8 Julai berakhir dengan keletihan perjalanan 14 Jam.Alhamdulillah,sempat saya dan teman menikmati rezeki Allah,di tanah aman nabi ini.Bersama Pakcik Mahram,dan ketika makan beliau bertanya : "Kenapa Cinta kita tidak kira lekali ke kita atau perempuan ke kita kepada Rasul ,lain dengan cinta kita kepada manusia biasa,tak pernah jumpa pun padahal?",pakcik nak teka,yang pakcik juga tak pasti apa jawapan yang sebetulnya.Sarah menjawab,saya juga menjawab sambil dalam hati,killer jugak soalan pakcik ni,nampak biasa je..hoho (pengajaran no 1:Dun Judge a book from it's cover). Jawab saya yang tak tahu ntah ape yang saya jawab di sebabkan terkesima dengan soalan pakcik,"Mungkin sebab kita cintai dia kerana budi nya *makan budi,cinta kita kepada insan teristimewa ini cinta mutarabbi kepada murabbi',ntah ape-ape jawab saya ketika itu yang sebetul nya tiada kata untuk saya ungkapkan rasa ini.Bubar sesi muhasabah pertama kami seusai habes makan,dan menunggu esok yang penuh gilang gemilang!,Ingin berjumpa dengan yang terchenta!.
Awal sedar kami,just 2 jan 30 minit sahaja lena 8hb malam itu,kemudian bangkit demi melawat kekasih yang dirindui,menyampaikan salam teman2 jauh nun di malaysia,mahu mengadu,bercerita dan merintih perihal perjuangan kami anak-anak Malaysia yang berhadapan dengan pemerintah mustakbirin..
Keluar dari hotel tepat 3.30am,ouch!,berbahang!..semalam air temperature waktu flight nak mendarat ialah 49 celcius,ini?,lorong ke masjid nabi di penuhi segala aneka barang,jual lah segala apapun,pasti laku,manusia yang menumpang rahmat tanah kekasih MU.Menjejakkan kaki di masjidmu mendebarkan,tidak hairan lah jika yang pernah datang ingin datang dan datang lagi.Tenang ada di situ.Sebenderang 9 julai,kami bergegas ke Masjidin nabawi,juga mahu berdemo!,mafla BERSIH juga Palestin di jadikan objek possing di pintu masuk masjid.Ah,saja nak showing off kepada semua orang ,especially Malaysian..BERSIH tiba di Masjid nabi?,amacam,best tak?...DIVA PUN DIVA la..Pukul 9am Madinah,saya menelefon kakanda hafizah,bertanyakan perihal BERSIH,how come?,juga menelefon adinda Huda,live dari tempat kejadian,juga bertanyakan perihal BERSIH.Pesan mereka "kak,akak jangan buat apa-apa,doa je,doa je memang sangat terul la kat sini,T.E.R.U.K",juga pesan Kak Fizah,"dik,awak jangan buat apa-apa,doa ja ya"..Subhanallah,mereka kerabat hebat!
Mengambil peluang sempat beri'tikaf,bukan sedikit air mata yang tumpah bercerita segala itu dan ini,perjuangan disana perjuangan di sini,derita disana derita disin,juga special edition untuk BERSIH V.2. Jika disukat,banjir mungkin madinah ini dengan air mata manusia sekian lama atas sebab yang pelbagai.Rehat sebentar,kami berkongsi sebab atau objektif masing-masing berada disini.."aku nak berdoa dan berdoa agar aku dapat 'jumpa' rasulullah,dan kalau boleh aku nak rasulullah hadir ke mimpi aku dan tinggalkan aku sepatah pesan buat bekal jalan menuju mati","aku nak jadi baik,aku nak ubah diri aku,sebab aku tahu aku macamana","aku nak cari tuhan,aku nak lepas ni biar segalanya tentang Allah!,mengatasi dunia dan segala isinya,aku hidup dah nak suku abad,mengaku berjuang,mengaku beramal..tapi berapa ja amal aku yang
benar-benar ikhlas?,aku nak kalau boleh Allah pendekkan usia aku dengan amal yang penuh ikhlas,Allah itu raja!"*dah sebelum ni macamana?,hoho..Memang nak berubah tak perlu nanti-nanti,kerana bukankah hijrah itu sentiasa menjadi tuntutan?..kami mengambil keberkatan haramain sebagai titik mula,ah,at least kami cuba sediakan sebuah kondusif.
