
Bukan langkah Muslimat biasa..
Bercita-cita untuk berperancangan sejauh mungkin..
Bercita-cita untuk mengatur khittah seteliti mungkin
Bercita-cita untuk beraktivitisme sepuas mungkin..
Bercita-cita mengatur derap sebanyak dan sepantas mungkin..
Bercita-cita untuk berfikir sambil bertindak segegas mungkin..
Bercita-cita untuk tidak mengatakan mustahil untuk semua perkara seboleh mungkin..
Dan..
Bercita-cita menjadi hamba yang tunduk semampu mungkin Kepada TUANNYA.
Mantap Tsaqofahnya
Faham Matlamatnya
Qudwah terbaik buat org bawahannya
Paling banyak berkorban untuk perjuangannya
Paling Kental Jiwanya
Paling Akrab dengan Tuhannya
Paling banyak mengalir air matanya
Adik...
2 hal yang pernah ku buat..
Menulis dengan air mata atas pemergian sekolah cinta itu
Juga membaca dengan air mata atas dedikasi kamu tempoh hari..
Yang kedua2nya membuatkan aku tiada kata..
Lama aku berfikir,
Bagaimana kiranya mahu mengungkap rasa ini,
Agar ia bak sebuah kata penuh rasa
Bukan aku berlengah adik..
Maaf dari kakakmu..
Sungguh!
Aku meraba-raba
Sebuah cinta yang dulu mekar
Di relung hati seorang aku..
Hilang?
Jangan jangan dan jangan!..
Allah..
Jangan kau “ambil” dia dari aku
Berfifkir dan terus berfikir..
Ah,pesimis kamu khai!
Mungkin dia sibuk..sibuk!
Yang itu juga sebab klise kamu di suatu setika dulu bukan?
Jiwaku mencabar,merasionalkan kata..
Bukankah adik mu permata agama semuanya?..
Ah..kenapa dulu?
Sesibuk manapun kamu
Sesibuk manapun dia
Perkataan sakti itu lansung tidak memberi makna
Kerana wangi bunga itu mengatasi segala
Pada hilai yang kamu dan aku sahaja yang ngerti erti itu..
Berkongsi ceritera,suka juga duka..
Pada segala imbasan kenangan seawal perkenalan dengan mu..
“Oh!
Budak ni,erk semacam ja?
Dah la hobi pun pelik..
Ada style..”
Minda yang skeptikal membuat analisa..
Wah!,tapi kenapa namanya izzati?
Kerana aku punya kak ti.
Kerana aku punya Mekti.
Adik..
Tiada siapa yang mampu merampas takhta mu di hati kakakmu ini
Sudah aku saipkan khas buat mu
Hilai mu tiada ganti
Manis senyum mu tiada lawan
Adik..
Aku selalu mengertikan engkau dan aku
Umpama a.aje dan adik nya a.kerol
Istimewa..
Bukan aku tidak permah marahkan mu
Kadang-kadang ada jentik untuk mu
Kerana aku sayang kamu kerana Allah
Kerana Rasulullah
Kerana Dakwah dan perjuangan Ini
Aku dan engkau tiada beza..
Kalau kau rama-rama ,itulah jugalah aku
Jika aku sang burung,itu jugalah engkau
Aku ingin melangkah sekata bersama mu
Jangan pernah di letakkan juarang antara kau dan aku.
Adik..
Kemana saya langkah mu,
Dan Jika tidak engkau dimata ku,
Akan aku kirim kan manusia untuk menjagamu..
Paling tidak sebuah doa yang tidak putus-putus.
Agar engkau terus tegar menerjang segala badai,
Istiqamah sentiasa member seri kepada taman ini.
Adik..
Ana uhubbbuki lillah..
Lillah
Lillah
Wa lillah
Fillah!
Tiada ukur sayang ku padamu adik..
Kakakmu yang tidak pandai mengungkap rasa..
Regards~
Khairani Hamasyie
Puisi buat Sekolah Cinta
Surat untuk sekolah Cinta
Kamu tidak pernah bilang pada aku
Kalau kamu mahu di ambil orang ?
Aku juga tidak tahu apakah gerangan cereka yang berlaku
Jadi,aku memilih untuk redha
Aku thiqah kepada mereka
Kerana cinta mereka yang terpancar pada mu lebih dari aku
Mereka sudah sedaya upaya memelukmu agar tidak berpemergian
Dibalik lebat daun mu di jarang ketika,
Di balik gondol rambut mu di ketika ketika
Sekolah Cinta kami...
