Sufi Haraki Daie Murabbi

.:Moga Dagang kita diterima ALLAH:. "Ssghnya,Jihad mengajar kita bahawasanya ISLAM itu umpama sepohon pokok yang tidak mungkin tumbuh melainkan di atas titis darah dan air mata"

(sakura luruh)

Melihat,menafsir dan mengaplikasikannya dalam kehidupan..

Pengembaraan ialah sebuah pembelajaran,
memperkaya hidup.
sesudah membaca dengan mata,
kuatkan dengan menafsir,menggunakan minda sedar,
lalu berkongsilah dengan tulisan kepada yang mahu mengambil pengajaran..
...

Firman Allah yang bermaksud:

“Tidaklah mereka menjelajah di muka bumi, supaya mereka mempunyai hati yang dapat memikirkan atau telinga dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya bukan mata yang buta, tetapi yang buta ialah hati dalam dada.” (Surah al-Hajj, ayat 46)

Minda pengembara hendaklah dibuka dan berdoa supaya Allah memberi hidayah serta kebaikan daripada pengembaraan itu.

Melakar peta hayat,menghabeskan sisa-sisa zaman inteligentsia..
Mengukir plot-plot Negeri 5 menara olahan gaya mahasiswa yang mencipta angan
bermula di Kedah-Penang-Perak-Selangor-Kelantan..
Moga Jadi KENYATAAN!
Here we go!

"Kerana setiap peristiwa di jagat raya ini adalah potongan mozek.Berseleraklah disana sini,bertebar dalam waktu dan ruang.Nanti,perlahan-lahan dia akan bersatu,mozek-mozek ini akan membina siapa dirimu dewasa kelak.Lalu apa yang kau kerjakan dalam hidup ini akan bergema dala keabadian..
Maka!,berkelanalah diatas muka bumi ini untuk mencari mozekmu"

Sewaktu melihat kerusi itu,
bukan lagi milik saya..
dirasakan sesak didada kembali lapang,
melepas batton kepada yang lebih baik!
dan
insya Allah,mereka lebih baik!
dan JAUH di sudut hati..
"Ya Allah,terimalah segala amalan hambaMU yang sedikit ini"

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia kental,
menjadi bebola yang persis di tekan di air,
semakin di tekan,semakin kuat tujah naiknya,
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini..

Kerusi ini banyak memberi rasa kepada saya,
erti sayang yang sangat mendalam,
kepada tarbiyah,murabbi dan mutarabbi..
Ya Allah,terima kasih di atas "karunia" ini..

Kerusi itu banyak mengajar saya,
menjadi manusia yang harus terlebih dahulu perlu di isi,sebelum mengisi..
memasak ilmu dan pengetahuan diminda..
Ya Allah,terima kasih diatas "karunia" ini

Kerusi itu banyak mememberi rasa kepada saya,
menjadi insan "manja" di hadapan TUHANNYA,
berkongsi setiap hiba dan galau di hati..
Ya Allah,terima kasih atas "karunia" ini

Moga-moga segala rasa di sebalik karunia MU itu,
terus bersemadi dan mendarah daging di jiwa saya.
Menjadi individu yang lebih istiqamah dan lebih tajarrud,
kepada DEEN mu ya RABBI!.


Pasca penghabesan karya a.fuadi dengan buah tangan nya,Negeri 5 Menara ternyata membuatkan saya dan sahabat lebih banyak bermimpi...

Berani bermimpi yang bermacam-macam..
ada yang bermimpi untuk membuka bakery,
Ada yang bermimpi untuk membuka nursery,
Ada yang bermimpi untuk kahwin awal..owh!

(Antara pemimpi-pemimpi~)

Mimpi?..
angan-angan?..
adakah ia pelanduk 2 serupa..


Angan-angan itu umpama ceritta mat jenin,sebuah cerita klasik melayu dongengan yang
berakhir dengan tragedi sadis.
Angan-angan yang menyempitkan pemikiran tanpa ada modus operandi yang jelas bagaimana mencapainya..

Mimpi Pula?,
saya definisikan sebagai satu cita yang di dalam nya terdapat pendekatan dan model serta punya modul untuk menggerakkan nya..
BERMULA DENGAN CITA di spesifikkan bagaimana modus operandi nya..
seperti Martin Luther King,yang memperjuangkan dasar apartheid
Yang bukan saya menyebut..
I HAVE A DREAM!
akan tetapi menspesifikkan mimpi nya dengan berkata bahawa akan mendudukkan sekali anak-anak yang berkulit putih dan hitam pada suatu hari nanti..
Bukan hanya I HAVE A DREAM,kemudian titik.

Lewat menyusuri hari-hari terakhir di tahun akhir,
Visi perlu semakin jelas,
Misi tidak lagi Kabur,
Objektif hidup sudah bersuluh,
Time frame achievement pun begitu..

Jika ingin saya menjadi seorang Pakar Nuklear,
ia tidak boleh hanya terhenti disitu..
perlukan qawiyy yang dipanggil Sarjana..
dimana mahu menyambungnya?
spesifikkan lagi,
di local Universiti seperti UKM atau di US@UK kalau ada.?

Jika saya sekarang sedang mengambil Sarjana Muda dalam Sains Politik,
dan mahu menjadi seorang penganalisis politik yang tidak kalah dengan Prof.Abu Hassan Hasbulllah Hayastani..
Mungkin,saya juga perlu menyambungsarjana di Armenia?
atau ada preference sendiri yang lebih baik..

Tidak cukup dengan itu..
persiapan teknikal perlu teliti,untuk memastikan diri saya mampu dari segi material dan mentalnya untuk kesana..

*Moralnya: Janagan main-main masa belajar..


Dan lain-lain lagi..
itu baru bab kerjaya..
Tidak masuk lagi bab rumah tangga dan sebagainya..
Ironinya,
Satu blue print dengan general master plan perlu siap!
Layarilah hidup,seperti mana kita membuat program.

Ada pndahuluannya,
ada latar belakang nya,
aba objektifnya dan lain-lain..

Malah lebih dari itu!
Maka dengan namaMU ya ALLAH!,
begin with the end in the mind,
be spesific!,
dan kita lakar jalan hayat..
moga terus dikurnia istiqamah,
dan terus berada dijalan yang menyampaikan kami kepada Murabbi cinta kami..

Jangan pernah segan untuk bermimpi (*baca : mimpi gaya spesifik),setelah digenapkan dengan usaha dan do.
Dan percayalah!,Allah itu maha Mendengar!
tribute untuk sis hafizah yang akan berpencak di UM..*sungguh!,saya dengki

Detikan itu doa, impian itu doa, ingat itu doa, fikir itu doa, sebut itu doa, kata-kata itu doa..
maka,pastikan tingkah mu sentiasa dalam kebaikan~