di hadapan TUHANNYA,
berkongsi setiap hiba dan galau di hati..
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini

Moga-moga segala rasa di sebalik karunia MU itu,
terus bersemadi dan mendarah daging di jiwa saya.
Menjadi individu yang lebih istiqamah dan lebih tajarrud,
kepada DEEN mu ya RABBI!.


Pasca penghabesan karya a.fuadi dengan buah tangan nya,Negeri 5 Menara ternyata membuatkan saya dan sahabat lebih banyak bermimpi...

Berani bermimpi yang bermacam-macam..
ada yang bermimpi untuk membuka bakery,
Ada yang bermimpi untuk membuka nursery,
Ada yang bermimpi untuk kahwin awal..owh!

(Antara pemimpi-pemimpi~)

Mimpi?..
angan-angan?..
adakah ia pelanduk 2 serupa..


Angan-angan itu umpama ceritta mat jenin,sebuah cerita klasik melayu dongengan yang
berakhir dengan tragedi sadis.
Angan-angan yang menyempitkan pemikiran tanpa ada modus operandi yang jelas bagaimana mencapainya..

Mimpi Pula?,
saya definisikan sebagai satu cita yang di dalam nya terdapat pendekatan dan model serta punya modul untuk menggerakkan nya..
BERMULA DENGAN CITA di spesifikkan bagaimana modus operandi nya..
seperti Martin Luther King,yang memperjuangkan dasar apartheid
Yang bukan saya menyebut..
I HAVE A DREAM!
akan tetapi menspesifikkan mimpi nya dengan berkata bahawa akan mendudukkan sekali anak-anak yang berkulit putih dan hitam pada suatu hari nanti..
Bukan hanya I HAVE A DREAM,kemudian titik.

Lewat menyusuri hari-hari terakhir di tahun akhir,
Visi perlu semakin jelas,
Misi tidak lagi Kabur,
Objektif hidup sudah bersuluh,
Time frame achievement pun begitu..

Jika ingin saya menjadi seorang Pakar Nuklear,
ia tidak boleh hanya terhenti disitu..
perlukan qawiyy yang dipanggil Sarjana..
dimana mahu menyambungnya?
spesifikkan lagi,
di local Universiti seperti UKM atau di US@UK kalau ada.?

Jika saya sekarang sedang mengambil Sarjana Muda dalam Sains Politik,
dan mahu menjadi seorang penganalisis politik yang tidak kalah dengan Prof.Abu Hassan Hasbulllah Hayastani..
Mungkin,saya juga perlu menyambungsarjana di Armenia?
atau ada preference sendiri yang lebih baik..

Tidak cukup dengan itu..
persiapan teknikal perlu teliti,untuk memastikan diri saya mampu dari segi material dan mentalnya untuk kesana..

*Moralnya: Janagan main-main masa belajar..


Dan lain-lain lagi..
itu baru bab kerjaya..
Tidak masuk lagi bab rumah tangga dan sebagainya..
Ironinya,
Satu blue print dengan general master plan perlu siap!
Layarilah hidup,seperti mana kita membuat program.

Ada pndahuluannya,
ada latar belakang nya,
aba objektifnya dan lain-lain..

Malah lebih dari itu!
Maka dengan namaMU ya ALLAH!,
begin with the end in the mind,
be spesific!,
dan kita lakar jalan hayat..
moga terus dikurnia istiqamah,
dan terus berada dijalan yang menyampaikan kami kepada Murabbi cinta kami..

Jangan pernah segan untuk bermimpi (*baca : mimpi gaya spesifik),setelah digenapkan dengan usaha dan do.
Dan percayalah!,Allah itu maha Mendengar!
tribute untuk sis hafizah yang akan berpencak di UM..*sungguh!,saya dengki

Detikan itu doa, impian itu doa, ingat itu doa, fikir itu doa, sebut itu doa, kata-kata itu doa..
maka,pastikan tingkah mu sentiasa dalam kebaikan~

Dahulu,kami melukis langit dan membebaskan imaginasi itu lepas membumbung tinggi.

Aku melihat awn seperti benua Amerika,Raja berkeras awan yang sama berbentuk Eropah,manakala Atang tidak yakin dengan kami berdua dan sanagt percaya awan itu berbentuk benua afrika.Baso malah melihat semua itu dalam kontek Asia,sedangkan Said dan Dulmajid sangat nasionalis,awan itu berbentuk peta Negara kesatuan Indonesia.