Kamulah yang mengajar
Insan- insan yang bisu untuk bisa bicara
Lalu aku dan mereka bercakap
Kamulah yang menanam bibit-bibit keberanian,
Di ladang jiwa aku dan mereka yang penakut
Maka aku dan mereka menjawab.
Kamulah yang menebar erti pengorbanan,
Di renung kalbu aku dan mereka yang miskin
Maka aku dan mereka pemurah.
Kamulah yang mengobarkan erti taat
Di relung hati aku dan mereka yang memberontak
Maka aku dan mereka wala’ .
Sekolah Cinta kami..
Kamulah yang membuka hati aku dan mereka yang biasa agar menjadi luar biasa,
Supaya aku dan mereka ngerti yang perjuangan itu satu kemuliaan
Maka aku dan mereka cintakan penorbanan.
Kamulah yang memekarkan Ukhwah indah meruntuhkan keangkuhan
Dari jiwa aku dan mereka yang gersang
Maka aku dan mereka bisa sakit kernanya
Kamulah yang merintikkan rasa aman
Dari jiwa aku dan mereka yang sentiasa galau
Maka aku dan mereka tenang usai bertandang kepada mu.
Kamulah yang memaknakan jasad kami
Menjadi penebar wangian tarbiyah
Ke seluruh pelusuk tanah air..
Agar Allah itu diatas sentiasa
Sekolah cinta Kami..oh sekolah cinta kami..
Mari kita nyanyikan lagu terima kasih
Bersama nurani anak-anak tarbiyah ini
Yang telah menemukan kehidupannya.
Sekolah cinta Kami..oh sekolah cinta kami..
Mari kita senandungkan lagu kenangan
Bersama nurani anak-anak tarbiyah ini
Yang merindukan taman surga.
Sekolah cinta kami..
Yang kamu kami mengertikan dengan
Pokok pain itu,
Pada Bas 4a
Pada Kerusi Batu
Pada dewan Kuliah
Pada segala citra rasa yang
Kadang-kadang bingit,
kadang-kandang gelak
kadang-kadang jerkah
kadang-kadang sedih
kadang-kadang sunyi
kadang-kadang sayu
kadang-kandang sendu
Surat dari Sekolah Cinta
Saudaraku,
Surat cinta mu itu sudah aku baca..
Dan..
Aku baik-baik saja di sini menikmati sunset di sore hari
Aku masih tegap berdiri memberi teduh kepada laman
Saudaraku,
Aku sering menonton aksi kalian
Aku senang kalian mulai berani berbicara
Aku suka kalau kalian sudah bisa bekorban
Aku gembira kalian sudah bisa punya pendirian
Aku juga gembira kalau saban tahun
Ada sahaja bocah-bocah kecih menunggangi pain itu
Akan ada sahaja gerombolan manusia yang ramai
Yang aku pening memikirkan dari mana datangnya mereka
Aku terharu kalian masih kecil tapi berdikarinya hebat ya Ampun
Aku terheran-heran kalian masih lagi belajar tapi sudah terlebih-lebih menyumbang
Aku pikir kalian ini kerabat ajaib mungkin.
Saudaraku..
aku mau buka rahasia sama kamu
Tapi kamu jangan bilang siapa-siapa.
Kamu tahu nggak,
Kenapa pain itu boleh setegap itu?
Kerana bilangnya sama aku,
Yang dia bahagia melihat kebahagiaan kamu dan mereka
Cinta kamu dan mereka menguntumkan bunganya yang cantik..
Ah..
Manusia itu serius?
Yang itu aku tidak pasti..
Yang aku pasti Cuma..
Kamu dan karabat cuma sedang bermain di taman syurga
Saudaraku,
Kalau nanti engkau ketemukan pengganti ku
Jangan pernah melupakan aku
Kerana aku yakin,
segudang memori kamu ada disini
Hari esok belum tentu untuk aku..
Kerja tuhan siapa yang tahu?
Kerana Hidup ini bukan ibarat kalkulator.
Yang Benar...
Khairani Hamasyie Alkarrar
19/5/2011
Di Laman Nusaybah.Taman ilmu dan budi.