Di tengah majoriti hitam, berminoritikan putih dan lain-lain colour,di sinilah tempat paling sesuai untuk peminat-peminat human behavoiur dan suka untuk memerhatikannya untuk melakukan hobi anda,paling sopan Melayu dan Turkiye..hoho,jadi yang paling sopan kot..Jumpa ja wajah-wajah melayu,terus menyapa dengan bahasa indon,hingga diri sendiri pelik..Eh,kenapa aku cakap indon?,oh niat nya nak rai sebab ramai jemaah dari indonesia,last-last orang malaysia tanya,"awak ni dari indon ya?".hadoi..~Setelah waiting untuk 3 jam,letih bertadarus,berbual berkenalan,berdoa pusing stat dari Perlis sampai sabah pastu stat sabah turn back Perlis,mengantuk sudah memerhati gelagat manusia yang pelbagai,Allah menjemput kami masuk berjumpa dengan kekasihNYA.Aalhamdulillah,sempat sujud berdekatan dengan tiang Aisyah..Assalamualaika ya Rasulullah.Assalamualaika ya habiballah.Disinilah,disinilah bersemadi jasad mulia rasulullah,saya menggenyeh mata,yang dulu saya hanya baca cerita,Saidatina Aisyah bermimpi ada 3 bulan jatuh ke katilnya (iaitu rumah rasulullah),lalu ayahandanya Saidina Abu bakar menafsir,akan di semadikan 3 jasad manusia berjasa disini.Rasulullah bersambut Saidina Abu Bakar bersambut Saidina Umar 3 jasad manusia paling berjasa disitu.
Meminjam cekal sahabat - Madinah
Ziarah mulanya di Masjid quba',hajaq hamper di copek!,nasib tuan tu ala-ala pernah belajar kungfu,dapat sebijik hang di tengah ramai "la'natullahi alaih!"..hoho.Pakcik Mahram mengomel,"nasib baik hajaq yang kena,kalau khai yang kena,harus-harus kena belasah minah tu".Di Haramain,saya mendapat darjah kebesaran hulubalang,kurniaan Pakcik Mahram.ntah ape kriteria suka hati pakcik bagi saya gelaran itu tanpa syura."Pakcik tak kesah ja,kita ikut ja kata hulubalang kita","huh!,pakcik ni apa kes?,walau pun sekarang di Madinah,tapi kita masih lagi berpegang kepada perlembagaan Malaysia,kebebasan bersuara",jawab saya sinis.Di Pasar Tamar,kami berjodoh dengan Hajar Jahannam,*sabaq ja jar,juga rani pacar kuku,hoho,tenyata nama hang lagi glamer beb!,destinasi terakhir ialah jabal Uhud yang dari jauh tampak koko kemerahan ,cerita Ustaz,ia kelihatan kemerah-merahan pasca perang Uhud.Wah!,betapa banyak darah yang bersimbah.Allah2.Mengambil Iktibar perang Uhud ini,ustaz menyambung,"nanti bila dah menang,jangan semua kerja kerajaan,mesti ada yang sedia jadi full timer,bekerja dengan parti"..owh..Medan berpagar,di situ medan tempur dan disitu juga makam mereka,para syuhada' yang di imami oleh Saidina Hamzah.Terkenang juga muslimat hebat,Nusaybah Kaab,wanita hebat yang mempertahan kan rasul di setiap sudut,juga di sinilah patahnya 2 gigi nabi..Nyata di mata membenarkan lagi seerah yang pernah dii baca,menambah iman di dada..Jejak bertapak mendaki Bukit pemanah,kiranya lebih rendah dari yang asal,mengibarkan syiar BERSIH ,mengaminkan doa dan bertakbir kuat di ketuai oleh Pakcik Mahram.
Ziarah jauh kami berakhir,tidak mahu berlama-lama masih banyak agenda di Masjid nanti~
*Saya sudah tidak larat menaip..to be continued,part (2)
1 comments:
no words to say Adik..
Subhanallah! Tabarokallah!
Post a Comment