Dahulu kami tidak takut bermimpi,walau sejujurnya juga tidak tahu bagaimana merealisasikannya.Tetapi,lihatlah hari ini.Sesudah mengerahkan segala ikhtiar dan menggenapkan dengan doa,Tuhan mengirim benua impian ke pelukan masing-masing.Kun fayakun,maka awalnya awan impian,kini hidup yang nyata,Jadi janganlah pernah remehkan impian,walau setinggi apapunia.Tuhan maha mendengar.

Man jadda wajada,siapa yang bersungguh-sungguh pasti Berjaya!

(Negeri 5 Menara) ~ Berbaloi untuk dihayati!

Muhasabah = Analisa t'hadap apa yg tlh dlaksana. Apakah ia memulangkan kebaikan\ perlu kpd penambahbaikan. Jujur m'hitung tanpa prejudis

Muraqabah = Menilai kehadapan mencari ruang utk tunai amanah sebaiknya dan membolos diri dr kekangan utk dekatkan diri kpd Tuhan yg Esa
Mujahadah = Depani halangan, harungi cabaran & atasi rintangan. Laksana amanah yg dgn serius & tekun. Pedulikan tentangan m'dada kehdpn

Mua'qabah = M'hukum selayaknya atas diri ekoran kegagalan & kelemahan. Sedarkan diri dari alpa & leka dgn tindakan yg m'disiplinkan diri

Mua'hadah = Janji & ikrar utk istiqamah serta teguh pendirian m'galas beban amanah perjuangan. Biar putih tulang namun jgn jd petualang
maka,teruslah bergerak..
menang kalah bukan urusan manusia,
kerana,Allah tetap cukupkan pahala kepada pejuang2nya..
Bergembiralah orang-orang yang beriman!

HADIAH untuk Sultan Muhammad Ke-V. Itulah yang diluahkan oleh ketua jurulatih Kelantan, B.Sathianthan yang mahu semua pemainnya beraksi cemerlang merampas Piala Malaysia daripada Negeri Sembilan untuk dihadiahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V yang baru dimahsyurkan.

Menurutnya, peluang beraksi pada final kali ini perlu digunakan sebaik mungkin untuk memastikan mereka muncul juara dan membawa pulang piala paling berprestij ke Kota Bharu.

“Seluruh rakyat Kelantan gembira apabila menerima Sultan baru dan saya rasa kegembiraan tersebut mungkin lebih bermakna jika pasukan mereka mampu membawa pulang Piala Malaysia ke Kota Bharu.

“Saya dan semua pemain berjanji akan memberikan yang terbaik supaya impian tersebut akan menjadi kenyataan dan kejayaan itu kita akan hadiahkan kepada Tuanku Sultan yang memayungi seluruh rakyat Kelantan,” katanya ketika dihubungi semalam.

Tambahnya, segala persiapan berjalan dengan lancar dan semua barisan pemain sudah pun bersedia untuk turun beraksi pada perlawanan akhir itu nanti.

Jelasnya, semua pemainnya kini bebas daripada masalah penggantungan dan kecederaan kecuali tiga pemain iaitu Azizi Mat Rose dan S. Subramaniam untuk posisi pertahananan yang hampir pasti tidak dapat diturunkan.

SATHIANATHAN (kiri) ketika mengendalikan sesi latihan skuad Kelantan di Kota Bharu semalam sebagi persiapan menghadapi final menentang Negeri Sembilan, Sabtu ini.

“Kita sedang memantau perkembangan Akmal (Rizal Rakhli) yang masih belum pulih dan cergas sepenuhnya daripada kecederaan. Saya harap beliau akan pulih dalam masa terdekat ini dan dapat diturunkan pada final kelak.

“Jika ketiga-tiga mereka tidak dapat diturunkan sekali pun, ia tidak merencatkan persiapan pasukan kerana saya masih ada pemain lain yang standard mereka tetap sama dan mampu beraksi baik,” ujarnya.

Katanya, beliau mengharapkan para pemainnya fokus ketika aksi di padang, berdisiplin selain sentiasa yakin pada diri sendiri bagi memastikan mereka tidak mudah patah semangat.

