Tiba jua hari yang tidak di tunggu-tunggu.Mana mungkin ada hati yang rela berpisah dengan kekasih seluruh alam.Ah,biar pun aku hanya insan yang hina,kerdil sekerdilnya,tapi aku tidak malu untuk mengistiharkan Yang
Nabi kita Muhammad S.A.W jua kekasih aku..
“Selamat tinggal wahai rasulullah.Berpisah kita wahai Nabi Allah.Amanlah engkau wahai kekasih
Allah.Semoga Allah tidak menjadikan pertemuan kita ini sebagai pertemuan terakhir dengamu
untuk menziarahi mu ataupun berada di sisi mu.Kecuali Allahmengurniakan kebajikan sihat afiat serta selamat.Jika aada umur panjang ,Insya Allah aku akan dating menziarahimu semula.Tapi jika aku mati dulu,maka sekarang aku tinggalkan di sampingmu ikrar sumpah setiaku dari hari ini hinggalah ke hari kiamat,iaitu pengakuanku yang sungguh-sungguh ,bahawa tiada tuhan selain Allah yang Maha Esa,tiada sekutu baginya dan aku bersaksi dengan sesungguhnya bahawa Nabi Muhammad adalah hamba dan pesuruhNYA.Maha suci TuhanMU,tuhan yang mempunyai kemuliaan dari segala yang mereka sifatkan .Salam Sejahtera ke atas para Rasul.Segala puji bagi Allah ,tuhan yang mentadbir seluruh alam”
Ammen.
Serentak kami berseru,mengaminkan doa yang di imami oleh adik sarah.
Khali,semua ter esak..
Panas bergenang di kelopak mata.Ah,saya tidak boleh menipu!,saya sudah berjumpa cinta yang saya cari selama ini di Madinah.Perasan sendiri,Rasulullah melambai kami pulang,dengan ucap ‘ilalliqa’ “.owh,ya Rasulullah,aku yakin yang engkau mendengar segala cerita berkisah daripada saya.Moga dengan syafaat mu,terimalah kami sebagai umat mu di akhirat nanti.Ah!,walaupun begitu,saya akan sentiasa mengimpikan kedatangan dirimu ke mimpi saya ya Rasul~
Sehingga berjumpa lagi tanah haram Madinah al-munawwarah,tanah aman rasul.! dan kenangan Ummi,cincin,bahasa arab,BERSIH,Jabal pemanah Uhud tersemat erat di lipatan memori Cinta saya..
0 comments:
Post a Comment