“Untuk perlawanan Sabtu ini, saya harap pemain yang akan diturunkan memberikan tumpuan sepenuhnya sepanjang perlawanan, jangan gugup dan sentiasa ingat bahawa kita adalah pasukan yang hebat, jadi kena beraksi sebagai pasukan yang hebat.

“Jangan jadi macam tahun lepas, selepas kena satu jaringan kita hilang fokus dan tidak bermain dengan baik. Pengalaman lalu harus dijadikan pengajaran berguna buat kita untuk perlawanan Sabtu ini,” jelasnya.

Sumber:www.kelate.net


Like a garden..(1)
You are the best!

They are the best i think!
"Aku perlukan teman yang akan bersama-sama dengan membangun diri,memperjuang agama dan mempertabatkan ummah dengan penuh semangat juang.Kerana ku tahu,semangatnya yang membara akan selalu menghangatkan diriku yang kian membeku.."Terima kasihAtas komitmen pada u_r_h" 7.13pm@21/10/10

~5 Hajar (2010)
Ada hajar,ada hanim,ada yani,ada zai,ada amalina a,ada marlina,ada syaherah,ada amalina ismail,ada syahida
umpama..
Ada melur,ada mawar,ada melati,ada kemboja,ada teratai,ada tanjung,ada kiambang,ada kenanga,ada tulip..


Like a garden..(2)
seriously (ENIGMA!)
"esok kita bersidang!" 7.45pm@21/10/10
~Kak mahani (2010)

Ada nad,ada aida,ada khai,ada k.syedah,ada kak mahani,ada kak umme,ada kak yati,ada kak angah,ada juga madi,wani ngan nisah..tidak lupa ADA KAK FIZAH
Laksana..
Kiambang,melur,melati,teratai,kenanga,tulip,mawar,tanjung,kemboja...

Mereka umpama nunga-bunga yang cantik menawan,memberi warna ceria,memberi warna segar kepada sebuah Taman INI..
Tidak segan tidak silu "memberi" kepada sesiapa sahaja..
"Agama itu umpama Oksigen,ia ada dimana-mana"
dan mereka ialah bunga-bungaan yang menghasilkan Oksigen untuk SURVIVAL ini..

Moga BUNGA-BUNGA yang berpadu menghasilkan TAMAN ini akan terus mekar disyurga nanti..
Bersahabat didunia,Berjiran disyurga


Warisan Merdeka – Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap 2020


“Transformasi Ke Arah Negara Maju Berpendapatan Tinggi”

"Elaun pengerusi JKKK, JKKP, Tok Batin dan Pengerusi JKKK Orang Asli kpd RM800.

"RM200 juta untuk perolehan hasil kreatif seperti filem, drama dan dokumentari keluaran tempatan yang berkualiti tinggi."

"Sistem pengangkutan MRT untuk Greater KL akan dilaksanakan bermula 2011 bertujuan meningkatkan penggunakan pengangkutan awam hingga 40 peratus"

"Pengecualian cukai jualan ke atas semua jenis telefon bimbit."

"Duti import kira-kira 300 barangan kegemaran pelancong dan rakyat tempatan di antara 3 dan 5 peratus dimansuhkan bagi menjadikan Malaysia syurga beli"..
- Petikan dari sebahagian intipati belanjawan 2011

Saya orang kampung..berasal dari keluarga Tak senang sangat,tak susah sangat..
tapi kalau lah ayah saya baca dan dengar belanjawan ni..agak-agak la..apa respon ayah saya?
(sambil berfikir...hmmm)

Saya juga pelajar.
tahun akhir kot..
agak-agak..
kalau saya letakkan keadaan saya dalam standard pelajar keramaian,
agak-agak la..
apa respon saya?..

Saya yang bercita-cita mahu ke Dewan rakyat...
Taman seri Gombak,
23 oktober 2010..

Here i have to go!..

pergi bersama dengan dendam rindu yang menggunung kepada haq-haq yang tidak tertunai
beribu wasiat yang masih belum terlunas
...
Here i have to go!..
menyarung jersi cinta kerjaya..
membawa harapan ibu yang lama terpendam di daerah ini..

....



Here i have to go!
Diatas nama Allah dan muhammad kekasihnya,
Hidupkan lah kembali hati-hati kami..

Agar malam hari di hiasi taqwa,
siangnya kami mengejar abjad2 ilmu,
sehingga malam kami tiada igauan mimpi dusta,
sehingga siang hari tidak dikejar maddiah,
sehingga bercantum ikatan hati kami..

Agar diriku,
kekal abadi bersama cintaNYA,
dalam membawa risalahnya,
untuk menuju perhentian abadi tanpa kembali...

Kakak Sniper
Indera Mahkota,
18 september 2010@9.11am
..

Siapakah golongan hamba yang sedikit??

Mereka ialah golongan manusia yang bersyukur..
abdan syakuro!
..mohon saya juga Ya Allah...


Syukur dengan Kurniaan ini..
Kurniaan ditemukan Ramadhan..


Moga Allah menerima segala amal kami yang sedikit..
dan izinkahlah kami meneruskan momentum ketaatan hasil tarbiyah Ramadhan ini..

Diakhir Ramadhan,
Allah menyediakan reward kepada hambanya Yang MENANG!
menang mujahadah!
menang merebut segala ganjaran yang Allah tawarkan dengan balasan ketaatan hamba kepada TUANNYA..
itu lah Hadiah yang bernama Aidilfitri..

Apa erti takbir?
itu terpulang kepada individu yang menilai..
Menangkah?
atau hanya sekadar adat?

sambut lah Aidilfitri dengan penuh kemeriahan,disamping menginsafi matlamat nya..
juga mengingati dan merindui sang Ramadhan yang meninggalkan kita,
guru yang banyak memdidik kita hingga berjaya mendapat ijazah Aidilfitri..

Moga Ramadhan hadapan berjumpa lagi..
Aasif atas segala silap dan khilaf..

Terus RINDUKAN RAMADHAN..
dan
Salam Aidilfitri..

Ramadhan terakhir...
kerana saya tidak tahu apakah qada' dan qadar saya selepas ini..
apa yang didalam pengetahuan kita ialah apa yang sedang berlaku dan telah berlaku..

Apa yang pasti..Ramadhan terakhir sebagai siswi ini akan saya coretkan manisnya di laman ini
..

Ya saya masih disini
disisi kakak,
disisi teman,
disisi adik...
Ditaman ilmu dan budi..


Ramadhan terahir sebagai seorang siswi..

Bersama 4th batch yang pelbagai gaya dan kelainan,berbuka,bersahur,teraweh..
cuba membaiki biological clock yang rosak,menjadi burung hantu berburu dimalam hari ditengah-tengah kesesakan assignent yang menimbun,lantas terstupor juga bersama-sama di kelas..wah!..


bersama pahchan , kak ken , kak bi , jarulle, kak syerr, kutiq, kasalle..
sayang sangat-sangat ngan kamu-kamu..

juga..
Mencari indah ibadah bersama..
meronggeng bersama Aisyah,muni,sya,along mas,sarah pena sutra..
Meronggeng juga,,
mencari dan membina memori di Biskon Robin bersama
pah chan,kak dayah,adik yan,kakek~


Juga bersama2 sdik-adik junior Nurs
ke Andaman tomyam dibawah segarnya kekwa
mengisi ramadhan2 terakhir ini
ayuni,azira,akmal,naimah..
so sweet~
sWeet..
it is the most suitable word~
....

Dulu..setahun lepas..
Ramadhan bersama..
mak a.k.a kak fizah,meronggeng ke masjid
tidak kurang jugak ngan kak faraa
2 tahun lepas..
Bersama kak Dayah BFX jugak kak Ac..

"manisnya Ramadhan masa belajar takkan dapat dijumpai dimana-mana"..
itu perkataan biasa..
lalu saya tersenyum sahaja..

dan kini saya merasakannya..
ternyata..saaT-saat menuntut ilmu itu sangat manis
Ramadhan ini kian senja mahu melabuhkan tirainya,
membawa pelbagai rasa bersama memori yang indah..

Sunnatullah..
kita diciptakan untuk pulang..
sementara ketemu hujungnya,
ambillah bekal untuk menetap disana..

Ramadhan 1431H meninggalkan pilu jauh disudut hati..
Bilakah kenangan ini akan kembali?

CIPTALAH MEMORI DAN SENTIASA LAWATINYA~


Tersentuh..

dari facebook seseorang-seseorang-diri sendiri-orang lain..

"Jika kita beribadah kerana Ramadhan,Ramadhan akan pergi"
akan tetapi..
"Jika kita beribadah kerana ALLAH,maka Allah itu hidup tidak mati-mati"

adaptasi dari sebuah cerita cinta

dari ikon ketenangan,Saidina Abu Bakar Assiddiq.
"jika kamu beribadat kerana Muhammad,Maka Muhammad Akan pergi"
dan jika
"jika kamu beribadat kerana Allah,maka Allah itu hidup tidak mati-mati"

Lalu tenanglah sahabat ,yang dirundung kegelisahan yang amat..

Wahai diri..
"kuunuu rabbaniyyun..wala takuunu ramadhaniyyunn.."

Cintaku...
Allah dan Rasul dan perjuangan ini.

mohon dengan amat ya Allah

Tahajjud Cinta

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga
Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
serta pedoman di kesesatan

Ku sunyi dalam gembira
perih pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga


Terlalu lama aku mencuba
terlalu banyak
cinta yang ku damba
tiada yang sempurna
hanyalah fana
Tuhan, ampuni hamba-Mu

Kau datang ketika duka
dan bintang bercahya
tunjukku ke jalan syurga

Ku rebah di dada malam
memecah dendam yang lama diam
ku tanggalkan baju dunia
dakapku dengan selimut syurga

ya Tuhanku hanya padamu
tempat mengadu segala rindu
limpahi ku rahmat kasihmu
dalam tahajjud cinta bersujud.

*diriku yang mencari jalan pulang..





Taqwa...
Antara Takut dan Rindu..

"mudah-mudahan mendapat ketaqwaan"

taqwa itu tidak semestinya dapat..
Perlu ada efford...
moga2,Allah kurniakan ku "taqwa" itu..

Apa kah jenis kurniaan itu?
hanya satu aku harapkan..
agar..
"hati ini sentiasa dalam genggamanMU YA ALLAH"

..
Dulu-dulu..
kak khai.order tazkirah 1..
rutin biasa zyla..

Sekarang,
Ya Allah,order tazkirah satu!
Ya ALLAH..
terus ajar ku sesuatu..

Moga RAMADHAN ini hadiah bermakna dan tidak sia-sia untuk kita..

Harapan ramadhan..
Moga diri ini tidak lelah sujud padaMU,
tidak lokek memberi sebahagian daripada KurniaanMU,
tidak letih untuk terus bergerak meraikan kekecewaan syaitan

Wahai diri...
"Teruslah bergerak, hingga kelelahan itu lelah mengikutimu. "
"Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejarmu. "
"Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersamamu."
"Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu futur menyertaimu."
"Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemanimu."

Moga ramadhan menjadi turning point yang paling tajam,
agar tidak pulang-pulang merujuk dan bersujud kepada kelesuan
merujuk dan bersujud kepada kefuturan..

Selamat tinggal Kelesuan..
selamat tinggal kefuturan..
selamat tinggal kebosanan..

Agar hari esok lebih bersinar untuk islam yang DICINTAI..

RAMADHAN KAREEM...
moga malammu lebih bercahaya,
siangmu lebih bertenaga..

Menjadi individu luar biasa..
Bukan yang biasa-biasa!..

Kakaksniper
1.16pm
Jalan Hospital Kampus,
IIUM Kuantan,

Saya ialah hamba subsidi.

Itu saya tak nafikan.

Daripada air yang saya minum,sampai udara yang yang saya sedut

- itu semua subsidi.

Tanah yang saya duduk,buah yang saya makan,itu semua subsidi.

Subsidi dari ALLAH rabbul jalil.

Arrazzaq,arrahim

ALLAH bagi subsidi secara percuma.

Tanpa bayaran.

Tanpa cukai.

Tanpa diskaun.

Tanpa perlu membayar 1 sen pun untuk udara yang kita sedut.

Bagi manusia yang beriman, soal nya mahu bersyukur atau tidak.Kalau bersyukur,jadilah seperti Abdurrahman bin Auf seorang sahabat yang dikurniakan kekayaan melimpah ruah.Seperti nabi Sulaiman,yang diberi kerajaan yang besar,dan yang terakhir seperti nabi Muhammad (PUBH),yang diberi darjat paling tinggi.

Ada jugak yang diberi subsidi tapi ALLAH tetap bagi rezeki dan kemuliaan dunia sahaja seperti Firaun,Namrud,Qarun,Abu Jahal,Abdullah bin Ubai dll.

Moga kita jadi manusia yang bersyukur dengan subsidi yang diberi Allah.

Dia seorang pemimpin gerilla yang hebat sekaligus penggubal teorai revolusioner.Bersamanya,Fidel Castro dapat menumpaskan dictator batista di Cuba.Walaupun mati di huku bunuh ketika memimpin pemberontakan di Bolovia,namanya menjadi lagenda muncul bak selebriti di poster dan sticker;topi senget,jambang ‘revolusioner’ dan sorot mata percaya diri

Kisah tentang doctor argentina yang identitinya tidak begitu jelas ini dimulai daripada sebuah perjalanan.Ernesto Guevara,atau lebih dikenali dengan che’ Guevara meninggalkan ruang praktik dan tanah airnyauntuk memperjuangakan persamaan hak bagi kaum miskin di seluruh dunia

Ia bergabung dengan fidel castro yang ketika itu berada dalam buangan di mexico.Pada 1956,bersama fidel castro dan beberapa org yyang lain dai menyeberangi caribia dengan perahu dalam sebuah misi gila untuk menyerang cuba dan menjatuhkan dictator Fulgencio Batista

Berjaya mendarat di daerah berawa-rawa yang kejam,mereka kehilangan sebahagian besar anggota kontinjen.Yang dapat menyelamatkan diri terusberjuang mencapai pembukitan Sierra Maestra.Sekitar 2thn kemudian,setelah melakukan serangan gerilla yang membuktikan keberanian,keterampilan dan sekaligus kekejaman che-kerana itu dia disebut comandate .Para pemberontak memasuki Havana dan mula mengobarkan apa yang kemudian disebut sebagai revolusi sosialis pertama dan satu-satunya (yang Berjaya) di Amerika.

Citra che guevera setelah peristiwa itu sangat hebat.Che’ sang penentang Amerika,kekuatan yang mendominasi dunia.che’ kekuatan moral yang mendominnasi dunia.Che’,kekuatan moral yang mengishtiharkan bahawa manusia baharu harus melakukan usaha paksa untuk membina puing-puing.Che’seorang romantis yang secara misteri meninggalkan revolusi untuk terus berjuang melawan penindasan dan tirani meskipun dia dirundung asma yang teruk

Hukuman gantung terhadapnya vallegrande pada usia 39 hanya menaikkan darjat mistik Guevara.Tubuhnya yang terbaring di ranjang kematian dengan mata aneh yang masih terbuka .Kata-kata terakhirnya lansung tiadak mencerminkan rasa takut ; “tembak,pengecut,kamu akan hanya membunuh seorang manusia,”demikian menurut laporan seseorang.Kuburnya tidak diketahui dan tangan-tangannya ditetak seakan-akan para pembunuhnya lebih takut kepadanya setelah dia mati.Gambarab itu terus hidup dan melukai fikiran dan ingatan.

Telah puluhan tahun berlalu sejak kematian che’,dan pahlawan itu tetap ada dalam memori kolektif.Namun che kini ada dimana2 dari mug kopi sampai keperhiasan kunci.Sebahagian besar mereka yang mengidolakan gerilawan walaupun hanya memiliki sedikit pengetahuan mengenai tujuan dan kehidupannya.

Kekerasan che,gaya perjuangannya yang tidak berpijak pada realiti.Revolusi-revolusi besar pada babak-babak terakhir abad ini. (isanya afrika selatan,iran,filifina,) iaitu rundingan dengan bekas musuh,usaha untuk member dan menerima secara timbale balik yang mana ianya jauh berbeza dengan gaya che untuk berkonfrontasi sambai mati.

Lantas,bagaimana popularity che dapat meluas,khususnya dalam kalangan anak muda?mungkin pada masa perubahan identity yang tidak putus-putus,fantasi tentang seorang petualang yang migrasi negeri,menyerangi sempadan tanpa sekalipun mengkhianati kesetiaan dasarnya merupakan satu kombinasi optimal bagi para kaum muda yang gelisah.